walk on wings, tread in air: Birthday Party Rayyan and Jannah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>





SEARCH

CONTACT ME

Diana Ishak @ Green Apple
aveo757@yahoo.com
See my complete profile

TRAFFIC
Visitor Counter
TESTIMONI GREENAARD


Birthday Party Rayyan and Jannah
2019-11-05

Ahad lepas, 3 Nov 2019, Rayyan genap 9 tahun.
Rayyan punya request tahun ni nak potong kek dengan Kak Jannah dia.
Jannah punya birthday 4 Dis, anjakkan awal biar celebrate sekali.
Buat kat Bangi senang sebab dah tentu-tentu Ima balik Bangi, jadi buat je terus kat sana.

Persiapannya dibuat seminggu sebelum majlis.
Event planner of cos En Wan, dia kan memang suka tapau semua jenis kerjaya.
Semua design sticker, cake topper, backdrop, welcome board - adalah from new business aku - Creative Studio [IG : @xbcreativestudio].
Dah alang-alang memang staff aku kerjanya buat graphic design, jadi aku bagi task ni kat dia, at least boleh la aku update-update kat FB Page.



Air soya yang dibeli kat 7-11



Caramel pop corn




Cupcakes dari kawan aku Aisyah, IG : aisyah_nandiran

Semua orang puji cupcake ni sedap. Walaupun aku tak merasa, aku memang yakin sangat-sangatnya dengan masakan Aisyah. Aku ni dah jadi regular customer. Dah la sehari sebelumnya tu aku order semua makanan untuk Personal Branding Talk pun kat dia. Then esoknya nak menyiapkan order untuk birthday Rayyan pulak [bukan cuppies ni je aku order dari dia]. Tak sure macamana Aisyah boleh siapkan semua ni. Asal jangan kain batik kau terlepas nak menyiapkan semua order ni, cukuplah.



Kek ni adik aku, Ima, yang beli dari kawan skolah dia.
Not bad juga, sedap dan cantik.



Segala benda semua En Wan tampal sticker birthday party.
Nasib baik sumi dia tak tampal sticker jugak, kalau tak, jenuhlaaaa.



Jelly beans 



Planning cuma seminggu, tak sempat nak tempah party bag khas, jadi, kita belikan paper bag and tampal sticker. Cantik juga. Yang penting isi dalam tu.




Mini cheese burger ni sedap, ala-ala mini burger Secret Recipe. Yang ni pun Ima yang order. Aku tak tau rupa bentuk dia gini, kalau aku tau aku gantikan topper tu dengan topper birthday party Rayyan. 





Makanan utama aku order nasi tomato and laksa Johor.
Catering nasi tomato dari Langat Catering.
Langat Catering ni kalau belah-belah Kajang and Bangi memang famous sangatlah.
Kawen Ibal dulu pun ambil dari dia tapi ini first time aku order nasi tomato, lauk ayam goreng rempah, kurma daging and acar timun.

Mak Aji kata mula-mula the caterer suggest lauk lain sebab dia kata lauk pilihan aku ni tak berapa kena.
Selalunya kalau nasi tomato mesti makan dengan ayam masak merah.
Ya, aku tau tapi ini birthday party.
Karang kalau order pedas-pedas budak-budak susah nak makan.
Then dia suggest ambil sekali kurma daging. Aku on je, takde hal.
Ye lah aku pun faham, dia as caterer mesti risau kalau tetiba lauk tak kena, nanti tetamu salahkan dia masak tak sedap pulak kan.
Tapi alhamdulillah, lauk memang sedap. Semua pun puas hati dengan makanan.

Murah je, dia ambil RM10/pax, sebab aku tak ambil buah and air.
Kalau tak maybe mahal lagi.



Laksa Johor aku order from Putrajaya [IG : @laksajohordelivery]
Yang ini RM7/pax



Sosej roll from Aisyah.
Yang ini Aisyah yang suggest, dia belum pernah buat lagi untuk orang lain, aku yang first.
Jadi, lepas ni bolehlah order sosej roll ni kat dia. Bertambah lagi satu menu.



Roti jala with kuah kari ayam.

Aisyah kalau buat roti jala, dia punya kuah kari macam lauk yang boleh makan dengan nasi.
Hari tu, ada orang makan nasoi tomato cedok lauk kari ayam. Bila aku kata "Yang ini makan dengan roti jala", orang tu terperanjat "Makan dengan roti jala ke? Banyak betul ayam dalam kuah ni". Aku and mak mertua aku memang dah paham sangat style Aisyah sebab aku rajin meng-order roti jala dia. Dia punya kuah kari memang kau boleh makan siap dengan nasi sebab ayam dia gila banyak!



Sandwich telur also dari Aisyah.



Masa Aisyah deliver makanan ni, aku tido kejap.
Pastu masa nak susun-susun makan, mana datang choc muffin ni?
Rupanya Aisyah belanja, banyak pulak tu.



Pagi-pagi lagi dah bangun untuk setup segala benda kat depan.
Dia lah yang menyusun, dia la menyapu, dia la menggantung, dia lah membentang.
Masa ni orang lain tak bangun lagi, semua keletihan melayan anak masing-masing terkinja-kinja sampai tengah malam.

Mak Aji kata "Kesian pulak menantu aku ni sorang buat keje kat depan, aku nak tolong takut salah".

Hahahahahahaha.
See? Sampai mak mertua dia sendiri tau penyakit perfectionist menantu dia.
Dia sendiri takut nak tolong.
Aku cakap "Takyah tolong, Ma. Kalau dia nak kita tolong, dia sendiri akan panggil".

Tapi mak aku kejap-kejap panggil aku kat dapur "Diana, cuba kau tengok-tengokkan Wan ni memanjat gantung belon. Kau pegangkan tangga tu".

Aku pegang tangga "Bang, janganlah panjat tinggi-tinggi. Ngeri la bang, kalau lah jatuh ke apa ke...."

Pastu aku kena sergah "Kalau nak bising, pi masuk".

Ha kan?
Aku dah kata dia tak perlukan pertolongan. Mak Aji tak percaya.
Tak memasal je aku kena sergah.
Baik aku sambung mengumpat kat dapur tadi dah tentu-tentu aman.



Siap print baju, semua pun ada termasuk si dobot Widad.
Redza je aku tak buat kan sebab aku tau dia takkan pakai punya.



Mak tak ikut aku balik Bangi hari Sabtu malam.
Malam tu, anak-anak sedara En Wan tido rumah kitorang, jadi mak ada teman.
Esoknya anak-anak sedara ni datang Bangi bawa mak.
Pagi tu, masa nasi tomato sampai, aku suapkan Rayyan.
Satu suap je, pastu taknak.

"Nasi ni pelik", dia kata.

Ok fine.
Aku cakap nanti tunggu makanan lain sampai baru makan.

Eh sekali nenek dia sampai, terus dia mintak nak makan nasi.
Kau rasa..????

Mak tanya aku "Diana, adik dop makang lagi dari tadi?"

Kecik besor kecik besor je aku tengokkan si Rayyan kat sebelah nenek dia.





Tepat 12 noon, Mr Acikamatclown sampai. Very punctual.
Clown ni sangat-sangat bagus. Highly recommended [IG : @acikamatclown].
Pandai sangat dia melayan budak-budak.
Dia sampai-sampai je terus buatkan belon untuk semua orang, agaknya nak bagi budak-budak bertenang dulu sebab semua excited terjerit-jerit nampak clown masuk rumah.
Belon yang dia buat bukannya yang simple-simple, dia bagi yang gempak-gempak punya.

Acikamatclown boleh buat face painting sekali, tapi aku tak tau menahu pun dia ada service tu sebab En Wan yang hire dia.
Kalau aku tau, aku ambik sekali servis tu, mesti makcik and nenek-nenek sekali nak join.




Majlis dimulakan dengan doa.
Pak Aji lead the doa.



Lepas tu majlis diambil alih oleh Mr Clown sampai ke sudah.
Lega mak bapak dapat makan dengan tenang.
Aku belikan Rayyan and Jannag button badge "Birthday Boy" and "Birthday Girl".
Mr Clowm yang pasangkan.



Masing-masing dah dapat belon, barulah masanya potong kek



Yang tengah-tengah tu Mirza [adik Jannah].
Dia tukang blow candles.

Ada kisah sedih malam sebelum hari kejadian ni.

Anak sedara aku ni autisme.
Malam tu Pak Long dia [En Wan] pasang backdrop, tertulis nama Rayyan and Jannah.
Dia nangis apesal nama dia takde.
Jenuh jugaklah ammak dia memujuk.
Nasib baiklah kitorang tempahkan baju Roblox ada nama dia, barulah dia senyum.
Esoknya biar dia duduk tengah, kasi dia happy.

Yang si Mirza menangis sebab nama dia takde.
Yang si Jannah menangis terharu sebab buatkan birthday party.
Yang si Rayyan pun menangis jugak.
Tau menangis apa?

"Ma, Kak Jannah esok potong kek ada adik dia. Adik takde abang. Adik nak abang tengok adik potong kek".

Dengan aku aku sekali menangis, boleh?
Allahhh....ujiannya menjadi mak bapak ni macam-macam okeh.
Korang yang boleh beranak tu, beranak lah ramai-ramai sikit kalau mampu.
Kesian pula bila abang jauh-jauh macam ni.
Dah la si abangnya 10 hari takleh pegang henfon sebab masuk camp.
Dia tunggu abang dia call sampai tertidur.



Anak aku takde hal tak dapat blow candle, janji dia dapat potong kek.




Akhirnya tercapai impian Rayyan nak celebrate birthday dengan Kak Jannah.
Anak aku pasang plan senyap-senyap, tau-tau je dia bagitau "Ma, adik nak celebrate birthday dengan Kak Jannah tau. Adik dah janji".

Ewahhh, dia sama dia yang berjanji, kita mak bapak yang huru-hara nak menyiapkan segala.
Nasib baik JDT menang Ahad tu, tak payah mak bapak cari alasan kenapa anak ponteng. Hahaha.



Video untuk semua celebration hari tu aku malas letak sini sebab banyak nau.
Aku akan letak kat IG je jap lagi.



Tidak ketinggalan seketul dobot bernama Widad Iskandar.
Nenek dia mintak buatkan baju jugak untuk so dobot ni.
Cuma hari tu tak teringat nak aturkan empat-empat orang ni bergambar dengan baju masing-masing.

Kesian Widad hari tu appak nya bertugas UKM konvo jadi the whole day hari tu Ibal takde.
That's why Widad bergambar berdua je dengan ammak.



Dobot menggeliat.
Picture taken sebelum rumah dilanggar garuda.




Aku pun tak cukup korum gak ni, Redza takde.
Takpelah, nanti abang dia balik, celebrate lagi sekali dengan abang pulak.
Macam tu lah tiap-tiap tahun, Rayyan always celebrate birthday berkali-kali setiap tahun.




Ima and family.
Belon-belon kat blakang tu semua Azrul yang pasang.
Sebuah kegigihan namanya.



The Sahak's 
[Sahak is panggilan orang kampung beliau]

Plan asalnya nak buatkan sekeluarga pakai T Shirt Roblox yang sama.
Tapi pikir-pikir balik, Pak Aji tu karang nak pakai ke mana T shirt tu, surau?
Sardin je pi surau pakai kain pelekat dengan T shirt Roblox ada nama SAHAK. Kahkahkah.

  




Rayyan and Jannah with cousins and makpak sedara





Lepas potong kek, Mt Clown ajar Rayyan and Jannah bagi-bagikan goodies bags kat kawan-kawan.
Bagus teratur je perjalanan majlis Mr Clown handle.



Lepas potong kek, semua makan-makan and lepak kejap sementara nak tunggu katok pinata.
Mr Clown masuk dalam untuk sambung penuhi permintaan nenek-nenek dan makcik-makcik buatkan belon.
Tengok belon dia buat, gempak, kan?



Untuk makcik Rayyan yang ini!
Aku ingatkan sape la budaknya yang mintak sejambak bunga, rupanya dia ni haaa.




Kitorang mintak unlimited ballons.
Sampai lebam lah budak-budak nui mintak belon.
Mr Clown pulak tanya "Ok nak saya buatkan apa?", hah kauuu macam-macam dia sebutnya.
Nak pet lah, nak butterfly lah, nak koala lah, nak bear lah.
Elok pulak semuanya Mr Clown boleh buatkan.
Seronok tengok budak-budak happy.



Ya, yang ini pun tak ketinggalan juga. Kahkahkah.



Pinata ini disponsor oleh Big Bos Pinata Party KL, Diana Yang [IG @pinatapartykl].

Ceritanya, Jumaat malam baru aku teringat belum order pinata.
Terus mesej Diyana, tanya kot-kot ada pinata lebih, apa-apa bentuk pun takpelah janji boleh diketuk.
Tapi Diyana sangatlah baik hati, dia tanya Rayyan suka apa.
Bila aku cakap, Roblox, terus dia "Saya boleh siapkan esok, saya bagi Rayyan hadiah ni".

Memang rezeki kau lah Rayyan, ada orang willing nak buat pinata ni dalam masa setengah hari.
Esok tengahari Diyana mesej aku "Kak, dah siap".
Comel sangat, nak ketuk pun tak sampai hati.



Pinata tak boleh gantung awal-awal, karang budak-budak bising nak ketuk jam-jam tu jugak.
Jadi bila semua dah agak bertenang, barulah En Wan gantungkan.




Mula-mula Mr Clown kasi warm-up dulu, menari lagu Shark Du Du Du.
Wah bukan main lagi budak-budak ni semua sporting menari macam nak rak, termasuklah mak, makcik dan nenek!



...termasuklah beliau sekali.



Mirza dibagi penghormatan untuk pukul dulu
Mr Clown kata sorang pukul 2 kali.
Mirza dapat pegang kayu, dia bantai cukup-cukup, menggelabah Ima menyabarkan anak dia.
Aku sakit perut gelak.
[video ada di IG]



Bagus PinataPartyKL, aku bagitau budak-budak maybe ramai, dia buatkan pinata tu keras sikit so that banyak kali boleh pukul. Barulah puas budak-budak. Ni karang 4 kali bantak dah bersepai. Kesian pulak yang beratur belakang-belakang tu.






Beliau pun sama naik nak memukul jugak.
Tak padan dengan kecik. Mak Long pukul montot tu baru tau.



Dah hampir nak rabak, barulah Rayyan and Jannah dibagi peluang pukul sampai bersepai.
Boleh naik atas kerusi kata Mr Clown.
Berdeda-dedai budak-budak kutip candy.
Bergenggam-genggam masing-masing bawak balik candy.



Geng-geng Jepun En Wan yang duduk berhampiran datang.



Thank you yang bagi duit and hadiah.
Thank you pada appa yang belikan henfon.
Lega dah takde dah orang kejap-kejap pinjam henfon aku buat main Roblox.


posted by Diana Ishak @ 11:46 AM  
Newer›  ‹Older

ADVERTISING



FOLLOW ME



MY BRAND




LABELS



MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
TEMPLATE by


BLOGGER