Kawen bulan Feb 2014, tapi orang dah dok tanya-tanya bila nak mengandung.
Hmm...ok ni tak dinafikan memang soalan paling suka sangat ditanya oleh orang-orang kita.
Takpe, biorkan dia nak tanya. Jangan ambik ati sangat.
Sebenarnya dorang ni bukan beria sangat pun nak tengok kita mengandung, tapi macam dah jadi soalan default asal orang tu baru kawen je, lagi 3-4 minggu terserempak esok soklan default dia "Dah berisi ke?". Apetah lagi kalau nampak pipi kau tembun sikit. Padahal dia bukan kisah pun kita mengandung ke tak, tapi saje je berbasa-basi orang kata. Jangankan tidak sabit nak menyembang.
Aku dulu pun rajin gak dapat soklan macam tu. Tinggal lagi aku malas nak ambik pusing. Sebab aku rasa soklan macam tu dah jadi satu kebiasaan dan mesti-tanya. Kau jawab je la "Belum ada rezeki". Jangan lupa lemparkan senyuman mesra. Hahaha.
2 tahun selepas kawen, baru aku mengandung. Tu pun keguguran. Lepas rileks lagi setahun, baru dapat Redza. Jadi, total menunggu 3 tahun.
Yang rileks 2 tahun pertama tu memang sengaja. Kononnya nak sambung blaja la, nak stabilkan ekonomi la, padahal memang aku ngan En Wan plan untuk taknak ada anak dalam masa terdekat (waktu tu). Kitorang kan bercinta jarak jauh, jarang bertenet macam kebanyakkan couple, so bila dah kawen nak tenet lama-lama la ceritanya. Dalam masa 2 tahun tu, asal balik Tganu je, dah takde soklan lain kalau nampak muka aku. Balik-balik tanya bila nak mengandung bila nak mengandung. Sampai ke tahap nak bawak aku pergi berurut. Amboihhh. Asal lambat beranak je yang kena berurut aku. Aku ke yang bermasalah ni? Memandai-mandai kan masing-masing. Tapi nak suruh aku berurut, aku buattt. Apa susah, tadah je diri.
Takkan kitorang nak cakap "Nak enjoy dulu", "Nak stabilkan ekonomi".... kitorang taknak la cakap macam tu walaupun itulah hakikatnya pun. Sebab tak semua orang faham situasi kita. Kang kalau cakap macam tu ada yang kata kita tak yakin dengan rezeki Allah. Masalahnya bukan tak yakin. Tapi nak yakin pun haruslah ada persiapan. Kalau takde persiapan, mana nak datang yakin. Main tadah je nasib? Just like kau nak kawen, takde ilmu, takde duit, tau-tau kawen. Apa nak jadi lepas tu terserah. Gitu ke? Sama jugak macam kau nak ambik exam. Kalau tak pegi kelas, tak penah ambik nota, buku pun tak penah pegang, tajuk pun tak tau, tetiba nak yakin dapat A?? Takleh la camtu. Harus ada persiapan kan. Dah usaha, barulah tawakal, yakin.
Selalunya yang rajin bertanya ni bukan di kalangan immediate family members pun.
Kalau mak, bapak, adik-adik, aku percaya dorang takkan galak nak bertanya soklan yang sama berkali-kali. Dorang pun paham. Yang buat-buat "ramah" ni kebanyakkannya orang luar. Soklan ni umpama nak break the ice je. Jarang jumpa kan. Sesekali jumpa tu tak tau nak menyembang apa, maka ditanyalah soklan macam tu.
Memang susah kalau kita nak deal dengan orang-orang yang tak berapa nak paham macam ni. Tambah susah kalau kita jenis memikir sangat soklan-soklan dorang.
Sebab tu, jangan susahkan diri melayan soklan-soklan ni.
Aku dulu anggap dorang sesaje nak menyembang je. Kalau dorang bagi petua, ambik. Dorang bagi nasihat, dengar. Habis cerita. Hidup kau pun tak susah.
Kena ingat, yang mengubah diri kita adelah kita sendiri. Bukan orang lain.
Kau tercampak blaja 10 tahun kat overseas, kalau kau pandai jaga diri, persekitaran takkan mampu ubah kau.
Same goes to cakap-cakap orang macam ni. Kalau kita nak jadikan soklan-soklan tu sebagai tekanan kat diri kita, memang haruslah kau stress.
Kalau nak anggap soklan tu cuma sembang-sembang biasa, maka jadiklah dia sembang-sembang je.
Kalau kita paham rezeki tu di tangan Allah, maka tak perlu stress.
Tuhan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak.
Aku penah rasa mencuba selama 6 tahun untuk dapatkan Rayyan. Well, memang masa tu aku dah ada Redza, tapi perasaan nak dapat anak lagi tu tetap sama dengan perasaan orang yang belum dapat anak. Apa je la yang aku tak cuba. Paling seksa bila kena masukkan tube nak tengok rahim tersumbat ke tak. Sampai demam menggigil-gigil. Mak mertua aku kata bentan menahan sakit.
Sepanjang tempoh menunggu nak dapat Rayyan tu macam-macam usaha aku buat, dan macam-macam soklan "ramah mesra" dah aku dapat.
"Taknak tambah sorang lagi ke?"
"Redza ni kalau takde adik nanti dia spoil. Manja sangat."
"Esok dah tua baru terasa ruginya tak beranak ramai"
"Muda-muda ni beranak la ramai, dah umur 40 esok baru stop. Baru jaga badan balik"
"Tu la, dulu sebok merancang, skang time nak, tak dapat!"
Bla bla bla bla bla....
Ditakdirkan Allah, aku dapat sorang lagi anak, Laksamana Rayyan.
Eh ingatkan dah stop bertanya. Rupanya tak.
Now pun masih ada yang tanya lagi "Taknak cuba dapat perempuan pulak ke?"
Alahaiii manusia. Ada je yang dia tak puas hati.
Tapi kalau anak kau ramai, "Kau ni kejenya beranak je tak abis-abis. Malu le sikit kat anak-anak dah besar".
Adoiyaii. Kalau ko nak melayan cakap-cakap orang ni memang tak terlayan punya.
So pilihlah samada nak layan atau bolayan.
Bonus :
"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan : Al Imran (38)