2026-02-14

Medical Card: Cerita client En Wan

Aku baru balik dari hospital. Teman En Wan jumpa client. Client yang also my blog reader. Dia kena kanser.

Aku ni sejak Aireen meninggal, sebut kanser je terus teringat Aireen. Mulalah sebak nak nangis. Tadi aku teman sampai surau je. Cakap kat En Wan naiklah sorang jumpa client tu. Takyah bagitau aku ikut. Biar aku lepak surau. Kebetulan dah Maghrib.

Settle kerja En Wan turun fetch aku kat surau and kitorang jalan ke parking sama-sama. On the way ke parking En Wan menangis cerita keadaan client. Kanser mulut. Pipi dah berlubang. Dah tak boleh bercakap sangat. Tak berapa clear. En Wan banyak bercakap and berurusan dengan husbandnya.

Yang En Wan sebak tu bila dia kata “Dah lewat petang En Wan masih datang uruskan saya”.

Sebenarnya pagi tadi lepas check out dari hotel, dia terus uruskan paper work untuk medical card client ni. Banyak kena print requirement dari medical underwriter. Tebal. Tujuannya nak pi hantar ke client untuk dia dapatkan maklumat dari hospital yang dia pernah dapatkan rawatan.

This client En Wan dah pernah approach tahun 2024. Masa tu dia masih sihat. Tapi agaknya masa tu dia tak rasa ada keperluan buat medical card sebab company boleh tanggung bil medical. Tahun lepas, dia contact En Wan untuk buat medical card. Ok, polisi lulus.

Tapi 2 minggu selepas polisi lulus, dia di-diagnosed dengan kanser. Masa tu dia kata dia boleh claim medical card company. So takpelah, sebab dia pun aware yang medical card dengan En Wan ni belum boleh guna sebab masih dalam tempoh waiting period. However company ada limit. Bila dah sampai limit, selebihnya dia kena pakai duit sendiri.

Dia contact En Wan bertanya kalau-kalau medical card tu boleh digunakan. Tapi memang tak boleh sebab baru sangat. So En Wan tanya ada dia apa-apa polisi lain tak. Dia kata ada satu polisi lagi tapi dia sendiri tak sure itu polisi apa. En Wan tolong check-kan, rupanya itu polisi hibah. Dalam hibah tu ada CI (critical illness). Boleh claim.

Tapi, agennya dah tak wujud. En Wan kata takpelah, dia uruskan. Alhamdulillah proses claim CI lulus, dapat RM100K. Bolehlah buat untuk treatment.

However, bila keluarkan CI, the system trigger polisi medical card yang baru ni. Maka terjadilah issue. Underwriter hold the medical card and start investigate kot-kot ada possibility dia apply buat medical card selepas dapat tahu ada kanser. 

Dari sudut underwriting, kanser takkan keluar simptom dalam masa 2 minggu. Dari size sel kanser boleh tahu dah berapa tahun ia wujud sebelum simptom keluar. Selalunya 2 tahun sebelum dah ada. Jadi, dorang perlu siasat. 

Banyak requirement underwriter mintak client fill up. Kena uruskan dengan hospital-hospital yang dia pernah buat treatment. Tu yang En Wan jumpa untuk serahkan requirement yang tebal tu. Tapi bila tengok keadaan client yang dah tak boleh bercakap dengan baik, suami pulak tak boleh nak tinggalkan isteri sebab isteri perlu bantuan, macamanalah nak panjat satu hospital ke satu hospital uruskan requirement.

En Wan cakap kat aku “Takpelah, abang ingat biar abang buatkan. Kesian pulak macamana dia nak tinggalkan wife dalam keadaan macam tu".

Kalau dari sudut underwriting, kes ni berat nak lulus. Silap-silap medical card kena decline. Tapi takpe, kita usaha dulu. Esok En Wan akan start panjat hospital-hospital terlibat untuk gather report. Kalau perlu appeal, aku akan masuk pulak. Tolonglah doakan urusan ni lancar.

En Wan sangat terkilan sebenarnya. Dia tunjuk kat aku whatsapp history. 

“Abang terkilan dia buat lambat sebab abang dah approach tahun 2024 lagi”

Aku cakap takpelah, buat je mana yang kita mampu. Mana tahu ada miracle.

Korang, company memang boleh cover. Tapi selagi kita bekerja saja. Once kita dah tak mampu berkhidmat, terpaksa berhenti kerja, masa tu bil kita takkan ditanggung lagi. Medical card memang TAKKAN menyembuhkan tapi dia bagi kita access untuk treatment yang terbaik, selesa dan cepat. Dalam keadaan tak berdaya, benda paling last kita nak pikir adalah KOS.

En Wan sedih bila husband kata isterinya mintak untuk stop treatment. Maybe dah tak larat. Maybe juga fikirkan kos. Please jangan tanya why tak pegi gomen, kenapa nak pergi private. Dalam keadaan sakit, kita nak segalanya berjalan dengan laju, selesa dan mudah. Sebab itu ada yang sanggup bergadai untuk bil hospital private.

Ini bukan nak menunggang kes, ya. Kalau korang nak buat medical card dengan agen lain, buatlah. My intention here is to bagi awareness sebab aku traumatized dengar sakit-sakit ni. Sedih hilang Aireen pun tak hilang lagi, dengar pulak blog reader kena kanser, aku jadi lemah. Nak melawat pun tak sampai hati. En Wan bercerita pun boleh sampai menagis, aku agaknya berjurai depan client tu nanti.

Please guys, usahakanlah prepare medical card.

Aku tak dapat tolong banyak buat masa ni sebab kes masih under investigation. Aku plan nak raise fund untuk dia. Dia TAK MEMINTA-MINTA, ini inisiatif aku sendiri. Sekiranya tak membebankan korang, sudilah kiranya sumbang seiklas hati ke:

1510 4300 6361
Yusleenda Yusof
Maybank

Letaklah apa-apa remark. DIA TAK MINTA. Aku yang nak buat. Aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sama-sama doakan kemudahan urusan dan kesembuhan untuk dia.