2021-05-10

Mengimbau kenangan raya, beliau baik orangnya.


10 May 2021. Lagi 3 hari nak raya puasa.
Kalau ikut giliran, tahun ni giliran Tganu.
Sebelum Covid-19 melanda, everytime giliran balik Tganu, 3 hari sebelum raya aku dah sampai sana.
Saja gerak awal sebab taknak bersesak dalam jem.
So far belum pernah melekat dalam jem sepanjang 20 tahun kawen dengan orang Tganu.
Satu-satunya time kitorang melekat was awal-awal tahun kawen, masa tu Redza pun blom wujud lagi.
Hiway pun takde. Masih ikut jalan lama nak balik Tganu.
Masa tu cuti merdeka bersambung dengan cuti weekend.
Hazabedah melekat dalam kereta. Tapi masa tu pakai Prelude.
Seat sedap, sound system macam dalam stadium tengok konsert rock, anak pulak belum ada - takpelah nak melekat 4 jam pun.
Now dah ada anak-anak, aku tak bersedia nak tersekat dalam jem berjam-jem.
Jadi, marilah balik Tganu awal.
Dan selalunya kitorang tak pernah stay Tganu melebihi raya kedua.
Raya kedua tengahari (sebelum Asar) dah gerak balik PH semula.

Aku ok, takde hal dengan sistem giliran raya.
Tak pernah bergaduh pun bab raya sebab dari awal dah set macamanapun mesti ikut sistem ni.
Walaupun ada kalanya tak adil sebab beberapa kali time raya Bangi, raya dipendekkan sebab anak sedara bertunang, anak sedara kawen, etc.
Lagi satu tahun lepas, turn raya Tganu tapi sebab semua tak boleh balik kampung jadi rumah aku dikira "Tganu".
Semua kumpul sini, menu pagi pun lauk Tganu.
Then tahun ni nampaknya lagi sekali rumah aku jadi "Tganu".
Dah tak adil kiranya ni kan?
Tahun depan kalau ada rezeki merentas negeri, aku mintak dua tahun berturut-turut raya Bangi. Qada' raya!

En Wan ramai adik-beradik. Anak-anak sedara pun ramai.
Kalau berkumpul raya memang riuh.
Anak-anak aku suka kalau balik beraya kat Tganu sebab ramai cousin.
Nak main bungapi and mercun pun sedap sikit sebab laman luas, nak pulak suasana kampung, orang kiri-kanan main mercun.
Kemeriahan tu memang terasa.
Family En Wan jenis suka berjalan raya.
Berbaloi lah kau pakai baju raya satu hari tu sebab dari pagi membawak ke petang beraya.

Kalau kat Bangi, rumah Mak Aji jadi tumpuan sebab dia kakak sulung untuk adik-adik yang ada kat Malaysia ni.
Adik-adik and cousins memang dah tahu raya berkumpul rumah Mak Aji.
Everytime beraya kat Bangi, be it raya pertama atau raya ketiga, berkumpul time raya memang dah pasti.
Kalau giliran beraya Bangi, semua cousins akan berkumpul rumah Mak Aji on raya pertama.
Kalau giliran balik Tganu, cousins akan kumpul on raya ketiga.
Setiap kali aku beraya Tganu, Ima and Ibal also beraya rumah mertua tahun tu.
Tahun yang kitorang semua beraya rumah mertua, Pak Aji and Mak Aji akan pandai-pandai bawak diri balik Tampin, beraya.
Elok juga arrangement macam ni, dapat juga mak bapak aku balik kampung beraya jumpa dengan sedara-mara dia kat sana.
Saja kitorang setting macam tu so that bila turn beraya di Bangi, cukup korum nak bergambar.

Pada pandangan aku (always aku suarakan kat En Wan), everytime turn beraya di Tganu tak sepatutnya kitorang pi beraya on raya pertama tu.
Mak orang yang paling tua antara sedara-mara dia.
Patutnya raya pertama, rumah mak jadi tumpuan.
Anak-anak sedara and cucu yang patut datang beraya dengan mak.
Nak pulak dah 10 tahun mak duduk PH, raya pertama orang kampung nak jumpa mak.
Tapi terbalik pulak. Mak pulak pagi-pagi yang pi beraya cari anak-anak sedara.
Masa arwah ayah ada, arwah akan tunggu raya pertama di rumah, dia takkan ke mana-mana.
Aku kan tak boleh berpanas-terik, konfem sakit kepala.
Selalunya, aku join dorang beraya sampai tengahari je, lepas Zohor aku tak keluar dah.
Jadi aku tinggal berdua dengan arwah ayah at home.
Ramai orang datang rupanya rumah tu.
Akulah yang tolong buat air, panaskan lauk-pauk raya and replenish kuih dalam balang.
Ayah orang terkenal di Tganu.
Kebanyakkan orang dalam kampung tu pernah jadi pekerja ayah.
Kalau raya, memang orang datang jumpa ayah.
Kesian pulak kalau orang datang beraya tapi takde siapa di rumah melayan tetamu.
Aku ok je duduk rumah buat semua tu asalkan takyah berpanas-terik beraya kat luar.

Macam arwah nenek Tampin, dia paling tua dalam keluarganya, raya pertama memang tak ke mana-mana.
Dia duduk rumah tunggu sanak sedara nak datang beraya.
Lauk-pauk raya pertama memang selalunya tak jumpa malam 1 Syawal pun.
Siang tu habis dah jamu kat orang datang.
Nenek pulak jenis apa yang ada kat dapur keluarkan, jamu.
Jangan simpan-simpan.
Kalau ada ketupat, keluar ketupat.
Ada kek, keluar kek. Nama pun raya, kan.

Sedara-mara belah Mak Aji pun jenis faham yang muda kena cari yang tua.
Pagi raya tu, lepas balik dari kubur kitorang semua dan senseng lengan sebab orang kampung dah start datang beraya.
Penat, tapi seronok sebab tengok nenek kita masih dihargai, masih ada yang ingat.
Dan lepas semua settle, kitorang pulak sebagai anak and cucu akan beraya at least ke 2 buah rumah - rumah pakcik-pakcik kepada Mak Aji.
Satu di town Melaka, satu lagi kat Gadek.
Lepas settle dua buah rumah ni sukatilah nak pi beraya mana pun.

Samalah juga halnya kalau balik Muar (kampung Pak Aji).
Nenek orang paling tua antara sedara-maranya.
Pagi raya, janganlah kau ke mana-mana.
Rumah tu jadi port beraya satu kampung.
Kau taulah orang Jawa macamana, kan.
Orang Jawa ni paling hormat orang tua.
Kau tengok cara dia bersalam raya pun tau dah.
Macam nak cium lantai dia punya tunduk hormat tu.
Sometimes kalau pagi raya dorang ada hal lain, malam raya tu dorang dah singgah rumah untuk beraya dengan nenek aku.
Walau dah lambat, 11 malam pun tetap datang, janji dapat jumpa orang tua.
Malam raya dah melambak-lambak lauk-pauk raya dengan ketupat kat dapur orang datang munjung (hantar lauk).
Sesape datang beraya dengan nenek aku malam raya tu, dapat terus makan ketupat munjung.

That's why aku agak pelik bila di rumah mok, pagi-pagi semua dah keluar beraya.
Sampai sekarang aku masih suarakan soalan yang sama kat En Wan "Apesal mak yang kena cari anak-anak sedara pagi raya?"
Rasa macam tak patut.
Dahlah rumah mak jarang balik sana, apalah salahnya time raya kita 'open' rumah mak.
To me, inilah masanya kita meriahkan rumah mak, jamu orang makan.
Aku selalu cakap kat En Wan buatlah makan-makan ajak kawan-kawan sekolah dia beraya rumah mak.
Aku on je kalau nak contribute duit beli makanan. Aku bab makan memang ke depan sokmo.

Dulu, waktu mak masih duduk di Tganu, pagi raya agak meriah dengan makanan.
Paling tak pun, nasi dagang mesti ada. Kuih-muih pun penuh je atas meja.
Sejak mak duduk dengan kitorang, segalanya order je.
Mujur la kat sana pagi raya orang willing nak hantar lauk-pauk raya.
Kalau tak, menung berjemaah.
Aku pulak jenis tak kisah kalau kena order makanan pun, asalkan rumah tu meriah dengan tetamu datang makan sama-sama.
Tapi tu lah, masing-masing macam lebih selesa pagi-pagi raya keluar beraya rumah orang.
Rumah sendiri kosong dari pagi sampai petang.

Kalau kat Tampin, even selepas arwah atok meninggal, rumah tu kekal orang datang pagi raya cari nenek.
Jadi, anak-anak arwah nenek (adik-beradik Mak Aji) macamanapun memang masak raya.
Meriah lauk-pauk. Dah boleh tahu siapa masak lauk apa.
Kalau buat ketupat orang ni.
Buat rendang orang ni.
Buat sambal goreng orang ni.
Buat sambal udang orang ni.
Buat lodeh orang ni.
Yang cucu-cucu (aku and cousins) dah tau tugas masing-masing basuh balang kuih and susun kuih.
Tukar kusyen nenek, tukar langsir nenek, lap tingkap.
Tukang gosok baju raya pun ada orangnya - aku.
Padahal masing-masing bukan setiap bulan balik kampun, tapi bila balik raya semua kekal dengan tugas masing-masing.

Now nenek and atok pun dah takde.
Dah takde istilah balik beraya di Tampin lagi.
Mak bapak sendiri pun dah jadi atok and nenek. Bangi dah jadi kampung.
Setiap kali balik beraya di Bangi, walaupun kitorang 3 beradik je tapi tahu dah role masing-masing untuk sambut raya.
Tapi selalunya kat dapur tu aku and Ima je.
CT takyah lah, dia ada anak kecik. Biar dia bersilat dengan anak dia.
Aku dengan Ima berdua kat dapur pun macam nak merekah dinding dapur tu dia punya riuh.
Orang belakang boleh tahulah kitorang tengah masak apa sebab dia punya riuh tu macam kau sorang je masak raya orang lain tak.
CT kata dia kat atas pun tahu apa kitorang berdua tengah buat kat bawah sebab suara nyaring sampai ke atas dengar.
Menantu-menantu lelaki tak banyak tugas.
Mak Aji memang tak bagi dorang tugas apa-apa, melainkan cari lemang.

Tahun ni, memang dari awal puasa dah boleh jangka kita semua akan kekal di rumah masing-masing.
Actually aku lebih suka di sini, tak perlu balik Tganu.
Because balik beraya di Tganu dah konfem tak macam dulu lagi.
Aku dah tentu akan duduk homestay atau hotel, bukan duduk rumah mok.
Lauk-pauk pagi raya dah tentu order, silap-silap makan kat rumah Mok Ndong je pagi raya tu.
Dah pergi bercuti ke Tganu. Roh raya tu takde.
Jadi, bila lagi sekali kita kena tersadai dalam rumah masing-masing, aku ok.
En Wan lagilah ok, mok dah tentu-tentu kat sini.
Yang tak ok maybe yang di Tganu sebab tak dapat beraya dengan mok.

Awal Ramadhan lagi aku dah plan nak order apa untuk makan raya.
Malas nak kecahkan dapur.
Jadi tahun ni semua makanan aku dah order.
Cumanya, tak jangka yang tahun ni tak dapat balik Bangi.
Kalau tak dapat balik Tganu tu lojiklah, sebab kena rentas negeri.
Bangi ni satu negeri kot. 30 minit dah sampai.
Ni lah namanya dekat tapi jauh.
Tapi legalah juga sebab Ibal ada di sana. At least ada anak di rumah.
Lagipun makcik aku ada di Bangi, dorang boleh beraya sama-sama.

Aku tahu ramai yang kecewa tak dapat beraya.
Aku pun kecewa juga.
Adik aku Ima pun kecewa juga tak dapat rentas negeri.
Tapi cadangan aku, apa yang kita ada ni kita gunakan sebaiknya.
Orang-orang yang ada dekat dengan kita ni, kita create memories sebanyak-banyaknya.
Sebab belum tahu lagi tahun depan orang yang sama masih ada.
Kita dok imagine tak dapat balik jumpa mak ayah, takut-takut tahun depan mak bapak dah takde.
Entah-entah pasangan kita yang pergi dulu.

Kenalan aku di FB (blog reader) cerita, hari terakhir dia beraya dengan suami, tahun tu suami tak dapat cuti panjang.
Raya ketiga kena start kerja. Malam raya baru nak gerak balik.
Tahun tu kebetulan adik yang duduk overseas balik beraya.
Dia merajuk sebab tak dapat lepak kampung lama-lama dengan family.
Tahun tu merajuk tak ambil gambar raya dengan suami pun.
Hujung tahun suami meninggal accident.
Dah 4-5 tahun kisahnya.
Adik yang duduk overseas pun dah balik for good, mak bapak masih ada sampai sekarang, tapi suami dah takde.
Terkesan aku dengan cerita dia.

So guys, apa yang ada depan mata kita ni, kita create memories.
Apa yang kita tak boleh kawal, let go.
Apa yang masih kita boleh pegang ni, jaga.
Celebrate lah raya dengan happy walaupun kita hanya ada kita saja.
Pasang lagu raya, guys. Raya mode ON.