2026-04-24

Ya, boleh nak stay dengan syarat laki kau KAYA.


Baru-baru ni viral video isteri mengandung kantoikan suami yang tengah berdating dengan sorang perempuan. 2 kali kantoi on the same day katanya. Mula-mula kat mall. Pastu malam tu pulak si suami tengah makan dengan girlfren, kantoi again. Habis direntapnya tudung perempuan tu, diterbalikkan makanan sekali.

Tapi semalam aku baca si isteri buat post yang dia dah berbaik dengan suami demi anak yang baru lahir. Kahkahkah. Bukan gelakkan perempuan tu, tapi gelakkan kita semua sebab macam kena kencing.

Benda ni sebenarnya expected. Selalunya gitulah. Banyak kisah-kisah perempuan, tak kisahlah status isteri, tunang atau girlfren. Yang namanya kalau perempuan macam ni, dah disakiti berkali-kali, masih lagi kembali atau stay dengan lelaki yang sama. Sumpah aku tak faham macamana kau boleh stay sedangkan dah tahu si lelaki pernah buat hal.

Masih sama ke cara kau melayan dia selepas kejadian tu?
Masih sama ke rasa cinta dan sayang?

Like, demi anak-anak2?

Ya, boleh nak stay dengan syarat laki kau KAYA. Ada gak strong reason untuk stay walau emosi dah rabak. Itu barulah betul stay demi anak-anak sebab bapaknya kaya. Masalahnya yang stay ni kebanyakannya bersuamikan lelaki sengkek. What the..?

Kita yang kat luar tengok macam tak masuk akal dah berjaya kantoikan suami berdating, tup-tup kembali bersama. Kantoi bukan sekali pulak tu, tapi dua kali. Logik kita akan terfikir, kenapa masih stay?

Aku jawabkan.

Yang pertama, sebab bodoh.

Yang kedua, the situation sebenarnya jauh lebih kompleks. Because ini bukan lagi tentang cinta tapi psikologi and survival.

Aku cuba explain dari perspektif yang lebih realistik.

Mula-mula sekali, kena faham yang takde perempuan yang akan stay dengan lelaki tu kalau dia masuk-masuk relationship terus kena curang atau terus kena tipu. Kalau dari awal dah kena gini usually dia angkat kaki, jalan. No turning back.

Otak manusia simpan pengalaman pertama as baseline. Jadi bila relationship start bermasalah, that perempuan start to compare dengan versi lelaki yang dulunya baik, yang sayang dia, yang sweet, yang pernah buat dia rasa special. And that’s where the problem starts.

Perempuan tu sebenarnya tak sedar dia sebenarnya bukan sayangkan lagi that lelaki tetapi dia sayangkan KENANGAN dorang bersama. Kenangan tu yang trap perempuan ni untuk stay. Otak dia replay memori lama untuk justify realiti sekarang. 

That's why dalam kes isteri yang berbaik dengan suami tu, her memory buatkan dia nampak si suami bukanlah lelaki yang jahat sepenuhnya. Dia nampak si suami sebagai “lelaki baik yang tersilap langkah”. Otak dia somehow akan cari justification.

Macam aku dululah. Bodoh. Dah kena hentak pun masih lagi justify.

"Dia tak perfect, aku pun tak"
"Dia stress kot”
“Dia tak maksudkan pun”
“Maybe itu tanda dia sangat sayangkan aku”


Alahai benaknya si Diana boleh justify sampai macam tu. 

Nasib baiklah aku punya benak tak lama. Berjaya juga aku sedarkan diri aku dari terus berhalusinasi.

Like I said, aku dulu pun memikirkan kenangan. Kenangan awal-awal bercintalah tu yang buat aku trap lama. Padahal selepas 6 bulan bercouple dah tak rasa best. Dah tak nak continue. Dah rimas dengan perangai dia. Tapi aku masih menjustify dek kerana kenangan tu.

Aku cakap well, maybe aku yang tak biasa dengan semua ni. Sebab aku dah biasa bebas, tak pernah bercinta, jadi mungkin aku yang overreact. Maka aku pujuk diri untuk stay. Bagi peluang pada diri sendiri untuk adapt dengan perubahan ni. Inilah sebenarnya kesilapan aku yang buat aku ter-trap hampir 2 tahun.

Itu sebenarnya cara otak protect emosi kita sendiri. Sebab kalau kita terima hakikat sepenuhnya lelaki yang kita sayang tu curang, that will end up breaking the whole identity of the relationship. And manusia naturally akan mengelak rasa sakit. Cara kita mengelak sakit hati tu adalah dengan justify berdasarkan kenangan lama.

Yang dah berkahwin pulak, imagine dia dah invest bertahun-tahun. Invest masa, tenaga, emosi. Dah ada anak. Dah bina hidup bersama bertahun-tahun. When something has been built over a long time, otak kita finds it hard to just cut losses. Kita akan terfikir "Aku dah bagi banyak. Takkan nak buang macam tu je?”

“Aku dah sampai tahap ni, sayanglah kalau lepaskan”

“Mungkin dia boleh berubah”

"Malas nak start all over again dengan orang lain. Stay je lah"


Walaupun secara logik, the past should not decide the future tapi secara emosi, manusia memang susah nak detach dari apa yang dia dah invest. Couple yang dalam lama bersama, especially yang dah kawen, otak dorang akan develop emotional dependency. Dah bukan lagi “I love him/her,” it’s more like “I need them to feel stable”

Ni macam addiction. Bila relationship tu ada cycle, kejap ok, kejap gaduh, kejap ok balik, otak jadi terbiasa dengan that rollercoaster tu. Setiap kali si lelaki buat salah, kemudian mintak maaf, pastu baik balik, perempuan often feel a strong sense of relief. 

Dan ironically, relief tu buat dia lagi attached. Lama-lama jadi trauma bonding. Lagi rabak emosi, lebih kuat ikatan. Lagi teruk dramanya, lebih susah nak lepas.

Kita yang tengok rasa “Kenapa tak tinggalkan je?”

Tapi dari perspektif dia, dia bukannya takleh hidup tanpa si suami, cuma otak dia dah wired untuk rasa begitu. Dia perlukan satu BIG WHY untuk dia betul-betul berani keluar.

Aku dulu gitulah. Padahal hati ni dah menyampah, tapi otak aku masihlah nak cuba jadi rasional lah konon. Cuba untuk memahami. Bila datang rasa nekad nak keluar dari relationship, mulalah otak aku cakap “Are you sure? Maybe he is not that bad. Maybe you should just try a bit longer…” Terussss tak jadi nak break.

The cycle tu continue again and again sampailah aku jumpa "mangsa" untuk aku jadikan reason keluar dari relationship ni. Mangsa itulah yang jadi roommate aku selama 25 tahun ni.

Tapi ada satu lagi pendorong yang buatkan aku always rasa ada keberanian untuk keluar dari relationship tu. Sebab tu dulu aku kejap-kejap ada rasa nak tinggalkan dia. Some women takde perasaan ni tau. Dia lansung tak terpikir nak keluar dari relationship tu, dia hanya pikir cara nak stay. Aku tak. Rasa nak lari tu sentiasa cuma konflik dengan otak aku yang always nak menjustify.

Tau tak apa pendorongnya?

PAK AJI.

Some women look strong on the outside, tapi kat dalam ada trauma yang mempengaruhi cara dia berfikir, cara bertindak dan cara adapt dengan masalah. Dan trauma ini selalunya dari family dan pengalaman lepas.

Pak Aji adalah father figure yang baik. Dengan penyabarnya yang aku tak tahulah tahap apa punya sabar. Beristerikan Mak Aji yang....haihhhh. I kenot explain. Ceritanya sabar yang bukan calang-calanglah kawen dengan mak aku ni. Tak pernah aku dengar dia marah atau tinggi suara. 

Dan Pak Aji suka bergurau. Everyday buat kelakar. Dengan anak-anak rapat. Aku sampai sekarang boleh tido baring sebelah bapak aku. Ada orang kata anak bila dah jadi anak dara janganlah tido sebelah bapak lagi.

Aku adik-beradik tak macam tu. Sebab kitorang membesar dengan kehadiran satu sosok lelaki yang bagi kitorang love, care and protection. So bila aku dah terbiasa dengan treatment macam tu, aku cepat sense something is not right bila dengan si anu. 6 bulan pertama aku dah rasa I don't think we can make it. Ada benda yang buat aku tak selesa. 

Cuma aku ni pulak empati tinggi. Maybe sebab aku anak sulung. Dah biasa mengalah, dah biasa memberi, dah biasa selesa dengan apa yang ada. Jadi ada konflik sikit kat situ. Hati aku meronta nak run from him, tapi otak aku cuba untuk rasional.

That's why pentingnya father figure bagi anak-anak perempuan. If you are used to a certain standard of living, values and mindset, that becomes your baseline. Kalau bapak kau tak pernah meninggi suara kat isterinya, caring and loving, kau tak boleh accept lelaki yang tak bagi the same treatment. Apetah lagi lelaki yang bagi bad treatment. Somehow kau akan cari jalan untuk keluar dari relationship. Staying is not really an option for you.

Ada some perempuan bila pasangan buat hal, instead of marah lelaki tu sepenuhnya, dia akan internalize “Maybe aku tak cukup cantik” or “Maybe aku kurang bagi dia perhatian"

Macam si isteri tadilah. Kau dah kantoikan laki kau, kau dah mengamuk siap tarik-tarik tudung, pastu kau terima balik suami. Kejadahnya?

Maybe itulah. Dia internalize “maybe aku kurang bagi perhatian" agaknya. Dia merasa dialah punca suami buat perangai. 

Entahlah. Aku pulak jenis tak boleh accept benda-benda macam ni. Sebab aku tak rasa aku boleh perform as isteri kalau aku terima dia balik. Rasa tu dah lain. Rasa hormat pun dah hilang. Dan maybe aku akan ungkit benda ni sampai bila-bila everytime ada salah faham nanti. Lebih baik aku tinggalkan terus.

Aku bukan nak ajar isteri jadi biadap, tapi kena tahu limitnya di mana. Kau kena tahu sampai mana kau boleh accept. Sebab kalau kau tak tahu limit, kau akan tolerate lebih banyak daripada yang sepatutnya. Ini yang buat ramai perempuan stay walaupun dah berkali-kali disakiti. Not because they don’t see salah lelaki, but because they don’t see their own worth.

Yang guna alasan “demi masa depan anak-anak” pun aku letih. Masalahnya laki dia tak kaya pun aku tengok. Nak stay buat apa? Kau rasa lelaki kalau tak berduit ni boleh bagi persekitaran yang bagus untuk anak-anak ke? Tambah complicated lagi ada.

Bukanlah kata lelaki tu kena kaya, tapi biarlah berduit. Berbaloilah stay demi anak-anak sebab bapaknya boleh menanggung. Kalau kau kena 50-50, ditambah dengan perangai laki kau hauk, blah je lah.

Ada perempuan takut untuk start semula. Aku faham jadi single mother tak mudah. Dengan stigma masyarakat lagi. Takut kewangan tak stabil. Takut alone and lonely. But staying in something that keeps breaking you is not safety either. Itu cuma rasa sakit yang dah jadi biasa.

Jadi ibu tunggal memang tak mudah. Stigma masyarakat, masalah duit, rasa sunyi - semua ni perasaan yang valid. But so is waking up every day feeling emotionally drained. Takut akan sentiasa ada walau kau pilih mana-mana sekalipun. 

The question is, which struggle is temporary, and which one is destroying you long-term? Sebab sometimes, apa yang kita panggil “bertahan demi anak” is actually just delaying the life you deserve.

I tell you, perempuan. Kalau dalam keadaan tu kau pilih untuk stay, sebenarnya kau bukan nak lelaki tu sangat. Tapi kau tak nak rasa sunyi. Sebab bila dah biasa ada pasangan, the idea of living alone feels scary. Especially kalau hidup kau selama ni banyak revolve around that relationship. Jadi walaupun relationship tu menyakitkan, it still feels more familiar than the unknown. Manusia tend to pilih apa yang dia familiar, walaupun menyakitkan, daripada sesuatu yang tak pasti. Begitulah.

Cuma aku masih lagi berpandangan, kalau pilih untuk stay, biarlah berbaloi. Biarlah ada something yang boleh di-gain dari situ. Janganlah berkorban perasaan, jiwa raga dan masa depan sekaligus. Toksahlah banyak tengok drama melayu. Asyik nak berkorban je kerjanya. Tak payah!

Stay kalau kau boleh gain something demi anak-anak, demi masa depan. Contohnya laki kau kaya. Kalau dia boleh provide segalanya, why not. Kau kata nak stay demi anak-anak, kan? Ok stay. Biarlah emosi rabak janji masa depan anak terjamin. At least berbaloilah stay. Ini tak. Stay padahal kena 50-50. Please jangan buat decision yang tak logik, ya.

Jangan stay sebab HARAPAN.

Harapan ni bahaya. Selagi ada harapan “dia akan berubah”, selagi tu kau akan terus stay. Walaupun bukti depan mata dah berkali-kali tunjuk perangai si suami.