2019-11-01

Teori rezeki



Post di atas adalah dari IG story aku semalam.
One thing yang aku perasan, everytime aku naikkan post tentang soal rezeki, mesti ramai yang DM, the same question again and again.
Always bertanya tentang kenapa rezeki orang tu lebih, kenapa rezeki orang ni kurang, kenapa dia kaya tapi malas, kenapa dia rajin tapi miskin, etc.

Tak apa.
Aku memang seronok explain this issue again and again kerana isu ni takkan pernah habis.
Kerana, semakin kita membandingkan rezeki kita dengan orang yang lebih beruntung, selagi itulah kita tak akan puas dan soalan ini akan selalu ditanyakan lagi.
It's ok.
Ini memang fitrah manusia, tak ada yang peliknya.
Biasalah, manusia memang lemah, bila sekali ceramah, tersedar dan semangatnya pulih.
Dah lama tak diceramahkan, hati mula bergoyang, keyakinan mula pudar.
Kalau tak macam tu, bukan manusia namanya.

Aku memilih untuk jadi manusia yang saling mengingatkan, semoga bermanfaat.

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup. Dan akan diberi rezeki yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, dipermudahkan Allah segala urusannya" [Al-Thalaq, 2-4]

Nak baca semua macam payah nak faham, kan.
Jadi cuba baca yang aku bold tu je, rasa lebih senang nak faham.

Formulanya ada kat situ dah - tingkatkan taqwa.
Tapi kita ni mana maunya gitu.
Kita nak juga sandarkan pada ilmu, pada tenaga, pada kebolehan kita sendiri.
Kita asyik fikir untuk mencari. Kita lupa bahawa Allah memberi.
Kalau kita fikir nak mencari, memang kita akan jumpa jalan yang susah.
Tapi kalau kita tingkatkan taqwa, Allah yang berikan.

Ada sorang tanya aku "Tapi kenapa ya rezeki orang yang bertaqwa ni tak banyak mana pun?"

Betul, memang nampak macam tak banyak mana tetapi boleh jadi rezeki tu datang tanpa perlu dorang bersusah-payah pun.

Teori rezeki :

1. Rezeki ada di langit.
2. Rezeki telah ditetapkan.
3. Rezeki tidak akan tertukar.

Jadi, takde kerjaan kita nak rebut rezeki orang, kalau pun kita dapat rezeki orang tu, pastu akan dikembalikan semula, kalau tak dikembalikan kat dunia, akan dikembalikan di akhirat dalam bentuk pindahan pahala kau bagi ke dia.
Yang kat dunia tu wallahualam la macaman caranya rezeki tu dikembalikan, maybe musibah kot, entah, tak tau.

Ok sambung point teori tadi.
Mula-mula rezeki ada di langit, kemudian rezeki masing-masing yang di langit Allah turunkan ke bumi.
Bumi ini luas.
Selangor pun kat bumi.
Tganu pun kat bumi.
Singapore pun kat bumi.
Afrika pun kat bumi.

Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung [Al-Jumu'ah, 10]

Baca yang bold tu.

Ayat tu kata kita kena bertebaran, iaitu bergerak mencari KURNIA Allah.

Kurnia maksudnya pemberian.
Ini bermaksud rezeki dah ada siap untuk kita, cuma kita kena ikhtiar.

Ikhtiar apa?

Ikhtiar mencari di mana letaknya duduknya rezeki itu.

Jadi, tak kiralah usaha kita dari pagi ke malam, malam ke pagi, kalau rezeki yang ditetapkan cuma segenggam maka senganggam sajalah kita bawa balik.
Jangan pertikaikan usaha dan ibadah kita dengan banyak sikitnya rezeki kerana ia tak ada kaitan lansung.
Banyak atau sikit yang kita dapat bukanlah kerana ikhtiar kita tetapi kerana banyak itulah yang Allah dah tetapkan.
Nilai usaha tak berkadar lansung dengan nilai rezeki.

Jangan persoalkan keadilan Allah dalam memberi rezeki.
Allah lebih tahu keperluan kita.
Sikit atau banyaknya rezeki belum tentu lagi tanda Allah kasih.
Semua itu masih lagi ujian.
Banyak rezeki, ada ujiannya.
Sikit rezeki, ada ujiannya.
Yang ditanya esok bukan berapa banyak rezeki kita tetapi bagaimana kita manfaatkan rezeki yang dah Dia bagi.
Sekarang memang semuanya kita tak nampak, esok di akhirat berpeluh nak menjawab.

Memang selama ini kita cenderung mentafsir rezeki dalam bentuk material.
Kalau dapat duit, dapat makanan, dapat hadiah - ini baru dikatakan rezeki.
Perkara yang tak material kita tafsir as "bernasib baik".
Padahal rezeki tak semestinya bersifat material.

Contoh, si A beli pen dengan harga RM80.
Kita dapat beli harga yang sama dan kualiti yang sama dengan harga RM30.
Itu juga rezeki, sebab duit kita tak habis banyak untuk sebatang pen yang sama.

Hari ni kita sihat boleh pergi kerja.
Itu juga rezeki sebab kalau tak sihat, maknanya kita kena jumpa dokter ambil ubat, dah tentu-tentu RM60 melayang.
Jadi, sihat juga rezeki kerana kita tak perlu hilang RM60 untuk beli ubat.

Kalau nak tahu, rezeki tahap paling rendah sekali adalah rezeki yang bersifat material macam duit, harta, makanan, jawatan, bahkan keluarga pun adalah rezeki tahap paling bawah sekali. Tapi yang peliknya, kita bermati-matian kejar rezeki yang paling bawah ni.

Rezeki di tahap tengah adalah rezeki sihat.
Sihat badan, sihat akal, sihat emosi.
Tanpa rezeki yang ini, rezeki tahap paling rendah pun kita tak akan terasa.
Orang yang terbaring sakit tak akan merasa nikmatnya makanan, nikmatnya banyak duit, nikmatnya ada title, bahkan nikmat ada isteri cantik and seksi pun takde makna baginya kalau dah sakit.

Dua tahap rezeki ini [yang bawah dan yang tengah], seperti harta, keluarga dan kesihatan diberikan kepada semua orang tak kira beriman atau tak, Islam atau tak.
That's why rezeki tak ada kaitan dengan ikhtiar dan ibadah.
Allah bagi rezeki kerana Dia Maha Pemberi.
Orang tak solat pun dapat rezeki, orang kafir pun dapat rezeki, orang beriman pun dapat rezeki.
Allah bagi rezeki kepada semua makhlukNya tanpa melihat adakah dia beriman atau tak, adakah dia muslim atau bukan, sesuai dengan sunatullah yang telah ditetapkanNya walaupun orang tu perangai macam Firaun.

Cuba bayangkan Firaun dengan Qarun punya besar pangkat, kaya macam nak gila.
Adakah dia kaya sebab dia beriman?
Adakah dia berpangkat sebab Allah sayang?
Tak pun.
Masing-masing kena azab dengan Allah.
Jadi, kenapa kita nak kaitkan rezeki kita dengan ikhtiar and ibadah?

Kalau kita bangun dari tidur dengan badan dan fikiran sihat maka kita telah diberikan rezeki.
Kalau pagi tu kita dapat makan dan ada pakaian untu dipakai, maka kita telah diberikan rezeki.
Kalau kita diberikan kemudahan untuk bangkit awal menunaikan solat Subuh di awal waktu maka kita telah diberikan rezeki.
Kalau setelah itu kita diberi hidayah untuk berzikir, baca quran, solat dhuha, maka kita telah diberikan rezeki yang banyak hanya dalam waktu pagi yang singkat.

Rezeki tahap tertinggi adalah iman, ilmu dan amal soleh.
Orang yang yakin bahawa rezeki datang hanya dari Allah dan bukan dari kebijaksanaan dirinya, ini adalah orang yang diberikan rezeki yang sangat besar, lebih besar dari orang yang diberi rezeki harta 7 keturunan makan tak habis.
Orang yang diberi ilmu dan pemahaman tentang ilmu dapat membezakan mana yang halal dan mana yang haram, mana yang wajib dan mana yang sunah.
Inilah orang yang lebih beruntung daripada orang yang ada rumah besar 8 tingkat.
Orang yang diberi hidayah untuk mampu menjaga solat di awal waktu, mudah buat amalan sunat, mudah baca Quran, mudah untuk menjaga mulutnya dari berkata yang sia-sia - inilah orang yang sangat besar rezekinya.

Nikmat macam ni Allah tak bagi kat semua orang.
Selain dari Maha Memberi, Allah juga ada sifat Maha Pengasih.
Dan kasih Allah tak semua orang dapat.
Kasih Allah hanya diberikan kepada hamba-hambanya yang beriman, yang disayang.
Disinilah sifat Rahim Allah, sifat Maha Penyayangnya Allah.
Tak layak sama sekali orang yang telah diberi nikmat yang paling tinggi untuk cemburu kepada orang yang hanya diberi rezeki tahap tengah dan bawah.
Jadi di situ kita boleh nampak tahap kita di mana.
Kalau kita masih lagi mempersoalkan rezeki mewah orang lain, hidup mewah orang lain, kejayaan orang lain, kecantikan orang lain, kebijaksanaan orang lain - itu maknanya kita masih berada di tahap rezeki rendah atau bahasa mudahnya rezeki paling bawah.





Ni pun rezeki juga ni.
Entah sape punya rezeki tak tau lah, Allah saja yang tahu.

Bermula bulan ini, sesiapa beli GreenAard minimum RM250, akan dapat misteri box ni.
Kita dah mulakan hari ini, tadi ada 4 orang beli Gloei 2 botol.
Empat-empat ni kita poskan misteri box ni.
Setiap bulan, isi box akan ditukar jadi kalau korang beli tiap-tiap bulan min RM250 insyallah takkan dapat hadiah yang sama.

So, siapa punya lagi agaknya misteri box ni?