2018-07-18

Benda-benda simple yang perempuan harapkan dari lelaki


Lelaki dan perempuan diciptakan berbeza, so, to overcome differences between men and women is not easy.
Banyak benda yang lelaki kena tahu tentang perempuan.
Ye lah, aku tau perempuan pun kena faham lelaki jugak, tapi memandangkan aku perempuan jadi aku bercakap tentang apa yang aku tau dipihak perempuan.

Biasanya perempuan malas nak mention kat lelaki tentang isi hati.
Perempuan lebih suka surprises.
Small things, asalkan namanya surprises, perempuan memang suka.
Takyah pikir jauh sangat, small-small things like belikan nasik lemak sambal paru favourite dia pun dah boleh buat mood perempuan sepanjang hari jadi baik.

Skill ni kalau baru-baru bercinta/kawen maybe belum boleh master lagi.
Tapi kalau dah 5-6 tahun bersama masih lagi tak tau apa pasangan suka, apa yang tak, how to tackle hati dia, aku tak tau la apa je benda yang kau buat selama bercouple/berkawen ni.
Jadi topekong Siam kot.

Sebenarnya ada yang jauh lebih besar dari material yang perempuan harapkan dari lelaki.
Kita semua ada keperluan emosi tak kira apa pun jantina kita.
Sebahagian daripada keperluan emosi ini termasuklah nak mencintai, nak disayangi, merasa diperlukan, merasa penting dan istimewa.
Walaupun orang kata tak mati kalau tak dapat semua tu, tapi hidup ni rasa incomplete.
Rasa macam disconnected dan hambar kalau tak merasa disayangi.

Perempuan suka kalau lelaki convincekan yang dia adalah orang penting dalam hidup lelaki tu.
They really feel good kalau lelaki cakap "I love you".
Tak payah cakap hari-hari pun takpe.
Sometimes kalau diungkapkan secara indirectly pun ok je.
Contoh, time jalan sama tu pegang tangan dia, rangkul pinggang, atau tulis unexpected notes like "Good morning, love. Have a nice day at work today".
Semua ni bahasa badan yang menyatakan you love her.
Bukan kena cakap I Love You 24 jam, aku pun bosan dengar, dah macam takde modal lain.

Bukan suruh kau hantar bunga tetiap hari pun.
Ni tak, hantar mesej "I love you" kemain rajin lagi tetiap pagi.
Tapi tu je la pun mesejnya, lepas tu senyap takde bunyik sampai besok.
Then esok waktu pagi yang sama, masuk balik mesej dia "I love you".
Gitulah rutinnya hari-hari.
Kau ingat kau hantar mesej 'I Love You' tu maknanya dah tak payah spend time with her ke?
Buat syarat je hantar I Love You tu, eh?

Women need real conversation!
Setakat hari-hari hantar mesej 'I love you' and 'I miss you' tanpa sebarang conversation susulan, tak payah lah!
Tu umpama nak bagitau dia yang kau hidup lagi, tu je.

Try to spend time untuk bersembang.
Tak payah nak book meja candle dinner ke hape semua.
Just sit together, hold her hands and tanya "Tadi siang makan apa?"

"Ada apa-apa barang nak beli tak, jom saya teman awak gi cari"

"Nak tengok movie tak?"

"Jom keluar makan"

Kalau boleh jangan sembang hal skolah anak, result exam anak, barang dapur ke apa ke.
Walaupun cerita pasal anak, tempat kerja, duit, tu semua memang topik penting yang kita mesti ambik tau, tapi try jangan jadikan itu fokus utama perbualan.
Pick a topic, real conversation.

Kalau aku dengan En Wan, kitorang suka sembang pasal politik, pasal movies, pasal isu semasa.
Kadang-kadang masuk bab produk - apa yang dia tak faham tentang biotek, aku explain.
To me, ini real conversation.
Something yang buat kita bertukar pandangan, bukannya aku soal kau jawab, kau soal aku jawab.

Another thing, perkataan 'thank you' jangan sampai hilang.
'Thank you' ni ucapan yang mendalam maksudnya.
Walau kita sebut 'thank you' dalam keadaan marah, hakikatnya dalam tak sedar kita dah approve kebaikan yang kita terima dari orang tu.
Kita akui kebaikan dia pada kita.
Apetah lagi kalau cakap 'thank you' dengan lembut.

Biasakan sebut thank you pada pasangan.
Jangan anggap apa yang pasangan buat tu dah jadi satu kemestian dan tanggungjawab dia sampaikan kita tak perlu cakap thank you.

Aku suka bila everytime lepas makan, En Wan cakap "Thank you Ma sebab masak hari ni".
Kalau lepas tu dia nak conquer tv tengok bola pun aku ok je.
Rasa lembut je hati bila dia cakap thank you.
Tak kisahlah kalau itu memang trick dia, tapi kita yang dengar ni rasa seronok.

Kalau dia bawak aku pi makan, walaupun aku yang bayor, aku akan say thank you.
Sebab dia sanggup bawak kereta and teman aku makan jauh-jauh.

Sampaikan ustaz ada pesan, kalau selesai 'bersama', say thank you.
Sebab dia willing melayan kehendak kita.

Ni semua spontaneous behaviour dan tak sepatutnya kita stop lebih-lebih lagi lepas kawen.
Say thank you often.

Another thing yang pompuan suka is when guys listen.
Some lelaki suka gunakan kuasa kelelakian dia untuk control situasi sampaikan pompuan takleh nak bagi pandangan lansung.
Orang perempuan ni bukannya hadap sangat lelaki ikut cakap dia 24 jam.
Kitorang pun tak suka lelaki yang asal kita cakap apa je semua pun dia bantai ok.
Macam bodoh sangatlah pulak, tak nampak kepimpinan lansung.
Perempuan suka lelaki yang tahu buat keputusan untuk diri dia.
Kalau kita kata A, if A is not good, lelaki akan suggest B.
Pompuan suka lelaki macam tu, nampak bijak, nampak caring sebab tau apa yang bagus untuk pasangannya.
Tapi, jangan lah sampai kau control semua, yang kita ni memendam rasa je takleh nak luahkan satu apa pun.

Kau nak bangkang ke, kau taknak ikut ke, itu kau punya suka.
Yang penting dengar dulu apa kitorang nak cakap, cukuplah.
Mana tau apa yang kitorang cakapkan ni boleh di-consider.
Ini tak, bila kita nak cakap dia suruh senyap.
Lepas tu bila dah buat salah, cakap kita tak tegur dia.
Camana pompuan tak naik hantu?

It's really disheartening tau bila isteri nak berkongsi pendapat tapi dinafikan hak.
Apelah salahnya sesekali lapangkan dada terima pandangan isteri.
Dan kalau boleh, dengar bukan setakat guna telinga, tapi dengar guna hati.
Lelaki yang hormat pendapat isteri selalunya perkahwinan lebih bahagia, percayalah!

Antara punca isteri hilang hormat adalah bila suami bersikap kepala batu.
Kalau para lelaki nak tau indicator isteri hilang rasa hormat, cubalah mengeluh atau cerita masalah pada dia.
Kalau dia dengar dengan bersungguh-sungguh, itu maknanya hormat masih ada.
Tapi kalau dia buat muka takde efek, dengar pun sambil-sambil buat kerja lain, atau antara nak dengar dengan tak je, itu maknanya you are no longer her priority.




Ok, kita plan untuk stop offer RM123 ni hujung bulan ni.
Yang belum beli and nak beli, boleh beli thru whatsapp.
Nak tau apa fungsi ni, KLIK SINI.