2018-06-23

Raya 2018 part seterusnya.


...sambung entry raya.

Pagi 2 Syawal, kitorang gerak balik dari Bangi ke Putra Heights.
Basuh jap baju-baju kotor satu round, siap sidai segala.
Pukul 12 tengahari, zassss balik Tganu pulak.
Ni pertama kali kejadian sejak kawen 17 tahun lepas balik dua-dua negeri time raya.
Everytime turn raya Bangi, kitorang takkan balik Tganu.
Selalunya raya kedua akan berjalan raya ke rumah makcik-makcik sebab raya pertama rumah full house.
Tapi tahun ni anak Kak Long kawen.
Majlis kawen takkan terjadi kalau En Wan tak balik. Mbahahaha.
Jadi tahun ni terpaksa pendekkan turn beraya Bangi sebab nak balik Tganu pulak.

Maka, dengan ini tandanya apa?
Tandanya, aku kenselkan balik raya haji ke Tganu.
Kena ganti balik turn raya aku yang di'potong queue'. Haha.

Pukul 4.10pm, kitorang sampai Manir.
Kat rumah cuma ada sorang je anak sedara En Wan tunggu kitorang kat rumah.
Mak and Kak Ngah gi rumah Kak Long jap tengok apa-apa yang patut.
Sampai je rumah, aku terus masuk dapur sebab mak dah kata dia dah panaskan nasik minyok.
Memang sengaja aku taknak makan tengahari sebab nak pastikan perut aku betul-betul digunakan sepenuhnya untuk isi nasik minyok.
Mak siap sediakan 2 pilihan lauk - ayam masak merah dengan gulai daging untuk makan dengan nasik minyok.
Terus settle 2 pinggan.

Malam tu takde aktiviti apa sangat, cuma gubahkan hantaran je.
Pastu aku membuta sebab orang lain sibuk nak tengok bola.



Sementara tunggu grup lain sampai, ambiklah sepam gambar berdua.
Ini, esoknya, hari nikah.
Kitorang semua decide pakai green-turqoise color.
Aku beli kain ni kat Pasar Payang masa balik mengundi hari tu.
Tapi baru ambil from tailor 3 hari sebelum raya.
Tukang ambik pun En Wan, aku malas nak ambik.
Jangankan kata nak test, tengok baju tu pun tak.
Main sumbat je dalam beg masa packing nak ke Tganu.
Alih-alih pagi tu masa gosok baju aku tengok apehal lengan baju ni sebelah bercorak sebelah plain?
Tak sure samada ini memang pesen baru atau tailor tu silap potong.
Sure dia bangga aku suka design dia, padahal dia bernasib baik sebab dapat customer macam aku jenis bedal je lah apa pun pesennya janji selesa.



Nikah buat kat masjid terapung.
First time aku masuk masjid ni padahal 17 tahun dah kawen dengan orang Tganu.



Yang tengah tu bibik Yani.
Ini bibik pertama aku yang jaga Redza dari umur 40 hari sampai 2 tahun.
Lepas setahun balik ke sana, dia datang balik Malaysia tapi kerja dengan Kak Ngah pulak.
Cukup tempoh balik semula ke Jakarta.

Tahun ni dia datang balik tapi kerja as tukang masak.
Raya ni majikan bagi cuti seminggu tapi tak tau nak kemana jadi dia ikut balik Tganu.

Nampak tak lengan baju aku sebelah lain?

Gasaklah...seb baik tak ramai yang perasan.



Kat luar tu ada grup lain menikah, jadi kitorang tunggu giliran kat ruang solat wanita.
Hantaran tu aku buatkan ikut sukati aku nak buat pesen apa pun.
Warna pun En Wan yang pilih.
Pengantin tak kisah, janji bekas hantaran siap cukup.
Yang kawennya orang lain tapi tema ikut warna pilihan aku.
Senang keje aku, kan?



Aku tak pasti apesal muka laki aku tu sedih nau dengar tok kadi bagi khutbah nikah.



Hantaran from the groom.



Hantaran from the bride (our side).
Mesti terpikir apesal pompuan bagi 5 lelaki balas 7?
Bukan sepatutnya terbalik ke?

Aku sendiri takde jawapannya.
Eh tapi sukatilah nak bagi berapa pun kan.
Aku masa bertunang dulu, En Wan bagi 7, aku balas 15.

Aku pun heran apesal banyak sangat mak aku balas?
Excited nau anak pompuan dia ada orang nak kot. Hahaha.



Faiz & Alya
Welkam welkam to the family.
Pengantin ni sempat tido satu malam kat rumah aku 2 hari lepas.
Datang jalan raya.



Ni orang penting dalam mana-mana majlis kawen anak sedara.
Setakat ni Kak Long kata "Rela tak buat majlis kawen kalau adik (En Wan) takde".
Tu nak tunjuk betapa pentingnya role dia.
Tapi setiap kali bagi pantun mukadimah, mesti lupa. Tapi sibuk nak berpantun. 
Mendidih je aku perati kat belakang.



The family.



Dah settle bergambor ramao-ramai baru teringat kitorang tak bergambar sefamili raya.
Yang kat Bangi hari tu dah bergambar raya pertama.
Ni kat Tganu pulak, haruslah lain sebab kena ada mak sekali.
Kalau tunggu balik rumah baru nak bergambar memang tak jumpa la semua nak pakai baju melayu gini.
Jadi, kita snap kat sini je lah sudah.
Janji ada gambar.
Walaupun anak-anak semua tak bersampin.
...and mak tak pandang kamera.



Eh sekali teringin pulak nak bergambar depan hantaran. Hahahaha.
Maklumlah dulu time bertunang and nikah tak sempat nak pose camni.
Kita tumpang la majlis orang kejap feeling-feeling pengantin baru.
Kameraman tu siap suruh sarungkan cincin je.
Aku dah nak hulur jari dah pastu baru teringat aku mana pakai cincin? Kahkahkah.

Badan aku ni takde seurat barang kemas pun.
Memang tak suka pakai barang kemas, dan tak pernah beli barang kemas.
Masa kawen dulu pun En Wan nak bagi hantaran barang kemas.
Dia kata mak dia suruh sediakan satu set gelang, rantai, cincin.
Orang pantai timur kan sinonim dengan barang kemas.
Tapi aku reject.
Aku kata takyah sebab konfem aku takkan pakai.

Sampai sekarang umur dah 41 tahun, minat pada barang kemas masih belum sampai.
Tak tau lah kenapa.
Bukan aku sorang ada penyakit gini, Ima pun sama.
Masa aku bertunang and kawen aku pilih cincin buat cukupkan syarat.
And aku request emas putih. Tak minat emas merah.
Kulit aku gelap dowh, kalau pakai emas merah tu nampak kulit aku glow in the dark. Mbahahaha.



Raya ke-4.
Bergambar satu famili before gerak ke Dungun untuk majlis bersanding kat belah laki.



Pengantin dah gelabah pukul 12 kitorang masih tak sampai-sampai.
Yang rombongan pun kemain bersantai-santai drive.
Tak penah-penah laki aku atas hiway bawak 100, hari tu dia bawak 100 je.
Pakai baju melayu lengkap bersampin katanya, mood nak race tak ada.
So now aku dah tau dah kalau nak suruh dia berhemah di jalan raya, pakaikan baju melayu siap sampin.



12.15pm kitorang sampai rumah pengantin lelaki.
Istiqomah betul laki aku raya tahun ni, hari-hari pakai baju melayu.
Sampaikan baju-baju kemeja yang dia bawak tak berpakai lansung.



Alamak aiii, takkan takde gambar berdua, kan.
Haruslah snap satu.
Tepi jalan pun bolehhhhh.



Disebabkan pengantin takde tukang pegang kain dia yang meleret tu, jadi aku secara otomatik melantik diri sendiri untuk pegangkan kain dia.
Maka tertonggeng-tonggenglah aku berjalan belakang pengantin pegang kain sambil buang rumput-rumput kering yang ikut berarak. 
Itulah sebab kenapa aku diri sebelah pengantin.



Rayyan mengetuai rombongan kanak-kanak.
Pengantin belum naik rumah, dia dah kat depan tangga rumah orang tu.



Our group.



Seronok rupanya jadi isteri ketua rombongan, sebab dapat perhatian lebih dari tuan rumah.
Apa-apa hal pun kitorang yang dipelawa dulu naik.
Mak bapak pengantin pun tak dapat layanan gini.
Agaknya camni la rasa kalau laki kita menteri, yang overnya kita bini-bini yang takde jawatan ni. Eh.



Lepas majlis ni, sepupu Faiz komen kat IG aku bagitau rupanya pengantin laki ni anak kepada sepupu dia. 

En Wan kata "Habislah lepas ni makin famous abang family Faiz baca blog awak".

Eh, apesal dia pulak yang famous ni?



Kak Long in between pengantin.
Depan tu mak and Mak Ndong (mak number 2 En Wan).



En Wan orang yang paling banyak bercakap dengan Faiz sejak tahun lepas lagi sepanjang persiapan kawen. 
Kejap-kejap dia call En Wan tanya camne nak buat ni, apa nak buat kalau gini, apa nak respon kalau gitu. 
Dah macam bapak pengantin pulak laki aku.



Haruslah satu gambar bersama pengantin kan.
Barulah nama ketua rombongan.

Lepas bergambar, pengantin and kitorang turun makan.
Tapi aku tak join makan, aku terus mintak kunci kereta kat En Wan and masuk kereta.
Biarlah tak makan pun, janji tak migrain.
Aku tak boleh duduk bawah khemah walaupun khemah tu berkipas.
Bahang panas boleh buatkan aku migrain.

Dah terkena dah hari nikah semalamnya.
Padahal dari masjid ke car park tu berapa jauh sangatlah.
Tu pun dah buatkan aku migrain teruk sampai muntah belahak.
Telan 4 biji panadol dalam masa 8 jam.
Sampai ke malam masing berdenyut.
Tobat lah aku nak duduk bawah khemah.
Terpaksa aku berlapor sepanjang jalan balik PH.



Lepas makan-makan, kitorang gerak balik.
Mula-mula plan asal nak patah balik ke Manir dan balik esok harinya.
Takut jem balik Isnin sebab Ahad tu aku tengok kat FB orang dok update sangkut dalam traffic berjam-jam.
En Wan takut aku migrain duduk dalam kereta lama-lama pastu terbelahak dalam kereta pulak.
Tapi terpaksa balik on the same day sebab mak mertua aku nak ikut anak cucu dia ke Cameron Highland.

Try gak gugel hotel kat Cherating kot ada kosong, boleh kitorang anak-beranak lepak Cherating in case jem teruk.
Tapi hotel yang senonoh semua fully booked.
Ok takpelah, tawakkal je lah redah samapi rumah.
Alhamdulillah tak jem.
Smooth je, cuma kat tol Karak je sesak sikit, sebab dari 5 lane jadi 2 lane, memang konfem sesak.
Tapi kejap je, dalam 15 minit pastu ok je.



Sampai tol Gombak around 5.30pm, terussssss pi Summit USJ makan Black Canyon.
Dinner terus siap-siap.
Sampai rumah takyah masak dah.

Aku kat meja makan ni lagi dah rasa nak terbelahak.
Kepala dah nak start berdenyut.
Sampai je rumah, terus mandi and tido.
Sedar-sedar En Wan dah siap basuh baju, angkat kain baju yang dah sidai sebelum balik Tganu hari, siap mandikan Rayyan bagai.
Alaaa, sweet nau. Terus aku tarik selimut tido balik.
Dia tengah rajin tu, biarkan. "Jangan tegur" konsepnya.

Raya kali ni tak jalan raya sangat sebab tumpu kat majlis kawen je.
Tak gi beraya lansung kat Tganu.
Kat Bangi pun tak.
Maybe this week nak try gi jalan raya.
Ada sesape buat open house?



Staff aku cakap lepas raya ni ramai yang whatsapp nak beli GC Plus sebab masing-masing baru baca blog entry sebelum raya hari tu.
Ramai yang baru tau 2 hari sebelum raya aku bukak offer 10% VIP Diskaun.
Tapi sorry, offer tu lama dah aku close.
But, kalau sesiapa yang nak beli GC Plus sebelum dapat gaji, aku bagi special price macam kat atas.
Yang nak beli time gaji dah masuk, beli dengan harga normal je lah ya, sebab dah gaji. Hehe.