2026-02-15

KuYun’s performance ni adalah REPORT, bukan anugerah.


Someone bagi aku gambar ni (bersekali copywritingnya). Dia tanya kenapa Johnny takde dalam poster ni?

Aku tak tepek copywritingnya. Basically copywriting-nya tulis ada 10 artis yang tersenarai dalam KuYun performance. Takpe, takde apa pun poster ni. Aku boleh explain.

Ok, camni. KuYun’s performance ni adalah REPORT, bukan anugerah. Not really a judgment of quality either. Ini cuma laporan data komersial. KuYun menilai how much value pelakon can bring to the drama market dari segi viewers, trafik, online discussion, value kepada platform, dan potensi untuk tarik iklan. Ni bukan award best actor/actress, tapi lebih kepada siapa punya persona paling kuat untuk tarik pasaran.

Semua yang Top 10 ni adalah kategori traffic actors. Dorang ni semua ada strong fandom, ada fanclub, ada bloggers sendiri, rajin beli hot search untuk buat trending, ada paid press dan menjadi ambassador kepada 20-30 brand. Maka logiklah kalau tersenarai dalam KuYun. Kau kalau jadi traffic actor tapi tak tersenarai, maknanya kau memang out lah. Menghabihkan boreh orang kata.

Traffic actor ni agency banyak keluar modal. Agency berhabis-habisan "jual" muka kau kat semua plaform, kat press, kat bloggers, kat media sosial, kat brand, kat production house untuk meyakinkan semua kau boleh tarik market. Agency akan buat macam-macam isu untuk jadikan kau trending. Agency akan create fake relationship atau shipping supaya kau diperkatakan netizen. So, kalau dengan semua effort ni kau tak tersenarai jugak dalam KuYun, dah boleh slow-slow jual taufufa lah.

Bukan apa, I tell you fakta, ya. KESEMUA 10 orang yang tersenarai dalam poster ni TAK PERNAH dapat award dari mana-mana anugerah berprestige (juey-based award). Dorang ni banyak menang anugerah dari voting-based by audience saja. Muka-muka ni banyak dapat anugerah Weibo sebab Weibo tu anugerah populariti.

Lakonan dorang pun bukannya mantap sangat, banyak berlakon genre idol and romance je sebab nak maintain cantik. Kewujudan dorang ni selalunya lebih diperkatakan sebab dorang ramai fans. Tapi kalau acting-wise dorang ni tak berada dalam level yang sama macam Wang Kai, Hu Ge, Johnny Huang...jauhhhhh.

10 orang ni, jenis yang bila nama dorang di-announce je, drama tu automatik dapat perhatian walaupun jalan cerita belum tentu strong. Nama dorang sendiri dah cukup kuat untuk guarantee open doors to any platform, penaja dan penonton. Tapi dalam 10 orang ni SORANG pun belum ada sejarah terima prestige award. Because prestige award usually menilai aspek seni. Macam acting skill, skrip and long term impact. Yang dapat prestige award selalunya tak mesra pasaran besar. Macam Jackson Yee menang best actor last year. Ada berita kata mana-mana? Takde. Sebab dia bukan traffic actor.

Data KuYun lebih kepada menilai realiti sebenar industri. Yang mana industri kat sana lebih fokuskan pada trafik, trending, fandom and engagement. Rasanya Malaysia pun pakai konsep ni, kan? Siapa ramai follower dia lebih dapat job.

An actor can be really strong in the market, but just average in terms of acting.
And an actor can be amazing at acting, but not necessarily a traffic magnet.
These two don’t always go hand in hand.

Johnny lebih strong dalam genre yang heavy. Dramanya fokus kat karakter, yang lebih dekat dengan penilaian juri dan penonton yang MATANG. Tapi genre macam ni tak selalu produce high traffic kecuali pelakonnya memang power. Sebab genre heavy takleh generate fandom and CP-fans.

Top 10 KuYun lagi aktif dalam komersial berbanding acting. Lagi banyak buat iklan dari drama. Lagi banyak dapat job duta produk berbanding job lakonan. Tu pasal dorang selalu buat job genre light-light. Ni untuk buat syarat kekal dalam industri je ni, supaya nampaklah function dalam dunia seni padahal job dorang lebih banyak kepada celebriti work berbanding acting.

Pernah terfikir kenapa dalam ramai-ramai traffic actor, sorang pun tak dipilih untuk ke space? 
Kenapa Johnny yang bukan traffic actor, yang takde fanclub, yang tak sampai 10 brand carry…tup-tup dipilih? 

Sampai hari ni kat Weibo tak abis mengupas news ni tau. Tapi takde sorang argue news Johnny terpilih ke space, because walaupun Johnny bukan traffic actor, dorang admit (dalam diam) Johnny is on another level. Sampai sekarang tak berdecit lansung pasal pemilihan Johnny. Nak berdecit apanya, ini projek kerajaan. Berani kau nak argue pemilihan parti komunis?

Tu pasal walaupun kualiti drama hauk, lakonan pun mediocre, nama top tier traffic actor still menjamin exposure. Dan dalam entertainment industry sekarang, kau takyah pandai sangat berlakon sebab orang sekarang banyak menilai exposure. Dorang anggap lagi banyak kau dapat exposure bermakna prestasi kau menaik. Lagi banyak kau buat live video atau posting, lagi banyak exposure maka lagi banyak kau dapat job buat iklan,walaupun lakonan hauk.

Maka, jangan pelik pelakon-pelakon baru ramai kayu sebab production tak kisah jalan cerita janji untung. Kayu pun kayulah.