2014-05-12

Work and Leisure


Jumaat - Ahad aku ada di Bandung.
Keje, bukan honeymoon. Tapi dah alang-alang sampai tu, menyambil-nyambil lah jugak kan.
Pulak tu aku mesti angkut En Wan punya, kalau tak, konfem aku tido kat lobby je 2 malam tu.
Dah nama bawak En Wan haruslah berjalan jugak.
Aku dengan misi menyiapkan keje. En Wan dengan misi membeli baju raya.

Jumaat, kitorang naik AA dari KLIA2.
First day AA beroperasi hari yang sama, agak kelam-kabut jugak la, tapi disebabkan ramai Ms and Mr PLEASE ASK ME, jadi agak membantu.


Mr PLEASE ASK ME

Cute la dorang ni. Semua bertaburan di sekitar KLIA2 sambil bawak sepanduk PLEASE ASK ME.
Maka, En Wan pun kejap-kejap bertanya sebab suka sangat "Excuse me ASK ME, kat mana kaunter bla bla bla bla...?".

Suka aku dengan KLIA 2 ni. Dah macam shopping mall. Kalau semua kedai kat sini open 24 hrs, takde la mati boring dorang yang tersadai kat airport. Best segala tok nenek ada sini, dari Hush Puppies, Toys R Us, VOIR, kedai jual henfon, sampaikan ke Jaya Groceries pun ada kat dalam.

Kedai makan, bersepah. Kau nak makan apa, cakap. Insyallah semua ada.


Flight kitorang pukul 650am.
Pukul 430am dah tersadai kat sini. Mujur kedai makan banyak dah bukak, takde la aku sangap.
Aku ni senang je kalau nak ajak bersidai. Angkut je pi kedai makan, konfem takde masalah.



Muka tak cukup tido.
Biasa la kan aku kalau nak naik katerbang, malam sebelumnya tu memang takleh tido punya.
Malas nak pakai mekap sebab jap gi Subuh nak kena cuci muka balik. So takyah. Kita feeling-feeling natural beauty lah kejap.

Orang lain pagi-pagi pukul 430am tak lalu makan.
Aku mentekedarah kaw-kaw siap ada rendang ayam semangkuk.

Surau kat KLIA2 ni selesa sikit dari kat LCCT.
And banyak. Cuma kalau kau gerak pagi-pagi buta tu memang akan jadi padat la sebab semua bertumpu nak Subuh serentak sebab kejar masa. 



Sampai Bandung pukul 8am waktu sana.
Flight alhamdulillah, cuaca baik, takde gegar-gegar.
Tapi, aku and En Wan regret sangat dengan crew AA.
Row depan kitorang ada budak kecik besar Rayyan, menangis sepanjang perjalanan. Biasa la kan, budak. Boring agaknya duduk setempat. Sorang crew pun tak stop tanyta apa yang boleh dibantu ke apa ke. Sorang tak tanya. Dulu masa naik MAS bawak Redza, dia nangis sebab telinga berdengung, kejap-kejap crew stop tanya kenapa, nak air ke, siap bagi mainan. Bukan suruh AA tu bagi mainan kat budak tu, tapi takkan la dalam ramai-ramai crew kat atas tu, sorang tak stop kejap tanya mak budak tu apehal dengan anak dia. Ni tak, dia sibuk nak menjual cenderamata segala.

Sangat berbeza dengan crew AA Indonesia waktu kitorang balik ke KL.

Crew dorang sangat lembut, tanya apa yang dorang boleh bantu.
Aku taknak compare dengan flight AA yang lain. Mungkin berbeza. Aku just nak comparekan crew AA waktu pegi and balik, memang berbeza. Aku lebih suka time balik tu.


Kenderaan yang tak berani nak naik kat sana.
Bukan tak berani atas sebab keselamatan tapi sebab tak biasa and tak tau cara nak naik ni. 
Adekah laluan dia macam bas atau laluan dia macam taxi (ikut arahan penumpang)?



Taxi dorang ada yang masih gunakan tingkap style gini.
Mengimbau kenangan betul. Best. Kejap-kejap aku naik turunkan tingkap.
Macam tak penah naik keta perangai.

Kitorang stay Hilton Bandung.
Dekat dengan Pasar Baru and Kartika Sari.
Tapi kena naik taxi la, kalau jalan kaki berpeluh jugak.
Tapi sebab sampai pun awal lagi, jadi letak beg je dulu pastu zassss ke Pasar Baru.
Misi pertama, selesaikan segala amanah orang yang dok mengirim kain-kain.




Aku bukan seorang yang gila buat baju kurung.
Tapi masuk sini aku jadi gila kain.
Sebab kain-kain dia semua cantik and murah gila.
Terus aku lupa daratan. Last-last baju aku lagi banyak dari baju orang kirim. 
Aku terus tempah kat sana. Now, baju raya aku 4 pasang dah siap. Aku tak tau la hujung-hujung nak raya sok ntah berapa helai lagi aku rembat. Biasalakan, time-time nak raya kang, mood nak membeli tu akan datang balik. Nak-nak lagi kalau jenis puasa tak cukup sebulan tu. Selalunya orang yang puasa tak cukup ni yang sibuk buat baju raya berpasang-pasang. Eh.

Takpela, tahun ni adik aku kawen, sepupu aku kawen, anak sedara En Wan bertunang, lagi sorang anak sedara En Wan nak ajak pi merisik lagi. Tu sekali harung la buat baju. Cewah konon.
Orang lain yang bertunang, orang lain yang tempah baju.




Italian silk.
Dua-dua ni aku dah rembat. Dah jadik baju dah pun.
Kedai ni nama dia MENARA. Dia jual Italian silk only.
Murah and gila bapak cantik-cantik!
Tu kat belakang tu semua Italian silk. Pilih apa kaler kau nak.



Telekung aku cuma rembat 4 helai je.
Aku beli yang jenis kaler-kaler.
Saje je nak buat pakai ganti-ganti. Barulah semangat nak terawikh.
Cewah alasan tak agak-agak. Padahal kau memang kuat shopping.

Aku suka simpan telekung ngan sejadah banyak-banyak kat rumah sebab rumah aku rajin sedara-mara datang. Kalau nak solat jemaah nanti senang la sikit, telekung banyak. 
Cewah, alasan lagi.




Ni kedai lain pulak.

Orang lain masuk Pasar Baru jalan bertenang-tenang.
Aku masuk Pasar Baru macam kelajuan selendang Padaiyapa zas zas zas zas...balik.
Dah dapat apa yang aku carik, done. Tak kuasa aku nak masuk setiap kedai nak kelebet satu-satu kain. Aku bukan boleh. Kang terlampau rambang mata ujung-ujung satu pun aku tak beli. Aku punya style kalau nampak dalam kedai tu ada yang aku berkenan, terus beli. Jangan banyak-banyak cerita.
Sesiapa kalau nak window shopping, takyah ajak aku pun takpe. Sikit tak kecik ati. Sebab aku bukan jenis window shopping punya orang. 

Lain macam En Wan.
Dia pulak yang rajin masuk every kedai kain kat dalam pasar ni.
En Wan ni kalau diajak pi window memang kena. Dia jenis sanggup round satu mall pastu patah balik masuk kedai yang dia berkenan. Takleh masuk betul dengan aku.

Kat sini semua kedai yang jual kain boleh terima tempahan, siap 24 jam.
Kebanyakkannya offer Rp350,000 = RM105 (rate waktu aku tempah).

Mahal?

Standard kat Malaysia tempah baju kurung RM80-90 je.
Siap paling cepat seminggu.

Di sana tempahan siap dalam masa 24 jam.
With lining or without lining, harga tetap sama RM105.00.
Maknanya, harga tempahan dorang jauh lebih murah.
Kat Malaysia jangan harap la kalau baju tempah dengan lining boleh dapat RM80.
Kat Malaysia, kalau tempah baju kurung berlining akan jadi RM190, sebab tailor akan potong kain dua kali. Satu kain luar, satu lagi kain belah dalam (lining).

Tinggal lagi, orang Indo tak tau apa itu jahit mata lalat, tulang belut....dorang akan jahit leher tu kelim biasa je. Aku tak kisah sangat sebab pakai tudung, bukan orang nampak leher kau tulang belut ke tak.

Kalau tanya aku, aku cakap tempah kat sana murah.
Apetah lagi kalau kau beli kain kat dia banyak, lagi diskaun dia boleh bagi harga tempahan.


Dah settle beli kain, pekena Nasik Padang jap kat foodcourt Pasar Baru.
Tapi kurang kick sebab lauk fevet aku daging dendeng takde.
But dalam pada tak kick tu habis gak sepinggan aku bedal.
Well, bab makan kan. Tak tolak punya.


Aku : Ini apa?

Adik : Ikan bakar.

Aku : Makan dengan apa? Kicap?

Adik : Tak, begitu saja.


Aku : Ok, saya nak yang ini, tapi buatkan sambal kicap ya. Kicap letak kat mangkuk lain. Sayur-sayur atas ikan ni buangkan. Panaskan boleh?

Aku rasa brader kedai ni dah mark muka aku.
Pasni kalau aku datang lagi, mesti dia tutup kedai. Tak kuasa nak melayan kata dia.


Dah habis makan, sambungggggg lagi shopping.
Kali ni borong T Shirt nak kasik kat anak-anak sedara.
Kain dia yang paling berkualiti pun harga baru Rp100,000 (RM30) untuk 5 helai!
Bukan solai yo, tapi limo!



Ni lah dia penyakit En Wan. Suka nau naik beca.
Aku menjak kena tipu ngan beca cilako kat HCM dulu, aku naik nyampah tengok beca.
Tapi En Wan ni suka sangattttttttt berjimat.
Padahal taxi charge dari Pasar Baru ke Hilton baru RM15 (Rp50,000), tapi dia kata mahal. Alasannya sebab Hilton dekat je, takkan sampai RM15.
Maka dia pun tahan beca.
Cuma Rp35,000. Tapiiiiiiiiiiiiiiii tukang beca mintak tips. Hahahahha. Padan muka. Aku senyumkan je.

Satu benda yang aku kurang selesa kat sana, budaya tips.
Sedekah aku takde hal.
Tapi bila kau MINTAK orang bagi kau tips on top of harga khidmat yang kau tawarkan, itu sangat annoying. Macam beca yang kitorang naik ni, dia beria-ia nak kita naik beca dia, "Rp35,000 saja, bang.."
Bila kita dah bayar Rp35,000, dia cakap "Bang, ditambah lagi buat minum-minum kopi"
Aku macam, huh??
Kau yang nak minum kopi, aku yang kena bayar?

Itu sangat-sangat annoying.
Lepas tu En Wan terus taknak tahan beca dah. Baru dia tau. Kalau aku cakap taknak dengar.


Ok, now baru nak check in.


Tiap kali nak masuk hotel kena scan dulu.
Tak sure hotel lain ada ke tak, tapi Hilton Bandung buat macam ni.
Penah kena bom ke apa tempat ni dulu aku pun tak tau.


Kitorang duduk Executive Room, so dapat check in kat Executive Lounge tingkat atas.
Konon plannya senang aku nak jumpa client, discuss kat tempat yang lebih privacy, sekali orang luar takleh naik. Terpaksa jumpa kat lobby jugak.


Bilik yang indah.



Bilik best.
Yang penting mandi tak takut sebab sambil mandi sambil boleh tengok En Wan.


View dari bilik.



  
  Petang tu before keluar makan, lepak jap Exec Lounge nak tengok apa ada for afternoon tea.


 Tapi aku makan ni je.
Buat alas perut before dinner kang.
Chese cake dia tu sangat la lazat. Masuk mulut je cair terus.
Ingat nak ambik lagi tapi laki aku ni tak sabar-sabar nak keluar berjalan, terpaksa la aku ikutkan.
Dia ni memang tak tau penat punya orang.


Dinner malam pertama adelah kat Dapur Sangkuriang.


Sebenarnya tujuan aku pi sana untuk jumpa orang, jadi aku hanya fokus pada misi aku je.
Misi nak carik tempat makan ni semua aku tak penah ambik tau.
Tapi En Wan kan kejenya teman aku, jadi dia yang uruskan segala-galanya.
Kiranya dia ni adelah suami, merangkap PA, dan tourist guide.
Dia yang akan ingatkan aku "Di, malam ni jumpa orang pukul 9pm", "Di, pagi ni jumpa orang pukul 10am"..bla bla bla...

Macam Dapur Sangkuriang ni pun ntah mana la dia jumpa.
Ai follow je.
Bagus tempat ni, ko ada pilihan nak makan kat pondok-pondok kecik macam ni atau makan dalam restoran.


Kat sini semua restoran yang offer seafood, mesti offer Ikan Gurame.
Ikan siakap, tilapia tak jumpa pun.




Tengah tunggu makanan sampai, salah sorang budak perempuan (yang pakai niqab) tu terperasankan muka aku. Dorang semua ni makan kat pondok sebelah.

Aku perasan jugak apesal budak ni pandang aku.
Suara aku kuat sangat ke.

"Kak Di kan?"

Rupanya reader.
Aku ni dah la muka bersememeh, malu je jumpa budak-budak ni dengan muka aku yang melekit.
Apa tak melekitnya, aku tertinggal bedak aku kat rumah. Jadi, lepas Subuh kat airport sampai la ke malam, muka aku lansung tak berbedak. Bersememeh.


Tauhu ni aku sebat sorang.
Sebab sedap sangat, so aku tak kasik En Wan makan. Tolong makan benda lain ya bang.
Tauhu ni aku punya. Sorang.


Ikan gurame bakar yang disiram dengan sambal kicap.


Ayam penyet


Tomyam.
Tapi kurang sedap, sebab dah terbiasa makan tomyam masam and pedas, yang ni tomyam dia manis.



Benda yang paling best bila melancong ke negara yang majoriti rakyatnya Islam adelah takyah risau dengan tempat solat. Bersepah-sepah masjid. Kalau kat restoran tu memang tersedia surau. Just like Dapur Sangkuriang ni pun ada surau. Takde risau terkejar-kejar waktu solat, surau ada dimana-mana.


Kat dalam restoran ni lebih kepada untuk famili sebab dia sediakan meja yang besar.



Lepas makan, En Wan ajak jalan-jalan shopping baju.
Giggle Box ni kitorang tak masuk pun, takat ambik gamba je sebab cantik.


Ni semua kedai yang walking distance je dari Dapur Sangkuriang.
Ni lah syurga membeli-belah En Wan untuk hari pertama - Fashion World.
Kat dalam ni semua barangan branded tapi style FOS.


Dia jumpa dah brand dia...


Memang plan nak beli baju raya budak-budak kat Bandung, so siap-siap bawak measuring tape.
Ukur size Redza and Rayyan siap-siap, sampai Bandung tinggal pilih baju je.
Aku tak shopping lansung barang-barang kat sini sebab baju-bajunya macam tak sesuai sangat untuk aku. Tapi cantik-cantik. And kat sini tak sesak sangat orang sebab harga dia mahak sikit dari Rumah Mode tapi design-design kat sini lagi cantik and the latest.


Paris Van Java

Lepas shopping kat Fashion World, aku paksa En Wan bawak aku pi mall sebab aku nak beli bedak. Tak sanggup nak jumpa orang besok dengan muka melekit.
Orang pun tak sanggup nak hadap muka aku.


Dia jumpa lagi tempat dia...



Carik Shue Uemura tak jumpa, belasah la SKII pun SKII la.
Janji muka tak melekit.
Ntah macam hape je gi Bandung beli SKII. Gagal sungguh. Bazir duit aku je.


Seblom tido, pekena teh tarik ngan kukis and kacang-kacang jap.
Nak tido pun mengunyah lagi.








2014-05-08

Mak



Aku ingatkan aku sorang je ada makbapak macam ni, rupanya ramai yang ada.
Kalau tak, takkan ada gambar ni kan?

True, kita diajar supaya hormat (ke takut??) dengan mak bapak.
Apetah lagi nak masuk bilik makbapak yang tengah tido. Cukup seriau kalau engsel pintu berbunyi time bukak. Rasa macam misi adelah gagal. Nak rasa lagi gagal adelah bila kau ingat mak kau tengah tido, maka kau bukak slow-slow. Elok je pintu terkuak ko nampak mak ko tengah duduk atas katil sambil pandang arah pintu dengan muka standby. Dead meat.
Masa tu kau terasa buat apa pun salah.
Mintak izin ketuk pintu pun kena jerkah.
Bukak slow-slow pun kena.
Mati kutu.

Tapi, dorang kalau masuk bilik kita, macam nak roboh pintu bilik tu dia gegar.

Dalam kes aku, Mak Aji.
Pak Aji kalau nak masuk bilik aku, lagi 4-5 tapak nak sampai depan pintu dia dah panggil nama aku dah. Jadi, aku akan alert.
Tapi Mak Aji takde de. Dia takde nak ketuk, apetah lagi nak panggil. Tetiba je kang gedegangggggggg.

"Yang nak tutup-tutup pintu ni apesal? Apa kau buat kat dalam?"

Mak Aji kalau ketuk pintu bilik kitorang dia guna penumbuk.
Dia akan gendang pintu tu sekuat-kuat ada.
Ya Allah, bingit!!
Nak je aku cakap "Ma, orang tak pekak laaaaaa"
Tapi kang mendapat pulak bekhen sedas. Baik aku diam je.
Punyalah aku troma dengan style mak aku ketuk pintu, sampaikan ke satu tahap everytime dia nak kejutkan aku bangun pagi, dengar tapak kaki dia naik tangga ke bilik aku je pun dah boleh buat aku terjaga. Series tak tipu. Macam dengar tapak kaki Jack and The Beanstalk.
Tapak kaki tu buatkan aku menggelepar bangun bukak pintu siap-siap. Orang lain bangun pagi hati rasa lapang je. Aku bangun pagi hati berdebar-debar. Gemuruh kau.

Tu yang terbawak-bawak sampai sekarang, aku tido tak penah kunci pintu bilik.
Sebab dah terbiasa dari kecik tak kunci pintu.
Aku malas nak bangkit semata-mata nak bukak.
Biarlah mak aku masuk. Senang.

Tapi, bila tak kunci pintu ada masalah lain pulak.
Aku tido lasak. Tapi takde la pusing satu katil.
Dari kecik sampai ke tua, kalau aku tido, esoknya baju tu mesti terangkat sampai ke dada. En Wan sampai skarang pelik apesal aku tido baju sampai boleh terangkat.
Mak Aji pulak dulu main redah je masuk bilik.
Bila dia masuk nampak anak dia separa bogel atas katil dia bertempik "Kau ni tido mengalahkan jantan. Baju terselak sampai nampak tetek!"
La, nama pun tido kan. Aktiviti di luar sedar.
Takkan nak expect aku tido bersimpuh kot.

Just imagine, pagi-pagi subuh dengan bunyik gendang pintu macam nak roboh, pastu terpekik-pekik marahkan baju aku terselak.....meriah kan?
Orang lain pagi-pagi subuh la nak carik ketenangan jiwa.
Rumah aku pagi-pagi subuh dah macam ada funfair.

Mak Aji cukup rajin buat spotcheck.

Kau tak boleh nak sorok apa pun dalam bilik tu.
Sebab tu aku tak penah ada diari ke, buku otograf ke, apa ke, time skolah. Semua tu aku start beli time blaja kat Sarawak. Time semorang dah tak guna buku otograf, time tu lah aku baru nak start beli. Gila fail. Aku maleh nak simpan diari-diari ni sebab malas menjawab soklan dia. Mak Aji kalau dah start menyoal, kau kena mengaku salah je. Kau tak dibenarkan membela diri.

Contoh kalau dia jumpa kaset Leslie aku sorok celah-celah lipatan baju (kat celah baju pun dia boleh jumpa!) :

- sape punya ni?
Diana

- mana kau dapat duit beli? 
kumpul duit skolah.

- aku bagi kau duit skolah suruh makan kau pegi beli kaset. Pasni mama tak bagi dah kau duit belanja. Makan kaset ni!


Tu satu scene.
Kalau kau tipu jawapan :

- sape punya ni?
kawan, pinjam.

- apesal yang kau nak dengar lagu cina ni? paham ke?
*angguk kepala*

- ni semua bukan apa ni, terlampau banyak sangat tengok tv cerita cina cerita cina cerita cina sampai hantu cina masuk badan. Stop tengok TV!


Ok kalau jawapan kau extra jujur pulak :

- Sape punya ni?
Diana punya.

- Mana kau dapat duit?
Kumpul sikit-sikit duit skolah.

- Kat mana kau beli ni?
Beli kat Kajang, bawah tusyen ada kedai kaset.

- Oohhh...tu yang kau sibuk sangat nak tusyen kat Kajang tu kan. Sebab kau boleh merayap kan? Ok, stop tusyen! Duduk rumah. Aku panggil cikgu tusyen ajar kat rumah.


Kejujuran tidak memberi sebarang makna okeh.
Kau jujur pun kau kena.
Kau kelentong lagi kau kena.
Itu lah mak saya.

Happy Mother's Day, Ma!
*tetiba*



*entry last untuk minggu ni, esok sampai Ahad guwe takde. See you Monday*







2014-05-06

Mengandung



Kawen bulan Feb 2014, tapi orang dah dok tanya-tanya bila nak mengandung.
Hmm...ok ni tak dinafikan memang soalan paling suka sangat ditanya oleh orang-orang kita.
Takpe, biorkan dia nak tanya. Jangan ambik ati sangat.
Sebenarnya dorang ni bukan beria sangat pun nak tengok kita mengandung, tapi macam dah jadi soalan default asal orang tu baru kawen je, lagi 3-4 minggu terserempak esok soklan default dia "Dah berisi ke?". Apetah lagi kalau nampak pipi kau tembun sikit. Padahal dia bukan kisah pun kita mengandung ke tak, tapi saje je berbasa-basi orang kata. Jangankan tidak sabit nak menyembang.

Aku dulu pun rajin gak dapat soklan macam tu. Tinggal lagi aku malas nak ambik pusing. Sebab aku rasa soklan macam tu dah jadi satu kebiasaan dan mesti-tanya. Kau jawab je la "Belum ada rezeki". Jangan lupa lemparkan senyuman mesra. Hahaha.

2 tahun selepas kawen, baru aku mengandung. Tu pun keguguran. Lepas rileks lagi setahun, baru dapat Redza. Jadi, total menunggu 3 tahun.

Yang rileks 2 tahun pertama tu memang sengaja. Kononnya nak sambung blaja la, nak stabilkan ekonomi la, padahal memang aku ngan En Wan plan untuk taknak ada anak dalam masa terdekat (waktu tu). Kitorang kan bercinta jarak jauh, jarang bertenet macam kebanyakkan couple, so bila dah kawen nak tenet lama-lama la ceritanya. Dalam masa 2 tahun tu, asal balik Tganu je, dah takde soklan lain kalau nampak muka aku. Balik-balik tanya bila nak mengandung bila nak mengandung. Sampai ke tahap nak bawak aku pergi berurut. Amboihhh. Asal lambat beranak je yang kena berurut aku. Aku ke yang bermasalah ni? Memandai-mandai kan masing-masing. Tapi nak suruh aku berurut, aku buattt. Apa susah, tadah je diri.

Takkan kitorang nak cakap "Nak enjoy dulu", "Nak stabilkan ekonomi".... kitorang taknak la cakap macam tu walaupun itulah hakikatnya pun. Sebab tak semua orang faham situasi kita. Kang kalau cakap macam tu ada yang kata kita tak yakin dengan rezeki Allah. Masalahnya bukan tak yakin. Tapi nak yakin pun haruslah ada persiapan. Kalau takde persiapan, mana nak datang yakin. Main tadah je nasib? Just like kau nak kawen, takde ilmu, takde duit, tau-tau kawen. Apa nak jadi lepas tu terserah. Gitu ke? Sama jugak macam kau nak ambik exam. Kalau tak pegi kelas, tak penah ambik nota, buku pun tak penah pegang, tajuk pun tak tau, tetiba nak yakin dapat A?? Takleh la camtu. Harus ada persiapan kan. Dah usaha, barulah tawakal, yakin.

Selalunya yang rajin bertanya ni bukan di kalangan immediate family members pun.
Kalau mak, bapak, adik-adik, aku percaya dorang takkan galak nak bertanya soklan yang sama berkali-kali. Dorang pun paham. Yang buat-buat "ramah" ni kebanyakkannya orang luar. Soklan ni umpama nak break the ice je. Jarang jumpa kan. Sesekali jumpa tu tak tau nak menyembang apa, maka ditanyalah soklan macam tu.

Memang susah kalau kita nak deal dengan orang-orang yang tak berapa nak paham macam ni. Tambah susah kalau kita jenis memikir sangat soklan-soklan dorang.
Sebab tu, jangan susahkan diri melayan soklan-soklan ni.
Aku dulu anggap dorang sesaje nak menyembang je. Kalau dorang bagi petua, ambik. Dorang bagi nasihat, dengar. Habis cerita. Hidup kau pun tak susah.
Kena ingat, yang mengubah diri kita adelah kita sendiri. Bukan orang lain.
Kau tercampak blaja 10 tahun kat overseas, kalau kau pandai jaga diri, persekitaran takkan mampu ubah kau.
Same goes to cakap-cakap orang macam ni. Kalau kita nak jadikan soklan-soklan tu sebagai tekanan kat diri kita, memang haruslah kau stress.
Kalau nak anggap soklan tu cuma sembang-sembang biasa, maka jadiklah dia sembang-sembang je.

Kalau kita paham rezeki tu di tangan Allah, maka tak perlu stress.
Tuhan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak.

Aku penah rasa mencuba selama 6 tahun untuk dapatkan Rayyan. Well, memang masa tu aku dah ada Redza, tapi perasaan nak dapat anak lagi tu tetap sama dengan perasaan orang yang belum dapat anak. Apa je la yang aku tak cuba. Paling seksa bila kena masukkan tube nak tengok rahim tersumbat ke tak. Sampai demam menggigil-gigil. Mak mertua aku kata bentan menahan sakit.

Sepanjang tempoh menunggu nak dapat Rayyan tu macam-macam usaha aku buat, dan macam-macam soklan "ramah mesra" dah aku dapat.

"Taknak tambah sorang lagi ke?"
"Redza ni kalau takde adik nanti dia spoil. Manja sangat."
"Esok dah tua baru terasa ruginya tak beranak ramai"
"Muda-muda ni beranak la ramai, dah umur 40 esok baru stop. Baru jaga badan balik"
"Tu la, dulu sebok merancang, skang time nak, tak dapat!"

Bla bla bla bla bla....

Ditakdirkan Allah, aku dapat sorang lagi anak, Laksamana Rayyan.
Eh ingatkan dah stop bertanya. Rupanya tak.
Now pun masih ada yang tanya lagi "Taknak cuba dapat perempuan pulak ke?"
Alahaiii manusia. Ada je yang dia tak puas hati. 

Tapi kalau anak kau ramai, "Kau ni kejenya beranak je tak abis-abis. Malu le sikit kat anak-anak dah besar".

Adoiyaii. Kalau ko nak melayan cakap-cakap orang ni memang tak terlayan punya.
So pilihlah samada nak layan atau bolayan.



Bonus :

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan : Al Imran (38)





2014-05-05

Ephyra : Promo : New. Lagi best. Tapi kena cepat.




SORRY...SORRY...SORRY!!
Lama tak ngadap PC dan tak check database, hari ni aku baru tau yang gift mini mp3 player tu tinggal lagi 2 keping je. Kiranya semua 500pcs habis. Petang tadi menggelabah bila check-check hadiah tinggal tiga (satu customer biotech punya). Ni esok berkotak-kotak lagi nak dipos.

Jadi cenggini, new hadiah iaitu MP4 PLAYER (yang berkaler-kaler dalam gambar di atas) hanya akan sampai next week. Memandangkan, hadiah yang aku selitkan adelah hadiah yang takde melibatkan pertambahan duit semasa korang beli Ephyra, jadi aku ada 2 option :

1. Pos Ephyra without gift.
Ni untuk kes-kes emergency stok dah habis.

2. Pos minggu depan, tunggu sampai mp4 sampai.


Pilihan di tangan anda.
Kepada yang belum terima tracking number, please respond kat health[at]xzizbiotech[dot]com, samada nak tunggu atau proceed deliver esok.
Minta maaf sangat, aku agak huru-hara la last week. Tak sempat nak check stock hadiah.
Promo RM180 masih lagi on, hadiah insyallah ada. Cuma next week la baru sampai.
Yang mana yang book (installment), aku akan tukar ke mp4. Tapi mp4 ni cuma 300pcs je. Kalau habis sebelum sempat bayar full, maybe akan ditukar ke hadiah lain pulak.

Again, sorry.
My bad.



Name:
Email Address:
I would like to purchase Ephyra for Malaysia 1 box (30 sachets) + shaker + mp4 player, RM180
Ohsem Deal for Peninsular 3 box (90 sachets) + mp4 player, RM500
Ohsem Deal for Sabah/Sarawak 3 box (90 sachets) + mp4 player, RM530
Quantity
My address
Contact Number
Remarks



 Ni ada iklan sikit dari seorang novelis, minta war-warkan (cewah, ayat aku pun tetiba macam penulis buku) Bengkel Cerpen dan Sajak.
Sesiapa berminat boleh join ya.
 




Sape ntah hari tu ada email aku tanya if aku tau sesape yang boleh buat food delivery sebab dia kesiankan mak dia tak sempat masak jagakan anak-anak, so ni dia jalan penyelesaiannya. Dah ada pun. Boleh la roger-roger Siti Saudah ni. Abang-abang brader bujang agak-agak boring balik-balik mamak, sesekali pekena Ayam Penyet Home Delivery la pulak, amacam? Siap ada ayam penyet lagi bisnes budak ni. Ni kang ada yang balik-balik muka aku jugak yang order ayam penyet.

Yang paling best kau nampak tu??
PISANG GORENG DELIVERY!!!
37 tahun aku tunggu khidmat ni okeh. Ada jugak akhirnya. Tima kasih la dik buat bisnes gini. Ce tambah cendol. Kalau boleh deliver cendol dah cantik sangat tu. Besar harapan tak berasap dah dapur aku pasni. Main lap-lap je dah.




KB


Last week (weekdays), aku kat KB.

First sekali nak cakap aku bengang je ngan Air Asia.
Kalau aku tau, aku naik MAS je.
Dah la delay sampai sejam setengah. Pegi balik delay lak tu. Aku konfius sape yang pindah sebenarnya ni. Airportnya ke, kapal terbangnya. Melampau-lampau delaynya. Tu yang nyampah ngan AA ni.

And aku tau la korang dah nak pindah kan, tapi takyah la aircond pun catuuuuuu.

Masa dari KL nak ke KB tu, kitorang solat kat surau depan Old Town tu.
Selalunya aircond kemain kuat. Hari tu dia off terus!
Banyakla kot agaknya pahala aku solat tengahari tu. Menjejes-jejes peluh nak mengabiskan 4 rakaat.
Dah la aku pakai baju kain chiffon. Melokek-lokek baju kat badan dek peluh. Tapi elok jugak dia tutup aircond, takde la bergelimpangan makhluk terbongkang dalam surau. Kalau ada aircond tu, kadang-kadang kita sampai takleh nak solat. Yang melunjur, yang terlentang, yang tertiarap, yang layan YT kat laptop. Segala macam aktiviti ada kat dalam. Tu belum lagi yang selamba ambik sejadah semata-mata nak lapik bontot. Surau kan takde kapet.

Flight delay tu satu hal la kan.
Yang lagi aku berbulu tu bila pilot dia nama Sunil bawak katerbang macam ......!!
Aku ingatkan aku penakut, rupanya En Wan, Mak Aji ngan Pak Aji pun kondem pilot.
Masa nak landing tu dia punya huyung-hayang tu ada sikit extra dari kebiasaan.
Pastu landing dengan sangat laju, aku rasa dah half runway, baru nak cecah tanah.
Pastu brek mengejut. Terperanjat semorang kat dalam. Dari petang sampai ke malam aku dok membebel pasal flight siang tu. Apa nak buat, nak flight murah kan. Amekaw.


 Kitorang duduk Hotel Perdana.
Suka aku ngan hotel ni. Rasanya dia renovate kot sebab nampak macam baru. 
Lobby and Executive Rooms dia pun nampak lain dari bilik-bilik lain.

 
 Macam biasa la aku mesti akan mukadimah dengan sandwich club.
Sandwich club dia sedap, tapi sikit. Yang penuhnya fries je. Boleh la...habis jugak aku bedal.



Berpandukan pada respon budak-budak ni, maka malam tu kitorang makan kat Khengsom.
Ni aku sengaja tepek kat sini, sesape nak ke KB, boleh gi carik kedai-kedai makan yang budak-budak ni suggest.

 

Fried soft shell crab with salted egg.
Cewah, nama nak omputih aje.


 Siakap Khengsom.
Ni mesti try. Memang sedap lauk Khengsom ni.
Aku ingatkan yang kuning-kuning tu mangga. Rupanya umbut kelapa.


 Kerabu mangga.
Tapi kurang kick sebab manis. Boleh nampak gula bertabur atas tu.
Maybe blom biasa dengan tekak orang Kelantan.
Takpe, akan dicuba lagi kendian.


 Tomyam campoq


 En Wan masuk-masuk je kedai ni terus mengaktifkan lorat Kelantan.
Masuk je kedai cakap kat waitress "Limo oghe".
Plis la, takyah la nak jadi Tganu murtad kat sini ya.
Tapi nasib baik gak ada En Wan. Sebab series masa waitress tu tanya nak makan apa, kitorang semua blur. Tak dapat tangkap apa dia cakap. Just like masa first-first aku balik kampung En Wan dulu. Rasa nak nangis sebab tak paham. Seb baik En Wan jadi translator. Bagus jugak bawak dia ni.


Kedai dia kecik je, tak besar mana.
Dalam pukul 10 malam macam tu, dia tutup half of the kawasan makan. Aku rasa kalau malam, ada karaoke kot kat sini sebab area yang aku makan tu ada stage siap ngan lampu disko lip lap lip lap tu. 


 Oh yes, aku memang macam ni.
Malam pakai baju tu, siang besoknya pun baju tu balik. Malas ya nak travel angkut baju banyak-banyak. Memberatkan beg aku je.

 
 Lobby dia sangat besar dan hotel ni terlampau banyak kerusi kat lobby.


 Ni ada satu lagi area yang penuh dengan partition-partition yang ada sofa and meja.
Nak berbincang apa ramai-ramai kat lobby pun tak tau la.
Tapi aku rasa maybe hotel ni selalu dijadikan tempat meeting-meeting and function-function kot sebab tu gila banyak sofa kat lobby.



 Menu very the Kelate.
Tapi ada la jugak sosej, turkey ham, cuma lagi banyak makanan Kelantan.


 Breakfast.
Kali ni tak bawak anak-anak. Jadi boleh makan dengan harmoni.


 En Wan memang takkan carik benda lain lah kan kalau nampak nasik dagang.
Baru aku tau nasik dagang Kelantan warna merah. Teringat dulu kitorang penah beli beras nasi dagang Taj Mahal. Mak aku kukus sampai 3-4 kali awat la keras je ni, rupanya memang beras dia gitu. Sebab orang Tganu masak nasik dagang pakai beras pulut putih.

 Aku punya, 1st round


  Aku punya, 2nd round


 Aku punya, 3rd round
Lempeng kelapa ni sujud la okeh dia punya kesedapan!!!
Yang buat sedap tu kari ayam dia.
Ya ampunnnn, terasa-rasa kat tekak lagi ni.



Lepas makan, round Siri Khadijah jap.
Aku blom penah sampai sini lagi.
Yang best tu semuaaaaaaaaaaaaaa pun tak tau kat mana pasar Siti Khadijah. Tapi main redah guna peta ambik kat hotel. Tak tau la celah mana kitorang masuk tau-tau je eh, dah sampai ke ni? Mana signboardnya? Nampak macam ramai orang keluar masuk, ye lah kot ni. Aku pun turun tanya akak yang bersidai kat tepi "Assalamualaikum, ni Pasar Siti Khadijah eh?"

Akak tu angguk.

"Eh betul! Betulla! Sini pasar dia"

Wah, riang aku terpekik-pekik bagitau dah jumpa pasar. Gila peghak.



 Hari tu masa terpandangkan pisang sira ni, tak rasa nak makan. 
Kenyang baru lepas breakfast. 
Ni tengok rasa lapaq la pulakkk.


 Semorang ralit tengok kuih.
Yang dua orang ni boleh la pulak merancang nak beli parang.
Nak buat apa?????
Ibal cakap "Papa nak simpan satu dalam kereta".
Hoh??!!

 
 Seriau je aku tengok orang jual sabit open macam ni.
Dibuatnya ada amukan kat dalam pasar, tak pepasal je kepala aku dia sabit sekali.

 


Mak Aji borong serunding, dan segala gajus, segala lempok..apa-apa je lah.
Padahal baru je hari tu gi Jepun aku bawakkan serunding, ni dia beli lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Ni lah dia agenda kenapa kitorang ke KB.
Si itam dah tersangkut ngan Mek Kelate. Oghe Pasir Mas. Siti Khadijah nama dia.
Hah kauuu, terus muslimah aku kejap.

Ibal nak bagitau aku dia nak kawen, kemain tergagap-gagap lagi. Tau pun takut ngan kakak kau ya.
Rupanya selama dia kenal budak Siti ni rupanya dia menyamar.
Dia bagitau Siti dia duduk menyewa je kat KL, mak bapak kat kampung.
Dia keluar ngan budak ni pun ntah kereta Kancil siapa dia lenjan.
Hari yang dia nak bawak Siti jumpa Mak Aji tu la baru dia bagitau Siti semua benda. Sian si Siti ni. Terpinga-pinga dia kejap.

Aku : Apesal ko menyamar? Supaya Siti ni boleh terima kehitaman kau seadanya kan?

Ibal : Cibai la ko kak.
  

Memandangkan Mak Aji sakit kaki, jadi takleh la nak bersimpuh depan pelamin sarung cincin.
Meh le sarung atas sofa je mokcikk.





Kitorang pi KB memang berlenggang, bawak bontot je.
Sebab semua aku tempah dari sana. Pagi majlis tu baru tukang kek and tukang gubah hantaran datang hotel hantar semuanya. Aku memang gamble je ni. Main order je gugel-gugel kat FB. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tukang buat keke baik, tukang buat hantaran pun baik. And thank you so much kat reader-reader yang banyak bagi suggestions kat ruangan komen mana aku boleh tempah kek and gubahan hantaran kat KB.



Kemuncaknya ni lah wehhhh.
Gila sodappppppp.
Ya Allah, malunya kitorang. Beria-ia keluarga Siti ni masak-masak untuk sambut kitorang datang. Kitorang datang empat orang je padahal.
Dah dia masak beria kan, aku pun apa lagiiiii. Balun beria la. Seb baik pakai baju longgar. Takyah aku sedut-sedut perut segala.

Complete set oiii makcik ni masak nasik kerabu.
Barulah aku tau nasik kerabu dorang makan ngan jeruk bawang.
Haram aku tak tau selama ni. Taunya makan.
Makcik tu heran tengok aku makan nasik kerabu tak pakai sayur, tak pakai kuah, tak pakai keropok, semua tak. Buta-buta nasik, daging ngan telur masin je. Tu pun 2 kali aku bertambah tau.

Okeh, ini series.
Sesiapa ada buat pakej perkahwinan, catering, pelamin, mekap, baju, bla bla bla bla.....tolong la hantar-hantarkan quotation atau perkenalkan diri. Insyallah, boleh bincang panjang lebar pastu.




2014-05-03

Hiatus


1. Sorry kepada pengemail-pengemail especially yang beli Ephyra. Ya, aku nampak email-email bukti pembayaran masuk tapi sejak 3 hari lepas aku takde depan komputer. Aku di KB. Nanti esok atau malam ni aku akan respond to all ya. 

2. Today aku tak sihat. Doktor cakap tekanan darah terlampau rendah. Patut la jogging 3 minit pun dah rebah. Agaknya selama ni aku hidup dalam keadaan low blood tapi tak sedar. Ingat nak dok depan komputer today, nampaknya tak dapat. 

3. Ada sesiapa buat bisnes pakej perkahwinan? Boleh email aku pakej korang : aveo757[at]yahoo[dot]com. Nak prepare anak sedara kawen. 

4. Belum bersedia nak beri sebarang pinjaman lagi. Sorry. 


Diana Ishak
Sent from Samsung Mobile