2022-09-21

Diana and Ayda outstation ke Penang


Ya, dah sampai rumah semalam petang. 1 malam je kat Penang.
Insyallah next month 2 malam pula.
Memang terapi betul dapat outstation alone, drive jauh-jauh sambil buat konsert bergerak dalam kereta.
Patutlah dulu zaman buat biotech supplies walaupun schedule aku pack dengan travel sana sini, aku tetap happy and cool je.
Aku realized semalam, itulah terapi.
Terapi manusia tak sama antara satu sama lain.
Ada yang shopping, ada yang holiday, ada yang mengemas rumah.
Aku memang enjoy driving long hours.
Travel dengan orang yang kita sayang adalah lebih baik, tapi sesekali dapat travel alone, sangatlah menterapikan.
Kali ni aku tak makan nasi lemak RnR Tapah. Tak sempat.

Dulu kalau ke utara, aku gerak right after solat Subuh.
Gelap-gelap dah keluar.
Bukan apa, keluar awal, polis tak start speed trap lagi. Hahaha.
Selalunya around 8am dah sampai RnR Tapah, lepak pekena nasi lemak and teh tarik segelas sambil check email.
Semalam, tak sempat ke nasi lemak.
Hanya singgah jap kat parking lot, untuk reply email and whatsapp penting.
Pagi tu sebelum keluar aku siap masak untuk lunch.
Karang kat rumah ni takde benda nak makan pulak.
Budak-budak ni kalau aku tak siapkan makanan karang dia order la merepek-repek fast food siang malam.
At least kalau dah siapkan untuk lunch, tengahari makan nasi.
Malam kalau nak makan fast feed gasaklah.

Keluar pun dah lambat, pecut macam nak terbang.
Tapi bagus, takde speed trap.
AES je melambak, dengan harapan kereta aku lepas πŸ˜†.
Alhamdulillah cuaca ok sangat sepanjang di Penang.
 



Dah settle first session, lepak Queensbay.
Dah settle sesi yang memerlukan pakai kasut pengawas, kita tukar ke kasut sneakers pula.
  
Lama gilaaaa aku tak datang sini, sampai boleh terlepas simpang masuk basement car park.
Terpinga-pinga kejap apa benda yang tepi kawasan lapang sebelah Queensbay ni? Expo ke?
Rupanya macam tapak jualan and medan selera. Malam je buka, siang tak.
Kat basement, park tempat biasa - depan entrance Mezzanine.
Inilah port aku park kereta, exactly the same spot setiap kali ke sana.
Dah macam ada cop mohor plat kereta aku pulak.

Queensbay, just like dulu - BEST.
Semua aku nak ada dalam tu.
Dulu aku selalu lepak DOME. Kadang lepak membalas email, kadang baca buku.
Tapi selalunya nap kejap kat dalam tu.
Dapat 15 minit nap, legaaaaa.
Kali ni pergi dengan Ayda.
Ayda ni best sebab selera tekak dia macam aku.
Lepas makan, kita makan. Lepas makan, kita makan lagi.
Tido pun takde hal lah kali ni sebab berteman.



Aku booked Vistana.
Saja nak mengimbau memori lepak Vistana setiap kali outstation dulu.
Rupanya Vistana dah jadi Marriot.
Aku cakap kat Ayda "Inilah hotel yang aku lari tengah-tengah malam sebab takut".
Ayda tanya "Kau dengar apa?"

"Tak, aku tak dengar apa-apa".

Kau nampak tak?
Cara-cara tak dengar apa-apa pun dah takut.
Kalau terdengar apa-apa, kau rasa?

Lepas tu Ayda tanya "Kereta kau park kat mana masa tu?"

"Basement"

Ayda pandanggggg je muka aku.

"Kereta ambik kat basement pukul 3 pagi kau tak takut pulak?"

Hahahahah. Itulah sebenarnya yang aku muskil sampai sekarang.
Apesal aku jalan sorang kat basement tu tak takut.
Apesal aku drive malam-malam buta dari Penang ke KL tak takut.
Tapi duduk dalam bilik takut.
Muskil sungguh aku dengan takut-takut-manjah aku ni.



Baru lepas keluar Nando's masuk Bread History pulak nak cari roti untuk supper.
Kau nampak tak, betapa makan adalah agenda utama?
Terbongkok-bongkok aku mencari roti yang sedap, takde sangat.
Maybe dah petang.
Dah settle berjalan dari hujung ke hujung tak jumpa roti, aku tak sedar suara aku terkuat "La?? Ini je roti dia?"
Elok je depan kaunter. Budak cashier tu antara senyum dengan taknak senyum je tengok aku.
Si Ayda dah pusing nak get ready keluar dari kedai.
"Suara kau takde kuat lagi?", kata Ayda πŸ˜†.

Sampai hotel settle check in around 5pm.
Terus mandi, solat and cuba untuk lelapkan mata tapi gagal sebab excited nak pi Padang Brown malam nanti pekena pasemboq sotong.
Siang tu just makan light-light kat Nando's.
Aku makan wingets and peri-peri soup je.
Kosongkan sedikit perut untuk makan yang real kat Padang Brown.
8pm, zasssss.



Ni kat lobby, baru nak keluar cari makanan.  

Just nice datang awal, orang belum ramai.
Sambar sotong gemuk 2 ekor, ketam sekor, tauhu 3 biji, telur 3 biji.
Kueyteow udang sepiring. Mee udang sepiring.
Masa pasemboq sampai, orang kiri dengan belakang pandang je.
Yang makan 2 orang je tapi yang sampai macam makan 12 orang.
Aku buat muka kering tetapi konfiden.
Terus membelasah pasemboq tanpa belas kasihan.

Yang paling best adalah bila mamak tu buatkan teh seperti yang tekak kami mahukan.

"Teh tarik kurang manis, tapi kaw".



Berkenan betul aku dengan teh dia.
Mug besar pulak tu. Puas.
Dia punya kaw tu sampai pukul 3 pagi aku takleh lelap.
Padahal esok pagi-pagi dah nak keluar semula ni.
Lepas makan, balik? Nehiiii.
Kau ingat senang aku nak terlepas macam ni?
Dulu, outstation lone ranger.
Lepas makan memang balik hotel terus.
Kali ni kita datang dengan kawan, takkan nak balik awal.
Mahu round dulu satu Penang baru balik hotel.

Asalnya nak cari mineral water je kat 7-11.
Eh tau-tau sampai ke Padang Kota.
Dah alang-alang, pusing je lah terus. Mata pun sedar lagi.
Happening betul orang Penang.
Isnin, esok kerja pun ramai melepak malam-malam.
Aku macam...dorang ni esok tak kerja ke?
Sefamili lepak piknik tepi padang. This is rare.
Play tourist kejap kitorang malam tu.
Tapi tu la sebab aku ambik gambar kau, kau ambik gambar aku - lama-lama malas ambik gambar sebab nak ambik gambar berdua payah.
Takpe, next trip kita usahakan.



Kitorang sikittttt lagi nak lajak ke Kuala Perlis petang tu.
Masing-masing nak makan laksa Kak Su.
Tapi masa tu dah pukul 4.30pm.
Kalau pecut pun kurang-kurang 6-6.30pm sampai sana.
Aku gugel, pukul 7.30pm Laksa Kak Su dah tutup.
Entah-entah 6.30pm kuah laksa dah kering.
Takpelah, next trip kena allocate satu hari untuk ke Perlis saja.
Boleh lajak ke Padang Besaq sekali.
Aku macam dah plan one day nanti dari Penang ambil flight ke Langkawi, day trip.
Panjang akal aku bila sesekali terlepas ni.
Macam-macam aku dah plan. Tapi itu nanti, kita buat kerja dulu.

Oh lupa nak cerita.
Ahad lepas jalan-jalan kat wing baru IOI City Mall, masuk Guardian baru.
Kelebet-kelebet Maybelline, berkenan pulak dengan lipmatte dia.
Beli satu.
Sekali kat Penang, Ayda berkenan dengan warna lipstik aku.
Ok jom aku teman gi cari kat Watson.
3 tempat cari - Guardian, Watson and satu lagi apa ntah lupa.
Masa nak balik, lalu depan Sephora.
Dua tiga orang yang depan kitorang lalu depan Sephora staff dia greet.
Kitorang lalu dia tak greet pun kau.
Ayda kata "Mesti dia nampak kita baru keluar dari Watson. Muka-muka Watson ni takyah pelawalah, mesti tak berduit".
Kahkahkah. Ye tak ya, jugak eh.
Kau baru keluar Watson beli lipstik kot.
Kalau berduit mesti awal-awal dah beli dalam Sephora. Mbahahahah.
Gasak kaulah.

Teringat pulak kat satu video, sorang Indian lady from USA cerita kisah dia beli henbeg Hermes macam atas ni.
Dia kata masa beli beg tu dia cakap kat the Hermes staff "Beg ni cantik tapi susah la, sebab I always take train. Nanti I nak bukak tutup bukak tutup ambik kad simpan kad. Last-last nanti I kena bukak je macam ni (gambar kanan)".

Staff tu cakap "Mam, our customer (yang beli beg Hermes) tidak akan naik train".

Hahahaha, gelak aku dengar.
Si Indian lady pun cakap "Ya, tak ya. Saya tak terfikir lansung lojiknya di situ".

Which make sense juga kenapa beg Hermes tu nampak macam hassle gila.
Kau nak putar untuk lock. Lepas tu putar balik untuk unlock.
Make sense la bila staff tu kata customer yang beli beg macam selaunya tak naik public transport.

Aku pakai beg LV Neo Noe letak beg atas lantai.
Pastu Ayda cakap "Oii, beg LV kau letak atas lantai je?"
Aku macam... takpelah, bukan letak atas lumpur. Lantai kering kot.
Kerusi extra kebetulan takde.
Malas aku nak makan sambil beriba beg.
Fikiran aku kata "Takpelah, beg je kot. Bukannya kotor mana. Lagipun beg ni leather, boleh lap dengan wet tissue".

Lepas tengok video Indian lady tu baru aku realized something.
Orang yang bawak beli mahal tak masuk kedai biasa-biasa.
Atau, dorang masuk mamak tak bawak beg mahal.
Yang aku, itulah beg pi kerja, itulah berjalan, itulah pi pasar malam, itulah masuk mamak.
Lepas tu park bag atas lantai mamak.
Bukan tak boleh, cuma takde respect pada the brand. Lagipun, bila masuk mamak letak beg LV atas lantai, otomatio orang kata itu beg copy grade AAA. 
 Tapi tu la kan, muka aku kering. Nak buat macamana  πŸ˜†.

Oh lagi satu, Isnin lepas aku ke USM, kan.
Macam ada renyai sikit hujan.
Aku berlari-lari anak ke building.
Sekali kasut Bata aku terlepas lantak tercampak ke depan elok landing kat tepi kaki sorang lelaki yang tengah berdiri kat situ. Binawe betul.
Bertahun-tahun aku pakai kasut pengawas tak pernah terjadi kejadian kasut aku terbang.
Ni karang jadi punca aku berhenti pakai Bata pulak.
Jangan main-main dengan aku ya, Bata.


2022-09-17

Certain things kita simpan sendiri je.


Aku pernah dapat soalan macam ni BANYAK KALI. Tak tahulah kenapa.
Agaknya orang tak pernah sangka aku akan bertudung kot.
Dajei sangat perangai aku dulu kot πŸ˜†.
Masa aku buat hi-tea dengan customer GreenAard dulu pun salah sorang yang datang bertanya, “Seriouslah Diana, kau boleh change macam ni?" πŸ˜‚.

I am not a fan of regrets.
Apa yang berlaku dulu, aku terima seadanya.
Yang sekarang pun aku suka.
Nama aku tetap Diana Aniston, tak berubah.
Everything happens for a reason.
Apa yang berlaku dulu menjadikan aku sekarang.
Kalau aku patah balik ke zaman dulu untuk ubah yang dulu, nescaya aku takkan berada di tempat aku sekarang.
Not to say I am better now, tapi aku appreciate journey tu.
Perjalanan semua orang tak sama.
Ada yang dari awal baik sampai ke sudah baik.
Ada yang jadi jahat, kemudian baik.
Yang penting, aku berharap aku tak diduga hingga kembali ke zaman jahiliah.

Aku tak pasti apa sebenarnya yang orang expect aku jawab bila soalan-soalan macam ni selalu ditanya.
Ussually aku jawab "Takde apa yang berubah, akak macam dulu jugak. Masih hu-ha-hu-ha".
Tapi aku syak jawapan tu tak memadai kot.
Atau maybe kedengaran seperti tak honest, that's why soalan yang sama aku dapat berulangkali.
Maybe orang expect aku akan menangis menyesal mengenangkan betapa daring-nya aku dulu.
Dah tentulah menyesal.
Tapi like I said, aku terima aku yang dulu dan aku yang sekarang.

Bukan nak kata "Nasib baik aku jadi jahat". No.
Cuma, aku nampak hikmahnya.
Bila aku terdetik untuk berubah, aku tergerak untuk belajar dan mencari ilmu.
Aku masuk kelas agama. Belajar tentang hakikat kehidupan.
Masuk kelas hafazan. Bergaul dengan orang-orang yang sama-sama cintakan ilmu agama.
Kalau aku tak begitu, aku takkan merasa perlunya belajar.
Aku kekal merasa diri dah tahu semua, merasa diri dan baik, merasa diri lebih baik dari semua orang kerana tak pernah jadi jahat.
Aku anggap takdir hidup aku begitu kerana Allah nak aku belajar sesuatu.

Semalam aku kelebet balik post yang lama-lama untuk cari jawapan apesal orang selalu tanya aku soalan macam ni.
Post-post lama yang ada gambar daring aku semuanya aku dah hide.
Aku je yang nampak.
Bila kelebet post-post tu aku gelak sorang-sorang.
Gelak dengan perangai selamba aku dulu.
Entah apa la yang aku pikir, selamba je aku sembur semua benda kat blog.

Then bumped into gambar-gambar daring aku.
Wah, begitu selambanya pakai baju low cut.
Tiba-tiba termenung kejap apesal berani sangat aku dulu?
Tapi lepas tu aku terfikir balik.
No, aku bukan berani, cuma pada waktu tu aku have no idea lansung apa yang aku tunjuk adalah salah.
Seriously, I have no idea.
I mean, akal aku kata "Aku letak gambar pakai sleeveless, bukannya bogel".
Kau boleh faham tak maksud aku?
Dia macam ni tau, aku letak gambar berbaju nampak cleavage bukan kerana aku nak tunjuk cleavage aku, tetapi kerana itu memang pakaian harian aku.
Disebabkan itu pakaian kebiasaan aku, maka aku tak terasa itu adalah salah.

Contohnya ini. Ini around 2009 kot. Ini video.
Pakai sleeveless tapi ada pakai tube kat dalam, but still nampak cleavage sikit.
Akal aku pada ketika itu berkata ini adalah pakaian yang OK sebab aku tak bogel.
Dan, satu perkara lagi aku pakai dengan tidak ada niat untuk menunjukkan apa-apa.
Some people pakai sebab nak tunjuk aset.
Yang sengaja goyangkan tetek, sengaja gelekkan bontot. Ok yang tu sengaja.

Bukan nak justify aku dulu lebih baik. No.
Apa aku pakai dulu, aku akui salah dari sisi agama.
Tapi apa yang aku nak jelaskan kat sini itulah, aku pakai kerana itu adalah pakaian kebiasaan aku.
Di rumah aku begitu, di ofis pun aku begitu.
Aku tak pakai kerana sengaja nak menayangkan aset.
Kalau aku nak tayang aset, aku tak pakai tube.
Aku bior je dia selambak keluar.

"Sekarang Kak Di macam dulu lagi ke?"

Ya, aku masih macam ni, cuma bukan pakai di luar.
Itu perjanjian aku dengan En Wan.
En Wan kata masa dia dengan aku dulu, aku adalah seperti aku yang dulu.
Bila aku decide nak bertudung, di depan dia aku mesti kekal berpenampilan macam dulu.
Birthday aku baru-baru ni kat KL tu, En Wan belikan aku 2-piece bikini.
Berendam dalam bathtub sama-sama.
Dia masih nak aku kekal seperti dulu.
Bezanya kali ni tak letak kat blog la. 
En Wan kata "Ni kalau dulu, dah naik dah gamba awak pakai bikini dalam blog, kan?"

OMG, serious betul!
Teringat dulu aku selamba je letak kat blog gambar-gambar aku tengah fitting baju mandi.
Bukan nak tunjuk body, tapi nak tunjuk jenis-jenis baju yang aku try dan yang mana satu aku pilih.
Masa tu aku beli for company trip ke Langkawi.
Kitorang ada team-building atas boat. Tu yang menggagau beli swim wear baru.
Bila pikir-pikir balik, kenapalah aku daring pi letak gamba aku fitting baju mandi dalam blog?
Zaman tu belum ada FB, jadi tak viral sangat.
Tapi gambar aku tu dorang letak kat page adultfriendfinder (porn webpage) πŸ™„.

Memandangkan sekarang bukan aku yamg dulu, jadi semua gambar 2-piece untuk simpanan sendiri.
Pakai tetap pakai. Ambik gamba tetap ambik gamba.
Eh kata Queen of Camwhore πŸ˜†.
Pose maut tetap maintain, tapi simpan untuk tatapan sendiri [motif nak tatap muka sendiri?].
Kat rumah pun selfie, tak pernah tinggal.
Private IG aku penuh dengan daily selfie aku.
Snap banyak-banyak tak tau la untuk apa.
Senang nak tengok perubahan muka yang semakin menua agaknya.

Gaya ber-blogging aku orang kata dah berubah banyak.
Dulu sangat brutal and loud. Sekarang dah kurang.
Sebenarnya tang loud tu masih ada.
Loud adalah karakter aku, itu tak berubah.
Style writing gaya brutal tu yang dah berubah.
Dulu jiwa muda, rebel.
Now banyak bergaul dengan kaum mak-mak yang semuanya suara lembut-lembut je.
Lama-lama aku pun tone down.
Tapi kalau angin aku nak membasuh sampai, aku basuh kaw-kaw juga.
Cuma maybe faktor usia. Lebih tenang.
Kebanyakkan yang viral-viral sekarang pun kes budak-budak.
Malas mak-mak nak masuk campur hal budak-budak. Gasak kau situlah nak.

Maybe sebab inilah kot punca utama kenapa orang tertanya-tanya apesal aku boleh berubah macam langit dengan bumi.
Actually aku tak rasa perubahan aku extreme. Biasa je.
Pakai tudung shawl. Bukan pakai tudung bulat labuh.
Aku tetap pakai seluar and blouse, bezanya baju aku longgar tak ketat macam dulu.
Maybe sebab dulu aku terlalu 'berani', jadi bila aku berubah sikit orang dah nampak perubahan aku extreme.
Orang ingat aku dah tak fun macam dulu.
Hakikatnya takde apa yang berubah.
Yang berubah cuma aku dah tak tepek gambar aku kat blog macam dulu. Itu je.

In terms of fun, aku rasa aku masih the same old Diana.
Blog-blog post aku yang sometimes religious kerana aku hanya menyampaikan apa yang aku pernah belajar.
Bukan kerana aku dah jadi pious.
Apa yang aku belajar dan aku faham, aku share. Itu saja.
Post-post aku dulu pun semuanya atas dasar sharing cuma contentnya brutal sikit.
Dulu blog aku lebih kepada lifestyle.
Aktiviti aku sehari-hari, apa aku masak. Apa aku buat at home. Apa aktiviti aku di ofis. Apa aku pakai. Semua aku tepek.
Goreng ikan hangus pun aku cerita at blog.
Aktiviti itu masih diteruskan cuma aku upload dalam private IG.
Dalam private IG penuh gambar-gambar yang macam dulu.
Kiranya IG tu IG syok sendiri - sendiri upload, sendiri tulis, sendiri tengok.

Now tulisan aku banyak tentang observation aku melihat satu-satu perkara.
Lebih kepada pandangan peribadi saja.
Bukan nak mengajar sesiapa pun.
Sesekali ada la cerita pasal bercuti, makan-makan, celebration. Tapi dah tak banyak.
Benda-benda macam ni banyak aku share kat IG je.
Ini pun aku sedang dalam usaha nak compilekan trip-trip aku dalam bentuk cerita bergambar (video) untuk tepek kat Tik Tok.
Senang sikit sambil tengok video sambil ada penceritaan.
Tapi belum buat lagi. Takde masa.

One thing yang aku realize bila aku "berubah", ada 2 perkara yang aku belajar.

Yang pertama, aku belajar untuk tidak expect any judgement.
Tak expect orang like, tak expect orang hate.
Biasanya kalau kita letak gambar selfie atau apa-apa gambar terbaik kita, kita expect people to like.
Bila aku berhenti tepek muka aku, gaya aku, aktiviti aku, secara tak lansung aku stop expect respond dari orang.
Memang susah nak buat awal-awal dulu sebab sejak awal berblogging aku dah mulakan dengan men-share everything pasal yang kebanyakkannya melibatkan gambar.
Bila kurangkan share photo terasa hambar je blog aku.
Macam tak meriah sebab penuh dengan tulisan je dari atas ke bawah.
Tapi, aku nekad untuk kurangkan share gambar.

Then aku tutup pula ruangan komen.
Bila tutup komen ramai yang minta aku buka balik sebab dorang kata tak best bila tak boleh komen.
Terasa hambar juga bila tutup komen.
Tapi lama-lama dah terbiasa.
Terbiasa untuk tak expect reaction dari sesiapa.
Lama-lama terbiasa tak dapat people's approval.
Tulis tulis tulis, publish. Done.
Kau nak baca, baca. Kau nak kecam, kecam.
I don't care. Hati lebih tenang.

Dulu masa aku "jahat", orang bercakap pasal kejahatan aku.
Bila aku dah berhijrah, ada yang masih bercakap pasal kejahatan aku yang dulu.
Maknanya, kau baik atau kau jahat, people prefer untuk mencari salah kau juga.
Walaupun salah kau tu kau dah tinggalkan lama, people still bercakap pasal itu. Jadi, aku dah tak kisah dah.

Yang kedua, aku mula faham bahawa orang hanya talk about things yang dia nampak.
Kalau dia tak nampak, dia rasa perkara tu tak berlaku.
Dulu, beli beg aku share. Beli kamera aku share. Beli henfon aku share.
Sekarang pun aku share juga. Tapi jarang dah.
Dulu, almost segalanya aku share.
Now, sampaikan ada follower tanya aku dah tak shopping baju lagi ke.
Dah tak kumpul perfume lagi ke.
From there aku tahu people love storytelling.
Itu lebih dekat di hati agaknya.
Cuma aku dah malas nak share se-detail-detailnya kehidupan aku.
Apa yang aku beli sekarang, kebanyakkannya aku beli dan pakai.
Kalau ada orang tanya "Eh, jam baru eh? Kasut baru eh?" - kalau nampak, nampaklah.
Nama aku nak share sekarang, malas pulak rasanya. Kalau bertanya, aku jawab.

Aku tak perlu berpatah balik pun sebab nothing change.
Aku masih macam dulu sebab En Wan suka aku yang dulu.
Yang berubah mungkin now aku dah mula faham certain things kita simpan sendiri je.


2022-09-15

Weight loss ni tricky. Dia tak semudah 10-5=5.


Maybe orang yang bertanya soalan ni kat staff aku ada membaca post ni.
Semalam aku reply soalan staff aku ringkas-ringkas je.
Maybe staff aku ada explain juga.
Tapi aku nak share juga di sini, kot-kot lah ada yang nak bertanyakan perkara sama.

Ini soalan biasa yang ditanya oleh pengguna GC Plus.
"Kenapa inch loss ada tapi berat tak turun banyak".
Atau "Kenapa berat tak berubah tapi baju lama dah boleh pakai balik?".

Ok, macam ni.
Aku cuba explain guna bahasa se-pasar mungkin supaya kita tak merasa sedang berada dalam dewan kuliah 😁.

Secara keseluruhannya, she is actually doing great.
Hari ke 14 dengan GC Plus, pinggang dah hit 29.5 inch.
Tak sure berapa permulaan saiz pinggangnya. Maybe around 31-32 inch.
Saiz pinggang adalah indicator lemak.
Penurunannya takkan drastik.
Sebab itu GreenAard bagi weight loss tracker card yang korang boleh track sehingga hari ke-sepuluh.
Hari 1-4 maybe belum nampak beza inchloss lagi sebab lemak takkan pecah dengan cepat.
Tapi slowly ke hari 10 tu dah mula nampak saiz pinggang mengecil.
Saiz pinggang wanita tak boleh lebih dari 35 inch.
Lebih dari ini maknanya korang overweight.
Tetapi Asia badannya kecil-kecil jadi untuk orang Asia (wanita) jangan lebih dari 31.5 inch.
This lady size pinggangnya dah 29.5 inch. Dah lega patutnya ni.

Berat dia pun baru 56-57 kg.
Kalaupun berat ni overweight, aku rasa excess 3-4 kg je ni.
Masih boleh turun lagi. Kena sabar.
Janji inchloss dah dalam range HEALTHY.
Berat badan kita semua terdiri dari tulang, otot, lemak, organ dan air.
Bila kita timbang berat, penimbang akan tunjukkan angka berat badan keseluruhan.
Hari ni 60 kg, esok 59 kg, lusa 61kg, tulat 58 kg.
Semua angka-angka ni belum tentu lemak yang turun. Mostly, air yang turun.
Badan kita ni banyak air.
Kita minum, makan, berpeluh, buang air - semua ni boleh bagi kenaikan dan penurunan dalam angka penimbang.
Bila kita kata "SAYA NAK KURUS!", sepatutnya membawa maksud "buang lemak".
Lemak TIDAK AKAN TURUN dalam tempoh 3-4 hari permulaan berdiet.

Dalam beberapa kes pengguna GC Plus tanya kenapa berat tak berubah banyak tapi inch loss banyak?
Kenapa berat tak berganjak lansung tapi baju lama boleh pakai balik?

Ok yang ni penjelasannya macam ni.
Salah satu mekanisme tindakan GC PLUS adalah menambahkan jisim otot.
Dia tak buatkan otot kau berketul-betul.
Yang tu kena buat muscle training.
HCA dalam GC PLUS ni akan block sejenis enzim yang membentuk lemak.
Ia akan create new pathway yang membuatkan glukosa disimpan terus ke dalam otot dalam bentuk glikogen.
Jadi, jisim otot bertambah.

Ok sampai sini faham, kan?
Good. Aku sambung.

Bila jisim otot bertambah, lemak akan berkurangan. Kenapa?
Sebab, semakin besar jisim otot, semakin bertambahlah metabolisme badan.
Salah satu perkara best bila jisim otot bertambah adalah, ia mempengaruhi kadar metabolisme berehat (BMR).
BMR ni merupakan tahap metabolisme ketika korang tak buat apap-apa, contohnya macam duduk depn laptop buat kerja, atau baring tengok TV.
Bila jisim otot bertambah, walau tak bersenam atau tak buat kerja berat, metabolisme tetap tinggi.
Inilah yang aku maksudkan "tak payah bersenam pun tak apa".
Keupayaan GC PLUS menambah jisim otot buatkan metabolisme bertambah, lama-lama berat badan berkurangan.
Membuatkan ketika korang buat aktiviti ringan yang tak berpeluh pun metabolisme tetap tinggi asbab jisim otot yang semakin bertambah.
Apetah lagi kalau bersenam, lagilah laju metabolisme.

Turutan dia macam ni - Lebih banyak jisim otot, lebih tinggilah metabolisme.
Lebih tinggi metabolisme, lebih sedikitlah lemak pada badan.
Ini kerana otot menggunakan lebih banyak tenaga daripada lemak ketika korang sedang berehat (tak buat apa-apa).
Jadi logiknya adalah, otot bertambah akan mengurangkan lemak badan.
Otot bertambah juga akan buat metabolisme rehat (BMR) lebih tinggi.
Maka lebih cepatlah lemak dibakar dalam badan.

Dalam beberapa kes, penimbang tunjukkan berat badan bertambah sikit. Sedangkan inchloss dah banyak.
JANGAN PANIK! Kerana, otot sifatnya padat dan berat berbanding lemak yang ringan tetapi mengambil ruang (Tak padat. Menggeleber).
Bila jisim otot bertambah, ia mempengaruhi timbangan badan.
Ingat tak aku pernah cerita masa semak proposal insurans dulu, seorang apllicant ni BMI dia overweight tapi agen kata orang tu tak gemuk.
Aku suruh agen bawak orang tu datang ofis aku nak tengok.
Memang betul rupanya, budak tu macam body builder muscle berketak-ketak.
Berat otot, bukan lemak.

That's why penimbang berat bukan indicator terbaik ketika sedang berdiet.
Lebih baik gunakan baju-baju lama sebagai piawai.
Ingat! Misi kita adalah MEMBUANG LEMAK.
Ramai yang seronok bila penimbang tunjuk angka berkurang.
Ramai juga yang risau bila penimbang tunjuk angka bertambah walhal tengah berdiet.
Yang ni pun kena hati-hati juga.
Sebab bila terlampau sangat berdiet - restrict makan, jogging 10 km hari-hari, makan weight loss pill bagai - badan tak turun sangat.

Weight loss ni tricky. Dia tak semudah 10-5=5.

Terlampau kurang makan, badan akan stop bakar lemak sebab badan ingat kau sedang dalam zon kebuluran.

Terlampau extreme work out, badan akan stop burn fat sebab badan mengalihkan tenaganya kepada pemulihan otot yang tear akibat extreme work out.

Makan GC Plus tapi mentekedarah macam takde besok.

Berdiet tetapi at the same time pakai birth control atau ambil rutin medication yang lain.

Berdiet tapi stress tinggi, tidur tak cukup.

Berdiet tapi ada faktor genetik keluarga yang semuanya berbadan besar.

Itu semua faktor-faktor yang menyumbang kepada progress weight loss yang lambat.
Weight loss ni kena buat bertenang-tenang.
Jangan stress. Jangan extreme. Jangan nak cepat. Rileks.
Tapi mesti disiplin dan konsisten.


2022-09-14

Bukan mudah nak handle perangai sorang-sorang, nak lagi orang tua.


Benda-benda macam ni aku kena tepek bukti. Bukan apa, kalau aku bercerita saja tanpa ada bukti, karang orang kata aku buat-buat cerita.
Karang orang kata aku perli sesiapa.
Ok, ni aku tepek permintaan follower.
Ini pun dah lama dah, 15 Ogos dia hantar baru aku nak reply.
Actually ada beberapa lagi aku sempat baca hadapi masalah sama tapi aku dah tak jumpa.
Scroll-scroll tadi tak perasan dah mana satu mesejnya sebab DM aku banyak belum baca lagi.

Duduk dengan orang tua memang macam ni, ya.
Yang pertama, maybe dia dah tak larat nak buat kerja.
Kedua, dia tahu kita ada boleh buatkan.
Ketiga, itu rumah kita maka dia biarkan kita urus sendiri.
Keempat, dia malas.

Ada hari tu aku baca DM, dia cakap mak mertua dia kalau teman dia masak di dapur, memang betul-betul duduk teman and tengok.
Masakkan nasi putih pun tak. Padahal masih larat lagi.
Yang letih tu, mak mertua tak nak menolong tapi suka pelawa anak-anak yang lain datang makan kat rumah.
Balik kerja tau-tahu lauk dah tinggal sikit, nasi dah tinggal sikit.
Rupanya anak yang lain datang ke rumah makan.
Terpaksa masak lain dalam keadaan penat-penat balik kerja.

Ikhlaskan diri ketika kita sedang happy-happy memang senang.
Sebab itulah orang lebih mudah memaafkan semasa hari raya berbanding hari biasa.
Kerana mood raya tu membangkitkan keseronokan.
Jadi, mudah untuk kita memaaf dan melupakan.
Cuba dalam keadaan penat, stress balik kerja.
Tak mudah nak mengikhlaskan.
Jadi, salah satu cara untuk mengikhlaskan adalah dengan cara menguruskan mood sendiri.
Mood kalau baik, semua benda jadi ikhlas.

However, aku tahu benda ni tak mudah nak dibuat.
Apetah lagi kalau perkara ni berlaku setiap hari.
Larat kau nak manage mood sendiri demi nak menggembirakan semua orang? Tak larat, ya.
Berbincanglah dengan suami.
Sebab yang taknak bagi kerjasama tu mak dia.
Mungkin suami ada cadangan yang lebih baik.

Aku kalau bab memasak ni lebih suka orang tak tolong.
Sebab aku memasak cepat.
Mak mertua aku pun kata aku masak cepat. Dia takleh follow.
Jadi, kalau memasak memang aku buat sorang.
Mak mertua aku ada sama kat dapur tapi tolong kacau-kacau lauk, tolong basuh-basuhkan kuali.
Masak dia memang tak tolong.
Aku tak kisah sebab aku memang lebih suka masak jangan orang kacau.
Cuma satu je, izinkan aku menyanyi kat dapur.
Kau berani menyanyi sambil memasak depan mak mertua? Tak, kan?
Aku syak suara aku sedap kot sebab mak mertua aku layan je. Kahkahkah.

Cuma aku boleh cadangkan, kalau kita perlu bantuan, mintak je kat mak tu.
Start dengan yang simple-simple.

"Mak, boleh tolong kupas bawang ni tak?"
Hulur 3 biji dulu. Jangan bagi banyak-banyak.
Kalau 3 biji nampaklah macam kau mintak tolong.
Kalau bagi 3 guni karang dia kata kau memperhambakan dia pulak.

Esok time nak masak, "Mak, boleh tak tolong gaulkan ikan ni dengan garam kunyit?"

Kau bagi yang simple-simple je dulu.
Bagi dia biasakan diri dengan membantu.
Lama-lama nanti insyallah dia boleh tolong-tolong.
Kadang-kadang mak mertua ni bukan taknak tolong, tapi takut apa yang dia buat kita kurang berkenan.
Jadi, kalau perlu pertolongan, ajak dia bantu.
Bagi yang sangat-sangat light dulu. Jangan bagi berat-berat.
Walaupun yang kita minta tu sebenarnya kita boleh buat sendiri, takpe. Minta tolong dia.
Biasakan dia participate.
Tapi kalau jenis mak mertua yang benda simple pun dia tolak taknak buat, yang tu payahlah sikitlah.
Perlukan suami untuk berbincang.

Memang wujud mak mertua yang buta-buta tolak taknak bantu menantu.
Yang jenis ni, kalau tak menambahkan beban tak apa.
Tapi kalau menambahkan penat kita, memang mengundang kebencian juga.
Bukan apa, dah la tak membantu, tapi rajin buat sepah.
Tak tolong masak, tapi rajin ajak anak cucu datang makan kat rumah.
Yang tak boleh blah, dah la tak membantu.
Bila kita tak sempat buat itu ini, dia jaja kat orang kampung kita pemalas.
Hat ni kalau kena simen dek menantu esok, jangan question kenapa.
 


Ini lagi satu permasalah biasa.
Again, kalau aku tak tepek bukti macam ni, nanti ada yang kata aku reka-reka cerita.
Meh kita tepek.
Bukan apa, nak tunjuk betapa ramai hadapi masalah yang sama.
Orang yang tak merasa tak tahu apa rasanya.
Sesekali bolehlah tolak-ansur.
Bak kata follower ni, kalau dah kerap sangat, memang kacau plan.
Yelah, orang yang bekerja, memang weekend and hari cuti nak berehat, nak bercuti.
Tapi orang lain jadikan rumah kita as tempat percutian pulak.
Pantang weekend datang. Pantang cuti, muka dia sampai ke rumah.
Dah satu hal kita tak boleh ke mana-mana.

Tak semua orang boleh bertolak-ansur dengan tetamu yang berlama-lama di rumahnya, walau mak mertua.
Bila mertua datang, dah tentu makan minumnya kita kena uruskan.
Selama ni tak perlu memasak tengahari, dah kena masak tengahari.
Sebelum ni boleh bangun lewat, dah kena bangun awal.
Sebelum ni boleh bersantai-santai pakai short and sleeveless di rumah, dah kena pakai pakaian yang sopan.
Sebelum ni baju hanya dilipat on weekend, now kena lipat hari-hari.
Maksudnya, bila mertua datang, schedule tuan rumah berubah.

Adik-beradik yang datang sebulan sekali, rasanya masih oklah lagi.
Tapi aku rasa ini bukan sebab adik-beradik datang, tetapi adik-beradik datang tak inform.
Tau-tau terpacak depan rumah.

Ahad baru ni adik aku Ima singgah rumah.
Dia nak attend wedding kawan dia di Shah Alam dan lansung ke Pekan hantar Jannah balik sekolah.
3 minggu sebelum datang dia dah inform aku nak singgah.
Singgah je. Bukan berlama-lama pun, tapi tetap inform.
Ini namanya common sense.
Walau itu rumah adik-beradik kita, tapi tetap namanya rumah orang.
Nak singgah ke, nak datang ke, inform tuan rumah.
Bukan terpacul depan rumah bagi salam.
Bila tuan rumah bengang, cakap tuan rumah jahat.
Aku nak datang rumah Mak Aji pun aku inform dulu tau, tak main terjah terus.
Padahal rumah mak sendiri.
Nak datang rumah Ima, aku whatsapp laki dia sebab adik aku tak bekerja.
Jadi aku anggap itu rumah suaminya.
Aku minta izin suami dia sebelum datang.
Bukan nak puji diri sendiri, tapi bersyukur aku ada common sense bab ni.

Hah, baru aku teringat.
Ada sorang follower cerita kat aku.
Tapi ini kisah mak sendiri.
Cuti 31 Ogos hari tu, mak dia datang ke rumah.
Mak dia bagitau nak bawak 5 orang makciknya sekali datang sebab budak ni baru pindah rumah baru.
Mak bagitau malam-malam karang baru sampai sebab dorang nak ke tempat lain dulu.
Budak ni prepare mihun goreng dengan keropok.
Dia kata mak dia masuk je rumah terus ke dapur tanya "Masak apa malam ni?"

Bila dia bagitau mihun goreng, mak dia sound "Mihun? Takkan takde nasi. Orang datang ramai ni nak makan nasi".

Dia macam blur kejap.
Lah, kenapa pula dia kena masak nasi untuk semua orang?
Yang pertamanya, mak dia tak bagitau pun rombongan tu nak datang makan nasi di rumah dia.
Kedua, mak dah bagitau "malam-malam sikit sebab nak pegi tempat lain dulu'.
Dia ingatkan dah pi dinner tempat lain.
Ketiga, mihun tu dia buat banyak, cukup dan kenyang untuk semua orang makan.
Terus hilang mood nak layan tetamu katanya.
Jadi menyampah dengan mak sendiri.

Lusanya, dorang semua menghantar salah seorang makcik nak pi umrah.
On the day, mak dia tanya "Kau bagi berapa kat Makcik?".
Mak dia paksa bagi duit RM200 kat makcik.
This lady cakap mak dia suka arah-arah anak buat itu ini demi nak tunjuk kat semua orang yang anak-anaknya tip top.

Hmmm...macam-macam perangai manusia, kan?
Bukan mudah nak handle perangai sorang-sorang, nak lagi orang tua. Serba-salah dibuatnya.
Sesekali bolehlah suruh bersabar.
Kalau dah menghadap benda yang sama, kalau kena kat kita agaknya belum tentu kita boleh bersabar.
Aku tak solution untuk masalah macam ni, sekadar jadi tempat mendengar bolehlah.

Semalam aku dengar YB KJ bercakap pasal bapa mertuanya, Pak Lah, our 5th PM yang menghidapi dementia.
Cara dia cakap tu, aku yang sebak.
Aku dapat rasa dia pun sedih bila bapak mertua dah tak kenal dia.
Padahal dia menantu, mungkin antara menantu yang rapat sebab both involve dalam politik.
YB KJ kata, menjaga orang dementia ni kesabarannya bukan calang-calang.
Apetah lagi kalau itu mak bapa sendiri.
Betul. Jangankan kata dementia, yang sihat walafiat pun kalau buat perangai, susah kita.
Nak dimarah tak boleh. Nak bersabar tak larat dah.
Berdoa je lah kita dah tua esok tidak sampai menyusahkan anak-anak.


2022-09-13

Nakkan keselesaan.


Baru-baru ni anak sedara aku Widad masuk hospital nak buang biji kat kelopak mata.
Macam ketumbit tapi tak sakit, tapi makin membesar.
Doktor buat minor surgery. Kena full sedation and masuk OT segala.
Aku ingatkan kuis gitu je. Berjahit juga.
Kejap je prosedur tu. 1 malam stay with minor surgery dah RM4000.
Pastu aku tanya Ibal apesal tak masuk HUKM je sebab dia staff sana.
Dia cakap memang boleh tapi nak menunggu tu hazab jugalah.
Yang nak teman menunggu tu yang hazab sebab menunggu lama.
Lebih baiklah masuk swasta.
Cuma tu lah, siapkan je lah duit (atau claim insurans).

Aku rasa itulah juga reason kenapa aku pilih swasta masa nak bersalinkan anak-anak.
Masa mengandungkan Redza, dari sah mengandung je dah start saving.
Orang kata membazir habis beribu sedangkan boleh bersalin kat hospital kerajaan.
Tak, bukan taknak pi kerajaan tapi nakkan keselesaan saja.
Keselesaan ni kena beli.
Macam kau naik flight. Duduk seat mahal ke murah ke, memang sama-sama sampai.
Tinggal lagi nak yang selesa.
Kalau berduit apa salahnya berhabis, kan.

Masa aku pi umrah yang last (2017), aku ambil business class.
Bukan sebab banyak duit, tapi 2 umrah yang sebelum tu dah berpengalaman duduk seat biasa, maka apa salahnya tukar angin.
9 jam duduk straight tegak memang krem pinggang.
Kalau bisnes class tu boleh gak jadikan flat seat tido berlunjur.
Walaupun aku tak tido, at least boleh naikkan laras kaki supaya boleh belunjur.
Seatnya besar siap boleh bersila.
Tapi yang paling best sebab reading light kat tepi siap boleh adjust.
Jadi, cahaya tembak terus kat Quran aku, tak memancar kat orang sebelah.
Maksudnya, tak mengganggu orang sebelah nak tido.

Macam tu lah juga orang pilih hospital.
Zaman aku bersalin Redza dulu RM8K.
Bising jugalah Mak Aji kenapa nak membazir. Sakit bersalin sama je.
Ya, betul. Memang sama.
Tapi tengoklah betapa selesanya aku dalam wad tu.
Bilik sorang. Yang berziarah pun selesa berlonggok dalam tu ramai-ramai.
TV kita punya sorang, toilet kita punya sorang.
Barulah boleh rest dengan tenang. Itu saja.

Aku tak pasti masalah “staff biadap” ni ada ke tak kat hospital swasta. Rata-rata yang komplen mesti sangkut kat hospital kerajaan.
Selalunya nurse hospital kerajaan yang kena kondem.

Yang sebenarnya masalah sikap ni ada je kat mana-mana.
Alhamdulillah tahun 2010, 28 hari aku kat Hospital Serdang, takde masalah nurse biadap.
Sambung lagi another 29 hari lagi jaga Rayyan pula kat NICU.
57 hari aku check in hospital.
28 hari pertama sebagai penduduk tetap wad bersalin, macam-macam cerita aku dapat.
Dari pemerhatian, dari pendengaran, semua ada.
Tipulah kalau nak kata semua nurse and dokter kat sana serasi dengan kita.
Memang ada 1-2 orang yang macam harem sikit tapi itu bukan masalah profesion tapi masalah individu.

Contohnya, aku pernah lepak kat SALAM time Rayyan sakit. That was tahun 2013 kot.
SALAM tu private hospital, bukan hospital kerajaan.
Secara lojiknya bila kita bayar mahal, service pun tip top lah, kan. Tapi, macam puaka juga.
Nurse siap tido kat kaunter.
Aku pulak yang kejutkan dia tanya pukul berapa nak bagi anak aku ubat.
Itu tengah-tengah malam, tau.
Aku kunci alarm sendiri takut aku tak terjaga. Rupanya dia sedappp je tido.
Tu belum lagi dengan doktor yang 'bertauliah'.
Takat buat round je. Mulut anak aku pun dia takleh bukak untuk check tekak.
Bila demam Rayyan tak baik-baik, dia buat macam-macam assumption.
Suruh ambil test denggi dan macam-macam test lagi.
Last-last dia nak tranfer Rayyan ke Colombia Asia Puchong buat MRI!
Aku macam, weh kebangangan apekah ini siap nak suruh buat MRI sedangkan masa tu baru beberapa hari demam.

Last-last aku sign surat untuk keluar hospital and bawa Rayyan pi DEMC.
First attempt je, doktor DEMC berjaya buka mulut Rayyan (Rayyan dulu penakut makan ubat jadi dia kemam mulut taknak bukak).
Rupa-rupanya tonsilitis. Patutlah demam tak kebah-kebah.
Kat situ je dah boleh nampak, ke-efisienan dan sikap staff bukan bergantung pada hospital mana dia bekerja tetapi individu itu sendiri.
Dia yang tak efisien, pastu sesuka hati nak hantar anak aku pi buat MRI. Gila apa.

Tapi, masa bersalin Redza 2004, aku buat di SALAM juga.
Masa tu segalanya tip top.
Doktor bagus, facilities bagus, nurse bagus. Semua ok.
Pengalaman bersalin kali pertama boleh dikatakan menyeronokkan.
Terasa bestnya bersalin. Hahahhaha.
Mau tak best, RM8K habis.
Tapi setelah 10 tahun, kembali ke hospital yang sama, lain pula pengalamannya.
Maka kat sini jelaslah, bukan masalah tempat, tapi management and staff.

Masa kat Hospital Serdang, alhamdulillah.
Agaknya sebab aku ada komplikasi, jadi dugaan aku hanya pada penyakit yang aku tanggung, tidak ada dugaan dari external faktor.
Nurse ok, doktor ok.
Wad kena kongsi sebilik 6 orang tapi aku dapat katil hujung sebelah tingkap.
Jadi kalau aku tarik langsir tutup katil, ruangan aku masih cerah sebab ada cahaya dari tingkap.
Tapi selalunya katil aku tak bertutup langsir.
Aku kangkangkan je sebab masa tu aku free hair.
Belum ada pemahaman perlu menjaga aurat.
Katil-katil lain bertutup siang malam.
Maybe itulah yang buatkan dorang rasa macam sesak duduk dalam compound tertutup.

Actually En Wan dah plan nak transfer aku ke hospital swasta sebab dia naik hangin dari hari ke hari doktor masih taknak bedah aku sedangkan aku punya blood pressure dan urine dah teruk.
Blood pressure aku sepanjang kat sana tak pernah below than 180/120. Tinggi manjang.
Urine aku tak pernah clear.
Everyday dorang cucuk ambik darah sampai lebam-lebam lengan.
Maunya tak kalau berhari-hari rutin yang sama.
En Wan nak bawa aku keluar. Tapi kes aku swasta taknak ambil.
Dorang taknak tanggung risiko.
Lepas tu En Wan nak keluarkan aku untuk duduk rumah je. Nak terberanak esok baru datang.
Tapi Serdang tak bagi sebab dia kata condition aku buatkan aku senang nak dapat sawan.
Kalau dapat sawan kat hospital at least kelengkapan dan doktor semua ada.
Kalau kat rumah kena sawan, baby boleh mati dalam perut katanya.

Memang ada 1 kali terjadi doktor tersalah cucuk jarum.
Merana semalaman aku tahan sakit.
Esoknya bila nurse nak on drip, aku menjerit.
Rupanya nurse check, salah cucuk.
Patutlah semalaman aku takleh tido sebab tahan sakit.
Sakit hati jugalah aku masa tu, tapi sebab pagi tu aku dah nak bersalin, malas aku nak komplen.
Sepanjang 28 hari, itu lah sorang and baru sekali doktor buat slack. Selebihnya ok.
Nurse-nurse kat wad tu pun semua ok je.
Disebabkan aku dah taraf-taraf maskot kat dalam wad tu, orang lain masuk 3 hari dah boleh balik, aku 5 minggu berkampung tak balik-balik.
Jadi pengalaman aku lebih la sikit dari orang lain.

Memang ada juga aku dengar nurse sound mak-mak yang kesakitan nak bersalin yang jalannya baru bukak 6cm.
Ada nurse tu cakap "Doktor handle la pesakit ni, saya dah tak tu dah nak buat apa, asik nak meraung je"
Memang sakit hati juga dengar.
Apetah lagi kalau ahli keluarga dengar nurse tu cakap depan-depan.
Tapi again, itu masalah individu, bukan hospital.
Sebab dalam ramai-ramai, cuma dia sorang mulut macam tu.
Ada juga pesakit dah sakit tak tahan sangat, si suami dah mintak untuk sign surat kebenaran isteri dibedah, tapi doktor cakap "Cubalah dulu dik, mak-mak kita dulu semua bersalin ikut bawah, boleh je".
Memang sakit hati juga aku dengar masa tu.

Pengalaman bersalin Redza, 15 jam tahan sakit sampai biru kuku kaki semua tapi jalan tak bukak-bukak. Bukak 1cm je.
Dah tak tertanggung dah azab sakit time tu.
Dia punya sakit tu macam tulang pinggang kena lipat dengan tulang bontot. Azab nak mampus.
Sebab tu aku tak faham apa reason some doktor suruh juga bersalin normal walaupun suami desak untuk dibedah.
Yang tu kena tanya dokter-dokter sekalian apa rasionalnya. Aku tak tahu.
Yang aku tahu masa tahan sakit 15 jam tu, aku dah diinduced 3 kali.
Kau imagine sakitnya macamana.
En Wan dah baca Yassin kat sebelah tengok aku dah lembik sangat.
Last-last doktor bedah sebab dia kata aku takkan larat nak push sebab lemah sangat.

Masa aku baru nak check in kat Hospital Serdang, kena masuk wad kecemasan dulu.
Kalau ikut pemahaman aku (kita semua), yang masuk wad kecemasan tu mestilah perlukan rawatan segera. Nama pun cemas.
Dah terbayang doktor berlari ke sana sini, nurse tolak troli laju-laju, hiruk-pikuk nurse jerit panggil dokter ala-ala scene Pearl Harbour.
Itu namanya CEMAS. Sebab tu masuk wad kecemasan.
Tapi aku lepak wad kecemasan 3 jam πŸ˜†.
Sejam dia suruh baring tunggu untuk diinject. Lagi 2 jam duduk kat ruang menunggu.
Itu definisi kecemasan.
Lagi satu masa aku retak tulang kaki tahun 2000, kat Hospital Kajang.
Kaki aku dah menbengkak sebab retak, aku kena tunggu 3 jam.

Aku rasa itu memang normal kot.
Bukan nurse lembab buat kerja.
Maybe word KECEMASAN itu yang membuatkan semua gabra dan expect segalanya berlaku dengan pantas.
Tak dinafikan ada certain cases ditreat dengan sangat cepat.
Yang ni memang betul-betul kes cemas tara-tara nyawa ikan kot.
Tapi kalau kes patah kaki macam aku tu belum cukup cemas rasanya. Putus kaki baru cemas.
Aku rasa sebab dalam wad kecemasan tu sendiri ada beberapa tahap cemas.
Yang tak berapa cemas kau rilek dulu.
Dorang dulukan yang benar-benar cemas.

Masa aku retak kaki dulu, 3 jam bertahan sebab nurse dah letak pengampu kayu kat belakang betis and balut ngan kain anduh supaya kaki tak bergerak sangat.
Tu syarat sementara nak tunggu giliran kena simen.
Maybe sebab dia dah ampu kaki aku, tu yang dia bior aku tunggu 3 jam.
Kaki dah bengkak tapi tak disimen-simen lagi.
Tapi dah itu memang prosedurnya, nak buat macamana kan.
Masa kitorang satu famili accident year 1988 kat Tampin, sama juga halnya.
Semua menunggu kat wad kecemasan.
Tapi Mak Aji je yang dorang treat as KECEMASAN sebab blood pressure dia naik mencanak-canak.
Jadi aku rasa hospital ada guidelines dia sendiri siapa cemas siapa tak cemas.

Orang kata kalau nak dirawat cepat baik gi hospital swasta. Ya betul.
Tapi sekarang ramai dah ada insurans.
Semua pun opt for hospital swasta sampai kena queue juga.
Kalau nak comparekan service, memang hospital swasta layanannya lebih mesra.
Eh mau tak mesra, kalau harga bilik satu malam RM700?
Bilik pula setakat berapa puluh je. Pesakit tak ramai.
Maka nurse and doktor tidaklah lah se-busy hospital kerajaan.

Cuma tu lah, kalau nak selesa memang hospital swasta.
Walaupun Hospital Serdang tu pun selesa (melalui pengalaman aku 28 hari dalam wad), tapi kalau compare dengan hospital swasta, lagi selesa swasta.
Ada macam-macam tahap keselesaan sebenarnya.
Ada yang boleh bertolak-ansur dengan keselesaan yang minimum, ada yang dah biasa dengan keselesaan yang maksimum.
Jadi, bab keselesaan ni sebenarnya bergantung pada individu.
Cuma kalau dahlah tak selesa, staff pula biadap, hat ni memang hanginlah sikit.


2022-09-10

Entrepreneurship is not easy.


Masa aku sembang-sembang dengan blog reader X pasal hal-hal pengurusan bisnes, ternyata bukan aku saja alami hal ni.
Like I said, entrepreneurship is not easy.
Bukan semua orang mahu melaluinya.
Berada dalam dunia perniagaan bukan sekadar “bawa masuk duit”, tapi lebih dari itu.
Pengurusan perniagaan itulah yang buatkan entrepreneurship tough.
Sampaikan di satu tahap tu umpama kita (founder) yang bekerja untuk mencukupkan keperluan semua orang.
Especially bila pekerja sudah berkahwin, ada anak-anak, sudah start buat loan menggunakan slip gaji company - majikan turut rasa bertanggungjawab memastikan business ada kelansungan.

Majikan always meletakkan kepentingan company dan pekerja lebih dulu dari dirinya sendiri.
Contohnya blog reader aku, X yang sanggup berjimat dan pendam keinginan sendiri demi nak buat saving untuk standby kot-kot company run out of money, she can support pekerja.
Inilah yang aku maksudkan.
Ujung-ujung, dah macam majikan bekerja untuk menjaga kebajikan semua orang.
Berapa ramai yang sedar hal ni?
Kebanyakannya ingat majikan tak buat kerja tapi ambil gaji banyak.
Majikan melenggang tak buat kerja sebab tak masuk ofis.
Majikan kayakan diri sorang.
Dan macam-macam anggapan lagi.

Oktober depan cukup 14 tahun aku run this company (with 19 years of experience doing sales & marketing).
Kalau 14 tahun aku belajar kat uni, dah dapat 4-5 PhD agaknya.
Hampir dapat menyaingi PhD Dr Azizan gitu.
Selama 14 tahun ni selain kerja hakiki membuat sales and marketing, rutin aku antaranya membaca jurnal everyday, baca e-magazines yang aku subscribe tentang food science, technology, biotech, food safety.
Dan tak lupa juga ambil course itu dan ini untuk upgrade diri.
Terfikir juga sesekali, bila aku nak stop belajar? Apa benda yang aku buat ni? Berbaloi ke? Berfaedah ke?
Tapi tulah, kalau bukan aku yang buat, siapa nak buat?
Siapa yang kena upgrade diri kalau buat ownernya sendiri, ye tak?  
Even laki aku sendiri tak nak buat.
Sesekali aku minta dia baca artikel pasal food science pun dia tak nak.

Bukan takleh minta orang lain buat apa yang aku buat.
Persoalannya, bukan semua orang nak buat.
Ramai prefer pergi kerja, hujung bulan dapat gaji. Cukup.
"Buat apa nak bebankan diri learn macam-macam kalau gaji still sama?"
Selalunya ini yang akan ditanya balik, kan?
Jadi, nak tak nak, “boss” yang kena buat.

Selagi kita tak berada di tempat itu kita takkan tahu the struggle.
Masa aku makan gaji dulu, aku pun pernah ada persepsi macam tu.
CEO masuk ofis pukul 10am. Itupun bukan hari-hari.
Nak jumpa CEO manjang PA dia kata “he’s not coming today”.
Tapi pakai kereta besar. Hari ni Merz, esok BMW, lusa sport car.
Eh apeni?? Peras tenaga orang ke?

Haaa..gitulah aku punya pandangan dulu.
Agaknya terlampau banyak sangat bersangka buruk dengan CEO, aku ditakdirkan dapat kerja di tempat lain as Head of Department.
Tetapi, itu adalah new department yang aku kena bangunkan from scratch.
Seolah-olah Allah nak test aku boleh tak aku build department.
Kalau department pun kau takleh nak build, jangan banyak cakaplah nak kondem CEO. Haa gitu.

Nak bangunkan new department pun dah separuh hazab.
Tido 1-2 pagi. Padahal esok kena masuk kerja dan kerja baru sedia menanti.
On top of that tugas mem-build new department masih lagi on-going.
At the same time kena cari sales lagi. Buat marketing lagi.
Aku pun dah lupa macamana aku went thru all that.
Tapi pengalaman tu memang membuka mata aku rupanya membangunkan bisnes bukan senang.
The struggle tu berterusan, tak pernah berhenti.
Bezanya setelah 14 tahun, aku lebih relax.
Stress tu ada, doubt tu ada, tapi takdelah sampai masuk dalam mimpi.
  
Self-employed, lain.
Walaupun namanya berniaga juga, duit dapat terus kat kau.
Sebab sistem self-employed ni adalah sistem bekerja sendiri.
Berbanding dengan business, sistemnya berbeza sebab dah melibatkan satu organisasi.
Duit tak masuk ke poket owner tepai masuk ke dalam akaun company.
Maknanya duit tu tak sampai buta-buta kat kau.
Duit tu kena lalu sewa premis, utilities, gaji pekerja, KWSP, SOCSO, tax, supplier, marketing, etc.

Mencari sales rasanya tidaklah sesusah mana kalau kita ada tapak.
Masa aku buat biotech supplies dulu, awal-awalnya aku sorang yang buat sales.
Walaupun aku sorang yang bawa masuk duit dalam company, pendapatan masih cukup sebab satu kali jual instrument RM20K. Kadang RM65K.
Pekerja masa tu baru 2 orang.
Bermakna, sales yang aku dapat adalah lebih dari cukup kalau setakat nak bayar gaji staff.
Tapi like I said, bila kita dah ada satu organisasi, pendapatan syarikat bukan hanya pergi pada gaji tetapi banyak tok nenek perkara lain.
Jadi, kalau owner rasa tak best seperti apa yang dirasa oleh X, itu adalah wajar.
Perasaan tak puas hati tu memang ada sebab kita yang ke sana sini mencari sales, tapi tak dapat buta-buta kat kita.

Tu belum lagi sesekali masuk surat minta sponsor.

"Kita dah beli banyak dengan you. You dah kaya dengan duit kita. Sponsorla RM10K".

Pandangan orang selalunya itulah.
Dia ingat kalau dia beli RM100K, semua tu dapat kat kita.
Dia tak tahu, walau sales bulan tu RM300K sekalipun, gaji kita tetap gitu juga, tak lebih.
Sebab the rest of the money masuk company (walaupun company tu kita punya).
Company nak guna duit tu untuk beli stok.
Beli stok ingat hutang ke. Bayar penuh, ya.
Nak order stok takkan setakat 100 ketul?
Paling-paling pun RM10k.
Kalau ada 10 jenis produk kita carry, tak ke RM100K modal kena ketepikan untuk replenish stok?
Kat situ je dah habis RM100K.
Habis benda lain nak bayar guna apa? Bulu?

Selama 14 tahun in this line I have tried a bunch of things and I have failed in the past.
Ramai orang ingat berniaga ni boleh jadi kaya.
Ya, betul. Boleh kaya, sspecially kalau kau self-employed.
Memang senang nak jadi kaya sebab kau kerja sorang.
Tak banyak kos yang kau kena tolak.
Tapi kalau entrepreneur - it is not easy.
Kalau nak keep your mind engaged, jadilah entrepreneur. Boleh bercakap sorang-sorang kau nanti πŸ˜†.
En Wan dah selalu nampak aku cakap and gelak sorang-sorang.

Another reason yang buatkan entrepreneur ni hard, bukan challenge from outside tetapi internal struggle.
Outside challenge boleh adjust dengan teori and praktikal.
Tapi internal challenge perlu kekuatan sebenar.
Semacam ada constant self-doubt yang sentiasa persoalkan sama ada kau berjaya atau tak.
Yang ni yang kena betul-betul jaga.
Kalau tak, this self-doubt can eat you away. Boleh bertukar jadi depression.

Entrepreneur ni macam pekerja yang ada multiple boss (the customers).
Some people eventually grow out of this. Some yang lain stuck.
Yang stuck tu is because the purpose of their business is to build freedom and wealth for themselves.
Buat produk hit and run. Takde konsistensi.
As long as boleh bawa duit konsepnya.
Buat A, habis dijual, terus stop. Then buat B, habis dijual, kemudian stop.
Memang boleh kaya, tapi kaya sorang je lah.
Nak manage cashflow and finance ni yang orang tak suka.
Sebab tu they lebih suka kayakan diri sendiri saja. Lebih senang urus.

One of the reason kenapa hampir setiap tahun GreenAard keluarkan planner adalah kerana aku pengguna planner.
Nak manage complexity dalam bisnes memang kena buat banyak to-do list untuk prioritize tasks, outsource, and delegate.
Jadi, memandangkan aku pun nak guna, maka sekali harung la aku buat banyak untuk customer GreenAard sekali.
Tahun ni insyallah ada planner. Insyallah.


2022-09-09

Mengorbankan semua kepentingan diri sendiri, salah.


Post aku semalam tentang blog reader X, dia minta aku sampaikan ucapan terima kasih untuk semua feedback yang diterima, yang dia boleh baca di ruangan komen FB aku.
Aku tak sempat nak baca semua DM, aad 3-4 aku dah screenshot and bagi dia tengok.
Semuanya feedback yang positif.
Like I said to her, apa yang dia buat dah betul, cuma maybe perlukan sedikit adjustment saja.
Adjustment dari segi apa?
Dari segi memberi perhatian kepada diri sendiri.

At least now bila baca feedback korang, dia dah nampak yang dia di track yang betul.
Sebenarnya, dia dah ok dah, cuma kerana tak nampak approval dari orang lain.
Biasalah, manusia. Tak banyak sikit, bila orang lain approve apa yang kita buat adalah betul, barulah rasa lega, seronok dan bersemangat.
Kisah dia ni juga sebenarnya buatkan aku sedar yang ramai sebenarnya orang yang berjaya, cuma kita tak nampak mereka ni sebab mereka tak membuktikan kesuksesan mereka dalam bentuk material.

Selepas aku access apa yang dia ceritakan dulu, like I mention earlier, masalah terbesarnya bukanlah sales.
Bukan pendapatan syarikat, tetapi kerana dia terlalu mementingan orang lain berbanding diri sendiri.
Memang ada orang yang macam ni, ya.
Apa yang dia buat adalah untuk kebahagian orang lain.
Dia nak pastikan orang lain cukup itu, cukup ini, dia nak pastikan orang lain happy, dan dapat hidup dengan baik.
Baginya, kalau orang lain happy, dia juga happy.
Sebab itu X rasa tertekan bila sales syarikat dah tak sebanyak dulu.
Sebenarnya bukan sebab sales tapi kerana dia mahu membahagiakan lebih ramai orang.
Dalam perancangannya dia nak bagi bonus lebih, nak naikkan gaji lebih banyak, nak expand ofis supaya pekerja selesa.

Aku tanya ofis tak selesa ke sekarang?

Ofisnya ok je, cuma dia nak jadikan ofis lebih selesa dari tahun ke tahun.
Aku cakap, TAK PAYAH.
Kau buat ofis seselesa mana pun, belum tentu staff nak berumahtangga kat situ.
Cukup time, dorang tetap balik.
Melainkan kau yang nak kerja situ 24 jam, maka boleh percantikkan ofis bagai rumah sendiri.
Because at the end of the day, yang nak stay ofis lama-lama adalah ownernya sendiri.

Macam En Wan, Sabtu Ahad masuk ofis.
Masa PKP hari tu semua duduk rumah, kan.
Dia raya kedua dah masuk ofis tolong packing supaya esoknya (raya ketiga) Pos Laju boleh datang collect.
Owner saja yang willing kerja macam lembu.
Cuti pun masuk opis, malam pun masuk opis.
Untuk ofis, basic kemudahan sudah mencukupi - ada ruang nak lepak, ada ruang pantry, ada snek, ada toilet, ada ruang kerja yang selesa.
Kalau nak upgrade pun, upgrade keperluan staff untuk bekerja dengan baik.
Contohnya good internet connection, PC, good printer and fax machine, etc.
Lain-lain tidak wajib. Tapi kalau mampu, apa salahnya.

Bagi aku X is doing good already.
Walaupun ada yang question kenapa husband nak kerja sekali sedangkan tak bawak masuk sales, to me that is not the actual issue.
Bukannya dia bayar husband buta-buta tanpa buat kerja.
Husband masih bekerja, tetapi bekerja di syarikat milik isteri.
So aku rasa yang tu not really the issue.
Isunya sekarang adalah dia terlampau mahu memastikan orang lain dalam keadaan selesa.
Buktinya, bila dia kata nak save duit supaya jika syarikat memerlukan, she can top up menggunakan simpanannya.
Itu adalah bukti bahawa dia terlalu mementingkan orang lain berbanding dirinya sendiri.

Orang sebegini lupa bahawa ada limit ketika mahu membahagiakan orang lain.
Sampaikan simpanan yang dia buat setiap bulan pun dia takut nak guna.
Punyalah menyimpan kerana taknak orang lain hidup susah.
Dalam tak sedar dia telah limitkan keinginannya.
Of course kita taknak membiasakan diri mahu semua benda atas nama "self-reward".
Tapi kita berhak menggembirakan diri sendiri.
Nak beli henbeg baru? Beli.
Bukannya tiap-tiap bulan tukar henbeg.
Nak makan sedap? Go makan.
Bukan hari-hari kita manjakan tekak dengan makanan sedap di restoran mewah.

Aku faham, kadang-kadang sebelum kita beli sesuatu kita berfikir-fikir sama ada membazir tak? Perlu tak? Pakai tak benda ni nanti?
Last-last tak beli. Tapi esok teringat-ingat. Menyesal.
Lepas tu stress berhari-hari.
Mulalah cari salah sana, salah sini, orang tu salah, orang ni salah.
Yang sebenarnya hasrat hati tak terpenuhi.
Nak beli perfume harga RM600? Beli!
Kalau itu yang buatkan kau stress berhari-hari, pegi je lah beli.
Berbaloi ke stress bergaduh laki bini dengan hanya kerana memendam nilai RM600 tu?
Keluarkan je lah saving kau sekarang, pegi beli. Lepas tu diam.
Kalau lepas tu kau menyesal beli perfume mahal, at least itu jadi pengajaran.
Sometimes kita tak belajar sesuatu selagi tak 'diketuk'.
Jadi, kalau kau menyesal selepas beli barang yang kau idamkan sangat tu, sekurang-kurangnya itu menjadi benteng untuk curb keinginan yang melampau-lampau di masa akan datang.

Menyenangkan orang lain memang baik.
Tetapi mengorbankan semua kepentingan diri sendiri, salah.
Kebahagiaan orang lain adalah kewajiban orang itu ke atas dirinya sendiri.
Bukan tak boleh berbuat baik, tapi jangan sampai mengabaikan perasaan sendiri.
Nak tunggu orang lain buat kita happy, belum tentu ada. 
Maka happykan diri sendiri. 
Bila diri sendiri happy barulah seronok menggembirakan orang lain.

2022-09-08

Mungkin ada orang yang sedang alami apa yang dia alami, dapat sesuatu dari sini.


Apa yang aku nak cerita ni adalah sesi "kaunseling" yang dengan seorang blog reader.
Aku dah minta persetujuan dia untuk kongsi sikit cerita ni tanpa screenshot conversation kami.
Lebih kurang 2 bulan lepas this lady aku bagi nama X, email aku dah luahkan masalah.
Reasonnya, kerana dia juga buat bisnes bersama-sama suami.
Jadi dia kata aku adalah orang yang tepat untuk dia berkongsi dan bertanya kerana aku pun bekerja bersama suami.

X buat service bisnes. Bukan jual produk.
Awalnya dia yang run this bisnes secara one-man show.
Dah maju, ambil 1-2 orang pekerja.
Ujung-ujung suami join sekali sebab majikan gulung tikar.
Awal-awalnya dia tak offer pun suami kerja sama.
Dia encouraged suami try cari-cari kerja lain.
Tapi suami always hint-hint nak kerja dengan dia.
Selepas 2 bulan tak nampak gaya si suami nak cari kerja lain, dia pun offerlah suami kerja dengan dia.

Memandangkan dia buat servis bisnes, sejak Covid banyak bisnes yang memberi khidmat service terpaksa stop.
Sekarang walaupun dah mula balik, tapi masih tak selaju dulu.
Dia dah slowly rasa tertekan sebab walaupun ada pekerja dan suami bekerja sekali, punca pendapatan syarikat adalah dari dia sebab dia sorang je yang boleh buat service tu.
Staff lain sebagai orang yang buat paper work dan clerical work saja.

Dulu bisnes kencang. Sekarang dah slow.
Pulak tu dia sorang yang bawak sales masuk ke dalam company.
Nak kena bayar gaji staff, gaji suami, gaji sendiri, utilities, sewa premis - semuanya semacam beban dah pada dia.
At the same time dia menanggung parents.
Dia bagi duit ke parents RM2000 sebulan.
Savings ASB RM1500 sebulan.
Tabung Haji RM500 sebulan.
Komitmen insurans ada 4.
Komitment invest kat gold at least 30g setahun.
Tu belum masuk segala tok nenek loan rumah, loan kereta.
Segala figure yang aku sebut ni adalah ACTUAL figure yang dia cerita kat aku.

Bila bisnes not so good, suami minta dia cut duit parents kepada RM1000 only dan kurangkan saving.
Inilah punca dia email dan luahkan pada aku.
Katanya dia bergaduh teruk disebabkan ini.
Dia salahkan suami sebab taknak cari kerja lain dan bergantung pada dia.
Dulu suami ada pendapatan, at least duit gaji suami boleh berkongsi belanja.
Now gaji suami pun dia bayar, jadi dia kena kerja double untuk mecukupkan semua benda.

Pada mulanya aku tak nampak kat mana yang kurang.
Sebab, gaji dia memang awal-awal lagi dah fix sekian-sekian.
Maknanya duit yang dia bagi parents dan duit savings adalah dari duit gaji itu juga.
Katakanlah gaji dia ambik RM10K.
Walaupun suami join bekerja, gaji X tetap RM10K, tak berubah.
Maka tak ada masalah untuk continue buat apa yang dia dah buat.
Nak teruskan bagi parents RM2000 pun tak apa sebab bukan dia ambil dari duit company.
Dia ambil dari duit gaji.
So aku tanyalah, kat mana yang stressnya ni?
Sebab aku tak nampak ada masalah pun kat situ.

Katanya masalah adalah pada SALES.
Bila sekarang bisnes not so good, pendapatan syarikat berkurang.
Bila pendapatan syarikat berkurang, dia terpaksa kerja lebih kuat untuk bring in sales supaya gaji orang lain tetap dibayar.
Gaji staff takleh potong.
Gaji suami takleh potong (sebab suami pun pekerja).
At one point dia dah burnt out kerana siang malam dok cari duit untuk company.
Dia taknak cut duit parents dan savings sebab itu adalah rutin yang dia dah buat selama beberapa tahun.
Lalu dia menyalahkan husband kerana tak mahu cari kerja lain.
Dia mengharapkan kalau suami cari kerja lain, at least kurang sikit beban yang dia tanggung.
Tapi, suami taknak cari kerja lain.

So, aku cakap, kalau macam tu, train husband atau staff lain supaya dia pun boleh sama-sama bawa sales untuk company.
Staff lain memang buat admin work.
Kalau nak ambil new staff yang ada passion macam dia, senanglah.
Tapi susah nak dapat staff yang boleh bercakap katanya.
Husband taknak buat pulak tu. Itulah yang buatkan dia tertekan.

Bila dia cerita macam ni, aku dapat agak, pendapatan syarikat bukanlah perkara utama.
Bebanan untuk mencari sales bagi mencukupkan keperluan semua oranglah yang jadi beban pada dia.
Dia terbeban kerana dia kbertanggungjawab memastikan end of the month semua orang dapat gaji, sewa ofis berbayar, gaji sendiri lepas, hutang-hutang bank settle, dan ada duit untuk rolling next projek.
Aku terasa-rasa ada punca lain yang contribute pada stress ni.

Aku tanya "Bila last awak me time? Bila last awak shopping?"

"Makan-makan tu ada lah, tapi beli barang-barang yang saya nak, memang tak dapat".

Aku tanya balik "Kenapa tak dapat?"

"Saya takut nak spend duit nanti kalau syarikat takde duit, at least saya boleh keluarkan savings saya".

Aku terus NOOOOOOOOOOO!!!!

Heloooo! Syarikat takde duit, itu syarikat punya pasal. Walaupun itu syarikat kita.
Kalau sampai terpaksa keluarkan savings untuk run company, itu bermakna business die already.
Jangan keluarkan duit simpanan untuk menghidupkan company.
Apa-apa yang boleh cut atau hold dulu, hold.
Tapi jangan sekali-kali ambil duit savings untuk selamatkan syarikat.
Kita kan dah ambil gaji. Gaji tu hak kita.
Kenapa nak guna duit gaji kita untuk top up kekurangan syarikat?
Duit untuk run bisnes mestilah dari company juga.
Kalau sikit, pandai-pandai manage dengan balance yang sikit.
Kalau memang betul-betil cannot gi, tutup je bisnes tu.

Aku tanya Tabung Haji ada berapa dah?
Dia kata RM40K+ (figure sebenar).
Aku tanya balik "Nak gi haji pakai swasta ke kumpul sampai RM40K ni?"
Dia kata tak. Saja nak rutin simpan RM500 sebulan sampai bila-bila.
Lagi sekali aku NOOOOOOOO!!
Hahahaha. Drama gila aku.

Tabung Haji tu tujuannya untuk menyimpan untuk pergi haji.
Haji berapa sekarang kena bayar? RM20K+ kan?
Maka cukupkan simpanan takat RM30K sudahlah.
Bila dah cukup, stop simpan. Biar dia beranak-anak kat dalam tu. 
Kalau nak menyimpan sangat, channel kepada ASB atau investment lain.

Tetapiiiiii. Haa ada tapinya.
Lebih baik enjoylah duit RM500 tu.
Kadang-kadang, disebabkan terlampau nak rutin menyimpan, sampai diri sendiri tak jumpa keseronokan bekerja.
I mean, bila kita terlalu mencari duit siang malam tetapi duit itu tak dapat kita gunakan untuk diri sendiri sebab nak menyimpan kot-kot nak guna untuk syarikat (??), akhirnya kita stress sendiri.
Cuba RM500 kita hadiahkan kat diri sendiri sebagai reward kerja keras.
Dah cukup dah pun Tabung Haji tu.

Hari Merdeka yang lepas, dia bagitau aku "Kak Di, saya ikut cadangan Kak Di. Hari ni saya shopping untuk diri saya sorang. Habis RM1300! Lansung saya tak beli apa-apa untuk suami and anak-anak. Enjoy sendiri je".

Aku cakap kat dia "Punyalah banyak savings awak, hanya guna RM1300 je? Awak rasa berbaloi tak awak stress selama ni hanya kerana RM1300 ni?"

"Terima kasih Kak Di. Terima kasih Kak Di. Saya dah nampak dah kat mana silap saya".

Kadang-kadang bila tak dapat penuhi kehendak diri, mudah untuk merasa we are not doing good.
Mudah measa stress, penat dan hilang semangat untuk bekerja.
Terasa macam takde improvement dan tak success.
Tengok orang lain beli itu ini, terasa diri belum berjaya sebab belum mampu enjoy life macam si polan tu.
Sedangkan kalau orang tahu kau save RM2000 sebulan, bagi mak bapak RM2000 sebulan, beli goldbar 30g setiap tahun - mesti orang lain cakap kau success.
Silap-silap si polan tu kagum dengan kau sebab dia pun tak mampu buat macam kau buat.

Aku tak tahu orang lain, tapi kalau orang business, one of the big cause of stress adalah kerana when we are too worried about something.
Takut company takde sales, takut gaji pekerja sangkut, takut projek takde sambutan, takut client cancel deal, takut barang sangkut, takut payment lambat, etc.
I have been in this "fear" since starting my business in 2008.
Tapi orang nampak aku ceria je, kan?
Hati di dalam tiada siapa yang tahu. Hahahah.

Kadang-kadang business tu ok je.
Cuma kita ni yang nak kan bukti that we are doing ok.
Antara bukti yang kita mahu adalah praise and approval from people.
Nak orang cakap "Sukseslah kau sekarang", "Kayanya kau!", "Macamana nak jadi berjaya macam kau eh?".
Dan kita mahukan bukti-bukti berbentuk material.
Dapat buktikan kita baru balik shopping dengan 10 paper bag bersusun kat kaki sambil tangan buat peace.
Dapat tunjuk tengah fine-dining dengan husband kat atas yatch.
Tunjuk gambar boarding pass business class ke London.
All this is fun kalau kita dapat go through, but if this is the condition to convince ourselves that we are successful too, LEMAHHHHH.
Sedangkan kau ada berkeping-keping goldbar, savings pun banyak, insurans ada, sedekah pun buat, mak bapak gembira.
Tapi sebab benda tu takde orang nampak, maka takde orang puji.
Bila takde orang puji, terasa that you have not achieve anything yet.

Aku cakap kat dia, aku nak share 'masalah' dia ni kat blog sebab aku yakin ada orang akan kagum dengan pencapaian dia.
Dan mungkin ada orang yang sedang alami apa yang dia alami, dapat sesuatu dari sini.



2022-09-07

"Kalau kolagen adalah protein, makan makanan berprotein saja tak boleh ke?"


Very good question staff aku dapat from customer (potential).
Dan disebabkan explanation dia, customer ini telah pun di-gloei-kan oleh beliau.
Memandangkan aku rasa bagus untuk aku explain di sini, jadi aku kongsikan.

This customer nak cuba Gloei.
Dia tak pernah guna sebarang kolagen supplement katanya.
Tapi sejak umur mencecah 40an, dah mula nampak perbezaan pada kulit.
Baguslah kalau takut-takut nak guna kolagen, sebab Gloei kebetulan memang takde kolagen.
This customer tanya "Kalau kolagen adalah protein, makan makanan berprotein saja tak boleh ke?"

Good question. 
Ok, macam ni.
Kolagen berbeza daripada protein lain sebab kolagen tinggi kompisisi asid amino tertentu.
Protein pada kolagen sangat tinggi dalam glisin, prolin dan hidroksiprolin.
That's why simply taking protein tak semestinya bagi kesan repair yang sama macam kolagen can do.
Walaupun kolagen adalah sejenis protein, it has a very different set of amino acids.
Different sets of amino acids menjalankan fungsi yang berbeza.
Jadi, kalau kita makan ayam goreng (protein), ia tidak akan menambah kolagen dalam badan.

Actually boleh je nak makan makanan berprotein untuk tambah kolagen.
Kerana dalam makanan berprotein dah pasti ada blok-blok asid amino tertentu yang boleh membentuk kolagen.
However, there are certain dangers bila makan terlalu banyak protein haiwan.
Asid amino yang membentuk kolagen tak wujud dengan banyak dalam protein haiwan pun.
Paling banyak pun kat bahagian tulang and kulit.
Kalau nak tumpu pada makanan berprotein saja, maybe boleh minum sup tulang hari-hari dan makan kulit ayam.
But kulit ayam? Hmmm...that might not be everyone’s cup of tea, kan?

"Adakah Gloei boleh hasilkan kolagen dengan lebih cepat dari suplement berkolagen yang lain?"

Entah.
Aku tak pernah compare dari sudut speed samada Gloei boleh bagi kesan yang lebih cepat dari produk lain.
GreenAard buat Gloei sebab kita nak ketengahkan satu produk yang boleh stimulate badan untuk produce kolagen TANPA guna kolagen haiwan. Itu saja.
Dan berita baiknya, it works.

Ada satu benda yang aku realized recently.
Kebetulan aku tengah cari bahan-bahan untuk presentation aku hujung bulan ni.
Maka banyaklah food jurnal yang aku kelebet.
Dulu kan, masa kena pilih pengkhususan untuk final year project, ada pilihan untuk buat microb, fermentation, molecular biology dan plant culture.
Masa tu aku pilih molecular biology sebab main dengan DNA.
Nak jadi saintis kononnya.
Walaupun lab molecular adalah lab paling busuk sebab penuh dengan bacteria culture, kugagahi juga demi mencapai impian bergelar saintis. Gitu.

Lab yang paling peaceful dan fresh adalah lab plant culture.
Nak masuk lab tu siap kena lalu ruang sanitize badan bagai.
Pakai pun suit khas.
Punyalah lab tu tak boleh ada pembawakan bacteria.
Masa tu aku teringin juga nak switch ke plant.
Tapi otak dangkal aku cakap "Nak buat apa dengan plant? Nak produce cili yang lebih pedas? Nak produce pokok yang ada daun warna-warni?".
Aku belum nampak lagi masa ni future ambil plant culture.
Kawan aku waktu ni dah buat kajian pegaga dah.
Aku time nak produce GC Plus baru terhegeh-hegeh nak kaji pegaga.
Kalau aku tahu 15 tahun kedepannya aku akan produce GC Plus, dari final year lagi aku dah ambil plant culture.
Bila aku sambung buat Food Science, barulah nampak betapa banyaknya benda yang boleh dibuat dari plant, sebagai food.

Tapi, Allah punya plan memang cantik.
Kalau aku ambil plant culture saja, aku mungkin have no idea what molecular analysis can do.
Bila aku study food, baru nampak keperluan ilmu molecular tu.
Dah tahu macamana nak extract plant, extract active ingredientsnya, dan DNA analysisnya.
Maka, pilihan aku ambil molecular biology dulu tidaklah salah.
Now dah jadi seronok pulak produce product from plant.
Tu yang masa nak produce Gloei tu aku berpikir-pikir boleh jual ke tak konsep ni.

En Wan tak yakin sebab dia kata idea aku menongkah arus.
Dia kata aku ni macam some researcher yang aktif buat kajian, keluarkan new idea, menang award sana sini, tapi produk takleh jual.
Kau tahulah laki aku tu kan kaki kondem.
Kaw-kaw dia kondem idea aku.

"Boleh jual ke ni, Di?"

"Abang tak yakin je"


Ni lagi satu kepayahannya bila kau "berkawan" dengan orang yang belum apa-apa dah negative.
Ye lah, aku tahu sometimes perlu berhati-hati dalam merancang.
Tak semua yang kita nak buat tu menjadi.
Tapi in this case, Gloei works.
Sebab aku tahu tumbuhan yang dipilih memang scientifically proven.
Tinggal lagi nak susun formula saja supaya tahu how much this and how much that supaya dia boleh bertindakbalas dengan baik.

Dengan En Wan, setiap kali nak produce new produk, memang wajib bertekak dulu.
Dia selalu ragu-ragu dengan proposal aku.
Kadang tu aku bengang jugak.
Ni siapa yang lebih tahu tentang food ni. Aku ke kau?
Haaa gitu rasa nak tanya.
Lainlah kalau company aku produce silicon powder.
Yang tu memang aku serahkan pada dia, sebab dia lebih pakar.
Ini produce supplement powder.
Kau kasilah aku buat buat kerja aku diam-diam.

Kalau dia support kan, mesti ada hawa-hawa berbaut ugutan.

"Takpelah, kalau awak rasa betul, awak buatlah. Tapi kalau tak menjadi, jangan salahkan saya".

Kau nampak tak dia punya perangai?
Sakit ati aku kadang-kadang.
Maknanya aku ni strong tau boleh kerja dengan 'haters'. Hahaha.

So berbalik pada tumbuhan.
Walaupun tumbuhan tak ada kolagen, plants ada banyak phytonutrients.
There are many plant-based ways to provide kofator dan nutrien untuk produce and replenish kolagen dalam badan.
Dan the best way to promote collagen production is by EATING nutrients, bukan sapu-sapu kat kulit.


2022-09-05

Before do good, please decide what is good.


Post semalam ramai yang bertanya “Siapa blog reader yang minta maaf tu?

“Siapa blogger yang kutuk akak?”

“Kawan akak yang lelaki tu lansung tak contact akak?”

“Akak tak cuba cari kawan akak tu?”


Boleh tahan ya masing-masing ajak aku bergossip πŸ˜†.

Kawan lelaki tu ada je.
I mean kalau aku gugel nama dia, dia wujud kat senarai nama pensyarah di sebuah uni.
Tapi tu lah, dia yang senyap dan menjauhkan diri lepas ada title, aku dah jadi malas nak tanya khabar.
Aku anggap setelah dia ada title, academician pulak tu, maybe he has an image to show.
Aku tak pasti if ada sangkut-paut dengan tatatertib penjawat awam atau di bawah akta universiti dia tak boleh begitu begini.

Walaupun aku dah cuba husnuzon begitu, tetap aku tak nampak apa kaitannya dengan friendship?
Kalau tak jadi kawan kat FB pun, perlu ke sampai in realiti pun tak berkawan?
Kalau nak jaga imej sangat, tak perlulah bagitau kau berkawan dengan blogger picisan.
Takde orang kenal aku kot. Kau ingat satu Malaysia kenal aku ke?
Jiran aku pun tak tahu aku blogger.
Maka, aku beranggapan, maybe dia menjauhkan diri sebab dia segan kalau orang tahu seorang yang terpelajar berkawan dengan blogger yang huhahuha.
Walaupun dia tak kata begitu, tapi dari action kita boleh jangka.
Action speaks louder than words, kan?

Aku ni tidaklah hadap sangat dengan friendship, because yang nak berkawan sangat pun dia.
Yang cari and tegur aku dulu pun, dia.
Cuma terkilan sebab kitorang kenal bukan kejap. 5 tahun juga.
Dalam tempoh 5 tahun tu, dari zaman sms, ke zaman BBM.
Sembang pasal politik, viral issues, artis, kerjaya, and sains.
Adalah menjadi satu benda yang pelik bila tiba-tiba dia senyapkan diri.
Helok pulak tu lepas grad terus meruyup.
Padahal FB aku wujud je.
Dulu ada dalam list aku, tau-tau dah takde.
Tapi aku boleh je view FB dia kalau nak.
Pernah awal-awal dulu aku search. Eh ada. Aku tak diblock pun.
Maybe dia taknak orang tahu aku kawan dia.
Like I said he has an imej tu maintain agaknya.

Rasa kelakar pun ada. Sebab kisah macam ni selalu keluar kat cerekerama je.
Masa belum jadi sesiapa, pada ketika itu aku adalah “somebody” to him.
Ingat lagi how excited dia tulis kat FB status “I met Diana Ishak the famous blogger today” πŸ˜†.
Menyesal pulak tak buat kerek masa tu.
Famous katakan, mestilah kerek khennnnn.

Waktu belum ada apa-apa, kemain lagi seronok berkawan dengan aku.
Tak sure la memang ikhlas atau nak dapatkan benefit.
Lepas ada title dan maybe dia rasa “I am in a different game now”, maka dia buang kawan-kawan lama dan start kumpul crowd yang selevel dia.
I don’t mind. Seriously I don't mind.
Sebab dia nampak apa yang aku takde.
Tapi aku tahu apa yang aku ada. I got nothing to lose.

Memang ada some people pilih untuk sacrifice relationship or friendship to kejar goal and mission.
In order to capai apa yang dia nak, dia akan cari jalan untuk berada dalam kelompok yang boleh membantu dia untuk capai misi dia.   
Dulu aku bring benefit to him sebab network aku dalam biotech business quite big.
Dia tengah sambung study.
Maybe dia perlukan network aku untuk reach certain people.  
Aku kenal orang-orang penting dalam industri.
Dan aku banyak organize workshop untuk DNA analysis yang dia boleh belajar.
Aku bagi free seat untuk join program-program aku supaya dia boleh kenal dengan participants lain dan bertukar-tukar ilmu.

Lepas dia dah berjaya, dia carilah pulak kawan-kawan yang maybe boleh menyokong kemajuan dia ke peringkat seterusnya.
Aku tak marah. Terkilan mungkin ada.
Terkilan sebab kenapalah aku baik nau tolong dia? 
Patutnya aku buat sombong dari awal.
Biarlah kalau dikata perasan diva pun, itu lebih baik daripada terkena dengan orang yang pergunakan kita.
Sebagaimana duit mengubah manusia, begitulah juga dengan pangkat, jawatan, pengaruh dan ilmu.

Aku pernah cerita dulu, masa aku propose program diploma di sebuah institusi, the team yang terdiri dari pensyarah pandang aku macam takde kredibiliti.
Ye lah, aku takde PhD macam dorang. Title aku Puan je.
Aku sangat faham game ni.
Bila kita masuk crowd model, kita kena bawa muka yang cantik.
Bila kita masuk crowd pelajar genius, kita mestilah ada history of good grades.
Dan bila kita masuk group academician, kenalah bawa credential.
Aku tahu the consequences yang aku bakal terima bila propose projek dengan set-set ni.
Tapi sebab aku juga pernah berjaya buat macam-macam program dengan uni, jadi aku bawa pengalaman itu sebagai bekal.
Oh rupanya tak valid, ya.
Experience aku 17 tahun, tak valid sebab academic qualification aku tak mencapai level yang meyakinkan.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri tau, bukan reka cerita. Saksi pun ada.
Sebab tu aku boleh agak kenapa kawan aku tu tiba-tiba menghalimunankan diri.
Padahal masa dia first tegur aku, kat FB. PM aku di FB.
Sekarang kalau dia nak cari aku pun, FB aku wujud. Tak pernah berubah.
Nombor phone aku pun tak pernah bertukar sejak first time pakai phone tahun 2003 (sebelum berblogging lagi).
Sangat tak lojik kalau kata aku payah dicari.
Dia sebenarnya macam ni. 
Kalau kita nak terus berkawan, kita akan cari jalan untuk terus berkawan. Tu je.

Orang macam ni, yang berkawan untuk kepentingan sendiri, ramai.
Ramai sebenarnya. Antara jumpa dengan tak je.
Post semalam tu pun dah ramai DM cerita pengalaman sendiri.
Aku tak sempat nak respond. Bagi seen je dulu.
Yang aku kena ni actually tak teruk sangat sebab baru kenal 5 tahun.
Ada yang dah berbelas tahun pun boleh terkena.
Betul kata Steve Harvey, kejayaan akan menyerlah attitude sebenar seseorang.
Kalau setelah berjaya dia bertukar jadi asshole, itu maknya dia memang asshole sejak awal.
Cuma dia belum ada strong point untuk menunjukkan ke-asshole-annya πŸ˜†.
Once dia dah berjaya dapat apa dia nak, dah capai impian, dah ada benda nak diflex-kan, masa tu kau nampak perangai asshole dia.

Bila aku terkena dengan spesis-spesis friend for benefit ni, yang aku terkilan sangat adalah kebodohan diri sendiri yang ikhlas berkawan.
Aku ni kalau berkawan, bila member kata dia ada krisis, jauh kat negeri X pun aku cancel appointment kerja aku yang lain, zassss ke sana.
Kawan aku dari Y turun KL, “Diana, free tak esok? Jom lunch”.
Aku cancelkan terus kerja-kerja aku esoknya.
Sebab mikir kawan aku turun KL. Aku nak naik Y entah bila.
Alang-alang dia dah turun, pegilah jumpa kejap.
But some people, dia treat kita as an option.
Masa dia perlukan kita, gigih kejap-kejap call, kejap-kejap whatsapp.
Bila dah dapat apa dia nak, dia missing in action.
Bila kita perlukan dia, dia always membusykan diri.
Ntah hape yang busy sangat pun aku tak tahulah.

Aku pernah pulang buah keras kat sorang Hamba Allah ni.
Ikut hati aku malas dah nak berkawan.
Eh tahu-tahu one day dia start whatsapp and call.
Everytime dia whatsapp, aku baca 2-3 hari kemudian.
Malas nak reply on the spot.
Asal dia ajak lepak, aku cakap busy.
Agaknya dia pelik apesal aku cold sangat, dia tanya “Kau ada masalah dengan aku ke?”

“Takdelah. Apesalnya?”

“Taklah. Susah sangat nak jumpa. Busy sangat ke aku sekarang?”


Kau dah bagi soalan bola tanggung, memang aku tak bagi chan lah. Smash terus.

Aku cakap, “Aku memang busy dari dulu. Kerja, sambung study, masak, tulis blog. Bezanya, dulu aku letakkan member as priority. Asal kau ajak jumpa, aku kensel kerja aku. Tu pasal dulu senang nak ajak aku keluar. Bukan sebab aku takde kerja. But now, aku letakkan kerja aku as priority pulak”.

Terus dia hilang dari radar. Sentap lah tu.
Kisah pulak aku.
Biar dia tahu selama ni aku pun busy. Bukan dia sorang je busy.
Cuma aku sanggup ketepikan kerja demi nak layan member kerana aku anggap kawan is family.
Tapi, once aku dah anggap “kawan” as ordinary people yang tak penting dalam hidup aku, there you go lah.
No turning back.

Bila aku cakap aku malas buat baik bukan bermakna aku tolak buat benda baik lansung.
Cuma taknak beria dah.
Dah takde dah aku buat perangai kensel meeting and work appointment demi nak minum-minum dengan member.
Tunggu aku betul-betul free baru lepak sama.
Dah takde dah aku nak berbasa-basi ajak orang bersembang.
Kalau berada di public, aku bukak buku, baca.
Kadang-kadang aku bukak apps Quran, baca.
Biar orang sebelah-menyebelah tak ganggu ajak bersembang.
Nampak sombong, kan? Biarlah. 
Pengalaman mematangkan aku.
Aku tak kempen sesiapa untuk ikut perangai aku ni, ya.
Cuma aku nasihatkan sebelum buat baik, we must first decide what is good.
Dalam dunia ni bukan semua orang macam kau.
Ada yang baik, cunning, cheater, etc.
Pepatah kita kan ada pesan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
Pegang je lah pepatah tu.


2022-09-02

Kalau takde competition, macamana nak tahu progress?


Hidup ni memang penuh dengan persaingan.
Anak sulong yang dah hidup 6 tahun sebagai anak tunggal, tup tup mak beranak lagi.
Akan wujud persaingan untuk dapatkan perhatian mak bapak.
Lumba lari melibatkan persaingan.
Pulun study nak dapat good grades juga namanya persaingan.

Pendidikan negara ni dah berubah hala tujunya.
Dah makin takde persaingan untuk dapat good grades sebab takde peperiksaan.
Awal-awal dulu semua nak dibuang. UPSR pun dah takde.
Tapi ujung-ujung Tahap 2 dah start balik penilaian.
Yang sebenarnya nak buat exam tapi sebab dah terlepas cakap buang UPSR, lepas mak bapak dan cikgu bising, maka buatlah balik exam.
Tapi tukar nama kepada some sort of exam. Penilaian.
Yang benarnya, sama je. Tetap exam.

Aku tak pasti apa reason mansuhkan peperiksaan.
Adakah kerana tak nak budak-budak stress?
Atau taknak mendedahkan budak-budak dengan persaingan?
I don't know.
Bagi aku, membiarkan diri terlibat dalam satu persaingan membantu memupuk keyakinan dan imej diri yang sihat.
Someone yang biasa terlibat dalam persaingan/pertandingan, emosinya lebih kuat.
Ini bukannya torture, tetapi persaingan.
It was the spirit of competition that first revealed to us our respective strengths and weaknesses.
Walaupun dalam persaingan tu kita kalah, dari situ kita belajar mengenal kesilapan, menangani rasa takut dan polish skill.
Kalau takde competition, macamana nak tahu progress?
Sebab itulah persaingan perlu.

Bersaing nak dapat nombor terbaik supaya hujung tahun naik pentas.
Bersaing dalam macam-macam pertandingan anjuran sekolah sampai ke peringkat kebangsaan.
Dah biasa join debate yang dah tentu ada pihak kalah dan menang.
Dah biasa join pesta pantun yang kiraan markahnya menang atau kalah.
Takde keputusan seri.
Entahlah, aku tak nampak kat mana "tekanannya" bila ada persaingan.
Maybe zaman dulu budak-budaknya dah terbiasa dengan persaingan.
Jadi kami dah develop cara to stay composed and effective under pressure.

Hidup kita ni dari kecil memang penuh dengan persaingan.
Cuma harus bersaing dengan sihatlah.
Bukan apa, bila dah dewasa esok, tetap kena hadap persaingan.
Kalau tak terbiasa, jadilah dia orang yang rendah diri.
Bila rendah diri, mulalah tertekan.
Bukan tertekan sebab kena bersaing tapi tertekan kerana tak mampu cope dengan persaingan.
Dalam bisnes, persaingan dah jadi benda biasa.
Hari ni kau release produk A, lagi 2 minggu berlambak-lambak orang jual produk yang dengan konsep yang sama. Nama brand je lain.
The moment orang lihat impak positif perniagaan kau, orang lain akan start buat bisnes yang sama.

Sebab itulah kita jangan mudah berasa selesa dengan apa yang dah ada.
Ini bukan soal tamak. Tapi soal memperbaiki dan mengupgrade diri.
Takkanlah nak jual kuih karipap selama 10 tahun.
Paling tak pun, lepas 2-3 tahun jual pulak kuih talam (contoh).
Tak pun buat pelbagai jenis kek.
Akak marble, ada kek cheese, ada kek biscoff.
Janji ada pembaharuan atau 'new product'.

Kalau si anu jual benda yang sama dengan kau jual, si anu tidak mencaras bisnes kau.
Caras ni contohnya, kau dah tau A dapat tender supply hamper kuih, tapi kau bodek decision maker supaya ambil hamper dari kau.
Itu baru namanya caras.
Tapi kalau dalam satu pejabat, akak A jual kuih tart nenas, akak B jual tart stoberi, akak C jual tart blueberry - ini bukan caras.
Apetah lagi jual kuih yang sah-sah berbeza rasa.
Inilah yang dinamakan persaingan.

Kalau aku jual A, kau pun jual A dinamakan caras, maka kesianlah orang yang berniaga kat pasar malam.
Dalam satu pasar tak boleh ada orang jual ayam golek.
Dia sorang je jual.
Kalau aku jual, maknanya aku caras dia. Boleh ke gitu?

Situasi bergaduh berebut sale selalunya jadi kat agen-agen yang menjual produk yang sama.
Kalau dah satu negara ada 300 agen jual produk A, situasi berebut sale memang boleh berlaku.
Tetapi, perkara ni boleh dielakkan sekiranya agen tu sendiri bijak buat sale.
Ada sesetengah agen nak berniaga, tetapi tak plan how nak marketkan the product.
Dia tengok si anu berjaya jual sampai jadi jutawan, dia pun nak buat.
Tapi dia takde ilmu bagaimana nak menjual, bagaimana nak cari customer, bagaimana nak plan strategi berniaga.
Bila tak berjaya, dia kata agen lain caras.

Dulu ada sorang founder skin care approached aku.
Dia nak aku endorse produk.
Dia bagi FB Page produk dia untuk aku study.
Sempatlah aku tengok range produk dia - basically produk skin care.
Last-last senyap macam tu je. Aku anggap dia busy.
After half a year, aku tergerak nak bukak FB page dia. Dah bersawang dah pun.

Sayang sangat. Bisnes dah ada. Produk dah ada.
Tapi takde plan yang kukuh and strategi pemasaran.
Nak buat produk memang senang.
Less than 30K dah boleh buat produk sendiri.
Some can go as low as 15K, depending on bahan yang digunakan.
Tapi ramai tak sedar, yang banyak guna duit bukanlah produk, tapi kat marketing.
Tang marketing ni yang selalu orang tak boleh pegi, sebab banyak guna duit, banyak guna masa untuk fikir marketing plan, banyak guna tenaga untuk produce marketing material.
Tu belum lagi tok nenek cost like sponsored post.

Dulu ada sorang blog reader cerita kat aku bisnesnya kena caras.
Dia buat bisnes hamper raya.
Macamana eh cerita dia. Ingat-ingat lupa aku.
Kalau tak salah, dia dah ada existing customer iaitu bank.
Selama bertahun-tahun that bank ambil dia sebagai pensupply hamper.
One day, that bank tak ambil dari dia sebab dah ada supplier lain.
Dia sakit hati sangat katanya.
Ya, aku faham perasaan tu.
Aku pun pernah buat kerja supply produk ke agensi-agensi tertentu.
Until one day, they purchased dari supplier lain.
Kecewa memang kecewa, tapi sebab aku tahu dalam bisnes inilah gamenya.
Memang ada persaingan.
Ada yang kalah sebab harga. Ada yang kalah sebab brand. Ada yang kalah sebab teknikal.
Kena move on. Jangan meratap.

Itulah perlunya persaingan.
Bila takde persaingan, kita mudah rasa selesa dan tak terfikir nak berubah atau upgrade.
Sebab takde siapa block laluan kita.
Takyah buat marketing beria katanya sebab konfem ada sale.
One day bila orang lain try to compete, kita jadi blank tak tahu nak gerak. Buntu.
Because pengalaman bersaing tu tak pernah ada.

Why not kita propose hamper ke hotel-hotel pula, ke pejabat-pejabat kerajaan, ke universiti.
Jangan tumpu pada bank saja.
Tempat-tempat lain pun ada peruntukan cuma tak tahu nak guna peruntukan tu.
Peniaga kena bijak - buat proposal and bentangkan.
Suggest pihak hotel time buffet Ramadhan sediakan gift untuk customer yang buat booking 1 meja penuh (10 orang).
Setiap booking untuk 10 orang ke atas, kita bagi hadiah hamper. Contohhhh.
Pasti pihak hotel akan consider idea tu sebab dorang pun bersaing dengan hotel lain untuk jual buffet Ramadhan.
Of cos lah dia nak bagi good pakej pada customer dia pulak.

Untung rugi dalam berniaga ni subjektif.
Tak boleh nilaikan bagus atau tak bagusnya bisnes berdasarkan sales semata-mata.
Kalau tahun lepas buat 100K, tahun ni cuma 80K, belum boleh dikatakan rugi.
Mungkin "tidak untung banyak". Tapi tak rugi.
Sangat salah kalau menilai untung rugi berdasarkan total sale semata-mata.
Tahun 2019 belum ada competitor. Kau sorang je jual produk tu.
Sales kau RM100K.
Tahun 2020 hanya boleh buat 80K.
Tapi tahun 2020 sudah ada competitor, ditambah lagi dengan PKP - itu masih dikira bagus.
Kerana kau masih lagi boleh buat untung walau tak sebanyak dulu.

Yang harus dikira bukanlah total sales, tapi untung bersih.
Jangan lupa kira sekali faktor competitor, faktor harga barang mentah yang makin naik, faktor orang kurang membeli disebabkan ekonomi tak berapa baik, faktor headcount yang bertambah selepas kau berjaya buat RM100K pada tahun sebelumnya tu.
Itu semua kena kira.
Dalam keadaan ekonomi tak berapa baik tetapi masih boleh buat untung BERSIH walau RM5K, tak perlulah merungut.
Mungkin untung bersih tak banyak, tapi sekurang-kurangnya tak rugi.
Tahun depan cuba lagi.


2022-09-01

Personal growth is supposed to be personal.


Siapa nampak video motivasi yang terpekik-pekik atas stage?
Aku tak sure sama ada itu talk untuk agen and stokis atau talk dari pakar motivasi.
Tapi hauk betul situasinya.
Yang perempuan pakai tudung merah atas stage tu dah macam nak terbang ke kerajaan langit.
Yang kesian tu, muka participants mostly muka tua-tua.
Ntah hape yang bersemangat sangat konon sampai terpekik-pekik.
Dah macam kena sampuk.
Yang speaker relaks je biarkan participants histeria gitu.

Kebanyakan program motivasi bukannya talk about marketing and how to do sales pun, tetapi personal growth.
Tu pasal kebanyakan program-program macam tu banyak scene menangis, bertempik, melompat, berjoget.
That is not marketing. Apa lagi sales.
Mereka cuma nak bangkitkan keberanian dalam diri participants.
Tu yang bila dah datang berani terus hilang malu bertempik macam kena sampuk.

Aku pernah hadir ke program-program macam ni.
Dia tak ajar kau cara buat sales yang khusus, hanya general je.
Selebihnya dia cakap pasal personal growth.
Bila bercakap tentang personal growth kan, mostly yang attend motivational talk akan jadi extra teruja.
Semangat tu satu macam punya membara.
Tapi lepas habis program 1-2 minggu, datang letih, lemau, hujung-hujung gone segala semangat.
Sia-sia je kau bertempik dalam dewan hari tu.
Kebanyakannya gitulah. Hot-hot ciken shit. Why?
Sebab kau sebenarnya follow other people's plan, bukan kau punya plan.

Personal growth is supposed to be personal.
Ini bukan one size fits all punya kerja.
Benda ni customized to you only.
Bila follow orang lain punya growth, besar kemungkinan kau tak dapat follow dengan baik.
That's why motivasi tu tak kekal lama.
Yang betulnya, kena strict dengan our goal TETAPI be flexible in how you get there.
Personal growth kena buat ikut keselesaan diri sendiri, itu lebih senang.
Barulah nanti jumpa passion and seronok dengan apa yang dibuat.

Menulis, contohnya.
Yang suka plagiat-plagiat blog post orang lain, yang copy paste FB status orang lain tak bagi kredit - they write because they thought writing is an 'in' thing.
They write to become someone else.
They write because they want to be heard and seen.
Bila tak dapat perhatian, tak dapat banyak likes and shares, mood nak menulis pun hilang.

Things are much harder to do if you are following someone else's path.
Sepatutnya, apa yang terpakai untuk kita, itu yang kita apply.
Daripada fokus pada probability, lebih baik fokus kat possibility.
Kalau ikut-ikut orang tanpa ada purpose yang solid, selalunya habis kat tengah jalan je lah.
Terinspirasi is lain. Ikut-ikut orang is lain.
Kalau terinspirasi dengan sesuatu atau seseorang, akan menjadikan diri termotivasi.
Tapi kalau ikut-ikut - orang ada itu kita pun nak ada, orang buat itu kita pun nak buat - lama-lama jadi penat sebab kita ikut-ikut orang.
Tak ada passion. Tak ada idea.

“Tapi saya tak pandai".

Tak pandai bukan bermakna bodoh.
Tak pandai, boleh belajar.
Tak ada pengalaman, tak bermakna ignorant.
Selalunya gitulah.
Bila ditanya cuba cerita apa pengalaman awak setakat ni”.
Jawapan yang selalu aku dapat "Biasa-biasa je, tak ada buat apa-apa yang besar".

Sis, kat situlah masalahnya.
Sis ada masalah memberi kredit pada diri sendiri.
Sis anggap selagi belum duduk kerusi General Manager, sis adalah nothing.
Selagi tak dapat anugerah pekerja cemerlang, sis is nothing.
Selagi belum beli rumah sendiri, sis is nothing.
We hold on to some 'kepercayaan' yang dah di-develop since kecil.
Aku tak terkecuali.

"Kalau kulit hitam, lelaki mana yang nak?"

Ini paling melekat dalam kepala aku.
Hakikatnya, itu adalah pandangan orang. Bukan fakta.

1+1=2. Ini fakta.

Semakin menghampiri bumi, semakin kuat tarikan graviti. Ini fakta.

Air boleh memadamkan api. Ini fakta.

Tapi kalau kulit hitam takde orang nak, itu hanyalah pendapat.
Sayangnya, kebanyakkan kita lebih suka membiarkan diri hidup atas pendapat orang lain.
Apa perkara negative yang orang kata pada kita, itulah yang kita dok mikir dari pagi sampai ke malam.
Dan akhirnya dek kerana terlalu memikirkan pandangan orang, kita jadi patah semangat, putus asa, dan hujung-hujung salahkan takdir.
Someone else does not get to tell you who you can be.
Hanya you saja boleh buat that decision.

“Tapi saya membesar dikelilingi oleh kata-kata negative dari kawan-kawan and keluarga sendiri"

Troma chilhood memang susah nak pulih, tetapi tak bermakna tak boleh pulih.
Kita bukan duduk di zaman sekolah lagi.
Zaman sekolah dah berlalu long time ago.
Kita bukan budak-budak lagi.
Kita sekarang dah besar, dah habis skolah.
Takkan nak hidup dengan mentaliti budak-budak sekolah lagi?

Whoever said negative thing to you, be it kawan-kawan sekelas, brader yang melepak kat bus stop, kakak kerani sekolah atau mak bapak sekalipun, they don't get an opinion on your life.
Apa yang dah berlaku, dah pun berlaku.
Tak ada apa yang boleh diubah. Benda dah jadi.
Tetapi jangan jadikan itu alasan untuk terus hidup dalam negatif.
Benda 15-20 tahun lepas kot. Tak valid dah untuk sekarang.

Yes, maybe aku tak lalui apa yang kau lalui.
Tapi aku tahu if your past is still affecting your life today in a negative way, itu jelas menunjukkan it does not helping you at all.
Tak membantu kau jadi a better person pun so kenapa nak terus berpegang pada pendapat bodoh tu?
Your past does not determine your future.

Aku pernah jadi paling hitam dalam kelas.
People mistaken me as anak India.

Aku pernah ikut kawan-kawan beraya masa Form 1, makcik tuan rumah tu cakap "Kesian eh muka dia" [maybe muka aku berkerak sangat waktu tu].

Bila dah berkerja, ada yang kata aku buat 'side bisnes' disebabkan pakaian aku daring.

Apa jelah yang orang tak cakap.
I walked thru trauma. I walked thru pain.
I have been bullied. I have felt ugly.
But I have decided to reclaim my life.
Kalau continue untuk percaya pandangan negatif orang, satu kerja pun takleh buat.
Pendapat orang adalah pandangan dia.
Look for what is TRUE, not opinion.