2020-07-27
Tak perlu takut
Semalam masa tengok Buletin Utama, ada slot usahawan [kot].
Dia temuramah agen-agen.
Semuanya bercakap tentang how much money they earn and how menjadi agen this brand buatkan income dorang mencecah ke 3-4 kali ganda berbanding masa makan gaji.
Pastu En Wan tanya aku, kenapa kebanyakkan business owners and agents always bercakap tentang how much money they [will] make rather than the product itself.
En Wan kata yang aku ni pulak hari-hari dok bercerita pasal produk aku dari sudut sains dan RnD tapi tak pernah nak rekrut agen. Why?
Teringat dalam salah satu ceramah aku pernah dengar, ustaz tu kata apa yang kita buat adalah hasil dari apa yang kita fikirkan.
Dan apa yang kita fikirkan adalah hasil dari apa yang kita niatkan.
Kalau niat/hasrat kita untuk buat duit, fikiran dan tenaga kita akan menjurus ke aras mencari duit.
Kalau niat/hasrat kita untuk menyelesaikan masalah orang, fikiran dan tenaga kita akan cenderung kepada menyelesaikan masalah orang.
Bukan jadi satu kesalahan pun kalau kita berniaga kerana nak jadi kaya.
In fact, making money is the point of owning a business.
Otherwise we'd just call it a hobby.
Bukan salah pun kalau memang fokus kita berniaga untuk jadi kaya, asalkan jangan memperdaya.
Aku baru je terkena baru-baru ni.
Nak beli EO Tea Tree.
Aku pernah beli Tea Tree dari brand Young and Living dan Ronella.
So this time aku nak try brand lain, saje je nak cuba-cuba.
Aku tanya seller Tea Tree ni species apa.
Dia jawab "Kita ada satu jenis EO Tree Tea je"
Ok, clearly dia tak faham soalan.
Takpe, aku re-phrase soalan aku, boleh jadi soalan aku yang tak clear.
"EO species tea tree you jual ni yang untuk skin ke, untuk migrain?"
Dia jawab "Semua pun boleh, sis".
Aku just jawab "Ok, thank you".
Boleh je kalau aku nak jawab balik "Tak sama. Migrain spesis lain, skin treatment spesis lain, kalau treat infection pun spesis lain. You punya pakai spesis mana satu?"
Karang dia ingat aku nak test ilmu dia pulak.
Jadi, aku diamkan je.
Maybe this is my biggest reason kenapa aku berat hati nak bagi orang jadi agen GreenAard.
Tak boleh belasah "Boleh" untuk semua perkara bila promote GreenAard.
You must know what you are selling.
Aku tahu kita semua nak cari duit lebih.
You want to meet needs.
You want to build rewarding career for yourself.
You want to have the ability to say yes to anything you feel necessary in your life.
That costs money, and that is ok.
Tetapi jangan sampai orang lain pula dapat musibah kerana kerakusan kita nak naikkan taraf hidup sendiri.
Semua benda kita taram "Boleh", asalkan stok laju. Lepas tu bangga canang hit sales target.
Jangan takut cakap "Maaf, saya tak tahu" kalau apa yang customer tanya kita memang tak ada jawapannya.
Bagitahu elok-elok "Saya akan confirmkan semula nanti".
Jangan takut tak dapat close sales sampai perlu berbohong [acah-acah tahu semua benda].
Lebih-lebih lagi kalau customer yang mencari kita.
Kalau customer tu cari kita, maknanya dia dah berminat, cuma nak confirmkan 1-2 perkara je lagi sebelum beli.
Dia boleh tunggu kalau kau kata nak confirmkan balik.
Akhlak asli dalam diri seorang manusia boleh melahirkan satu tindakan atau kelakuan tanpa memerlukan pemikiran dan pertimbangan.
Maksudnya, bila akhlak melahirkan tindakan yang baik menurut akal dan agama, maka itu kita panggil budi pekerti yang baik.
Tetapi, bila akhlak melahirkan tindakan yang jahat maka kita sebut budi pekerti yang buruk.
Dari akhlak ada sifat-sifat yang perlu diterapkan dalam berbisnes.
Salah satunya jujur [dapat dipercaya].
Dalam ertikata lain, nak menjadi agen sesuatu produk, tak semestinya kita kena tahu semua [tapi jangan sampai tak tahu lansung].
Asalkan kita jangan bajet tahu semua benda.
Percayalah, orang yang pandai akan kalah dengan orang yang jujur.
Orang yang pandai akan kalah dengan orang yang beradab.
Orang yang pandai akan kalah dengan orang yang sabar.
JUJUR adalah modal utama dalam bisnes.
Bukan sekadar mencari untung tapi harus berniat untuk selesaikan masalah orang lain juga.
As for me, aku enjoy educate people about produk aku - kenapa mesti begini, kenapa begitu, how we relate this and that.
Boleh ke www.greenaard.com and klik tab BLOG.
Kat sana banyak yang aku tulis tentang produk aku dari sudut sains.
Maybe passion aku sebenarnya bukan business tetapi to educate people.
The feeling bila kau produce product and the product helps many people, memang priceless.
By the way, aku takkan stop kat sini je.
Insyallah, kalau umur panjang, aku akan jump into this line pula.
Bukan sambung belajar, tetapi mengajar program sarjana IPTA.
Sangat excited dengan this new 'baby'.
Program Sarjana ini kurikulumnya adalah dari aku and the Halal team sendiri.
Yang ni aku belum nak cerita panjang lagi.
Aku tunggu iklan dari pihak Universiti keluar, baru aku blast to all, ok?
Buat masa ni aku minta doakan aku dapat bertenang-tenang siapkan semua teaching slides.
Yang best-nya bila journey aku kali ni masih lagi dikondem oleh pengkondem tegar aku - En Wan.
This project dah bermula sejak last year.
Dia macam biasa lah "Apa benda yang awak nak buat ni?"
"Nak ke pihak universiti terima course awak ni?"
"Hah! Apa cerita program sarjana awak tu. Tak nampak apa pun?"
I tell you, dia punya kondem sebijikkkkk macam aku nak start XZIZ Biotech, start Fleur by Mrs Him, start GreenAard. SEBIJIK.
Istiqomah betul dia mengkondem aku.
Bila hari tu aku bagitau "Senat universiti dah approved!"
Tau dia cakap apa?
"Eh, jangan sampai GreenAard terabai tau".
Laaa, sayang jugak kat GreenAard.
Ingat hari tu tak percaya GreenAard. Hehehe.
p/s : Oh by the way, fresh stok hand sanitizer PURE EFFECTIVE is ready. Sila whatsapp 012-7728976. Nampaknya lama lagi kita semua hidup dengan hand sanitizer.