2021-11-25

Di sini bukan tempat cari untung banyak. Di sini tempat brand awareness.


Ni pagi tadi awal-awal dah masuk Sunway Piramid berdua dengan En Wan.
Biasalah, nak hujung tahun kan, banyak program nak buat, jadi kenalah cari barang-barang sikit.
Sana-sini kedai dah letak promo Xmast.
Teringat dulu-dulu (sebelum Covid), waktu-waktu macam ni aku and team di ofis dah terkangkang-kangkang nak siapkan banyak benda untuk booth Y.E.S.

GreenAard tak pernah missed join booth Y.E.S.
Selalunya di KL lah.
Belanja nak join booth memang besar sebab walaupun di KL, kitorang akan book AirBNB untuk staff stay.
Biar tak payah berulang nak balik ke rumah.
Pagi-pagi dah boleh setup booth awal, dan kalau habis lewat pun masih ok lagi.
Kadang tu, lepas wrap aku sambung meeting untuk post-mortem program hari tu.
Jadi, bila ada tempat untuk stay yang dekat dengan exhibition, lebih mudah.

Di salah satu exhibition Y.E.S yang kitorang join, pernah ada sorang vendor yang juga blog reader join sekali.
That was her first time join exhibition Y.E.S.
Dia tanya macamana sale GreenAard sebab aku tak ambik premium booth.
Premium booth ni selalunya di area artis-artis punya booth.
Dia kata walaupun dia di premium booth, hari pertama masih zero sale despite kedudukan booth di kawasan premium dan berjiran pula dengan big brand dan artis.

Premium booth kebanyakkannya artis and big brands.
Booth yang aku ambik pula bukan premium.
Aku ambil standard booth kat yang harga RM6k.
Kalau premium booth lagi mahal, of course.
Memang sengaja aku pilih booth yang standard.
Ada reasonnya, nanti aku cerita.

So this reader (vendor) tanya "Apesal Kak Di tak ambik Premium Booth. Kak Di banyak duit".

Aha! Itulah punca kenapa aku tak ambil premium booth.
Ok, this is my 2 cents.
Nak ikut, ikut. Taknak, takpe.

Kalau nak cerita tentang mampu ambil premium booth or not, insyallah mampu.
Malah, ramai entrepreneur lain pun mampu.
Tak salah aku, premium booth harga around RM12-14K.
Y.E.S kan hanya setahun sekali, kalau nak kumpul RM14K setahun tu rasanya ramai entrepreneur mampu.
Tapi kena ingat. We are doing bisnes here.
Kita buat bisnes bukan untuk tunjuk siapa mampu atau tak.
Kita buat bisnes untuk mencari lebih banyak duit.
Adalah menjadi satu benda yang tak betul ketika berbisnes kita saling spend duit demi untuk membuktikan kita mampu.

Kita bayar mahal untuk beli booth adalah kerana kita nak tumpang crowd orang, bukan untuk tunjuk "aku mampu ambil booth yang lebih mahal".
Nak tunjuk kata kat siapa?
Nak tunjuk kat crowd?
Crowd yang datang ke event nak beli barang, bukan nak kaji booth kita berapa harga.
Nak tunjuk kat vendor-vendor lain?
Vendor lain semua tengah sibuk fokus nak promote produk masing-masing sebab nak cover baik modal, bukan nak telek berapa juta kita buat setahun.

Kalaupun kita tak buat untung (hanya sekadar balik modal), TAK APA.
Kerana tujuan kita join exhibition adalah untuk branding dan meluaskan reach.
Supaya kita dapat keluar dari crowd kebiasaan dan dapat new crowd.
Tak untung tak apa. Balik modal pun dah ok.

Of cos ada kelebihan bila ambil premium booth.
Situasinya sama macam kita ambik first class seat dalam flight.
Ada lounge sendiri, entrance sendiri, diberi layanan extra istimewa, menu yang lebih sedap, etc.
Ambil premium booth pun macam tu lah.
Brands yang ada di booth premium semuanya yang terkenal.
Selalunya artis lah.
Crowd yang datang dah tentulah ramai.
Mostly nak tengok artis.
MC pun banyak promote booth premium sebab dah tentu nak promote artis-artis di situ.
Jadi, kalau kita berada di kalangan yang best-best di situ, ada kelebihan dari segi layanan.
Crowd dah tentu lebih besar sebab ramai pengunjung nak jumpa artis.
Bolehlah kita 'tumpang' crowd artis.
Sebab itu namanya PREMIUM. Dia bayar mahal, dia berhak dapat keistimewaan.

Tapi, ada kekurangannya.
Kekurangannya adalah kalau brand kita belum cukup kuat, kita struggle nak compete di kalangan brand-brand yang gempak di situ.
Analoginya macam ni, katakanlah dalam satu event ada deretan artis.
Tiba-tiba terselit 2 orang vendor marhaen kat tengah-tengah.
Sah-sah crowd akan serbu artis.
Berapa kerat sangat kenal kita?

Maknanya kat sini, berada di kalangan yang best itu bagus untuk create brand awareness.
Dan tentu, dalam ramai-ramai tu akan ada orang perasan booth kita.
Belum tentu dorang akan beli tapi at least dia dah perasan brand kita wujud.

Selain dari pilih placement booth, kita kena tahu placement produk kita.
Aku tak pernah lagi carry GreenAard produk ke booth Y.E.S.
Sebab aku tahu, kalau orang tak kenal produk GreenAard, kau bagi price RM10 pun orang takkan beli.
Selama ni di Y.E.S aku register booth under nama Fleur by Mrs Him.
Produk pakaian tak perlu technical explanation macam GreenAard.
Walaupun GreenAard adalah everyday produk berbanding Fleur by Mrs Him, aku tak pernah register booth GreenAard.
Aku hanya bawa produk GreenArd ke booth untuk regular customer datang beli di sana.
That's why jarang aku ada di booth sebab yang beli GreenAard di booth hanya customer yang dah biasa beli.
Dorang tak perlukan explanation dah.
Dorang hanya mahukan special price saja.

Aku pernah join raya booth kat PWTC.
Baju kurung and kebaya sold out. Sehelai pun tak tinggal.
Sebelah booth aku bajunya masih penuh dan padat sampai ke hari akhir.
Staff aku cakap, ada satu malam tu, staff booth sebelah tu datang tolong lipat kotak sebab staff aku tak menang tangan nak layan customer.
Hari last, aku sembang-sembang dengan orang sebelah.
Dia kata tahun lepas dia ambil booth premium, sales kurang sebab crowd sibuk nak beli dengan artis.
Kali ni sales jauh lebih berkurang sebab crowd tak ramai beli.
Tapi dia kata tengok booth aku penuh, jadi dia pun tak tahu macamana nak buat dah.

Itulah yang aku cakap tadi.
Exhibition ni bukan tempat nak cari untung banyak.
Kerana di exhibition selalunya kita mengurangkan margin.
Walaupun produk sold out, untungnya tak se-solid hari-hari biasa.
Jadi, kalau kita join booth, mindset kena pasak siap-siap "Di sini bukan tempat cari untung banyak. Di sini tempat brand awareness".
Jadi, tak perlu berhabis untuk beli booth mahal sebenarnya.
Tapi kalau brand kita strong, silakan.

Semua orang nak berada di kalangan yang hebat. Bagus.
Tapi pastikan kita benar-benar hebat, bukan bajet hebat.
Kena sedar diri. Akan tiba masanya kita berada di tahap itu. Sabaq.
Bukan mengalah, tapi kenal diri dulu.
Bukan semua teknik marketing yang orang lain buat applies to us.
Yang kenal produk kita, adalah kita, jadi kita perlu tau apa teknik yang berbaloi untuk difollow for our bisnes.
Jangan kerana orang lain buat maka kita pun buat.
Lain produk lain pendekatannya.
Rancang marketing yang sesuai dengan budget dan make sure marketing yang kita buat tu boleh bagi kelansungan bisnes bukan kelingkupan.

Bajet besar, buat marketing besar.
Tapi kalau bajet sikit nak potray seolah-olah bisnes kita big sampaikan kita terjerut, kan ke sia-sia namanya.

Exhibition adalah medium yang bagus untuk create brand awareness.
Itu objektif sebenar.
Ia bukan medium terbaik untuk gain more sales.
Ia lebih kepada nak tunjuk kewujudan kita.
So, kalau participate dalam mana-mana event, kena set kat kepala this is a medium untuk tunjukkan kat kat orang we are real human doing real bisnes.
Kalau dapat good sales, itu bonus.

Exhibition ni sama konsepnya degan menggunakan khidmat blogger atau instafamous untuk highlite our produk.
Ada orang ingat bila invest ribu-ribu untuk blogger buat artikel, sales akan mencanak-canak dengan segera.
Anggapan tu SANGAT SALAH.
Menggunakan blogger, instafamous atau artis sebenarnya hanya untuk create awareness.
Kita membeli his time, his medium and his crowd.
Begitulah juga dengan exhibition.
Kita join event sebab nak tumpang crowd orang lain.
Untung tak untung yang tu hal kedua.

Another objective join event adalah untuk kumpul marketing material.
Kalau aku, inilah tujuan kenapa aku spent thousands join exhibition.
Marketing material wajib ada growth.
Gambar-gambar aktiviti dalam booth, gambar customer beli barang, gambar our team bagi consultation - ini semua jauh lebih bernilai.
Ini kerana main channel adalah online.
Marketing material ni semua penting untuk generate sale di online nanti.
Bila orang nampak gambar-gambar kita participate dalam event, orang lebih yakin.
Takde lah kejap-kejap tunjuk gambar testimoni whatsapp and timbunan bungkusan pos laju je. Boring.

Dah 2 tahun tak boleh buat exhibition.
Tapi takpe, sebab kita ada blogger and instafamous boleh tolong iklankan bisnes kita.
Ada yang masih takut-takut nak keluarkan duit untuk marketkan produk . JANGAN TAKUT!
Tujuan kita buat bisnes memang nak cari duit.
Untuk cari lebih duit, kita kena spend duit.
Ramai orang takut nak bayar blogger sebab tanak rugi.
Kebanyakkannya takut nak keluarkan modal sebab mereka kata untung mereka kecil.

Nak tau kenapa untung kita kecil?

Kerana kita suka jual barang dengan harga murah.
Orang kita masih suka fight dengan harga, bukan dengan kualiti.
Orang jual RM50, kita jual RM35.
Orang jual RM30, kita jual RM20.
Lepas tu ada orang jual RM15.
Lama-lama harga semakin turun.

Dulu ada satu produk apa ntah kalau tak salah aku kopi kolagen.
Masa mula-mula boom kemain harganya RM40-RM50.
Lepas tu ramai agen mula main harga.
Last-last kopi tu dijual dengan harga RM10.
Adekah orang semakin beli? Tak pun.
Sebab orang dah tak nampak nilainya lagi.
Barang dah jadi tersangat murah sampai orang tak konfiden nak beli.
Elok-elok harga RM50, pi main harga sape suruh.
Now brand tu melingkup.

Sebab apa lingkup?
Sebab tak ada untung yang cukup untuk buat marketing.
Takde untung untuk membesarkan syarikat.
Asyik dok pikir janji boleh jual je.
Padahal kebanyakkan yang membeli bukan pikir pasal harga tapi kualiti.
Kalau bagus, orang tetap beli.
Jadi, jangan bunuh diri dengan mensabotaj bisnes sendiri.

Sekian, free kelas marketing.
Ayuh! Berdiri atas kerusi kita joget.