2008-05-14

Eight Random Facts/habits About Yourself


Budak nadiahkhair ngan mar bcn nak kena ngan aku nih...

The Rules :
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules.
At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don't forget to leave them a comment telling them they've been tagged, and to read your blog.

Aku dah penah buat menatang ni dulu, tapi enam je.

1. No coffee!
Aroma yang paling tak sedap dalam dunia selain dari bau ketiak Cikgu Rahim (cikgu PRS skolah aku yang ketiak dia slalu basah) adelah bau kopi. Dan juga bau Milo. Tak kisah la nama kau capuccino ke, double espresso ke, frapuccino, Brazil Ipanema Bourbon (apabenda ni sialll aku tak tau nak sebut??) kalau dah nenek ko namanya KOPI, kem salam aku nak minum walaupun ko bagi FREE.

2. Betulkan bra tak kira di mana jua aku berada
Ni tebiat semulajadi yang aku tak bercadang nak ubah. Aku nak jadik trend-setter, boleh?
TETEK merupakan aset penting dalam hidup aku, tak tau la korang. So, pemilihan bra yang lebih nilai cengkaman adelah perlu bagi memastikan tetek aku sentiasa berada dalam posisi yang didambakan oleh semua pria.

Macam lanchauuuu statement.

Aku jenis tak hirau orang sekeliling. Aku macam rasa takde saper nak pandang aku, so bolehlah aku adjust bra sekarang. Kalau masuk dalam lif yang sesak bersempit-sempit kengkadang ada la tersigung tetek kan. Mula la aku tak tentu raba dalam tu rasa macam cepat la sampai tingkat 7, aku nak kuar nak betulkan bra. Kang lambat betulkan tetek aku forever senget.

Sometimes ada gak aku perasan orang pandang-pandang apehal betina ni ramas tetek sendiri tengah-tengah jalan?

Pegi la mampos kan, aku takde masa nak pikir apa ko nak kata.

3. Gelak and cakap sorang-sorang
Sorry aku nak gelak kih kih kih kih or hik hik hik hik.
Baik aku diam terus okkkk dari gelak camni.
Memang aku gelak cam witch, so apa ko susah?

Tapi laki aku memang sangat susah hati sebab aku bukan saje suka gelak kuat-kuat, tapi suka gelak sorang-sorang out of no reason. Tetiba je tengah dendiam tengok Kerana Cintaku Saerah yang tak penah kelakar, aku leh tetiba gelak. Maybe sebab aku suka ingat balik benda-benda yang dah lepas, walaupun cerita tu jadik 12 tahun dulu, aku leh gelak beria-ia macamkan benda tu baru berlaku.

Bercakap sorang-sorang ni memang klorga aku dah paham sangat. Dalam pada aku tengah duduk dendiam kat sofa tetiba je jerit ‘That’s why you are paid premium!’ Sambil tangan aku tunjuk kat pasu bunga. Siap bangun lagi ni.
Ni bukan apa, kalau ada issue yang aku kalah masa tengah berkonfrontasi, lepas 2 hari mula la aku nak rewind balik situasi tu. Nak bagi nampak aku menang. Lepas tu aku ok la, kira takde dendam dah kat orang tu.

4. Explain!
Aku seorang yang amat curious. So apa yang ko nak bagitau aku tolong elaborate in detail supaya ko tak mati kena soal bertubi-tubi. Sebab kepala aku sentiasa ada question mark untuk setiap benda.

Kalau ko bagitau ‘Betul , I tak contact my ex dah’

'Ye ke? Kalau tak contact kenapa simpan lagi nombor dia?’
'Ok, fine. I delete now'.

'Tapi u dah tulis nombor tu kat mana-mana sebelum you deletekan?'
'Takde, I tak tulis. I taknak simpan dah nombor dia.'

'You tak nak simpan, tapi u dah hafal nombor dia kan?'

Oh, tolong!
Aku sanggup berenang kuak lentang dari Osaka ke Malaysia dari jumpa ngan balak curious gila macam ni. Aku tak le seperti situasi kat atas tu. Tu bukan curious namanya, tu namanya saiko.

5. Tak suka orang bawak keta laju
Kalau kau nak bawak aku naik keta kau, tolong pastikan jiwa raga aku selamat. Kalau rasa-rasa nak mati, ko pegi mati sorang. Turunkan aku boleh?

I am a slow driver. Kalau appointment tu kat Bangi pukul 3pm yang jaraknya 45km dari Subang Jaya, aku kena kuar rumah kol 2pm. Itu cara-cara lalu highway. Takde la nak tengok aku speeding. Aku jenis yang makan-angin-type. Bawak 70-80 sambil dengar lagu Headwind, dok kat slow lane. Paling bangsat pun aku dok lane tengah, tapi aku pastikan aku bawak 100. Kalau ko bawak 70-80 tapi selamba tapir drive kat middle lane, jawabnya ko nampak keta aveo kaler green apple over take kau sambil tunjuk middle finger.

Roller coaster??
Mimpi la…

6. I hate flying
Kalau tongkang Indon tu nakhodanya setaraf ngan pilot MAS, aku tak naik plane dah jawabnya.
Aku tak leh tahan ngan gegaran. Nak lagi kalau plane kecik cam foker, turbulence dia gila babi. Everytime dia langgar awan kaki aku otomatik kejang. And mata aku pun akan tenung je signal safety belt kat atas. Bila la nak padam. Kira kalau padam situasi agak selamat la.
Paling tak tahan tengah stim layan kepala, tetiba ‘Sila pasangkan tali keledar anda, kita sedang mengalami cuaca buruk. Anda diminta duduk di tempat masing-masing’.

Mula la aku pikir macam-macam.
Kalau nak mati pun jangan la sampai tulang aku bersepai.

7. Tak suka bulu
Sorry, aku tak suka benda, binatang atau manusia berbulu.
Sebab tu pet mahupun pest are not allowed kat kawasan rumah atau dalam jarak 2 meter dari kaki aku. Ko datang dekat, aku sepak.
Dan rumah aku takde feather duster. Nak lap-lap habuk lap ngan kain basah.

Manusia berbulu tangan, kaki dan dada yang lebat.
Tolong la banggg, adik sesak nafas bulu dada abang masuk lam lubang hidung.

Aku adelah wanita yang bebas dari bulu. Tak caya? Nak tengok?
Muahahahhaha.

8. Suka dok umah
Ini kalau zaman Pak Malau, aku paling laku ni.
Biasa la makcik makcik zaman dulu suka nau kat anak dara yang terperap kat rumah tak kuar-kuar. Kira konfem anak dara la nih. Tak tau budak ni dok main dildo kat dapur sambil tanak nasik.

Aku memang suka dok umah dari kuar jenjalan. Rasa cam selamat je kat umah. Nak makan ada, nak tengok tv boleh, nak tido pun selesa aku leh menjalar kat mana-mana. Malas nak gathering ni semua. Masa lom kawen kawan-kawan aku heran camne aku leh tahan dok umah weekends, malam tak kuar lepak. Aku rasa biasa je, takde apa aku nak carik kat luar. Agaknya sebab tu aku bengap.

And jangan nak tahan aku tanya ‘Kat mana Pavillion?’
‘Kat mana Bisik?’
‘Kat mana jalan nak pegi Zouk?’

Jawabnya ke Zoo ko sampai.

Aku tak tau!!!
Aku tak tau jalan kat KL!

Ok, cukup 8 kan?
Ni aku nak pedajal 8 orang buat tag ni :

1. ****
2. yuzz9071
3. $wee+666
4. intanjameel
5. lindosh
6. hotmama
7. leeds
8. julia