2023-09-02

RED FLAG


2 hari lepas aku tulis pasal RED FLAG dalam meng-hire agen takaful.

Yang pertama sekali, agen yang nak buat kerja mudah.
Dalam erti kata lain, PEMALAS.
Jenis ni memang wujud.

Katakanlah sekarang korang ada polisi takaful dengan agen A. Dah lulus.
Bulan depan korang nak apply another polisi dengan agen B.
Memandangkan korang baru je buat medical check up semasa ambil polisi dengan agen A, si agen B ni minta korang request kat agen A report medical check up hari tu.
Sebab dia nak buat kerja senang, malas nak buat appointment dengan klinik, dan tak nak keluar kos bayar report dari klinik.
Ini adalah RED FLAG YANG PERTAMA!
Itu petunjuk awal betapa pemalasnya agen B nak buat kerja untuk korang.

Walaupun korang baru buat medical check up dengan agen A, tetapi untuk polisi baru, agen B kena buat medical check up lain for you.
Bukannya pinjam medical report yang existing agen dah buat. Gila pemalas!
Boleh imagine tak kalau nak close sale gini pun dah malas, kau rasa dah jadi client esok, dia rajin nak serve kau?
Jenis ni awal-awal dah tunjuk his/her poor reputation.
Takyah cari testimoni lain dah.

Selalunya, agen jenis B ni adalah sejenis yang suka push korang secara aggressive supaya korang buat decision yang cepat.
That's why antara cara dia nak close sale cepat-cepat adalah dengan suruh korang minta medical report kat agen A.
Kat situ pun dah nampak dia bukan kesah pasal kau pun.
Dia kisahkan SALES dia je.
This is a warning sign - RED FLAG YANG KEDUA.
A reputable agent seronok buat kerja from scratch.
Daripada giving information, explaining, dan arrange for your medical check up supaya dia tahu tentang kau dari A to Z.
Agen pemalas je suka buat jalan shortcut.

Korang pernah tengok cerita Erin Brokovich tak?
Yang Julia Roberts berlakon tu.
Dalam movie tu, Erin ni dari law firm A buat kerja-kerja research tentang penggunaan chromium dari sebuah kilang yang sisanya dibuang di sumber air petempatan nearby.
Erin buat research from scratch.
Bila kes dah besar dan nampam macam ada value, tau-tau je some lawyer dari syarikat lain nakkan the case.
Dorang nak SEMUA research yang Erin dah buat.
Nak kerja senang.
Main ambil je semua report-report yang Erin dah compile.
Lepas tu claim diri sendiri lawyer hebat.
Jenis ginilah agen yang pemalas tu.
Main mintak je hasil kerja agen lain, untuk kesenangan sendiri.

RED FLAG YANG KETIGA adalah bila agen tu tak faham your specific requirements before recommending a policy.
En Wan banyak share kes macam ni kat aku.
Dia ada a few prospek yang minta En Wan review their existing policy.
Dorang nak tahu sama ada polisi yang dorang ambil selama ni ada tak medical benefit yang dorang mahukan.
Most of them ambil polisi yang tak berbaloi.
Ada yang polisinya sehingga umur 100 tahun.
Ini kalau aku jumpa agennya, aku lempang.
Mana ada orang hidup sampai 100 tahun? Very rare.
Kebanyakan polisi hingga 70 tahun saja.
Bila agen lajakkan sampai 100 tahun, bermakna client punya premium bulanan sangat tinggi.

Ada juga prospek yang nak buat hibah tapi asyik bertangguh-tangguh sebab agen-agen yang sebelumnya suggest ambil RM300K ke atas.
Bermakna premium bulanan tinggi.
En Wan tanya prospek berapa dia mampu bayar setiap bulan.
Dia cakap RM100.
En Wan suggest plan hibah yang sesuai dengan budget dia.
Dah selamat jadi client dah pun.

Benda-benda macam ni lah yang buatkan orang nak ambil polisi jadi terbantut nak ambil.
Sebab some agen suggest plan yang tinggi terus.
Kau tau sebab apa?
Sebab agen tu nak hit sales target.
Jenis pemalas buat sale punya agen.
Misi dia hanya nak close sale and dapat komisyen.
Sebulan nak close 2-3 orang je.
Yang 2-3 orang ni dia paksa ambil plan yang mahal so that dia capai target awal.

Ada yang tanya aku "Kak Di, kalau claim susah ke senang nak dapat?"

Ok, ini pengalaman aku.
Aku adalah ex-medical underwriter Prudential.
En Wan now agen Prudential.
Family aku ada history hospitalization menggunakan medical card Prudential.
Aku rasa aku paling sesuai menjawab soalan tentang claim ni sebab aku ada pengalaman sebagai orang dalam Prudential dan client Prudential.

Kali pertama gunakan medical card adalah pada Rayyan.
That was year 2013.
Rayyan kena demam (tonsilitis).
Berkampung kat Avisena 4 hari 3 malam.
Kitorang guna medical card sepenuhnya.
Hanya bayar RM300 masa awal-awal nak masuk wad.
Yang ni takleh claim.
Yang ini memang client kena bayar.

Urusan kemasukan ke ward alhamdulillah mudah.
Di kaunter hospital, dia tanya nak bayar cash or pakai medical card?
Bila kita kata nak pakai medical card, dia akan minta medical card sebab nak request GL dari Prudential.
Selalunya ambil masa dalam 30 minit gitu.
Tapi kalau weekend, lamalah sikit.
Maybe 1-2 jam baru dapat respond.

Hat ni aku boleh jawabkan, sebab aku pernah jadi underwriter.
Underwriter sentiasa kerja.
Kalau cuti pun, akan ada yang kena kerja.
Masing-masing rotate jadual kerja on weekend/public holiday.
Aku pernah kena kerja on Christmas.
Ada yang raya puasa pun kerjaaaaaa.
Jadi, please expect slow reply masa request GL on weekend.
Ini bukan kerana syarikat takaful tak effisien tetapi kau kebetulan sakit masa cuti.
Hari cuti, 50% of man power juga bercuti.
Selepas office hour juga please expect slow response.
However, GL tetap boleh dikeluarkan.

MELAINKAN!
Haaaa..melainkan, ada requirement yang doktor kena isi.
Setiap kali request GL, doktor akan isi satu form berkenaan keadaan pesakit.
Bila form tu tak lengkap, atau perlu maklumat tambahan, Prudential akan hold GL dan minta doktor lengkapkan kembali.
Hat ni pun contribute to kelewatan GL.

Perlu diingat, ada masa dan ketikanya GL korang ditolak dan korang kena bayar sendiri, walaupun patutnya dapat masuk FREE.
Yang ni bukan polisi Prudential, tetapi SEMUA syarikat takaful guna polisi yang sama.
Takde satu pun hospital yang allow patient masuk wad tanpa cengkeram atau GL.
Kena ada jaminan dulu baru dilepaskan masuk wad.
Kalau GL kena hold/tolak, adalah kerana syarikat takaful nak tengok full medical report dari doktor sebelum buat keputusan kes tu FREE atau TIDAK DI COVER.
Sebab tulah report dari doktor sangat penting.
Mungkin ada sakit lama yang korang tak declare.
Mungkin juga syarikat takaful nak siasat atas faktor kurang maklumat penyakit tersebut untuk buat keputusan dan mungkin juga, penyakit yang korang nak admit ni ada kaitan dengan penyakit lain yang ada dalam rekod perubatan.

Tapi selalunya, orang akan salahkan syarikat takaful.
Lecehlah, lambatlah, scammer la.
Padahal dia tak duduk dalam sistem takaful tu.
Aku pernah duduk dalam sistem tu so aku tahu apa prosedur dia.
Tapi ye lah, benda-benda macam ni bukan semua orang nak faham.
Dalam keadaan tengah sakit, kan.
Kepala serabut, emosi serabut.
Selalunya terus salahkan syarikat takaful.

Aku nasihatkan, kalaulah dapat kes GC kena reject, JANGAN LARI.
Jangan terus guna medical card company atau pergi hospital kerajaan without settlekan GL yang kena reject tadi.
You know why? Sebab GL reject ini DIREKODKAN.
Kesannya, in future korang nak admit ke hospital, rekod GL reject ni akan keluar balik.
Kes lama tak selesai lagi. Lagi teruk.
Sia-sia je nanti bayar medical card tapi takleh guna.

Kali kedua keluarga aku ada history hospitilazation adalah, En Wan.
Dia operate absess dalam perut, tahun 2021.
Di Avisena juga.
Request GL, dalam 30 minit terus lulus. Hanya bayar RM300.

Kali ketiga, kes Rayyan patah kaki tahun lepas.
Aku berangkut bawa Rayyan ke Avisena, alone.
Uruskan dengan doktor di emergency.
Bila doktor dah diagnose dia patah kaki, aku diminta untuk terus ke kaunter.
Masa ni En Wan dah ada dalam sistem takaful. Lebih mudah.
Kaunter tanya aku ada medical card ke tak.
Aku serahkan medical card Rayyan.
Once Avisena dah request GL, aku call En Wan.
En Wan follow up dengan Prudential.
Aku tak ke mana-mana pun, masih duduk depan kaunter tu juga untuk isi form-form.
Dalam 30 minit, kaunter cakap GL lulus.
Tapi bilik tengah kemas, so kena tunggu.

Bermakna, GL ni sebenarnya tak susah pun nak lulus kalau requirement hospital lengkap DAN payment caruman bulanan kau cantik.
Kalau sakit kebetulan pada hari kerja, insyallah lebih cepat segala proses sebab syarikat takaful tengah kerja, hospital pun kerja, doktor pun kerja.
Segalanya cepat.

Dalam kes Rayyan ni selain guna medical card, kitorang juga kena pay and claim kerana ada satu part tu Rayyan kena surgery di PPUM.
PPUM bukan panel Prudential.
Kami takde pilihan, kena bayar dulu.
Claimnya dapat bila?
Sebulan selepas tu.
Yang ni prosesnya agak banyak sikit sebab bila kau tak warded di panel hospital, banyaklah requirement yang hospital kena sediakan.
Tapi tak banyak, dalam RM1700 kot.
Yang banyak tu haaa Avisena - RM35K.
Yang ni free sebab pakai medical card.

Lagi satu, rawatan fisio.
Yang ni pun pay and claim sebab fisio dibuat selepas discharged dari Avisena.
However sebab kami ada surat dari hospital yang mengatakan Rayyan perlu buat fisio, jadi 3 bulan rawatan fisio masih boleh claim.
Claim dapat lambat sikit dalam sebulan juga sebab fisio ni under 3rd party, bulan under hospital.
Pay & Claim memang banyak keetelitian.
Dorang tak terima setakat kau tunjuk invoice gitu je.
Mesti ada official receipt untuk dapatkam ITEMIZED BILL.
Kalau sekadar invoice, kau kena pergi balik kat kaunter dan mintak kaunter printkan official receipt.
Macam kes Rayyan hari tu, berulang kali En Wan ke PPUM mintak receipt itu receipt ini.

Another thing is bilik.
Kalau plan medical card korang adalah bilik RM150, carilah bilik yang harga RM150.
Janganlah ambil bilik RM200 sebab balance tu kau tak boleh claim.
Kalau hospital takde bilik yang harga sepadan, dan available bilik mahal, maknanya balance harga bilik memang kita kena tanggung sendiri.

Itu adalah pengalaman aku berurusan dengan medical card Prudential.
Alhamdulillah, smooth.
Kalau nak smooth, pastikan ke hospital panel yang berdekatan.
Tak tahu hospital panel, PLEASE CALL AGENT.
Sebab itulah, nombor agent simpan.
Jangan letak merata.
Jangan main pergi je mana-mana hospital.
Jangankan kata Prudential, mana-mana syarikat takaful pun, kalau korang tak pergi ke panel hospital, korang terdedah kepada CLAIM DITOLAK sebab ada klausa-klausa yang tidak dilindungi oleh syarikat takaful tu.
Sebelum datang, call dulu tanya ada kekosongan wad ke tak.
Jangan walk-in.
Walaupun hospital panel, kadang-kadang bilik penuh.
Dan tanya juga bilik yang available tu harga berapa? Matching tak dengan coverage bilik medical card anda?
Hat ni boleh call En Wan kalau tak pasti.
Dia boleh tolong callkan.

Oh lagi satu.
Bila dapat bill nanti kena check.
Sebab bukan semua benda medical card tanggung tau.
Bil rawatan dan ubat-ubatan memang dicover.
Tapi, ubat untuk kesihatan tambahan dan vitamin tak cover tau.
Hari tu Rayyan punya kes, dalam RM1000 juga aku bayar sendiri sebab sebulan duduk sana.
Banyak guna wet wipes, panadol, pampers, dan segala tok nenek barang.
Ini semua bayar sendiri.
Esok jangan sedap je men-request kat nurse macam-macam, ujung-ujung dapat bill, terduduk.