Semua tengah angau dengan drama Teman Lelaki Upahan kan?
Seb baik kali ni aku tak angau.
Aku dah serik sejak aku terjebak dengan Ariana Rose hari tu.
Gila angau sampai berminggu aku mandom. En Wan lalu-lalang depan aku pakai spender je pun aku tak layan.
Tapi sebenarnya aku tak angau dengan cerita Ariana Rose, but the novel - The Wedding Breaker sebab novel memang selalunya lagi best dari cerita TV.
Aku kalau angau dengan cerita cinta memang extreme, sebab tu En Wan sangat berhati-hati pilihkan bahan bacaan aku everytime aku masuk kedai buku. Seboleh mungkin dia tak kasik aku beli novel cinta sebab hanya dia je yang tau apa natijahnya.
Tahap angau aku dengan novel Ariana Rose tu sampai aku bawak novel tu ke mana-mana aku pegi as if buku tu adelah Tengku Adam Kamil.
Tido pun letak kat sebelah.
Tak cukup dengan letak kat sebelah, tangan kena sentuh buku tu sampai ke pagi, punyalah 'setia'nya aku ni, sedetik lebih pun taknak tinggalkan kekasih hati.
Kekasih hati waklu namanya.
Kebetulan waktu aku tengah angau tu, En Wan kena outstation kat Penang 2 weeks.
Kesian member sedih-sedih nak berjauhan ngan wife, tapi wife relek je takde apa.
Masa tu salah timing, kau outstation masa aku tengah angau dengan Tengku Adam, sorry la, ai tak dapat nak membahagikan kasih sayang ni. Mbhahahahha.
Teman Lelaki Upahan (TLU) lagi sekali menyaksikan ramai awek-awek orang dan bini-bini orang angau.
Kat newsfeed aku kalau pukul 7-8pm tu dah memang takde status lain masing-masing nak update.
Manjang TLU aje.
Aku start tengok pun dah nak penghujung. Dapat la jugak layan episod 19-21 pastu terus stop sebab aku tunggu buku dia. Gerenti buku lagi best.
Aku pernah tanya En Wan apesal perempuan suka baca novel cinta?
Even dah kawen pun tetap suka layan novel cinta sampai terbawak-bawak dalam mimpi.
Why Why?
Dia takleh jawab.
Takleh jawab takpe, meh aku jawabkan.
Sebab, semua perempuan memang suka karakter lelaki seperti dalam kebanyakkan novel cinta.
Lelaki yang hensem + kaya + naughty + successful in both academics and carrier + baik + romantik.
Janganlah masing-masing nak baca entry aku ni sambil mencebik-cebik.
Dah memang ye semua perempuan suka lelaki jenis ni. Toksah la beria kata tak.
Tinggal lagi lelaki jenis ni jarang-jarang kita jumpa.
Maka sebab tu la walaupun kita dah berlaki, kita masih lagi syok melayan cerita-cerita cinta.
Dalam erti kata lainnya, ramai wanita kurang kasih sayang. Hahaha.
No.
Bukan maksud suami masing-masing tak best.
BEST.
Cuma in some parts, dia tak menepati kriteria sebenar yang kita angan-angakan sejak dari dulu.
Samada spouse kita tu yang tak menepati kriteria kita atau kita yang berangan jauh sangat.
Dalam kes aku, aku berangan terlampau jauh.
Biasa la kan, girls...always berangan kisah cinta yang mustahil.
Tapi dah tau mustahil, tetap jugak nak berangan.
Berangan taknak sikit-sikit, nak couple ngan kerabat raja aje.
Ada sport car namblas bijik.
Mansion.
CEO syarikat besar.
Ada empayar sendiri.
Hensem tahap Brad Pitt + Johny Depp + Leslie Cheung + Leslie Cheung + Leslie Cheung + David Beckham + Adam Levine + Ungku Ismail Aziz.
*tetiba ada sorang melayu*
Aku dulu macam ni la.
Kalau berangan nak dapat pakwe tu yang melangit aje. Taknak berangan sikit-sikit ni.
Sebab dah tau takkan dapat punya kan, so why not kita berangan tinggi-tinggi terus. No harm what.
Nak tunggu dapat yang realiti bilanya?
Masa tu, asal ada lelaki melintas depan mata yang kita berkenan sikit, mesti kita akan cuba nak relate-kan dengan 'bayangan kekasih hati'.
Macam aku dulu terlalu imaginekan dapat balak muka cam Leslie.
Jadi, asal ada lelaki mata sepet melintas depan aku, semuanya aku nampak hensem belaka.
Sebab ciri-ciri tu ada. Walaupun sikit.
Pastu kulit kena putih. Sebab Leslie putih kan.
Walaupun aku sedar aku tak berapa nak putih tapi pedulik apa aku.
Leslie study oversea, tu be specific Leeds Uni.
Aku pun taknak kalah ni, kalau boleh nak jugak balak study overseas, tak kisah la kalau bukan dari Leeds pun, janji overseas supaya close dengan bayangan lelaki idaman tu tadi.
Lelaki-lelaki impian dalam vovel-novel cinta semuanya macam know how to handle awek dia in a very sweet and cair-bair way.
Tegas but at the same time sweet and suka memanjakan. Auwww!
Sport car.
Kalau boleh balak aku pun mesti ada sebijik menatang ni.
Materialistik kan aku? Kah Kah Kah.
Maunya tak.
Asal aku baca novel cinta je mesti lelaki kaya gila bahabi, pastu sport car menjalar.
Lama-lama aku pun berangan benda yang sama.
Eleh, berapa kerat sangat pun lelaki kat Malaysia ni yang ada sport car.
Melainkan dia dah establish dengan kerjaya atau anak orang kaya.
Kalau nak tunggu realiti payah aku nak dapat, nak pulak muka aku ni Jawa okeh, bukan muka Miss World. Takde maknanya nak dapat lelaki macam ni.
Jadi apa salahnya aku memasang angan-angan.
Bak kata omputih, 'shoot for the moon, even if you miss, you'll land among the stars'.
Lelaki tu kena funny and naughty.
Macam best je kalau dapat balak yang suka menyakat.
And plis lelaki tu janganlah pemalu.
Ada sifat melindungi dan berani.
Especially berani nak tackle aku.
Cewah bajet macam kau tu hot sangat susah nak ditekel. Kah Kah Kah.
Semua ni memang karakter-karakter impian aku.
Kebanyakkan karakter dalam novel-novel cinta pun macam ni lebih kurang jugak.
Lelaki hensem macam nak rak, kaya gila, macho nak mampus, kalau anak orang kaya lagi bagus, ataupun CEO syarikat gempak-gempak yang bangsa tido atas duit, bla bla bla.
Macam alam kayangan sangat nak jumpa lelaki macam ni.
Tapi pernah tak terfikir, setelah bertahun kita dok berangan nak lelaki jenis ni, tup tup kita kawen dengan lelaki yang sometimes takde lansung kriteria yang kita nak, yet kita still happy.
Dan lepas kita dah set kita akan kawen dengan lelaki yang tak menepati kriteria tu, masa tu lah jugak kita ditakdirkan berjumpa dengan jenis lelaki yang selama ni kita dok imaginekan, but the kita realized, lelaki macam tu tak sesuai lansung dengan kita.
Aku taknak tanya korang.
Aku nak cerita apa yang aku pernah lalui.
Tahun 2000, 3 bulan lepas aku balik dari Sarawak for good, aku ditakdirkan berjumpa dengan lelaki yang aku dok imagine-imagine selama ni.
Aku jumpa kat Stesen Komuter UKM.
Hensem series hensem aku tak tipu.
Kulit putih, muka macam mix Arab sikit.
Daripada tepi dah macam Antonio Banderas cuma budak laki ni putih.
Tinggi.
First aku jumpa, dia pakai kemeja warna dusty purple, seluar hitam, bawak beg macam hero TLU selalu bawak tu.
Punyalah attractivenya lelaki ni sampai skarang aku boleh ingat lagi dia pakai baju apa. Hahaha.
Journey aku ke tempat keje memang akan stop kat stesen Bandar Tasik Selatan sebab nak tukar LRT.
Dia pun.
Chances untuk dia kenal muka aku, aku kenal muka dia tu memang konfem punya sebab yang turun ke stesen Bandar Tasik Selatab tak ramai mana berbanding dengan yang menunggu komuter kat stesen UKM tu.
Dulu Sabtu goverment keje. (sekarang keje lagi tak?)
Sabtu selalunya pakaian aku lebih kasual.
Begitu jugak dia.
Kalau hari Sabtu, makin hensem mamat ni. Smart casual sesangat-sangatnya!
Setelah 2-3 bulan macam tu, Sabtu, aku terlambat catch train 6.30am.
Jadi aku sampai LRT stesen Bandar Tasik Selatan pun lambat sikit dari biasa.
Bila dah lambat tu of cos la stesen LRT tak ramai macam waktu selalu.
Masa turun tangga aku nampak mamat ni kat bench tengah duduk baca buku.
Aku macam eh?? Bangun lambat jugak mamat ni?
Elok je aku habis turun tangga, LRT sampai. Aku pun terus la berdiri depan pintu train.
Tetiba aku dengar suara kat belakang "Ingat tak datang hari ni.."
Aku toleh, aku yakin dia cakap kat aku sebab dia senyum. Oh sweet gila! Tapi aku kontrollll.
Aku senyum balik and terus masuk train, terus cari tempat duduk.
Mamat tu kena berdiri sebab takde seat.
Next station, amoi yang duduk sebelah aku keluar.
Kebetulan mamat ni pandang arah aku, so aku bagi signal supaya dia datang duduk seat sebelah.
Hoh, gila daring aku dulu siap boleh bagi signal-signal mata lagi. Ohh Tuhan, ampunkanlah aku.
Dia duduk je dia cakap "Nasib baik saya tunggu awak.."
Kau tunggu aku??
Oh my myyyyyy.
Nak buat apa tunggu aku?
Ok kita pause cerita ni kejap.
Kalau ko ada kat tempat aku, apa agaknya ko buat?
Please imagine aku yang dulu ya. Bukan yang sekarang. *background lagu Tegar*
Seriesly I cannot help it la.
Selama ni aku dok bayangkan lelaki jenis macam ni wujud.
And aku always look forward untuk jumpa dengan lelaki macam ni.
Tiba-tiba, nah! Depan mata.
And this lelaki pulak yang ambik effort untuk kenal aku.
Kau rasa camne?
Aku nak tolak?
Hell no!
Hahahaha.
Walaupun masa tu aku dah bertunang, but this might be the last chance in my life untuk aku kenal lelaki yang aku dok imaginekan selama ni.
Nak kenal je kot.
Nak tau lelaki macam ni memang best ke. Tu je.
Hoiiii...memang goyang kejap aku.
Kriteria tu memang ada sangat.
Pastu bila dah sembang-sembang aku tau dia grad UIA.
Dia run family bisnes.
Duduk kat Bangi rumah abang.
Family dia kat Kuching.
Ha, camne tu. Dah nak dekat sama dah dengan apa yang aku imagine. Camne nak buat ni agak-agak.
Disebabkan aku blaja kat UNIMAS dulu, so macam ada je la benda aku nak sembangkan pasal Kuching. Seronok jugak bersembang, tak perasan pulak aku baru je kenal dia. Biasa la aku kan banyak mulut.
Dia turun dari train awal sebelum aku, tapi aku lupa pulak stesen mana dia turun.
Dia mintak nombor henfon aku. Aku mana la ada henfon masa ni.
Aku bagi je nombor rumah. Gasak kau lah kalau berani kau call.
Esok tu aku tak nampak dia dah.
Seminggu tak nampak.
Alih-alih satu malam tu dia call. Kebetulan aku angkat phone. Seb baik aku yang angkat. Kalau tak, mampus kau kena bersoal-jawab ngan mak aku.
Masa dia call aku tu dia kat airport, dia baru touch down dari Kuching.
Dia tanya "Awak boleh keluar malam tak?"
"Tak boleh and tak pernah"
"Saya lapar. Ingat nak ajak awak makan"
"Tak boleh kot"
"Parents awak ada kat rumah ke?"
"Memang la, ni rumah dorang. Kalau dorang takde pun saya memang tak keluar malam"
"Takpelah, pukul 10 nanti saya call lagi"
Memang pukul 10 dia call.
Tapi dia call bagitau dia ada kat luar rumah. Ohhh sweet gila. Kah Kah Kah.
Tapi masa ni aku cuak oi.
Nasib baik la memang dari dulu aku ramai kawan lelaki berbanding kawan perempuan, and kawan-kawan lelaki aku time skolah memang suka bersidai ngan aku kat luar pagar malam-malam.
Dorang tak masuk rumah walau diajak oleh Mak Aji dengan alasan nak merokok.
So Mak Aji tak syak sangat bila aku cakap nak jumpa member kat luar kejap.
Tapi jantung aku macam nak luruh.
Sebab mak bapak aku kenal semua kawan lelaki aku, aku harap sangat mak aku tak mengintai budak lelaki ni.
Rupanya mamat ni call sebab nak hantar nasik goreng!
"Saya nak makan dengan awak jugak jadi saya bungkus satu untuk saya, satu untuk awak. Jap lagi saya call. Kita makan sama-sama sambil cakap kat phone"
Perlukah aku cair??
Perlukah?
Perlu!
Hahahahahahaha.
Terlupa terus tunang kat Jepun.
Mari kita check balik adekah lelaki di atas ini seperti lelaki idaman aku ala-ala novel cinta :
1. Nak macam Leslie.
Tak hensem macam Leslie pun. Tapi sepet and putih macam Leslie. Ok tick.
2. Overseas grad.
Boleh la Jepun. Okla dari aku over the sea je.
3. Ada kereta sport.
Ada la sebijik, takde la sampai namblas bijik.
4. Funny and naughty.
Tak sangat.
5. Tak suka lelaki pemalu.
Malangnya En Wan ni pemalu gila sampai aku sakit jiwa. Nak benti tanya orang tunjuk arah jalan pun malu. Dia lagi rela sesat barat 4 jam daripada benti tanya orang. Pemalu tahap apa pun aku tak tau lah.
6. Romantik.
Pakcik ni tak romantik okeh.
Aku berusaha nak imagine setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia ni ungkapan romantis.
Tapi gagal.
Camne la nak romantik kalau cakap sayang pun jadi sayam. Aduiii.
7. Jealous.
Pakcik ni pengjeles.
Sebab tu dia rajin kelebet purse and henfon aku.
Ntah hape dia carik aku tak tau.
Boleh tak jangan perasan bini ko ni hot macam Neelofa? Plis.
8. Tahu apa yang dia nak.
Pakcik ni dah extreme sangat la pulak.
Manjang je aku kena ikut cakap dia.
Kalau aku nak makan western, dia nak makan nasik dagang, takde maknanya dia nak mengalah.
Dia kena makan dulu nasik dagang tu nanti malam-malam karang baru dia bawak aku makan western.
Apa-apa pun, dia punya settlekan dulu.
Stress aku kadang-kadang.
9. Berani tekel aku.
Ok yang ni memang aku salute keberanian dia.
First time jumpa Mak Aji and Pak Aji dah bagitau "Saya sukakan Diana".
Ok yang ni aku cair.
At the same time aku pun takut dia cair kena pelempang mak aku.
Tapi secara keseluruhannya, En Wan tak sama macam yang aku imaginekan selama ni.
Tak sama.
Tapi hanya dia je yang tahan dengan karenah aku.
Tempoh berkawan dengan mamat Kuching tadi adalah tempoh aku fahamkan balik apa sebenarnya yang aku nak sebagai teman hidup.
Ciri-ciri lelaki yang aku nak tu memang ada kat mamat tu.
Maybe aku terlampau kuat sangat berangan nak lelaki macam ni, hah ambik ni AKU bagi DIA kata.
Rasa seronok gila akhirnya jumpa jugak dengan lelaki idaman ala-ala dalam novel.
Tapi dalam tempoh berkawan tu Allah nak tunjuk sometimes kita akan jadi manusia yang lebih baik sekiranya kita tak bersama dengan dia.
Bukan bermaksud lelaki tu jahat.
Tapi, apa yang kita nak tu sebenarnya belum tentu sesuai dengan kita. Mungkin kita yang akan membawa masalah dalam perhubungan tu nanti.
Kita rasa kalau kita dapat suami macam ni mesti best. Padahal sebenarnya tak.
Ada perkara yang menyebabkan selera tu terus off macam tu je.
Apa yang Tuhan arrange untuk kita sebenarnya dah cantik dah.
Terima je lah senarai kelebihan dan kekurangan pasangan.
Just terima dengan hati terbuka dan redha.
Disebabkan ketaksamaan itulah Tuhan jodohkan kamu berdua.
Sisi yang tidak sama, tetapi fit perfectly.