walk on wings, tread in air: Kisah pulak aku dengan breast. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>




CONTACT ME

aveo757@yahoo.com

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


TESTIMONI GREENAARD


Kisah pulak aku dengan breast.
2018-07-19


Letak ni kat IG story 2 hari lepas, lepas tu kemain meriah DM aku jadinya.
Macam-macam luahan cerita ada.
Siap ajak aku membawang sekali cerita pasal si Anu yang pakai kebaya sendat tapi babat tersentil, perasan kurus katanya 😂😂.

Ni sebenarnya status FB 2 tahun lepas, bila nampak balik kat memories aku jadikan reminder kat IG story pulak.
Untuk remind saja, bukan untuk bukak ruang untuk membawang.

Tapi memang gitulah dugaannya bila badan dah makin slim.
Sebenarnya tak slim mana pun, tapi bila dah berjaya turunkan berat badan, hati tu rasa macam tak puas je selagi orang tak nampak perubahan ketara pada kita, betul tak?
Nak pulak dulu zaman tembam segan nak tunjuk badan yang tak berpinggang, la ni bila dah nampak lengkuk haruslah tunjuk katanya.

Itulah jadinya kalau sibuk mencari perhatian manusia.
Bila dengan berbaju longgar masih tak ada yang notice kita dah kurus, hati tu menggeletis nak cari baju yang ketat sendat padat biar perubahan tu nampak jelas.
Barulah orang sedar oh rupanya kita dah kurus.

Tapi, kena ingat satu perkara lagi - manusia tak mudah untuk dipuaskan.
Baik diri sendiri atau orang lain.
Kita sangka bila dah pakai sendat-mendat, orang akan kagum "Wahhhh, kurusnya kau!"
Well, memang ada yang tegur macam tu.
Tapi, tak kurang juga yang akan tegur "Kau pakai macam ni nampak jelas peha kau besar".
Sakit hati dengar, kan?

Selalunya gitulah jadinya bila mengharap pada manusia.
Kita harap orang puji tapi rupanya yang datang caci maki.
Allah dah kata, kalau kita meletakkan harapan pada dunia dan isinya, bersiap-sedialah untuk kecewa.

Jadi, kalau hati jenis tisu, elakkanlah dari pakai baju sendat kalau dah slim esok.
Maintain je pakai baju longgar-longgar.
Tak semua orang suka bila kita dah slim.
Karang kena hencap dek makcik bawang terus benyek.
Yang suka kita slim cuma laki kita je, jadi pakailah sendat mendat depan laki dah.
Konfem dia puji kaw-kaw punya.

Ok balik pada topik asal - nak menjaga aurat setelah kurus.

Selagi masih bernyawa, hidup ini adalah ujian.
Gemuk pun ujian. Kurus pun ujian.
Tapi bagi aku, bila kita kembali jadi kurus setelah bertahun hidup dalam kegemukan, itu paling susah.
Hati tu menggelitik nak tayang kat orang yang kita dah kurus.
Nak tunjuk kita juga cantik, kita juga dah boleh bergaya!
Kalau boleh nak pakai baju terbalik so that orang tau kita pakai size XS!
Itupun kalau boleh nak turunkan lagi biar sampai XXXS.

Begitulah jadinya kalau kita mengharapkan perhatian manusia.
Kita takkan pernah puas.
Mula-mula gemuk, nak kurus.
Bila dah kurus, nak tayang badan pulak.
Bila dah tayang badan, nak compete pulak siapa lagi cantik.

Kita buat banyak benda, bersusah-payah tayang segalanya just to be judged well by others.
At the same time, kita nak improve our self image in THEIR minds.
Dalam susah-payah kita menarik perhatian orang, kita lupa yang dorang pun sama macam kita - tak pernah puas dengan apa yang dah ada.
So, trying to improve our self-image by creating a better impression on others takkan membawa kita kepada kepuasaan pun.

Tak perlu beria-ia nak pakai sendat ketat sampai tersentil perut buncit tu semata-mata nak tunjuk kita dah kurus 4kg.
Pakai je baju blouse longgar-longgar sikit, kalau kau kurus tu, kat muka pun dah nampak kurus.

Oh by the way ada yang risau kalau berat badan menurun, takut nanti breast pun mengecut sekali ke.
Amboii sayang tau dengan aset tu.

Ok dia macam ni.
Jangankan kata tetek, alangkan bontot dan peha pun macam tu jugak.
Kadang berat dah turun 10kg tapi bontot and peha macam tu gak lebarnya, tak kecut-kecut pun.
Tapi tang tetek kemain cepat mengecut.
Sebenarnya, kecut tak kecut bergantung pada berapa banyak tisu lemak yang ada kat area tu.

Badan kita ni bila dah menginjak ke remaja, tisu-tisu lemak lebih banyak kat certain parts untuk membentuk bontot, peha dan breast.
Kalau breast kita banyak tisu lemak, bila berat badan menurun, breast akan berubah dengan ketara sebab banyak tisu lemak kat situ.
Tapi takde la mengecik sampai tinggal sejemput bak rambutan.
Agak-agak la kau pun.

Ada certain ladies tak banyak tisu lemak kat breast.
Breast dia jenis padat sejak azali.
Jadi, bila berat badan menurun, breast takde perubahan sangat.
Sama juga dengan bontot dan peha.
Ada yang kata berat dan turun tapi bontot masih besar lagi.
Itu maknanya bontot jenis padat dari azali, bukan faktor tisu lemak.

Jumlah tisu lemak kat breast ada kaitan jugak dengan genetik.
Kalau keturunan kau belah-belah atas tu jenis tetek besar-besar kuali, insyallah kau dapat besar tu jugak.
Kalau keturunan jenis tetek sejemput, maka besar harapan sejemput jugak la kau dapat.

Lagi satu ni nak pesan, jangan excited sangat nak turunkan berat mendadak-dadak sampai 7-8kg seminggu.
Bukan apa, bila berat badan turun cepat sangat, kolagen yang support tisu breast tu akan stress, and pecah dengan cepat (bukan breast kau pecah tapi kolagen tu yang pecah).
Bila dah pecah, kulit dah tak elastik lagi, dah tak boleh nak pegang the breast.
Nanti tetek kau jadi layut.
Dah tu berapa tong kolagen pulak kau nak cekik nak bagi breast tu naik balik? Lambat!
So, jangan la berangan nak turun berat mendadak-dadak.
Hilang 400-900g seminggu dah ok.
Ini memang normal weight loss untuk badan yang sihat.

Ada 3 sebab kenapa breast berubah-ubah size.
Yang pertama : berat badan.
Yang kedua : pregnant.
Yang ketiga : surgery.

Yang pertama tu kategori tetek tak sihat (sebab melibatkan weight gain).
Yang kedua tu temporary effect je. Bila dah bersalin nanti, dia mengecut balik.
Yang ketiga tu risiko tinggi dan mahal.

Apa-apa pun, yang paling penting sekali, kalau dah kurus esok, dada tu cover.
Dugaan orang dah slim ni banyak.
Semua benda terasa nak tunjuk bila dah mengecik.
Nak tunjuk pinggang dah secekak, nak tunjuk peha dah kecik, nak tunjuk bontot dah kecut.
Macam-macam.
Semoga niat kita nak kurus tu tak membawa kita pada sesuatu yang Dia tak redha.




Ni antara those yang beli GreenAard melalui website and dapat diskaun based on berapa followers/friends yang dorang ada kat FB.
Paling tinggi diskaun 11%. Ni untuk yang ada kawan 4000 ke atas.
Siapa nak kurangkan berat badan tu, boleh la try beli GC Plus kat website, mana tau dapat diskaun.


posted by aveo757 @ 9:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER