2008-05-21

Phuket - 1


Aku sampai from Phuket 7pm semalam, singgah Bangi ambik keta dulu, siap makan sebab Mak aji dah masak. Pandai Mak Aji, cam tau-tau je menantu ngan cucu dia konfem kelaparan sebab aku memang takkan masak. Penat okkk bawak kapal terbang.

Phuket.

GILA BEST!!!

Perkataan yang mempu mengexplainkan segala-galanya.

Jumaat lepas, kalau ikut nawaitu, 5.30pm sharp aku nak blah dari ofis. Tapi training dah la lambat habis, elok aku nak angkat beg laptop je bos aku cakap 'Diana, we are going to ** this Tuesday. I want you to be there as well'.

Jadahhhh?
Aku dah apply cuti!!

Dia bleh wat muka terkujat 'Did I approve you leave?'

Dia suruh aku siapkan proposal malam tu jugak aku kena email kat dia. Membunuh betul la dia ni.
Malam tu aku stay up sampai kol 2am siapkan report. Dah la malam tu aku balik Bangi. Aku gi bawak laptop baru yang takde install streamyx line rumah Mak Aji. Pak Aji lak kalau bab simpan barang konfem dia lupa mana dia letak. Puas la malam tu dok memunggah laci cari CD streamyx. Kalau report tak siap mau aku start enjin keta balik umah ambik CD. En Wan dah blow ngan aku sebab kecoh malam-malam nak wat report.

Tapi Tuhan tu selalu ingat kat aku, aku je manjang lupa kat dia.
Malam tu uncle sebelah guna wireless, pehhhhhh, dia tak secure lak line dia. Aku pun menumpang le. Banyak pahala uncle sebelah tolong aku siapkan report. Sampai kol 2am still leh guna lagi. Uncle ni tenet kat YM ke haper. Kul 2 pagi tu jugak aku email terus kat bos siap sms kat dia soh check email. Nak sangat tengok report kannnnnn.

Esok pagi-pagi dah bangun, siap-siap, mintak Pak Aji hantarkan ke airport.
Tima kasih ye..:)


Biasa la kalau dah naik keta Pak Aji haruslah dok belakang jadik tuan besar kan...


Redza and papa 

Biasa la kalau dah nama naik AA ni kalau tak gegar tak sah.
Dan orang jakun cam aku haruslah aksi berlebihan kat atas tu. Aku paksa tido. Redza biar bapak dia jaga. Aku memang dah kena sumpahan takleh naik flight. Sawan.

Dan jangan harapla aku nak order makanan kat atas tu. Pulak tu tengah berdiet, kem salammmmmmm. Actually banyak gambar masa kat airport tapi aku tak jumpa lak bluetooth laptop.



Sampai je airport Phuket, terus on HP, macamkan ada orang nak sms aku. En Wan macam biasa, penyakit suka candid gambar.



En Wan macam budak baru balik oversea je aku tengok



Tunggu van sambil baca map.
Melekit gila babi muka aku. Ni cara-cara baru turun kapal terbang, blom gi mana-mana lagi. Dasar kulit fail!!
Our first destination was to the Gem Gallery. Kepada sesiapa yang materialistik macam aku tapi sangat malang berhusbandkan lelaki yang make dunno no matter ko tarik muka patblas or ko hentak-hentak kaki masa jalan tanda protes ataupun ko ugut no sex for 2 weeks, dia tetap anggap Gem Gallery tu macam muzium yang hanya boleh dilihat tapi tak boleh disentuh apatah lagi nak dibeli.

Memang hampagas En Wan.

Padahal kan, kitorang masuk Gem Gallery tu dua kali, masa first day sampai and on the 3rd day. Aku pun tak tau pehal dorang bawak kitorang masuk Gem Gallery sampai dua kali. Tak puas hati gamaknya tengok takde sorang beli. Phuket memang pusat Gem terbesar di Asia, so macam tak lengkap intinerary ko kalau tak beli sebijik. So aku dah aim satu white gold pink sapphire ring with diamond, harga 33,000 Baht, dalam RM3,300. En Wan dah bagi green lite, kalau nak, swipe kad aku sendiri. Apa baranggggg swipe kad sendiri???? Kata pengikis. Haruslah aku nak kikis kau.

Tapi pikir-pikir balik, malas la pulak. Pompuan gedik cam aku, gatal terhadap barang-barang kemas adelah dalam 5-6 minit je. So, En Wan dah paham sangat. Memang patut pun dia bolayan request aku.



Entrance Gem Gallery



Bergambar dengan 'tut-tut'. Gila jakun. ....And seperti biasala 'extra baggage' aku mana nak bergambar ngan mak bapak dia. Buat hal lak tetiba. Aku tampa kang..


Lepas tu dia bawak we all gi TShirt shop. Mula-mula aku macam 'La, kedai runcit macam ni ko bawak aku?'.

Ala, sebijik cam kedai Kak Milah depan rumah makcik aku, sebelah-menyebelah ngan kedai jual cikedis. Dari jauh ko tengok memang takde harapan kedai ni pelancong nak masuk, tapi bukan sebarang kedai.

TShirt dia kualiti, 100% cotton, boleh rasa lagi, boleh kirai-kiraikan baju tu dari plastik kalau ko keji sangat nak pedajal tuan punya kedai. Dia tak marah, dialu-alukan lagi ko bukak plastik baju tu untuk ko test. Kedai ni wholesaler, takde saper nak layan ko kalau ko 'Excuse me, may I know if you haxe XS size?' Mamposla tercangak-bangak ko kat situ sorang-sorang. Takde saper pedulik sebab dia dah gantung siap-siap kat dinding setiap design baju yang ada kat situ, so ko tengok mana design ko nak, ko pilih sendiri saiz, agak-agak nak test muat ke tak, takde saper nak lari kalau ko nak tanggal baju kat situ pun. Sila..sila...make yourself at home.

Dah la murah gila.
Selai baju dalam RM12 je, kira ok la utk 100% cotton. Aku beli baju sleevelss kat Bali dengan kualiti kain macam roti kirai pun dah RM20.


En Wan memang dengki tau dengan aku. Suka sgt candid. Masa ni aku tengah pilih TShirt 'I AM A VIRGIN (THIS IS AN OLD TSHIRT).

Beli TShirt je dah seratus lebih. Tak pernah hayat aku shopping TShirt.
Lepas agenda menabur duit, gi temple lak.
Aku memang suka gi temple-temple ni. Rasa cam satu benda yang best tengok ukiran-ukiran kat temple. Pulak tu Buddha diorang besar-besar. Takut pun ada. Entah apa yg aku takut pun aku tak tau.



Cantik kan? Lupa la apa nama temple ni. Nak masuk tapi sebab aku period so aku rasa takleh masuk kot. Lojik la kan, ni pun tempat suci diorang gak. Respect sket aaaaa.


Lepas tu gi tengok sunset kat Karon View Point. Tapi masa we all sampai tak berapa nak set lagi, terang benderang. Boleh tahan la tempat dia, tapi lagi best tengok sunset depan umah aku. Tak crowded. Dah la gi situ petang-petang. Semua yang datang bau dah masam semacam. Kalau hanjing ni la...bersepah-sepah. Nak je aku tendang sekor-sekor.



Cerah lagi, nak tunggu sunset dalam 2 jam, baik aku balik tido



My extra luggage...


Orang yang snap pic ni gi fokus kat kitorang, wat per? Aku nak panorama blakang tu..



Masa ni aku memang dah letih. Kalau muka tu toksah cakap la kan, dah berlengas.
Seb baik dah takde program dah lepas tu. Terus balik hotel.
Aku stay kat Patong Beach, Andaman Suites. Tapi kalau nak resort style, pilih Andaman Club, sebelah je ngan Andaman Suites, sama-sama 4 star, so tak kisah la dok mana pun. Ok hotel dia. Aku stongly suggest sesaper nak gi dok la hotel ni. Dekat ngan beach, dekat ngan nite market, dekat ngan Muslim restaurant, bapok pun senang nak dapat..



Nampak row yang ketiga tersebut di atas????...:D



Hero aku dah kecundang dari dalam van lagi



Tengah pikir nak dinner kat mana malam ni


2008-05-14

Eight Random Facts/habits About Yourself


Budak nadiahkhair ngan mar bcn nak kena ngan aku nih...

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.
At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.

Aku dah penah buat menatang ni dulu, tapi enam je.

1. No coffee!
Aroma yang paling tak sedap dalam dunia selain dari bau ketiak Cikgu Rahim (cikgu PRS skolah aku yang ketiak dia slalu basah) adelah bau kopi. Dan juga bau Milo. Tak kisah la nama kau capuccino ke, double espresso ke, frapuccino, Brazil Ipanema Bourbon (apabenda ni sialll aku tak tau nak sebut??) kalau dah nenek ko namanya KOPI, kem salam aku nak minum walaupun ko bagi FREE.

2. Betulkan bra tak kira di mana jua aku berada
Ni tebiat semulajadi yang aku tak bercadang nak ubah. Aku nak jadik trend-setter, boleh?
TETEK merupakan aset penting dalam hidup aku, tak tau la korang. So, pemilihan bra yang lebih nilai cengkaman adelah perlu bagi memastikan tetek aku sentiasa berada dalam posisi yang didambakan oleh semua pria.

Macam lanchauuuu statement.

Aku jenis tak hirau orang sekeliling. Aku macam rasa takde saper nak pandang aku, so bolehlah aku adjust bra sekarang. Kalau masuk dalam lif yang sesak bersempit-sempit kengkadang ada la tersigung tetek kan. Mula la aku tak tentu raba dalam tu rasa macam cepat la sampai tingkat 7, aku nak kuar nak betulkan bra. Kang lambat betulkan tetek aku forever senget.

Sometimes ada gak aku perasan orang pandang-pandang apehal betina ni ramas tetek sendiri tengah-tengah jalan?

Pegi la mampos kan, aku takde masa nak pikir apa ko nak kata.

3. Gelak and cakap sorang-sorang
Sorry aku nak gelak kih kih kih kih or hik hik hik hik.
Baik aku diam terus okkkk dari gelak camni.
Memang aku gelak cam witch, so apa ko susah?

Tapi laki aku memang sangat susah hati sebab aku bukan saje suka gelak kuat-kuat, tapi suka gelak sorang-sorang out of no reason. Tetiba je tengah dendiam tengok Kerana Cintaku Saerah yang tak penah kelakar, aku leh tetiba gelak. Maybe sebab aku suka ingat balik benda-benda yang dah lepas, walaupun cerita tu jadik 12 tahun dulu, aku leh gelak beria-ia macamkan benda tu baru berlaku.

Bercakap sorang-sorang ni memang klorga aku dah paham sangat. Dalam pada aku tengah duduk dendiam kat sofa tetiba je jerit ‘That’s why you are paid premium!’ Sambil tangan aku tunjuk kat pasu bunga. Siap bangun lagi ni.
Ni bukan apa, kalau ada issue yang aku kalah masa tengah berkonfrontasi, lepas 2 hari mula la aku nak rewind balik situasi tu. Nak bagi nampak aku menang. Lepas tu aku ok la, kira takde dendam dah kat orang tu.

4. Explain!
Aku seorang yang amat curious. So apa yang ko nak bagitau aku tolong elaborate in detail supaya ko tak mati kena soal bertubi-tubi. Sebab kepala aku sentiasa ada question mark untuk setiap benda.

Kalau ko bagitau ‘Betul , I tak contact my ex dah’

'Ye ke? Kalau tak contact kenapa simpan lagi nombor dia?’
'Ok, fine. I delete now'.

'Tapi u dah tulis nombor tu kat mana-mana sebelum you deletekan?'
'Takde, I tak tulis. I taknak simpan dah nombor dia.'

'You tak nak simpan, tapi u dah hafal nombor dia kan?'

Oh, tolong!
Aku sanggup berenang kuak lentang dari Osaka ke Malaysia dari jumpa ngan balak curious gila macam ni. Aku tak le seperti situasi kat atas tu. Tu bukan curious namanya, tu namanya saiko.

5. Tak suka orang bawak keta laju
Kalau kau nak bawak aku naik keta kau, tolong pastikan jiwa raga aku selamat. Kalau rasa-rasa nak mati, ko pegi mati sorang. Turunkan aku boleh?

I am a slow driver. Kalau appointment tu kat Bangi pukul 3pm yang jaraknya 45km dari Subang Jaya, aku kena kuar rumah kol 2pm. Itu cara-cara lalu highway. Takde la nak tengok aku speeding. Aku jenis yang makan-angin-type. Bawak 70-80 sambil dengar lagu Headwind, dok kat slow lane. Paling bangsat pun aku dok lane tengah, tapi aku pastikan aku bawak 100. Kalau ko bawak 70-80 tapi selamba tapir drive kat middle lane, jawabnya ko nampak keta aveo kaler green apple over take kau sambil tunjuk middle finger.

Roller coaster??
Mimpi la…

6. I hate flying
Kalau tongkang Indon tu nakhodanya setaraf ngan pilot MAS, aku tak naik plane dah jawabnya.
Aku tak leh tahan ngan gegaran. Nak lagi kalau plane kecik cam foker, turbulence dia gila babi. Everytime dia langgar awan kaki aku otomatik kejang. And mata aku pun akan tenung je signal safety belt kat atas. Bila la nak padam. Kira kalau padam situasi agak selamat la.
Paling tak tahan tengah stim layan kepala, tetiba ‘Sila pasangkan tali keledar anda, kita sedang mengalami cuaca buruk. Anda diminta duduk di tempat masing-masing’.

Mula la aku pikir macam-macam.
Kalau nak mati pun jangan la sampai tulang aku bersepai.

7. Tak suka bulu
Sorry, aku tak suka benda, binatang atau manusia berbulu.
Sebab tu pet mahupun pest are not allowed kat kawasan rumah atau dalam jarak 2 meter dari kaki aku. Ko datang dekat, aku sepak.
Dan rumah aku takde feather duster. Nak lap-lap habuk lap ngan kain basah.

Manusia berbulu tangan, kaki dan dada yang lebat.
Tolong la banggg, adik sesak nafas bulu dada abang masuk lam lubang hidung.

Aku adelah wanita yang bebas dari bulu. Tak caya? Nak tengok?
Muahahahhaha.

8. Suka dok umah
Ini kalau zaman Pak Malau, aku paling laku ni.
Biasa la makcik makcik zaman dulu suka nau kat anak dara yang terperap kat rumah tak kuar-kuar. Kira konfem anak dara la nih. Tak tau budak ni dok main dildo kat dapur sambil tanak nasik.

Aku memang suka dok umah dari kuar jenjalan. Rasa cam selamat je kat umah. Nak makan ada, nak tengok tv boleh, nak tido pun selesa aku leh menjalar kat mana-mana. Malas nak gathering ni semua. Masa lom kawen kawan-kawan aku heran camne aku leh tahan dok umah weekends, malam tak kuar lepak. Aku rasa biasa je, takde apa aku nak carik kat luar. Agaknya sebab tu aku bengap.

And jangan nak tahan aku tanya ‘Kat mana Pavillion?’
‘Kat mana Bisik?’
‘Kat mana jalan nak pegi Zouk?’

Jawabnya ke Zoo ko sampai.

Aku tak tau!!!
Aku tak tau jalan kat KL!

Ok, cukup 8 kan?
Ni aku nak pedajal 8 orang buat tag ni :

1. ****
2. yuzz9071
3. $wee+666
4. intanjameel
5. lindosh
6. hotmama
7. leeds
8. julia

2008-05-10

Tag : Baju merah



Dak Intan melancarkan serangan bertubi-tubi kat aku kali ni. Lepas satu tag, satu tag aku kena buat. Bagus gak, senang takyah aku nak pikir apa nak update.

Aku tak banyak baju merah, ada la kot 3-4 helai.

Gambar 1st :
Baju Champion athelete yang aku asik pakai tu antara baju merah yang paling suka pakai sebab apa pun aku tak tau. Maybe sebab leher dia V neck. Baju tu aku beli seploh hengget je. Aku tak reti pakai baju mahal-mahal sebab badan aku turun-naik. Kalau beli mahal-mahal, sekali badan aku naik takmo turun, sesallll. Adik aku memang tunggu je kalau aku kata baju aku dah tak muat. Kalau beli baju murahan ni agak2 takleh masuk, aku guna buat lap keta je.

Gambar 2nd :
Aku tunjuk tang tali merah je. Gambar ni aku snap dalam toilet masa nak mandi, baru balik from keje. Jangan tanya pesal aku ambik gambar lam toilet, ini adelah tebiat semulajadi.

Gambar 3rd :
Masa ni tgh tunggu Redza siap, nak pi bfast, hari Ahad. Kitorang lepak kat kerusi tepi kolam ikan. Aku suka gambar ni sebab muka aku tak semak dengan mekap. Sangat lega. Tapi lam ni, cuma En Wan yang pakai baju merah. Takpekan Intan kalau bukan aku yang pakai?

Tapi apesal baju merah?

My workstation - tagged by Intan


Seblom Intan mengamuk depan umah aku, aku kena siapkan tag dia.

Ok, tag adelah berkisarkan WORKSTATION ANDA.

Aku malas nak snap workbench aku kat opis, semak nak mampos ngan PC sebijik, laptop sebijik, segala kertas bersusun atas dan bawah meja. Malas.

Ok, ni workstation aku kat umah. Saje je nak bagitau semorang yang '..saya memang pandai memasak' (ingat lagi tak iklan ni?)

Sebenarnya sejak aku balik dari Langkawi aku tak sentuh pun dapur. Sebab bila aku takde, En Wan pun malas nak pegi pasar. Walaupun dia tukang pegi pasar, tapi aku adelah tukang memberi arahan apa nak kena beli. Jadi posisi aku sangatlah penting dalam rumah ni. Sebab kalau aku tak bagi arahan nescaya fridge aku jadik tempat simpan baju. Bila tukang bagi arahan takde kat umah, tukang pegi pasar pun mengelat. Lagipun bibik aku tak pandai sangat masak, aku pun malas nak ajar. Biar dia tak tau masak, kang semua dia tau takde speselnya aku lam rumah ni.

So hari ni aku start masak sebab En Wan dah pegi beli barang mentah semalam.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Workstation Green Apple di rumah :



Masa tengah prepare lunch tghri tadi. Tu bibik aku, dia ni takat suruh kupas bawang, hiris cili, ngan kacaukan lauk boleh la. Itupun aku kena bagitau 'Bik, lepas 10 minit, matikan api'. Kalau aku tak sound, sampai ke sudah dia dok mengacau lauk sampai kering kuah.

Oven tu kan, aku guna untuk wat cookies and bakar macaroni je. Sebab aku memang lemah nak masak grill dan membakar. Ada sesaper nak ajar?? Tahun ni aku lom guna lagi oven tu. Nak tunggu berasap, bulan pose sok.



Mug yang bersusun baikkkkk punya tu tak penah diguna pun. Hari-hari bibik lap je.



Bahan-bahannya puan-puan...Tebiat aku kalau nak masak semua barang kena siap-siap susun lam mangkuk, baru bleh start masak. Ni kesan dan akibat tengok rancangan 'Kuali' time kecik-kecik dulu. Aku kan kuat berangan...

Actually ada bibik ni pun bagus jugak. Kalau kau dapat yang boleh diharap la. Macam bibik aku ni walaupun dia tak reti masak, tapi kemas-kemas rumah superb. Kain lap kaki pun dia gosok. Sukati la, janji rumah bersih. Selalunya lepas aku masak, dia la yang akan kemas. Kira fair la kan :)



Aku masak sambal tumis udang ngan kurma daging today, pastu soh bibik goreng ikan masin. Today tak masak sayur sebab takde sayur yang cantik kat pasar.

Chantek muka memasing, asik aku je kena, aku tag :

a. Peej
b. Ceera
c. Yuzz9071
d. ****
e. PuteriSatu

Korang buat gak. Tak kisah la workstation mana pun.

Happy Mathas Day All


Tengah pekena teh o ngan biskut petang tadi, Redza bawak keluar beg skolah dia.
Punggah-punggah, pastu dia hulur kat aku satu kertas.

'Ma, Ija wat (buat). Mama punya'



Sebak kejap aku tengok kertas tu.
Baru tahun ni aku rasa apa itu Hari Ibu.
Walaupun dia tukang kaler je, cikgu dia yang lukiskan and dia pun tak tau apa itu Hari Ibu, tapi cara dia sampaikan kat aku buat aku rasa nak nangis.

Tak sangka dah besar dah Redza.
Dah pegi skolah.
Dah pandai baca.
Dah pandai tulis.
Dah pandai conteng dinding bilik aku.
Dan juga semakin busuk.



This is Redza masa belum setahun. Asal aku balik keje je, mesti aku capai dia dulu. En Wan sila duduk tepi. Ko nyer turn malam kang.

Terus letak Redza atas perut and dia akan henyak-henyak perut aku. Best okkk. Kaedah biologi untuk mengempiskan perut. Tapi Redza ni dari kecik lagi tak suka main toys dia. Banyak mana pun kitorang beli, dia memang suka main botol mosturiser, deodorant, hairbrush. Sangat metrosexual okkk anak aku. Skang asal lepas mandi je mintak gel bapak dia. Tapi taknak sikat, main ruffle je rambut. Perasan dah habis bergaya la tu.

2008-05-09

5 perkara - PERTAMA KALI BUAT


Peej yang PAKSA aku tulis.

1. Pertama kali FLY DARI ASRAMA
Aku wat keje ni masa Tingkatan 1. Aku antara yang terlist student ada daya kreativiti menghuru-harakan warden, cikgu dan juga pak guard. Aku tak nak dok asrama. Mak aku beria-ia soh aku accept offer ni. Aku tak suka orang paksa-paksa aku time ni
kena blaja, time ni ko kena makan, time ni pulak ko kena mandi. Aku memang manusia yang tak sukakan jadual. Sebab tu time skolah dulu aku tak penah ambik tau bila skolah nak cuti. Tau-tau je kawan aku bagitau 'Bestnya minggu depan cuti 2 minggu'.

Awal tahun orang lain sibuk salin jadual siap berkaler-kaler bagai, minta mahap la aku nak buat jadual. Aku tepon je kawan aku tanya 'Weh, esok ada kelas apa?'

Ok, FLY.
Kejadian berlaku masa bulan pose, 1990. Aku ada sorang kawan time tu yang agak mafia jugak. Nama dia Sri Sharmilee, budak Perak. Aku kat blok Mahsuri, dia Tun Fatimah. Sebelah-sebelah. So sebelum masuk dorm, kitorang dah bagi signal2 kira malam kang ada misi. Dalam kol 3am camtu aku dah bangun standby kat lounge Mahsuri tunggu Sri datang, tunggu sambil isi botol kat watercooler. Nak jalan jauh ni.

Sri pun datang. Chentekkk.
Terus kitorang lari jingkit-jingkit antara cecah tak cecah je kasut kat tanah. Takut kang orang dengar. Bebudak ni busybody sket. Sampai je kat pak guard tengok pak guard tengah layan tido. Haram punya orang tua. Makan gaji buta.
So, Sri jalan dulu.
Lepasssss.

Ok, aku nyer turn pulak.

Entah macamana bahu aku terlanggar tepi gate, bergegar gate tu. Pak guard boleh celik la pulak. Kena kejar la aku, dah la tak kuat lari. Memang kena cekup. Sri lari macam tak cukup tanah. Sri lepas, aku kena mengadap warden.

Kalau dah nama skolah pompuan, warden pun mesti pompuan kan. And selalunya yang jadik warden ni anak dara tua. So dia nyer cerewet tu lain macam, di ambang menopos katakan. Lebih-lebih lak bambu aku tengah-tengah pagi buta.
So pagi tu sekali lagi aku kena masuk bilik pengetua. Buat apa kat bilik pengetua? Sembang la kot eh?. Haha.
Meleleh la sket airmata.

Kira ini pertama dan terakhir aku fly. Misi adelah gagal.


2. Pertama kali NAIK PENTAS AMBIK HADIAH
Masa tadika rasanya ada gak aku naik pentas, tapi bukan ambik hadiah, ambik sijil je kot. So itu tak best sebab dah tentu semorang akan naik. So tu tak kira.

Pertama kali naik pentas masa umur 7 tahun, darjah 1. Aku ambik hadiah Bahasa Inggeris terbaik seluruh darjah 1. Masa tu aku tak tau pun aku dapat hadiah. Tau-tau mak aku kata aku kena gi skolah ambik hadiah hujung tahun. Tahun yang sama aku terpilih untuk jadik Ms Muffet. Berlakon sialll. Pelakon okkkk aku ni. Fokus aku masa tu hanyalah nak berlakon bukan nak ambik hadiah.

Masa dia announce nama aku, aku naik pentas dari depan, orang lain semua dari tepi sebab cikgu dan aturkan susunan siapa bakal naik. Sah cikgu sumpah seranah carik aku tak jumpa. Ko tak pandai carik saper suruh. Aku duduk ngan mak aku kat seat parents.

Aku naik pentas dari depan, dah la seat mak aku jauh kat balakang. So dengan slowwwww nya aku jalan, dan semua mata tertumpu pada aku.

'Kiut la budak ni'
'Kecik-kecik dah pandai skipping london'
'Mesti mahal hantaran budak ni sok'

Itu antara cebisan-cebisan umpatan dari hadirin yang hadir.

Kat pentas, aku salam semorang termasuk kakak yang pegang dulang and kakak yang susun hadiah atas meja. Pastu aku dengar suara orang gelak-gelak kat bawah.

Apehal ntah nak gelak?
Mak aku ajar salam semorang okkkk.


3. Pertama kali KHATAM QURAN
Walaupun sebenarnya aku khatam masa umur 8 tahun, tapi majlisnya lambat sangat buat. Tunggu aku dah 11 tahun baru mak aku buat. Itupun atuk aku yang paksa. Kalau ikut atuk, dia nak wat kat kampung siap berarak bagai. Tapi mak aku nak buat kat umah dia je. Siap pelamin bagai. Aku carik gambar tu tak jumpa laaa.

Aku khatam sekali ngan adik pompuan aku. Nak tunggu mak aku buat majlis khatam dari setahun ke setahun, sampai ke hari majlis tu sempat aku khatam 4 kali lagi.

Aku rasa cam kenduri kawen lak, siap tempah songket untuk aku pakai. Dah la makcik aku gi mekapkan aku. Mana biasa pakai mekap. Ternganga je mulut aku lepas boh lipstik, nak cakap pun tak lawas, takut lipstik tanggal. Lari semua tajwid masa baca, lipstik punya pasal.

A few weeks lepas majlis tu atuk aku meninggal. Sampai gak hajat dia nak tengok satu-satunya cucu yang dia bela khatam Quran depan mata.


4. Pertama kali TIDO HOTEL
Bapak aku dulu selalu travel. So ada time-time dia angkut satu family jalan. First hotel yang aku tido is Hotel Samudra, quite famous jugak kat Kuantan time tu. Tinggi hotel dia. Masa tu umur aku 10 tahun.

Masa kitorang sampai dah nak Maghrib, so semua tak turn mandi.
Aku masuk shower nampak kat sink and kat bathtub ada 2 pili.

Apesal ada dua ek?
Rumah aku satu je.

Pulak tu satu ada kaler biru, satu kaler merah. Kaler biru ni aku dah biasa guna, apa kata try kaler merah. Time tu pulak baru lepas kencing, nak basuh tu hajat di hati nak try la kaler merah. Hambik kau, melompat aku dari toilet bowl. Panas nak mampos air dia. Masak pepek aku.


5. Pertama kali KAWEN
Nak tau?

Ke takyah tau?

Takyah la kotttt.
Hahahahahhha.

Aku mengaku biasa la jugak tengok citer blue masa kat 1st year dulu. Tengok ramai-ramai. Sebab aku takde PC, so tumpang tengok kat PC member. Walaupun aku dah penah tengok prosesnya, begitu juga dengan En Wan yang aku rasa lagi hebat ilmu dari aku sebab masa dia balik Malaysia, dia park sekotak VCD blue kat bawah katil aku, tapi aku ngan En Wan masing-masing teori je pandai, praktikal hampeh.

Malam tu sempat duduk-duduk atas katil bincang 'Camne nak buat ni?'
'Nak masuk kat mana?'
'Awak tak pernah buat ke?' ----- macam haram pulak soalan aku kat En Wan. Mentang-mentang orang tu dok oversea.

Tak percaya?
Aku sendiri tak percaya En Wan tak tau nak masuk kot mana.

Tapi skang...kitorang EXPERT!!!!!!
Wakakakakka.


Banyak tag nak kena wat ni....sabor ye.

2008-05-06

Wish aku oi!


Entry pasal Langkawi tunggu aku free sok baru aku tulis.
Tonite masanya untuk sessi meng-flash back.

Ahad, 4th may 2008, genap 7 tahun aku ngan En Wan kawen *ehemm*
Tapi since Ahad lepas aku masih lagi berpoya-poya tak sedarkan diri kat Langkawi, flight balik KL pun sampai around 7pm takde maknanya nak celebrate. Gi makan kat mamak je jawabnya. Aku pun dah penat, ngan muka aku berlengas gila babi hutan punya berkerak. Perkataan pertama from En Wan masa fetch aku kat airport 'Apesal hitam sangat ni?'

Halo macha.
Bini ko memang semulajadi hitam okkk.
Ko je yang perasan bini kau putih sangat.

Pedulik hapa aku siapa nak kata aku hitam pun.
Masalahnya skang muka aku sangat panas. Macam lobster okk.
Lobster terlebih masak. Hitam.

So semalam En Wan kata malam kita gi dinner, tapi dia suruh aku pilih either kat mamak or restoran melayu.

Mamak???

Kekanda, adinda sedar rupa adinda camne, takyah la sarkastic sangat kanda.
Kalau takde bajet sangat pun takyah la offer mamak, kau bungkus char kue tiaw kat pasar malam pun aku dah happy gila.

AKAN TETAPI.....

En Wan kata kita kuar makan takyah bawak Redza.

Uikss??
Takkan Redza takleh gi mamak kot?
Ataupun adekah dia tempah table for two kat mamak, berserta candle 2 batang?

Nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

En Wan dah buat reservation kat Holiday Villa Subang rupanya.
Sangat gembira okkkkkkkkkk sebab itu adelah buffet dinner.
Boleh makan banyak-banyak.
Patutla En Wan kata takyah pakai dress-dress ni semua, pakai baju biasa ngan jeans je. Dia dah paham sangat bini dia kuat mentekedarah. Kang kalau pakai dress kang, mau tetas zip belakang.
Series, aku makan banyak.

Diet??????
Kem salam.

Memula aku ambik nasi sikit (nak jugak stresskan nasik itu adelah sedikit), green curry sotong, ayam masak serai, sambal udang and chinese vege.

Pastu bangun lagi ambik pinggan.
Kali ni tekak omputih lak. Ambik roti ngan butter ngan mushroom soup.

Belum ada tanda-tanda sendawa nak kuar.
Boleh makan lagi ni.
Bangunnnn.

Gi ambik cheese kek, blueberry cake.
Pastu singgah kat tray rendang ketam, belasah 2 ekor.
Dengan penuh bergaya aku melangkah membawa 2 pinggan penuh ngan lauk.

Ok, gambarssssss :


Lain muka En Wan. Dah berkedut aku tengok. Tu la, buat muka masam-masam selalu, kan dah tua. Gambar atas tu gambar 10 tahun dulu, on our first date, dia datang Kuching jumpa aku, and ajak aku date kat Santubong Resort. Gaya kontrol tetap sama.


And this is me. Tetap ceria seperi biasa. Masa memula kenal En Wan rambut aku pendek. Konon nak bagi nampak remaja. Baju pun time tu sopan je, tutup sampai ke leher. Sekarang....ye, ye sila kutuk. Wa takde halllll.


Terbalik lak posisi. Dulu cam harammm je baju. Nama nak gi dinner je menggelupur carik dress, skirt, kemeja. Skang, itu la baju dinner, itulah baju cuci keta, T Shirt manjang.


HAPPY ANNIVERSARY ABANG...:)


2008-05-05

Exhausted gila babi


Aku dah balik.
Tapi aku penat, belum ada semangat nak update betul2.
Lagipun gambar2 kat sana sangat berelemenkan porn star so kena cantas mana2 yang patut.
Muka aku sangat burnnnnnnnnnnnnnnnnn, sangat itammm, sangat melekitttttttt.

Sekian.

Langkawi


Sebelum aku terlupa, aku nak wish **** (the best ever!) Happy Wedding Anniversary yang ke-10. Wedding day dia sehari lepas aku, 5 May, tahun kira sendiri.

Ok, Langkawi.

Kitorang gerak Wed 30 April. Aku trip yang last. Entah saper-saper tukang book tiket pi letak aku sekali ngan big bos. Cipet. Masing-masing nak selamatkan diri. Dah la flight aku kol 4.10pm, yang lain pandaiiii. Semua gi pagi-pagi. Sempat gi Makam Mahsuri, Makam Purba, Tanjung Rhu segala. By the time aku sampai kat Frangipani Resort and Spa, dah kol 7pm, terus gi makan dengan muka yang serba melekit. Aku sebilik ngan wakil from Singapore.

Dan seperti yang dijangka, memang aku sorang je Melayu. Sian lak tengok budak-budak ni semua, asal nak makan je, semua tolong pastikan restoran tu serve halal food. Dan dorang nak mabuk-mabuk pun mintak kebenaran aku 'Do you mind??'

Sukati korang la. Aku minum Coke pun boleh mabuk. Takde hal.



Me, Evelyn (tengah) and Sze Yunn. Both are customer service.


 Me, Haru (tengah) and Chin. Aku and Chin dalam team Molecular Cell Biology, Haru application chemist utk group Analytical.


Tengah tunggu van nak pi dinner, kat lobby

Malam tu big bos bawak gi Orkid Ria Seafood. Dia punya order macam nak bagi orang Somalia makan. Segala binatang dalam laut kalau boleh dia nak bawak kuar letak atas meja. Sampai member aku tanya kat waiter tu lepas ni ada makanan lagi tak. Dah tak larat nak makan.

Lepas makan-makan, kita masuk ke sessi potong kek sambil mabuk. Kebetulan hari tu birthday one of our engineer. Aku Yam Seng ngan orange juice. Jadik la.




Me, Hazel (kiri) and Sze Yunn. Hazel ni model. Sama group ngan aku.

Balik room dah pukul 12 lebih, tapi sebab presentation slide aku kena touch-up sikit, so aku stay up. Padahal mata memang dah kuyu. Kol 1.30am aku dah rasa dizzy, alarm suruh tido. Esok kena bangun awal sebab kol 9am ada team building.


Kanan tu Ong from S'pore, engineer. Masa bfast.



Kitorang team building atas yatch. Masing-masing belagak cam orang kaya ada kapal sendiri. Merasa la buat knotting, maneuvering and pasang layar. Sampai terkoyak kulit tangan aku nak tarik layar. Siap ada BBQ atas tu. Dengan lamb, beef, chicken, potato, pasta, grouper, sate pun ada. Memang sesuai sangat ngan perut aku.


Me, Tean (big bos), Evelyn, Hazel. Tengah tunggu boat nak ke kapal. Ni kat Awana Porto Malai.

Tapi kebanyakkan pic atas kapal aku tak sempat nak ambik sebab banyak sangat aktiviti. Tunggu trainer tu hantar photo kat kitorang. Aku tengok yo yo an je abang tu snap gambar. Ntah ye tah tidak. Kot flash je lebih.

Biasa la kan kalau dah namanya gedik, cenggini la.....


Rose Dawson okkkkk.
Bernanah la mata korang tengok pompuan lam gambar ni.

Lepas lunch, dorang ada buat aktiviti ocean jump. Nak develop self confidence objektif dia. Ni sebenarnya bukan apa, nak pedajal sesiapa yang tak reti berenang cam aku. Babi la.

Dia suruh kitorang terjun kat laut dari atas kapal okkkkk.
Kapal tu sangat tinggi okkkkk.
Dan aku sangat penakut okkkkk.
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Aku leh tanya trainer tu 'Can I skip this one?'

Nehi!!!
TURJUN he!

Lama gak aku ambik masa nak lompat. Walaupun sayupppp je aku nampak brader lifeguard tu tunggu aku ngan pelampung kat bawah. And semuorang memang wajib pakai life jaket walaupun yang tau swim. Yang lain dah sorak-sorak 'DIANA! DIANA! DIANA!'

Kemak la korang.
Ingat aku suka la tu.

Berdebushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Timbul jugak aku akhirnya. Dibuatnya kaki aku tertanam lam pasir. Selamat jalan romeo jawabnya.

Orang lain timbul terus capai pelampung, aku timbul terus peluk leher brader tu. Mamposla, janji aku selamat. Sementara nak tunggu the rest terjun, aku ngan kawan-kawan segedik yang lain ambik gambar aksi calendar girl atas kapal. Tapi takyah la tunjuk semua kan. Aku filter, tunjuk mana yang tak berapa gedik je.

Ni boleh upload kat promotion flyers next month..."buy 1 unit of StepOnePlus and get a free date with any of the 3 ladies in the picture". Yang kiri sekali tu kalau nak bawak gi date pastikan poket ko penuh. Perut dia ada empat compartment.


Masa untuk menayang cleavage...

Masa ni semua dok tayang tattoo. Yang kat spine, yang kat tetek, yang kat alur bontot. Aku nak tunjuk amende, bulu ada la.





Stim mata kejap tahan cahaya.

Lepas semua dah terjun, dorang bawak kitorang naik marine boat ke pulau. Aktiviti kidnappers and hostage la pulak. Ko ingat main-main ke? Dibuatnya Abu Sayaf betul-betul ada kat pulau tu, putih mata memasing. Dia buat 2 group. Each group ada hostage masing-masing. Aku la yang jadik hostage tu. Dengan alasan, kidnappers don't kidnap guys, they kidnap girls. Punya banyak wanita-wanita kat situ, aku ngan Evelyn jugak yang jadik mangsa.

Dia gari aku siap tampal mulut aku ngan plaster pastu letak kat tengah-tengah laut. Tunggu orang rescue. Yang nak menrescue ni pulak blindfolded, kena dengar arahan dari puak-puak yang lain.

Go straight!
Turn 90 degree to the right!
Climb the rock!

Bila nak sampai kat aku la???
Aku panas ni okkkk!

Iklan : Tapi kan kidnapper yang sorang ni, brader nama Saiful baik gila, siap pakaikan aku cap taknak bagi panas. pastu standby tepi aku nak angkat aku turun dari batu. Macam ni kena kidnap seploh tahun pun takpe bang. Adik likeeee!! Hahahha, gatal.

Dah jumpa aku, carik mangga la kunci la pulak tak jumpa, saje je kidnappers tu letak kunci belakang bontot aku. Si tukang selamat ni takde choise terpaksa la meraba aku. Aku lak kena bagi instruction guna kaki, tolak-tolak dia suruh gi blakang ambik kunci. Sikit punya sengsara.

Dah habis aktiviti tu, balik semual ke yatch. Sesiapa yang nak berkayak dari pulau ke yatch silakan. Aku mintak mahap le. Penat. Kang semorang sampai ke yatch, aku berkayak tau-tau dah sampai Port Klang. So aku and segerombolan puak yang kehabisan tenaga naik marine boat.

By the time sampai hotel aku dah nak pengsan. Gila bapak punya exhausted, dengan muka aku yang terbakar kehitaman. Mandi-mandi, pastu kuar balik for dinner. Kali ni bos bawak gi Italian food kat jeti mana ntah. Sempat la aku ambik gambar kat kapal harga 10 juta. Saper punya ntah.


 Ngan roommate, from Singapore. Berlatar blakangkan restoran Tun Mahathir, The Loaf.




Makan pun tak daya sebab letih sangat.
Main tolak-tolak je pizza lam mulut. Dan la aku tak berapa nak masuk ngan makanan Italian ni. Sampai hotel, bukak balik laptop siapkan slide. Esoknya aku present okkk. Orang kedua yang present lak tu. Malam tu ramai gak lepak bilik aku discuss utk presentation. Punya la terlampau fokus nak siapkan keje, aku betul-betul tak perasan yang mula-mula hanya aku ngan sorang LELAKI chinese dalam bilik tu, siap meniarap atas katil sebelah-menyebelah mengadap laptop. Kalau la pencegah maksiat datang, heart attack En Wan kat umah. Nauzubillah.

Ni bilik sebelum sessi tiarap-meniarap. Perhatikan ada dua laptop, laptop aku yang terbukak tu. Bilik ni ada attached ngan bilik kawan aku kat sebelah, so kitorang bukak pintu tengah tu kasik luas sket.




Nampak simple je bilik ni kan, padahal rate RM280/nite.
Ni pulak pagi esoknya before meeting, ada team building lagi, tapi kat pantai hotel je. So, imagine la, pagi ada aktiviti sampai kol 12, pastu kol 2.30pm meeting start. Mengantuk!! But meeting was ok, presentation aku alhamdulillah, tak kena bambu. Rasa lega and berbaloi jugak seminggu aku berjaga sampai kol 2-3pagi nak siapkan report.



Malam tu makan kat Chinese restaurant. Masa masuk restaurant tu budak-budak tanya Uncle kat situ, halal food ke tak.

'Oh, halalllllll'
Konfiden je uncle ni. Ko tau ke halal tu apa. Asal bukan pork je halal.
Tapi aku malas nak pikir la handling-handling procedure ni segala.
Dah terang-terang dia tulis kat depan tu Halal Food Only.
Belasah.

Pastu tengah tunggu makanan sampai, aku tanya, 'Are you sure the food are all halal?'

Uncle tu jawab 'Halal. Prime Minister also eat here'.
'Which PM?'

Muka tak bersalah dia jawab 'Lim Liong Sik'

Aku tampa orang tua ni kang.

The next day, meeting started at 9am to 9pm. Ada orang lain wat meeting camtu? Makan pun lam bilik tu gak. Gila okk. Benak kejap kepala. Seb baik toilet kat luar boleh gak aku mengular.






Perhatikan muka aku. Melekit. Hitam. Melekit. Hitam. Melekit. Hitam. Mengantuk.

Malam tu makan kat seafood lagi. Tapi kat tepi pond pulak.
Nice place to eat, lupa apa nama dia, siap ada wakaf, tapi sebab kitorang ramai, so takleh naik wakaf ramei-ramei, nanti roboh. Makan kat luar je. Malam tu je 16 orang punya mulut = RM1100.00. Terperanjat gak tengaok bil, tapi buat-buat terperanjat la, bukan aku yang bayar pun. Big bos. Lobster 1kg RM250. Bapak mahal. Cam tak lojik okkk. Tapi dah masuk perut dah pun.



So malam tu actually before gi dinner we all stop kat Duty Free Zone, beli coklat and all. Budak-budak ni belasah beli liquor. Siap beli liquor nak mabuk-mabuk kat beach malam kang. Untuk aku dorang belikan Coke sebotol besar. Rupanya nak main Nama-Negara-Buah, ala yang kita masa skolah main tulis-tulis atas kertas, siap ada colum Nama, Negara, Buah, Bijik, bla bla bla pastu bagi markah kalau tak sama ngan orang lain. Ingat?

Yang ni versi buat bulatan tepai pantai pastu masing-masing letak gelas kat depan. Sapa tak dapat jawab, minum sampai mabuk. Aku sampai 3 hari pun takkan mabuk. Coke katakan. Paling bangsat sekali ingat nak pedajal budak-budak laki ni, aku start la dengan nama 'Lipstick'. Cam haram okkk jantan-jantan ni semua tau lipstick kat pasaran. Semua gamaknya penah teman awek gi shopping. Dah habis se-round, aku dah tak tau apa brand nak letak, aku gi boh Ralph Lauren. Hambik kau, dorang semua nak humban aku lam laut dah.

Ada sorang member laki gi start the game 'sebutkan nama player Liverpool'. Tak ke cibai tu. Ko suruh aku letak nama player Selangor pun aku tak tau okkk.
So that's it about Langkawi trip. Fun, tapi penat. So, now kena wat keje.