2021-11-19

Belajar duduk dalam crowd orang lain pula.


Gambar atas gambar tahun 2012 masa nak collect sample ikan kat farm.
Zaman tu aku aktif buat DNA detection untuk Halal analysis dalam lab.
Teringat pulak pernah ada sorang customer aku student MSc.
Student je pun. Belum grad lagi, tapi dia punya eksyen macam dah ada tittle Prof Dato' Dr.

Aku dah jaga akaun supervisor dia sejak tahun 2008 lagi.
Dari year 2008 hinggalah ke 2012 dah ramai student Dr ni aku pegang.
Dari yang belum dapat Masters sampai dah sambung PhD, hinggalah dah ada tittle Dr - tapi sorang pun takde yang berlagak macam student MSc sorang ni.
Padahal dia baru register Masters.
Barang-barang research dia pun aku baru hantar.
Kiranya dia belum start apa-apa pun lagi tapi kerek macamkan aku ni tak tahu bijik butir projek dia.
Padahal projek yang dia nak buat tu aku dah pernah buat a few years back.
Masa tu dia SPM pun belum lagi agaknya.
Malah, untuk projek student-student Dr tu aku yang suggest what to buy based on jenis projek student.
Dia punya pandang aku sebelah mata tu takleh nak describe macamana.
Nak je aku sabotaj kit dia biar projek tak gerak-gerak.

Come to think of it, that was 2012, hampir 10 tahun dah tapi percayalah cakap aku, kekerekan makhluk yang merasa dirinya bijak hanya kerana dia sambung blaja - ini masih wujud, ya.
Aku hingga sekarang masih lagi berurusan dengan universiti untuk program-program akademik.
Memang ada kelompok manusia yang obses dengan title diri sendiri.
Dia punya mendongak memang tak pandang bawah lansung.

Ya, aku faham masing-masing proud dengan achievement diri.
Tapi itu dalam ‘dunia’ anda sahaja.
‘Dunia’ anda memang perlukan that title.
Dalam ‘dunia’ anda, title itu menunjukkan anda pakar dan layak untuk dijadikan rujukan student.
Tetapi, di sebalik ‘dunia’ anda, ada dunia-dunia lain di luar sana yang ada subject matter expert masing-masing.
Maka, janganlah obses sangat dengan achievement tu sebab nanti kau punya growth perlahan dengan sendirinya bila ada perasaan aku-paling-bagus.

Set-set ni tak ramai, tapi ada.
Dia tak tau di 'dunia' luar, ada orang yang berpengalaman berpuluh tahun doing practical berbanding teori.
Dulu masa buat lab supply, dari observation aku assist budak=budak ni, yang berlagak-berlagak ni tak excell mana pun.
Yang kerek melampau alih-alih dah tak nampak dah kat lab.
Bila tanya supervisor, laa...dah quit rupanya.
Kebanyakkan student yang berjaya, jenis yang "Kak, camana ye kalau saya nak buat macam ni...", “Kak, bacteria saya tak grow, macamana nak buat ya kak?" - hat ni la yang success.

Bak kata pepatah ‘Malas bertanya sesat jalan’.
Aku lebih suka orang ingat aku bodoh bila banyak bertanya daripada buat macam paham padahal bingai, ujung-ujung projek sangkut tak siap.
Banyak bertanya bukan bermaksud bodoh.
Tak bertanya bukan bermaksud pandai.

Like that kerek student, first time aku jumpa dia kat lab.
Masa aku masuk lab, there were a few students yang dah biasa dengan aku.
Kitorang bertanya-tanya khabar projek masing-masing and sembang-sembang tanya kalau ada masalah yang boleh aku tolong.
Ada sorang student kenalkan that girl kat aku.
Bila aku bagi namecard, muka dia macam sialpalis.
Kalau ekspresi muka dia boleh diletak kan caption mesti caption tu “Kau ni faham ke sains tu apa?".
Haaaa gitulah pesen muka dia masa pandang aku.

Namecard aku memang tak letak kelulusan.
Aku prefer letak nama and jawatan je.
Kawan dia cakap "Kalau u nak apa-apa contact akak ni, dia tau nak suggest apa".

Agaknya dia nak test aku, dia cerita pasal projek yang dia nak buat.
Tapi speaking London, ya.
Motif nak speaking dengan aku?
Padahal kawan kau baru je berbahasa melayu dengan kau kejap tadi.
Oh ye la, nama aku kan macam omputih.
Maybe dia ingat aku mat saleh. Wakakaka.

Dia bagitau nak buat phylogenetic.
Dia bajet aku tak tahu phylogenetic tu apa, bukan main lagi dia pung pang pung pang macamkan sulit sangat projeknya.
Nak je aku balas "Nak buat taxonomy study je, kan?”
Tapi takpe. Aku memang suka layan orang yang macam ni.
Biar dia ingat kita bodoh.
Sometimes kita kena tahu select our battle.
Jangan lawan semua, nanti kita penat.

Phylogenetics adelah kerja yang rutin tapi banyak karenah.
Tak senang sangat, tak juga susah tapi gaya dia explain kat aku tu agak kelakar jugalah sebab benda tu taklah technical mana.
Dah kenapa nak explain dengan cara yang susah padahal nak buat phylogenetics je? Aduiiiii.
Memang ada pesen manusia macam ni. Benda nak buat tu senang je, tapi dia punya pusing siap dengan science jargon habis semua keluar, padahal takde apa pun.
Dapat kat orang yang tak faham memanglah nampak macam kau pandai.
Dapat kat orang yang reti, buta-buta je kau nampak bodoh.
Letih aku dengan spesies-spesis feeling macam ni.

That girl sentiasa tak puas hati dengan apa aku buat.
Hat ni pun aku tak faham why. Adakah dia anggap sales people ni jual minyak urat dalam lab, tak perlu ada science background? Macam-macam perangai dia buat kat aku.
Dia kata quotation aku tak bersign, quotation tanpa signature tak boleh proceed untuk buat PO katanya.
Padahal bukan dia sorang customer aku. Beratus kot.
And I have been doing that for years, takkanlah aku tak tahu apa yang perlu ada apa yang tak.
Padahal dah terang-terang kat quotation aku tulis "this document doesn't need signature".
Bertahun aku handle universiti tu tak pernah ada issue quotation kena ada signature.
Tapi takpe, aku layankan. Customers always right, kan. Aku sign.

Lepas tu dia kata quotation aku takde delivery period.
Padahal kat bawah quotation dah ada tertulis delivery 2-3 weeks.
Oh taknakkkk. Dia nak setiap item aku tulis bila estimate time arrival.
Takpe, aku layankan.
Customers always right katanya. Aku edit balik quotation.

Lepas tu dia nak sample kit. Aku bagi.
Tapi dah nama pun sample, mana ada hardcopy protocol.
Aku hantar pdf file protocol.
Oh taknak! Nak dalam bentuk hardcopy juga.
Padahal boleh je dia print pdf file tu. Apa yang susah sangat.
Dia kata payah nak copy file dalam thumbdrive and print kat pejabat am sebab dalam lab takde printer.
Ya ampunnn nak gi print pun jadi satu kepayahan pada dia.
Tapi ada hati nak sambung blaja. Habis belajar tu senang ke?
Ok takpe, aku layankan. Customers always right, tak gitu?

Lepas dapat sample kit, dia bagitau kit aku tak jalan.
Dia tak dapat result pun. Tak ada DNA. Katanya laaa.
Aku pun assist dia melalui emails and phone calls.
Saje je aku nak layankan.
Sebab aku paham sangat dah pe'el kelaku spesis macam ni.
Cakap lebat, action zero.
Aku guide step by step dalam email.
Last-last boleh pun dapat result. Kemain cantik lagi DNA band-nya.

Settle dah kot?

TAK! Dia tak puas hati lagi.
Ujung-ujung dia kondem kata produk aku bukan plug and play.
Dia nak kit yang tak perlu buat optimization.
Maksudnya dia nak kit yang tuang A, tuang B, campak C, bubuh D - TADAAAAA keluar DNA.

Aku tak tau nak gelak ke nak tumpang simpati dengan kebijaksanaan budak baru nak ambik Masters ni.
Selama ni kawan-kawan dia pakai kit yang sama tak ada sebijik komplen pun.
The thing is, mana-mana kit pun secara am-nya memang plug and play.
Maksudnya, dalam kit dah siap botol A, botol B, botol C.
Tinggal nak tuang tuang tuang je.
Tetapi, setiap sample berbeza.
Kalau kau extract tulang ikan, lain.
Kalau extract ekor ikan, lain.
Kalau extract kulit, lain.
Pakai sample tissue takde masalah.
Ini pakai sample scale, memang lah kena adjust and buat calculation sikit.
Habis tu masa blaja biotech ada subjet maths, apa gunanya subjek Maths tu?
Masa ni lah nak guna.
Dah cukup bagus buat research guna kit. Semua dah ready dalam tu.
Aku dulu bancuh sendiri solution, boleh?

Setakat nak buat optimization pun malas.
Masa undergraduate boleh la bersenang-lenang.
Ni dah sampai ke peringkat sarjana, takkan nak yang mudah-mudah je.
Bersusah-payah lah sikit buat calculation untuk optimize.
Esok jadi lecturer takdelah kena gelak dengan student.
Tapi takpelah, customers kan always right. Layan je lah kepala dia.

Kalau ikutkan hati aku, memang nak je aku follow buta-buta pepatah "customers always right" tu.
Bila dia kata A, aku angguk.
Dia kata B, aku angguk.
Biar projek dia tunggang-langgang tak bersiap. Kahkahkah.
Mungkin dia merasa dia lebih berilmu dari segi technical, tapi dia lupa kit tu produk aku.
Apalah salahnya bab-bab produk ni kau dengar nasihat aku?
Ni tak, manjang nak kondem.

Cukup-cukup lah buat perangai memandang rendah orang lain.
Jangan bangga sangat dengan diri kita.
Kita mungkin hebat tapi hebat dalam crowd kita saja.
Bawak-bawaklah keluar bergaul dan berurusan dengan orang di luar crowd kita.
Baru nanti kita nampak yang kita bukanlah siapa-siapa.

Belajar terima akan selalu ada orang yang lebih hebat dari kita.
Akan ada orang yang mampu buat apa kita tak boleh capai.
Bila berlapang dada begini, hidup lebih tenang.
Kalau asyik nak menolak menepis, akhirnya energy kita habis untuk menepis.
Orang macam ni lambat sikit nak grow.
Sebab dia rasa dia the best, akhirnya dia berhenti grow dengan sendirinya.
Maka duduklah dia dalam crowd yang itu saja, takut nak keluar dari crowd keselesaan kerana merasa crowd itu selamat dan hanya di situ dia boleh nampak hebat.