2018-06-25

3 tahun lepas



Hari ini, pada 3 tahun lepas, di sinilah aku memerapkan diri untuk RnD produk pertama GreenAard - GC Plus.
Waktu ni bulan puasa.
Lab ada cerek pulak tu, siap ada sample kopi bagai.
Nasib baik takde Sunquick, kalau tak mau sadaqallahualazim puasa aku.
Hanya yang pernah terperap dalam food testing lab 15 jam je tau dugaannya duduk dalam ni di bulan-bulan puasa.

Pagi ni bila nampak FB memories, aku jadi rindu.
Tapi, waktu tu, 3 tahun lepas, aku hampir nak giveup sebab proses nak buat GC Plus terlalu lama.
Aku takut semangat aku luntur half way.
Dari pilnya warna biru, tukar ke merah, tukar ke warna lutsinar.
Since Nov 2014 lagi projek dah start. Duit dah banyak habis untuk RnD.
Untuk buat projek ni aku 'masuk kelas' balik.
Jumpa researcher-reseacher yang jadi customer biotek aku.
Berkampung dalam lab untuk refresh balik skill-skill yang dah lama aku tak pegang.
Masuk kelas dorang untuk refresh balik subjek-subjek yang ada kaitan dengan produk aku.
Duduk belakang sekali sebab 'student khas" katakan.

Tapi satu yang aku terfikir pagi tadi.
Dulu, kita rasa apa yang sedang kita lalui waktu tu dah cukup susah.
Now bila aku ingat-ingat balik journey tu, apa benda yang aku kata susah sangat dulu?

Then aku faham.
Dulu, aku terasa susah dah hampir nak giveup sebab aku nak semuanya berjalan dengan lancar.
Aku berharap, apa aku buat, menjadi.
Hakikatnya ia tak selancar yang aku sangka.
Rupanya, formula kena rombak sampai 3 kali.
Rupanya aku kena baca balik jurnal.
Rupanya aku kena spend time masuk balik lab.
Rupanya aku kena attend kelas semula.

Kadang-kadang ketika memilih satu-satu perkara tu berdasarkan persepsi yang nampak kat mata.
Tapi Allah lain.
Allah pilih sesuatu perkara sebab Dia tau inilah yang terbaik untuk kita.
Kerana manusia berisiko untuk salah memilih.
Walaupun jalan yang Dia atur untuk kita tak selari dengan kehendak kita, percayalah yang semuanya akan jadi baik-baik je.

Manusia sifatnya tergesa-gesa.
Selalu nak cepat capai apa yang dirancang.
Nak berjaya cepat, nak kaya cepat, nak habis blaja cepat, nak grad cepat, nak kawen cepat, nak anak cepat, nak cepat famous.
Semua benda nak yang the best dan cepat.

Hakikatnya, ia tak semudah memusingkan tapak tangan.
Adakalanya, cuba berkali-kali pun belum berhasil.
Selalunya waktu ni kita rasa menyesal dan cenderung menyalahkan keadaan.

Macam 3 tahun lepas lah.
Bila kena rombak formula berkali-kali, aku dah mula rasa letih and giveup.
Mulut tu nak je persoalkan apa benda lagi yang salah aku buat sampai tak jumpa-jumpa jalan penyelesaian?
Berapa lama lagi aku kena tunggu untuk produk aku siap sedangkan orang lain selamba 3 bulan sekali release new produk?

Stress gila waktu tu.

Tapi itulah sebenarnya ilmu yang Allah nak aku tau.
Yang sebetulnya, apa aku buat tu betul dah.
Tapi He just wants to joke with me.
Aku yang tak paham-paham, semuanya hanya akan berlaku dengan izin Allah.
Dia penuhi permintaan kita sesuai dengan keperluan bukan keinginan kita kerana Allah lebih tahu rahsia di sebalik semua benda.
Kerana kalau setiap manusia mempunyai keinginan yang sama dan diberi dengan cepat, maka kita akan lupa untuk bersyukur kerana kita tidak merasai susah-payahnya.
Dan kita lupa untuk letakkan pergantungan pada Dia.
Plus, kita juga akan sombong bila semuanya dapat dengan serta-merta.

GC Plus is not just a product but a valuable lesson.
Dia datang dalam satu pakej yang Allah bagi khas untuk aku sorang.

GC Plus bagi aku peluang masuk balik lab dan dapat one-to-one consultation dari bukan calang-calang penyelidik, secara percuma!

GC Plus bagi aku peluang masuk balik kelas untuk belajar secara percuma!

GC Plus buatkan aku blaja merendah diri untuk korek ilmu dari pensyarah-pensyarah di UPM, USM dan UM.

GC Plus buatkan aku sedar rupanya aku ada masa untuk membaca jurnal dan buku-buku kajian herba. Nak ambik PhD pun boleh kot (tapi err....nevermind).

Yang paling penting, GC Plus buktikan ilmu biotek aku ada jugak hasilnya.
Formula menjadi, alhamdulillah.

Minggu lepas, aku berjaya buktikan sekali lagi formula GC Plus.



Berat dahulu dan sekarang.
Tapi gambar kanan tu gambar bulan May lepas.



Gambar pagi ni.
Berat naik 1kg (mencekik tak sudah-sudah).
Tapi body fat semakin turut.

Tak perlu pakai baju ketat seluar ketat untuk buktikan kat semua orang kita dah kurus ya.
Kalau body fat jatuh, otomatically badan nampak susut.

Dulu, masa mula-mula launch GC Plus, susah aku nak buktikan pada orang yang this produk fokus untuk kurangkan body fat and increase otot.
GC Plus tak turunkan berat badan secara directly.
Tapi biasa lah kan, mana-mana orang pun mesti nak makan hari ni, lusa dah susut 10kg.
The thing is kita nak turunkan berat lemak, bukan berat air.
Kalau hari ni makan, lusa turun 5kg, itu berat iar yang turun.
Berat lemak takkan turun secepat tu.
Walau berat badan naik 1kg, tapi kalau body fat menurun, itu maknanya badan sudah susut.

Kalau rasa tak puas hati, nak tanya lebih lanjut, WHATSAPP SINI.
Biar kita explain panjang lebar.

Tapi, pastikan tak tanya soalan yang sama di bawah :