walk on wings, tread in air: 5 perkara - PERTAMA KALI BUAT <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


5 perkara - PERTAMA KALI BUAT
2008-05-09

Peej yang PAKSA aku tulis.

1. Pertama kali FLY DARI ASRAMA
Aku wat keje ni masa Tingkatan 1. Aku antara yang terlist student ada daya kreativiti menghuru-harakan warden, cikgu dan juga pak guard. Aku tak nak dok asrama. Mak aku beria-ia soh aku accept offer ni. Aku tak suka orang paksa-paksa aku time ni
kena blaja, time ni ko kena makan, time ni pulak ko kena mandi. Aku memang manusia yang tak sukakan jadual. Sebab tu time skolah dulu aku tak penah ambik tau bila skolah nak cuti. Tau-tau je kawan aku bagitau 'Bestnya minggu depan cuti 2 minggu'.

Awal tahun orang lain sibuk salin jadual siap berkaler-kaler bagai, minta mahap la aku nak buat jadual. Aku tepon je kawan aku tanya 'Weh, esok ada kelas apa?'

Ok, FLY.
Kejadian berlaku masa bulan pose, 1990. Aku ada sorang kawan time tu yang agak mafia jugak. Nama dia Sri Sharmilee, budak Perak. Aku kat blok Mahsuri, dia Tun Fatimah. Sebelah-sebelah. So sebelum masuk dorm, kitorang dah bagi signal2 kira malam kang ada misi. Dalam kol 3am camtu aku dah bangun standby kat lounge Mahsuri tunggu Sri datang, tunggu sambil isi botol kat watercooler. Nak jalan jauh ni.

Sri pun datang. Chentekkk.
Terus kitorang lari jingkit-jingkit antara cecah tak cecah je kasut kat tanah. Takut kang orang dengar. Bebudak ni busybody sket. Sampai je kat pak guard tengok pak guard tengah layan tido. Haram punya orang tua. Makan gaji buta.
So, Sri jalan dulu.
Lepasssss.

Ok, aku nyer turn pulak.

Entah macamana bahu aku terlanggar tepi gate, bergegar gate tu. Pak guard boleh celik la pulak. Kena kejar la aku, dah la tak kuat lari. Memang kena cekup. Sri lari macam tak cukup tanah. Sri lepas, aku kena mengadap warden.

Kalau dah nama skolah pompuan, warden pun mesti pompuan kan. And selalunya yang jadik warden ni anak dara tua. So dia nyer cerewet tu lain macam, di ambang menopos katakan. Lebih-lebih lak bambu aku tengah-tengah pagi buta.
So pagi tu sekali lagi aku kena masuk bilik pengetua. Buat apa kat bilik pengetua? Sembang la kot eh?. Haha.
Meleleh la sket airmata.

Kira ini pertama dan terakhir aku fly. Misi adelah gagal.


2. Pertama kali NAIK PENTAS AMBIK HADIAH
Masa tadika rasanya ada gak aku naik pentas, tapi bukan ambik hadiah, ambik sijil je kot. So itu tak best sebab dah tentu semorang akan naik. So tu tak kira.

Pertama kali naik pentas masa umur 7 tahun, darjah 1. Aku ambik hadiah Bahasa Inggeris terbaik seluruh darjah 1. Masa tu aku tak tau pun aku dapat hadiah. Tau-tau mak aku kata aku kena gi skolah ambik hadiah hujung tahun. Tahun yang sama aku terpilih untuk jadik Ms Muffet. Berlakon sialll. Pelakon okkkk aku ni. Fokus aku masa tu hanyalah nak berlakon bukan nak ambik hadiah.

Masa dia announce nama aku, aku naik pentas dari depan, orang lain semua dari tepi sebab cikgu dan aturkan susunan siapa bakal naik. Sah cikgu sumpah seranah carik aku tak jumpa. Ko tak pandai carik saper suruh. Aku duduk ngan mak aku kat seat parents.

Aku naik pentas dari depan, dah la seat mak aku jauh kat balakang. So dengan slowwwww nya aku jalan, dan semua mata tertumpu pada aku.

'Kiut la budak ni'
'Kecik-kecik dah pandai skipping london'
'Mesti mahal hantaran budak ni sok'

Itu antara cebisan-cebisan umpatan dari hadirin yang hadir.

Kat pentas, aku salam semorang termasuk kakak yang pegang dulang and kakak yang susun hadiah atas meja. Pastu aku dengar suara orang gelak-gelak kat bawah.

Apehal ntah nak gelak?
Mak aku ajar salam semorang okkkk.


3. Pertama kali KHATAM QURAN
Walaupun sebenarnya aku khatam masa umur 8 tahun, tapi majlisnya lambat sangat buat. Tunggu aku dah 11 tahun baru mak aku buat. Itupun atuk aku yang paksa. Kalau ikut atuk, dia nak wat kat kampung siap berarak bagai. Tapi mak aku nak buat kat umah dia je. Siap pelamin bagai. Aku carik gambar tu tak jumpa laaa.

Aku khatam sekali ngan adik pompuan aku. Nak tunggu mak aku buat majlis khatam dari setahun ke setahun, sampai ke hari majlis tu sempat aku khatam 4 kali lagi.

Aku rasa cam kenduri kawen lak, siap tempah songket untuk aku pakai. Dah la makcik aku gi mekapkan aku. Mana biasa pakai mekap. Ternganga je mulut aku lepas boh lipstik, nak cakap pun tak lawas, takut lipstik tanggal. Lari semua tajwid masa baca, lipstik punya pasal.

A few weeks lepas majlis tu atuk aku meninggal. Sampai gak hajat dia nak tengok satu-satunya cucu yang dia bela khatam Quran depan mata.


4. Pertama kali TIDO HOTEL
Bapak aku dulu selalu travel. So ada time-time dia angkut satu family jalan. First hotel yang aku tido is Hotel Samudra, quite famous jugak kat Kuantan time tu. Tinggi hotel dia. Masa tu umur aku 10 tahun.

Masa kitorang sampai dah nak Maghrib, so semua tak turn mandi.
Aku masuk shower nampak kat sink and kat bathtub ada 2 pili.

Apesal ada dua ek?
Rumah aku satu je.

Pulak tu satu ada kaler biru, satu kaler merah. Kaler biru ni aku dah biasa guna, apa kata try kaler merah. Time tu pulak baru lepas kencing, nak basuh tu hajat di hati nak try la kaler merah. Hambik kau, melompat aku dari toilet bowl. Panas nak mampos air dia. Masak pepek aku.


5. Pertama kali KAWEN
Nak tau?

Ke takyah tau?

Takyah la kotttt.
Hahahahahhha.

Aku mengaku biasa la jugak tengok citer blue masa kat 1st year dulu. Tengok ramai-ramai. Sebab aku takde PC, so tumpang tengok kat PC member. Walaupun aku dah penah tengok prosesnya, begitu juga dengan En Wan yang aku rasa lagi hebat ilmu dari aku sebab masa dia balik Malaysia, dia park sekotak VCD blue kat bawah katil aku, tapi aku ngan En Wan masing-masing teori je pandai, praktikal hampeh.

Malam tu sempat duduk-duduk atas katil bincang 'Camne nak buat ni?'
'Nak masuk kat mana?'
'Awak tak pernah buat ke?' ----- macam haram pulak soalan aku kat En Wan. Mentang-mentang orang tu dok oversea.

Tak percaya?
Aku sendiri tak percaya En Wan tak tau nak masuk kot mana.

Tapi skang...kitorang EXPERT!!!!!!
Wakakakakka.


Banyak tag nak kena wat ni....sabor ye.

posted by aveo757 @ 3:11 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER