2008-05-10

Happy Mathas Day All


Tengah pekena teh o ngan biskut petang tadi, Redza bawak keluar beg skolah dia.
Punggah-punggah, pastu dia hulur kat aku satu kertas.

'Ma, Ija wat (buat). Mama punya'



Sebak kejap aku tengok kertas tu.
Baru tahun ni aku rasa apa itu Hari Ibu.
Walaupun dia tukang kaler je, cikgu dia yang lukiskan and dia pun tak tau apa itu Hari Ibu, tapi cara dia sampaikan kat aku buat aku rasa nak nangis.

Tak sangka dah besar dah Redza.
Dah pegi skolah.
Dah pandai baca.
Dah pandai tulis.
Dah pandai conteng dinding bilik aku.
Dan juga semakin busuk.



This is Redza masa belum setahun. Asal aku balik keje je, mesti aku capai dia dulu. En Wan sila duduk tepi. Ko nyer turn malam kang.

Terus letak Redza atas perut and dia akan henyak-henyak perut aku. Best okkk. Kaedah biologi untuk mengempiskan perut. Tapi Redza ni dari kecik lagi tak suka main toys dia. Banyak mana pun kitorang beli, dia memang suka main botol mosturiser, deodorant, hairbrush. Sangat metrosexual okkk anak aku. Skang asal lepas mandi je mintak gel bapak dia. Tapi taknak sikat, main ruffle je rambut. Perasan dah habis bergaya la tu.