2017-11-01

Putus cinta


Hari ni nak tulis pasal sakit hati bila putus cinta.
Yang ni ada reader request melalui request form yang aku letak kat blog dulu.

Putus cinta memang sakit, lebih-lebih lagi kalau ia tak berpihak kat kita. Contohnya, kita yang kena tinggal, dah tentulah sakit. Tapi kalau cinta tu putus sebab kita yang meninggalkan, kureng lah sikit sakitnya. Tak sakit lansung pun ada.

Mana yang lagi sakit :

1. Dia tinggalkan kita sebab orang lain.
2. Dia tinggalkan kita tanpa sebab, tau-tau menjauh.
3. Dia ada, tapi macam takde.

Kalau aku, aku vote nombor 3.

Kalau tinggalkan kita sebab ada orang lain tu at least nampak gak puncanya.

Yang nombor 2 tu macam bahabi jugak sebenarnya dia punya feeling sebab tak tau hujung pangkal kena tinggal. Takde reason, takde apa. Tau-tau habis gitu je.
Boleh jadi ni kes syok sendiri. Ko je rasa kau tengah bercouple padahal yang sorang lagi anggap ko bestfren je.

Eh dari zaman aku skolah menengah lagi, konsep teman tapi mesra ni dah ada tau.
Kongsi gelas, naik motor sama-sama, makan kek suap-suap, padahal takde apa pun.
So, kalau si dia ajak tengok wayang sama-sama, jemput kau makan malam ke apa ke semua, selagi dia tak cakap dia suka kau, kau tolonglah jangan feeling. Nanti dia tak apa-apa, kau yang menonggeng.
Pastu nanti kau meratap-ratap "Kalau tak anggap saya special kenapa awak layan saya special?".

Kau je yang rasa itu layanan special, padahal dia rasa biasa je. Dengan semua orang pun dia layan macam tu.
Dulu kan aku getik je rasa everytime dengar ada lelaki pesan suruh kem salam kat pompuan, yang si pompuan ni tergedik-gedik.
Kau dah kenapa?
"Kem salam" budak-budak lelaki ni macam "Hello" je. Takde apa yang special pun. Just salam perkenalan.
Tapi yang si pompuan dah bajet itu balak dia. Ya ampunnn aku lempang karang berlumba-lumba gigi kau masuk dalam perut.

Masa kat matrik dulu ada Apple Request.
Masa tu la nak tengok sape paling hot sekali kat pusat matrik tu.
Sekali aku yang paling dapat banyak sekali.
Kawan-kawan serumah aku pelik apesal aku dapat banyak.
Mentang-mentang la muka aku tak berapa nak Diana Danielle. Bila dapat banyak apple semua pun tertanya-tanya apesal aku dapat banyak? Kahkahkah. Binawe betul.

Kat situ je dah nampak sometimes, dapat perhatian dari ramai lelaki bukan bermakna dorang syok kat kau pun.
Some lelaki dia nak berkawan dengan kita sebab kita nampak macam fun to be with.
That's why jangan feeling lebih. Selagi dia tak cakap dia suka, kau jangan syok sendiri.
Nanti tetiba dia menjauh, kau tuduh dia gunakan kau pulak.
Mula lah nanti mengongoi-ngongoi nangis memekak kat telinga aku "Dia tu time susah cari aku, bila dah senang dia lupa. Cari awek lain".
Dah kau yang willing nak memberi, takkan dia nak tolak.

Aku dah banyak dah dengar benda macam ni.
Setakat Hamba Allah tu ajak pi beli eskrim sama-sama pun kau nak feeling.
Pakwe tu duduk sebelah time study pun mula terasa bunga-bunga dalam hati.
Lepas tu bila pakwe tu bagitau kau yang dia syok kat sorang budak pompuan lain, kau mula terasa hati.
Kamonnn, setakat makan bersama-sama tu takde apa yang specialnya kat situ. Dia boring makan sorang, sebab tu dia ajak ko mencekik sekali.

Tapi, yang point nombor 3 tu aku rasa paling sakit.
Bila dia ada, tapi macam takde.

Sebab aku pernah lalui benda ni masa dengan En Wan dulu.
Dah la masa tu kitorang dah bertunang, tau-tau lepas balik Jepun dia buat senyap. Setahun lebih kau tau tak dia tinggalkan aku kat Malaysia ni jadi penunggu dia. Tapi dia buat senyap.
Tu pasal in between dia kat sana aku kat sini tu aku hampir tersangkut dengan mamat from Kuching.

Sape belum baca kisah tu, boleh KLIK SINI dan SINI.

Tapi "ada tapi macam tak ada" yang aku nak cakap ni bukan macam kes aku dengan En Wan. Macam aku dengan En Wan tu at least dah bertunang. Kalau yang belum ada apa-apa ikatan rasmi, tetiba bf kau buat senyap, mesti rasa gelisah, kan?

6-7 bulan kau bercinta ok je dengan dia, tiba-tiba tak tau kenapa dia dah mula jarang call, balas whatsapp pun liat, sesekali muncul dengan mesej "I love you today".
Pastu senyap 3 hari.
Then masuk balik mesej "I sayang you".
Pastu senyap 4 hari.

Dia ada, tapi macam takde.

Orang kata dalam mana-mana perhubungan, trust is very important.
Tapi bagi aku, komunikasi yang sangat penting.
Biar tak berjumpa, tapi komunikasi jangan tinggal.
Dalam keadaan kita berjauhan dengan partner, apa lagi yang tinggal kalau bukan komunikasi?
Nak jumpa hari-hari tak sempat. Takkan nak whatsapp sehari 3 minit pun tak sempat jugak. Melampau sangat tu.

Bila kurang komunikasi, memang akan timbulkan banyak unwanted problems.

Ada setengah orang (tak kira lelaki atau perempuan) pilih untuk taknak share apa-apa masalah sebab taknak menyusahkan katanya. Jadi, dia pilih untuk handle masalah sendiri. Bila dia nak handle masalah dengan sendiri, secara tak sedar dia dah letakkan masalah tu sebagai priority. Dah tentu benda-benda lain jadi tak penting lagi lepas tu. Sebab tu dia lupa nak contact partner dia.
Selalunya, bila kau pilih untuk tak nak kongsi masalah dengan partner, kau sebenarnya sedang menyumbang kepada lebih banyak masalah.

Bila ada orang yang rapat support semasa kita memerlukan, masalah jadi lebih ringan sebab kita berkongsi beban.
Contoh when it comes to financial problem, walaupun dia tak dapat membantu sangat, at least dia boleh bagi advice, bagi cadangan atau tegur mana yang patut.
Time kita terbeban dengan masalah selalunya benda-benda simple pun kita tak terpikir. Jadi, kalau kita share, mana tau jumpa jalan keluar.

Lagi satu, bila kita berkomunikasi, it will somehow strengthen trust.

Boleh ke kita percaya kalau bf/gf yang senyap takde khabar berita?
Boleh kita ke kita bersangka baik kalau bf/gf kita kejap-kejap missing in action?
Alasan BUSY dah tak boleh pakai ya.
Kau ingat kau sorang je busy dengan keje kat opis? Abis aku ni menganggur?

No such thing as busy.
Yang ada cuma LESS PRIORITY.
Kenapa dulu masa nak mengorat boleh ada masa?
Bercakap kat phone sampai panas telinga. Dah takde nombor lain yang appear kat skrin henfon balik-balik nombor kau siang malam.
Alih-alih bila dah bercouple, 3 hari sekali nak call pun payah. Tapi whatsapp status 'online' memanjang.

That's why CAKAP tu penting.
Jangan buat senyap. Bila kau senyap, aku kat sini akan pikir bukan-bukan.

Aku pernah sound En Wan awal-awal kitorang couple dulu.
Aku cakap kalau ko bukan jenis yang caring and loving, jangan mengorat aku dengan sesuatu yang bukan diri kau.
Contoh, masa nak mengorat aku kemain call 3 jam. Bila dah confirm jadi awek, 3 minit pun susah nak dengar suara.
Lagi satu contoh, masa aku belum jadi awek kau kemain rajin belikan hadiah, bila dah jadi awek, kelibat pembalut hadiah pun aku tak nampak.

Benda-benda macam ni lah yang buatkan aku merempan.
Bila kau dah biasakan dengan cara yang romantik sebelum dapatkan aku, maka kau kena teruskan dengan cara yang romantik selepas kau dapat.
Jangan bila dah dapat, kau jadi orang lain.
Bila aku bengang karang, kau cakap aku tak memahami.
Ni bukan masalah tak memahami, tapi bila kau dah memulakan sesuatu dengan cara A, maka teruskanlah dengan cara A.
Kalau dari awal-awal kau ngorat aku dengan cara B, teruskan sampai bila-bila dengan cara B.

Ni tak.
Masa nak mengorat awek tu dulu kemain macam Zul Aripin dia punya romantik.
Dah dapat, Zul ke mana, Ripin ke mana.
Sampai pompuan tu jadi konfius, apesal kau tiba-tiba berubah?
Sebenarnya kau tak berubah pun, tapi perangai kau yang sebenar memang macam tu.
Cuma kau je yang buat-buat romentik masa nak mengayat dia dulu.

Zaman sekarang lagi la, zaman semuanya di hujung hari. Tinggal nak dengan taknak je.
Kalau dulu, boleh la pakai alasan takde kredit nak call.
Ni dah ada whatsapp free call pun takkan malas lagi kot.

Masa aku couple ngan En Wan dulu, aku takde henfon.
Jadi tak tau nak call dia macamana. Sakitnya jiwa menunggu dia call aku.
Memang lah dia dah bagitau dia akan call seminggu sekali, sekali call 3 minit je.
Tapi seminggu tu hari apa? Kau nak call pukul berapa? Takde lah aku tertunggu-tunggu.

Nampak macam demand kan, tapi aku perlu tau exact time so that aku boleh standby siap-siap tepi tepon.
Karang kalau tetiba Mak Aji yang angkat, dia pulak yang layan bersembang dengan bakal menantu 2 minit, pastu turn aku cakap seminit je. Kau tak hangin?
Sebab benda ni pernah terjadi dulu.
Mak Aji yang angkat call tu pastu dia bertanya khabar lah apa lah, bila turn aku tinggal 1 minit je.
Macam ribut aku bercakap dengan En Wan nak kejarkan seminit tu.
Pastu aku tension sebab dapat cakap kejap je.
Nak marah mak aku tak boleh, so aku marah lah dia. Kahkahkah.

Jadi aku sangat percaya yang komunikasi sangat penting.
Kalau jarang berjumpa, tapi masih ada komunikasi, at least kita tau hubungan tu tak mati.
Ni tak.
Senyap 3 hari, pastu masuk mesej "I love you today".
Pastu diam 4 hari.
Pastu masuk lagi mesej sayang sayang bagai. Pastu missing in action seminggu.

Jenis yang macam ni aku rasa dia memang dah official couple dengan kau tapi dia belum pasti kau adalah calon yang tepat.
Tapi dia taknak kau hilang. Kira kau macam backup la.
That's why dia hanya akan mesej sekali-sekali just to keep the relation warm lah konon.
Membuatkan kita ni tertanya-tanya, aku ni masih ada relation lagi ke tak dengan kau?

No, no. Ini bukan queen control atau possesive.
Ini namanya try to make things clear.
Kalau kita demand from him/her explanation tentang kenapa dia tak call, kenapa tak reply mesej, kenapa kenapa kenapa - itu bukan mengongkong.
Sometimes kita nak orang di sana tau what's exactly in our mind dan apa yang kita rasa. Tu je.
Be clear.
Kau nak aku lagi ke tak? Kalau tak nak, ok clear cut. At least aku boleh move on.
Sebab kau buat aku tertunggu-tunggu macam ni pun sakitnya sama macam kau tinggalkan aku.
Lebih baik tinggalkan je daripada tunggu kau takde kesudahan. At least aku boleh bukak hati untuk orang lain.



Hari ni and esok (1 & 2 Nov) ada promo khas untuk pencinta Makeup Remover and Cleansing Gel sahaja.
FREE GIFT.
FREE POSTAGE.
TERHAD 50 ORANG JE.
Klik bawah ni terus masuk ke whatsapp admin.
Kat website takde option ni. Ini memang untuk beli kat whatsapp je.