2016-11-06

Rayyan 6th


Seminggu tak update blog, ada aje yang email tanya apesal blog tak berupdate.
Aku sebenarnya pun lupa aku tak update blog, sebab hari-hari aku update FB jadi terasa macam hari-hari pun aku bercerita. Sorry lah, kadang-kadang status aku kat FB cukup panjang sampaikan dah takde apa nak cerita kat blog. So, kalau rajin, follow je lah aku kat FB ya. Tapi kat sana jarang letak gambar, kalau gambar aku letak kat IG je. So pilihlah nak follow kat mana pun.

Khamis lepas birthday Rayyan yang ke-6.
Macam biasa, hantar kat skolah je, sebab kebetulan jatuh on weekdays.
Sementara dia tengah excited nak celebrate birthday ni, layankan aje.
Esok tetiba dia dah taknak celebrate, baru takyah buat apa-apa.
Macam si Redza, sampai umur 10 tahun je dia nak ada kek. Lepas tu kek pun dia taknak potong. Siap warning aku jangan belikan kek. Nak potong kek pun malu. Tu beza anak laki ngan anak pompuan. Seb baik tetiap tahun aku celebrate besday dia, semua gambar aku simpan. Ada la jugak kenangan. So, sementara Rayyan masih belum malu nak potong kek ni, meh buat je.

Kali ni, aku tak inform En Wan lansung apa aku plan.
Aku cuma cakap aku nak prepare goodie bags je. Leceh okeh kalau aku bagitau dia apa yang aku nak buat nanti dia mintak aku tunjuk semua invoice. Camni lah berlakikan suami yang semua profesion pun dia nak bolot. Engineer pun dia, bos pun dia, fesyen designer pun dia, akauntan pun dia nak sapu.

Kali ni aku tempah kek, sandwiches, spageti aglio and mihun Spore.
Tu pun kalau nak ikutkan aku nak tambah lagi dessert lain. Aku kalau bab makan ni memang super excited, walaupun bukan aku join sekali.



Ini aku order kat follower/reader nama dia Syaheera Zulkifli. Tapi bukan dia yang buat. Mak dia baker. Jadi ni mak dia punya bisnes. Anak dia promotekan. 


Aku ambik pilihan DESIGN ON CAKE.
Kreatif mak dia dia. Cantik kek Spiderman Rayyan. Boleh baca conversation kat atas untuk maklumat kek. Selebihnya, boleh contact Puan Foziah Morad at 019-2885573 atau ke IG @passionbakers. Tak pun, ko contact ke FB anak dia ni. 


 Sandwiches untuk cikgu and anak murid. Ada pilihan takde sayur and ada sayur.


Yang ni order kat blogger/follower/reader also.
Yang ni dari zaman dia anak dara kot dok baca blog sampai anak dah 2.
Baru la Khamis lepas jumpa. Benti keje semata-mata nak fokuskan pada bisnes ni.
Macam-macam dia boleh buat, selain sandwich dia buat kek, brownies, tarts and spageti - macam-macam! Orang kalau pandai masak memang semua benda pun boleh buat. Orang yang pandai makan cam aku ni, kau letak apa pun kat depan, insyallah selesai. Boleh contact FB Zarena (tu atas tu nama FB dia)


Yang ni spageti aglio and mihum Singapore.
Aku tak kenal budak ni, tapi masa aku naikkan status tanya siapa boleh buatkan spageti, ada kawan dia bagi contact number dia. 


Nombor telifon terang-terang kat atas tu, harga pun ada, silakan call kalau nak makan.
Aku tak rasa semua makanan ni, tapi respond dari teacher Rayyan, dia kata sedap-sedap. Alhamdulillah kalau sedap.


Yang ni dengan also blogger/reader.
Pun benti keje sebab nak fokus kat kukis making and event. Kalau nak buat birthday party dia boleh handle from A to Z. Aku tempah 70 ketul kukis huruf R. Ingatkan student cuma 70 orang je. Nasib baik tanya teacher, rupanya 85 orang. Jenuh lah pikir apa aku nak sumbat dalam goodie bag ni nak gantikan kukis. Plan nak masukkan Kit Kat je. Rupanya Shila buat surpirse dia bagi extra 25pcs dengan design yang sangat awesome! Sampai aku ada terasa tak jadi nak bagi pulak. Hahahah. Kukis dia besar tapak tangan okeh. Puas budak-budak nak makan.


Kalau alphabet kukis RM5/pc. Tapi kalau ko nak buat pokemon ke, smurf ke, harga lain okeh. Jenuh nak melukis tu, berbaloi lah dengan harganya. Kreatif budak ni. Boleh skodeng IG dia @kakakookies. Konfem korang teruja nak beli.


 Kukis ni sampai malam.
Sanggup budak ni tak tido semata-mata nak tengok kukis dia.
Siap pakai baju spiderman lagi, dia ingat kek spiderman dia sampai malam tu jugak.
Mujur lah tak sampai malam tu, kalau tak, agaknya malam tu jugak dia nak potong.







Seronok tengok budak-budak hepi.
Aku takleh imagine kalau aku hanya bagi 70 beg je hari tu. Mesti sedih je budak-budak yang tak dapat. Seb baik lah En Wan free Rabu petang tu untuk teman aku pi cari tambahan barang and beg. Kalau dibuatnya hari tu dia tak free, tak dapat aku bayangkan budak-budak yang tak dapat beg ni camne rupanya. Budak-budak, biasalah. Dorang seronok kalau sama-sama dapat. Walaupun dalam tu sebenarnya barang-barang yang mak bapak dorang boleh belikan jauh lebih best, tapi bila kawan-kawan ada, dorang pun nak jugak ada sama.

Thank you so much la kat semua baker yang sanggup hantar sampai ke rumah/tadika.
Thank you teacher sebab hantarkan gambar.
Ni last Rayyan buat birthday party at school. Tahun depan Darjah 1 takkan nak buat party kat kelas ye tak. Melainkan bapak kau ada share kat skolah.