walk on wings, tread in air: Kes kecurian rider <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Kes kecurian rider
2020-07-24

Sejak PKP hari tu macam-macam kes tipu berlaku kat Malaysia.
Maybe ramai yang terdesak, perlukan duit.
Ataupun memang dasar penipu seumur hidup.
Aku pun tak taulah dalam keadaan sekarang wajar tak nak husnuzon bila penipuan macam ni berlaku.

Dah 2 bulan aku beli barang-barang pasar kat pasarsegar.my.
Mula-mula beli takut-takut, sorok-sorok.
Seram sejuk je kalau delivery sampai selepas En Wan balik keje.
Tapi memandangkan hasil tangkapan memang fresh, sekarang kerja-kerja top-up barang pasar aku ambil alih.
Pulak tu, Mak Aji pun termakan hasutan aku beli barang pasar kat sini.
Bila Mak Aji kata ikan yang sampai cantik and fresh, maka semakin beranilah aku order-mengorder barang pasar.

Last week aku order :

[1] Ketam large 6 ekor (memang large ketam dia).
[2] Kambing perap (ada dalam 5-6pcs).
[3] Daging striploin (Australian beef).
[4] Ikan kerisi 1kg (6 ekor besar-besar).
[5] Ikan merah 1 ekor.
[6] Ayam 1 ekor.
[7] Sotong large 1.5kg.
[8] Udang rimau 1kg.




Delivery dia standard 5-8pm only.
Dorang takleh hantar lebih awal dari waktu ni because they collect fresh seafood everyday kat port.
Dorang ada team nelayan sendiri yang ke laut every Rabu-Ahad.
Hari-hari ini saja dorang buat delivery.
Semuanya siap dibasuh and disiang.
Ayam siap potong, samada nak cut 8 atau cut 16.
Memang puas hati. Senang kerja aku.
Dapat je barang, check lebih kurang, pastu terus simpan dalam freezer.

Sabtu lepas patutnya order aku sampai, tapi dah pukul 8.15pm tak sampai-sampai lagi.
Kebetulan, hari tu hujan lebat jadi aku ingatkan memang dia lambat.
Aku mesej admin dia kat IG bagitau order aku tak sampai lagi.
Pastu dia call, cakap yang dala rekod dorang barang delivered at 5.07pm.
Terperanjat kejap aku, sebab aku kat rumah one whole day.
In fact, pukul 5pm tu anak sedara En Wan datang rumah, kitorang semua tengah minum petang.
Mustahil sangat sorang pun tak dengar bunyi bell.

Sejam selepas tu, boss dia sendiri call aku.
Dia bagitau it was a kecurian case.
Rider yang dia hire ni buat rider yang usual. Dia pakai 3rd party.
So this rider bagitau dia dah sampai area rumah aku and call aku [penipu].
Orang yang jawab call tu instruct pi alamat lain.

Kat situ pun dah nampak menipu.
Kebetulan sangat ke nombor yang dia call tu pun duduk Putra Heights juga? Tak lojik.

Itu satu hal.
Kemudian, the rider deliver barang tapi tak snap gambar penerima.
Memang selalunya lepas deliver barang dia akan ambil gamba penerima.
That is their SOP because dia tak bagi DO.
So now, gambar penerima pun takde, macamana dia nak buktikan yang aku dah dapat the barang.
Ini dah sah-sah kes penipuan.




Ya, boleh jadi dia tergoda dengan fresh lauk yang aku order.
Mau tak tergoda kalau segala ketam, udang, sotong, ikan, ayam, daging and kambing complete?
Tapi sayang kan, kau buat gini.
Total tu semua RM400+, dibuatnya kau masuk lokap, nak jamin kau mau RM2-3K. Berbaloi ke?
Tak sure lah dia jual balik atau dia buat makan sendiri.

Kenapalah buat gini.
Kalau kau deliver baik-baik kat aku sambil bagitau kau takde benda nak makan kat rumah, boleh je aku bagi kau sikit apa yang aku beli tu.
Tapi kau pendek akal buat gini, tak pepasal je jadi kes polis.
Tak taulah aku nak husnuzon celah mana lagi.
Bagi aku this is clearly a kelepet case.

Sekarang ni semua orang pun tengah susah.
Jangan ingat kita je susah, yang kita tak nampak macam susah pun sebenarnya tengah struggle.
Dato Aliff Syukri yang kaya raya tu pun buang pekerja sebab sales tak bagus.
Semua orang ada masalah sendiri, tapi janganlah sampai buat kerja mencuri gini.
Rezeki mencuri ni tak kekal lama. Buat penat kau je mencuri.

Disebabkan kes tu, aku dapat free bawang blend, halia blend and cili blend.
Belum guna lagi sebab aku punya bahan blend masih banyak.
Memang every week blend sendiri.

Anyways, keberkahan rezeki terletak pada kerja kita.
Nak dapat berkah dalam kerja, ada 2 syarat kena ikut : yang pertama iman, yang kedua ibadah.

Iman adalah syarat pertama dan terpenting.
Iman yang berkaitan dengan rezeki adalah bila kita sentiasa yakin dan sedar apa pun yang kita perolehi adalah kerana kemurahan Allah, bukan kerana penat-lelah atau kepandaian kita.

Kedua, amal soleh kita dalam menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya sesuai dengan syariat.
Menipu dan mencuri dan terang-terang melanggar syarat keberkahan rezeki.
Maka, takkan ada barokah.

Dua benda ni kita sama-sama pegang, insyallah walau dapat sikit, barokahnya berpanjangan.
Percayalah yang Allah memilih kita untuk menerima rezeki bukan hanya untuk diri kita saja tapi untuk memberi manfaat bagi banyak orang.
Bak kata ustaz aku, tanda-tanda rezeki yang barokah antaranya, orang itu tak merasa liat untuk zakat dan sedekah.

Jangan pernah terfikir menipu dalam kerja, urusniaga atau rakan bisnes akan membuatkan rezeki dan untung dapat berlipatganda.
Maybe keuntungan dalam bentuk duit tapi keberkahannya hilang.
Rezeki yang hilang barokah, banyaknya takkan pernah cukup, hatinya takkan pernah tenang, geraklakunya gelisah.
Pendek kata, duit banyak tapi hati tak tenang.
Hati yang tak tenang umpama hidup dalam mati.





p/s : Hari ni start 2nd Anniversary Gloei. Beli Gloei dapat free sachets. Please whatsapp SINI.



Labels:

posted by Diana Ishak @ 10:09 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER