2016-10-29

Ho Chi Minh 2016 - Finale



Sabtu pagi, lepas breakfast, kitorang pegi ke Chu Chi Tunnel pulak. Tempat idaman En Wan semenjak pertama kali jejak Vietnam, tapi tak sempat-sempat nak pergi.
Perjalanan ambik masa 1 jam setengah jugak.
Pagi tu hujan renyai sikit tapi takpelah sebab kitorang dalam van, bukan kena tempias pun. Harap-harap sampai sana janganlah hujan.

Tapi sebelum singgah ke Chu Chi, kitorang stop kat pusat kraftangan handicap.
Kat sini dorang buat ukiran dari kulit siput dan kulit telur itik.
Setiap kali pi HCM, En Wan WAJIB bawak balik satu paintings ukiran ni. Sampai dah takde tempat dah rasanya nak gantung paintings. Aku rasa satu hari nanti dalam toilet pun dia gantung paintings.

Ada paintings yang siap dalam masa 6 bulan. Paling cepat 3 bulan.
Tak sampai hati pulak nak mintak tawar kalau dah tau susahnya nak siapkan satu projek.




Contohnya yang ni.
Yang ni hanya pakai kulit siput.

Yang mana kulit siputnya?

Yang gambar pompuan tu la pakai kulit siput.
Apa ingat senang nak potong kulit siput jadi bentuk badan manusia?
Aku tengok gila bapak punya teliti yang tukang gergaji cengkerang.
Kalau aku dah juling bijik mata asik nak mengadap bendalah tu je.

And, lepas dah siap potong and tampal atas batu hitam tu, bukan boleh siap macam tu je.
Ada banyak proses lagi.
Proses kilat, proses gosok dengan batu sungai, pastu gosok ngan kertas pasir, pastu jemur je dah kena 1 bulan sebab nak hilangkan bau hanyir, lepas tu varnis lagi. Jenuh lah.



Just imagine dari kulit siput ni....



Dipotong dengan gergaji kecik ni....



Untuk dijadikan sekecik dan sehalus ini.



Bukan keje sambil lewa okeh nak potong kulit siput untuk membentuk ayat Qursi ni.
Mr ni cakap, frame tu adalah size paling kecil yang boleh dorang buat untuk buat ayat Quran. Lebih kecil dari tu dorang tak boleh buat sebab untuk size frame besar ni je, huruf-huruf tu dah cukup halus nak dipotong.




Paintings macam ni memang kegemaran En Wan kalau pi Vietnam.
Memang dia akan bawak balik at least seketul.
Ni namanya painting dari kulit telur itik.
Yang korang nampak tu bukan lukisan ya, tapi serpihan kulir itik yang ditumbuk kecik pastu disusun  dan digam atas lukisan. Disebabkan kulit telur kasar, jadi setiap lukisan akan lalui banyak proses sampailah permukaan tu jadi licin and berkilat.



Proses tu semua dibuat secara manual.
Kat sini proses basuh lukisan guna batu sungai.
Just imagine brader ni dari pagi sampai ke petang kejenya membasuh?
Tak ke kecut jari-jari ko semua? Tak tau lah berapa gaji dorang ni. Harap-harap berbaloi lah. Kesian.



Lepas tu kitorang ke Chu Chi Tunnel.



Ni kitorang bergambar depan 'cinema'.
Kat dalam tu (bawah sebenarnya) dorang tayangkan rakaman sebenar semasa perang.
Tempat yang kitorang pijak ni pun bawah tu sebenarnya adalah terowong.



Ni salah satu actual trap yang masih dorang kekalkan, tapi dorang ubah bagi cantik sikit letak artificial grass and pagarkan sekali. Kang tak pasal ada yang betul-betul menjunam ke dalam.




Aku takleh imagine berapa ratus musuh yang dah tersagat dalam lubang ni.
Cara dia buat trap tu boleh buatkan samada kau jatuh terlentang atau jatuh tertangkup atas 'duri' ni. Konfem mati on the spot punya.



Renjer ni tunjukkan cara tentera dorang masuk ke dalam tunnel.
Lubang dia gila halussssss. Memang hanya orang Asia lah yang boleh masuk. Omputih konfem menung je dari atas. Bak kata Renjer ni, Ho Chi Minh arahkan buat lubang yang "hanya tikus saja boleh masuk, tapi arnab tak boleh masuk". Nak menunjukkan betapa keciknya lubang tu.



See? Muat-muat bontot dia je.
Kalau pompuan masuk, maybe bontot boleh lepas, tapi tetek tak lepas kot.



Nak tutup pintu lubang caranya angkat tangan straight ke atas, dan turun lah dikau perlahan-lahan sampai penutup tu cecah ke tanah.



Pakcik ni pun tak ketinggalan nak cuba. Sampai masuk terus ke dalam tanah.
Aku ingatkan Renjer tu dah cukup kecik, tapi bila tengok En Wan masuk lubang masih ada lagi space kat tepi badan, rupanya laki aku lagi kecik. Eh, ni bukan kecik, ni namanya kecut.



Mat Saleh ni berkira-kira nak masuk.
Aku tengok tapak kaki dia je aku tau boleh masuk setakat betis je.



Salah satu pintu terowong.
Nampak tak betapa comelnya lubang terowong tu?
Kau kena membongkok all the time sepanjang ada kat dalam terowong ni.
Macam kita pelancong masuk terowong setakat 5 minit tahan lah.
Tentera dorang yang berumah bertangga kat dalam terowong ni, aku respek lah ketabahan dorang.



Macamkan mat saleh tu diajak bergambar sekali je kan?
Padahal photo bomb. Nasib baik cun.
Kebetulan masa dia keluar dari tank tu, kitorang tengah bergambar, lantas dia pun terus sengih.



Ini adalah actual location tank ni diletupkan.
Masa dorang repair tempat ni untuk dijadikan tempat pelancongan, tank ni dibiarkan terus berada kat tempat asal.



Ini lagi satu kebijaksanaan tentera Vietnam.
Aku ingatkan busut, rupanya tak.
Ini adalah busut buatan namanya, untuk mengelirukan pihak musuh.
Sebenarnya dorang nak buat lubang udara. Kan dorang duduk bawah tanah kan. Jadi kalau kena duduk dalam tu lama berbulan-bulan, mesti nak kena ada lubang udara. Kalau nak buat lubang sesaje je macam tu, konfem tentera Amerika tau punya pastu kena kambus. Jadi, dorang buat bentuk busut and ada lubang-lubang. Kalau kita tengok mesti ingat dalam tu ada ular ke, tikus ke. Padahal lubang tu untuk ventilation orang kat bawah tanah.

Lagi satu, tentera Vietnam jugak buat lubang-lubang tunnel untuk penyamaran.
Renjer tu kata, dalam tanah ni memang semuanya terowong. Terowong pulak 3 tingkat. Ada yang kedalam 3 meter, 6 meter dan 8 meter. 
Kat bawah tanah ni ada 'hospital', ada bilik meeting, ada dapur.
Jadi dorang punya trick adalah, bila dorang masak, asap mesti ada kan.
So dorang halakan asap masakan tu ke laluan khas.
Asap ni nanti keluar kat tempat lain, dalam a few kilometers away dari tapak Chu Chi ni.
Jadi everytime dorang masak, asap yang keluar tu akan kelirukan musuh. Musuh ingat ada orang sembunyi bawah tanah and dorang letupkan. Padahal tapak persembunyian tempat lain. Situ tempat keluar asap je. Hahahahaha. 
Masa aku dengar Renjer tu cerita aku gelak, sebab boleh tahan bangang jugak omputih ni. Aku ingatkan terer sangat. Kalau kat filem Rambo tu asik dia je yang menang. Menang bergaya lah konon. Padahal kalah. Kahhhh. Eh emo pulak aku.

Renjer cakap Ho Chi Minh bagitau kat rakyat dia "Kita nak menang dengan Amerika tak boleh dengan senjata, tapi dengan otak".

Terbukti, apa pun yang kita buat kalau guna otak, memang berjaya.



Ni kat tempat dorang tunjukkan contoh-contoh trap yang Vietnamese buat masa perang dulu.





Kalau termasuk dalam rolling trap ni konfem dari hujung kaki sampai ke kepala daging kau tersagat.

Ada banyak jenis trap. Semuanya memang mengerikanlah.
Boleh imagine setiap satu trap tu apa yang terjadi.



Aku paling suka door trap yang ni.
Door trap ni macam door trap biasa yang selalu kita nampak dalam filem-filem kat TV.
Yang kalau kita bukak je pintu, trap akan hayun ke muka kita.
Door trap kat Chu Chi ni pesen yang sama gak tapi Vietnamese alter sikit.
Trap tu nampak macam sekeping, tapi sebenarnya 2 keping.



Selalunya bila musuh bukak pintu, dia akan standy senapang dia untuk tahan door trap ni.
Selalunya dia akan tahan bahagian atas, tanpa dia tahu yang bahagian bawah tu akan tetap menghayun dan menghentam kerandut beliau. Akibatnya, no generation.




Pakcik ni nak merasa perang.
Try AK47. Minimum kena beli 10 butir peluru. 10 butir = RM86.



Yang ni dia tunjuk macamana makanan zaman perang dulu.
Sama je kot keadaan ni kat negara kita dulu.
Beras yang ditumbuk jadi powder, lepas tu dibuat kulit popiah.



Satu keunikan Vietnamese, masa perang dulu, tentera dorang tak pakai kasut, tapi pakai selipar.
Masa datang sana hari tu pun semua Renjer pakai selipar yang sama masa perang.
Dorang cakap, selipar ni bukan sebarang selipar, lebih kuat dari kasut. Kalau terpijak paku, paku tu yang akan bengkok.



Selipar tu diperbuat dari tayar (recycled rubber).
Nama selipar ni 'Ho Chi Minh sandal'.
Bukan sebarang tayar. Tapak selipar ni tayar and tali tu pulak daripada tiub dalaman tayar tu. Kalau ada kasut yang lebih tahan lama dari Bata, aku rasa memang selipar perang Vietnam ni lah.

Uniknya zaman perang dulu, rakyat dorang pakai selipar ni terbalik untuk kelirukan musuh.
Jadi bila waktu hujan, atau kat tanah yang lembab, musuh akan nampak kesan tapak kasut menghala ke utara, padahal pemakai tu bergerak ke selatan.
Itu cara dorang kelirukan musuh.



Kalau nak tempah selipar ni pun boleh. Tapi aku tau lama mana dia siapkan.



Jeng jeng jenggggggg!
Masa untuk kitorang merasa masuk dalam terowong. Tak ramai yang masuk, ada yang tak sanggup. Jadi mana yang tak sanggup tu boleh la bergerak terus ke depan. 
Yang kitorang masuk ni terowong paling singkat sekali - 300m.
Masa dengar 300m? Ok lah, dekat je kot. Yang paling panjang pun ada, tapi takpelah. Jangan berlagak sangat, meh kita try yang sekejap ni dulu.

Sebelum masuk sini dia dah suruh alihkan bag ke depan badan sebab takut tersangkut.
Aku tengok lubang macam, errr...boleh kot ni. Boleh masuk ni.




Dah masuk dalam, siap En Wan boleh ambik gambar lagi.
Ok good, ini tandanya bagus.
Masih boleh ambik gambar, masih boleh berdiri, ada lampu. Good good.





Sekali makin lama makin turun, makin lama makin ke dalam, makin lama makin kecik, makin lama makin tak nampak apa-apa. Last-last sekali, ko jalan sambil membongkok. Tinggi sikit je daripada berjalan katak. Sebab Rayyan pun kena bongkokkan badan sikit. Kalau kau lari pecut 250m memang tak sampai 2 minit dah settle. Tapi ni membongkok, dalam keadaan gelap, kau rasa??

Memang masa keluar dari terowong tu aku rasa macam nak nangis. Terasa perjuangan sangat nak menghabiskan 300m terowong. Dalam keadaan gelap, membongkok and ketakutkan sebab tak tau what to expect di depan. Adekah akan ada turun ke bawah lagi? Adekah lubang tu akan jadi semakin kecik?

Masa nampak hawa-hawa cahaya kat hujung, macam ada satu perasaan 'masih ada peluang untuk hidup'. Bila nampak je cahaya, spontan aku jerit dari dalam "Please take my kids. Take my kids!"
Wah, terasa macam mak-mak dalam filem pulak. Apa-apa hal nak selamatkan anak dulu. Padahal anak aku si panglima tu rilek je dalam terowong sambil minum Pepsi.

Dapat je naik kat tanah, rasa macam nak sujud syukur.
Terasa betapa bernilainya nyawa.
Aku yang masuk terowong tak sampai setengah jam dah rasa lemas, camne dorang yang siap berumah bertangga kat dalam ni dulu?

Renjer tu cakap, dulu ada sekumpulan student universiti 21 orang datang situ. Eksyen taknak try yang terowong 300m, nak try terus terowong yang paling panjang and paling dalam. Adventure lah konon. Biasa lah kan kalau datang dengan geng, dia punya 'semangat' tu lain macam sikit. Sekali, 9 orang pengsan kat dalam. Dah satu hal Renjer kena masuk untuk keluarkan. Aku tak tau macamana dorang keluarkan budak-budak tu dalam keadaan membongkok. Menyusahkan orang betul.


Tempat cuci tangan yang unik.
Senang, jimat kepala paip.



Lepas penyeksaan berjalan dalam terowong, muka pun dah terpancar cahaya keinsafan, dorang bawak kitorang bermuhasabah diri dengan memakan ubi kayu cecah kacang tumbuk. Orang putih kemain jakun lagi dapat makan ubi rebus. Kitorang rilek je. Siap tanya "Sambal takde?"




Bye Bye, Chu Chi Tunnels, cukuplah sekali aku sampai sini.
Tak sanggup rasanya nak datang lagi. Hazab nau rasanya duduk dalam terowong.
Tapi untuk yang belum sampai, pergilah sini at least sekali. Good experience. Kalau korang jalan tak bawak anak, boleh la try masuk terowong yang dalam 8m pulak.



Keluar dari Chu Chi, dorang bawak kitorang pi lunch. Konsepnya sama macam kelmarin masa kat Mekong. Dorang buat dining hall dalam kedai ni khas untuk pakej Muslim tour. Kat Chu Chi sama payahnya nak cari kedai halal, jadi perlu ambik pakeh macam ni senang dia cover semua. Ada tempat solat, ada toilet, makanan pun sedap, alhamdulillah selesa.



Again, ada sup kegemaran aku.



Kembali ke town, singgah War Museum.
Ni kali kedua aku masuk sini. Kali pertama aku masuk, aku menangis bila baca semua description pada gambar. Ya Allah, sedih sangat!

Oh, yes, Masa kat sini hari tu ada reader tegur aku. nama dia Ika kalau tak salah.
Lupa pulak nak ajak bergamba sekali.



Baby yang mati and tak form dengan sempurna akibat dari Agent Orange.
Agent Orange ni adalah penggunaan Dioxin kalau tak salah aku, oleh tentera Amerika.
Amerika stress tak reti berlawan dalam hutan, jadi dia gunakan dioxin ni untuk musnahkan pokok-pokok kat sana, termasuklah tanaman supaya jadi lapang, and rakyat terputus bekalan makanan.

Tapi kesan dari dioxin ni teruk. Kalau korang tengok gambar-gambar kat sana memang sedih lah. Rasa kejam gila. Tourist guide aku cakap, Americans kalau datang War Museum and Chu Chi tunnels, dorang senyap je. Mesti dorang pun serba-salah.

Bayangkan dah lebih 4 dekad perang habis, tapi kesan Agent Orange ada lagi sampai sekarang. Ni antara kesan :





Kat lobby museum ni ada sudut Agent Orange.
Kat situ korang boleh nampak ada a few budak-budak kesan Agent Orange buat kraftangan and main alat muzik. Kesian tengok. Kesannya sampai sekarang. Budak laki dalam gambar ni ada kat War Museum tu. Dia main organ kalau tak salah aku.





Bila aku baca balik konologi perang, pembunuhan beramai-ramai, and kesan Agent Orange, memang sakit hati. Kejam sangat rasanya tentera Amerika. Patutlah some rakyat dia pun bengang bila kenangkan balik Vietnam War. Sebab kesan dia dasyat. Sampai sekarang US masih lagi bayar pampasan kat Vietnam. Korang kalau malas nak ke Chu Chi, try masuk War Museum ni. Kat town HCM je. 







Ini dinner kitorang malam tu. Makan kat Kedai 1 Malaysia. Sama deret dengan Jamilah. Maknanya, belakang hotel aku je. Semua pun keletihan, jadi malam tu makan dekat-dekat je sudah. Lagipun malam tu malam last, jadi En Wan and Mak Aji nak bershopping lagi kat night market. Nak carik beg lah, cari telekung lah. Sebenarnya kitorang sampai ke hotel petang, around 4pm. Lepas letak beg semua kat bilik, En Wan turun balik bershopping dengan pak mak mertua dia dalam pasar. Tak kuasa aku oii. Aku tak ikut, aku membuta kat bilik ngan budak-budak. Letih! Nasib baik ada menantu mithali layan mak mertua nak shopping,

Malam tu, lepas makan, sambung shopping lagi.
Aku terus masuk Jamilah lagi.
Total Neelofa yang aku berjaya rembat adalah 25 helai. Ni pun sebab kualiti dia sama ngan ori. Padahal sebenarnya banyak lagi, tapi aku tak larat nak memunggah.




Kali kedua masuk kedai ni.
Saje ajak dorang makan jauh sikit. Tapi jalan kaki je. 
Sini makanan pagi banyak sikit pilihan.



Si Redza nak makan nasik lemak, tu pasal kitorang pi sini.
Kau pi Jepun seminggu sikit kau tak cari nasik lemak. Datang Vietnam 2 hari dah rindu nasik lemak.



Setiap mangkuk roti canai/telur akan dihidangkan dengan ayam seketul besar and kentang seketul besar jugak. Kalau kat Ali Maju, dapat daun kari 2 helai dalam tu. 



Ni breakfast aku pagi tu.
Sebab daging ni sedap, jadi sebelum meniggalkan Vietnam, kita last kopek dulu.


Wajah-wajah bahagia dapat mentekedarah nasik lemak and roti telur.


On the way nak ke airport, singgah kejap bangunan Post Office ni bergambar dulu dengan Ho Chi Minh.


Setiap kali pi HCM, gambar depan bangunan Post Office ni acara wajib.
Tempat ni takde apa pun sebenarnya, ini bangunan pos office dorang cuma binaan France tu yang cantik sebab tu jadi tumpuan pelancong.


Bawak balik seketul Spiderman ke Malaysia.


Kalau nak baca trip-trip HCM yang lain, boleh klik sidebar kanan, ruangan JALAN-JALAN.
Yang tu semua trip HCM yang lepas-lepas, tapi tu semua cerita shopping je. Sebab dulu aku gi kerja.

Bajet kali ni, kalau tak masuk bajet Mak Aji and Pak Aji, untuk kitorang anak beranak :

1. Flight tiket pergi balik 4 orang naik AA je.
2. Hotel 3 star je, ambik family room untuk 3 malam. Aku tak tau berapa harga. En Wan yang book.
3. Pakej private tour RM250 sehari untuk setiap orang dewasa. Kanak-kanak half price.
4. Makan paling mahal tapi itu memang biasa, Halal food kat mana-mana negara pun memang mahal. Paling mahal kat Halal Saigon, RM300. Tapi lauk sedap, so tak kisah.
5. Shopping.
6. Aiport pickup and transfer RM200.

Roughly bajet RM5000.
Bukan selalu pi tempat orang. Sesekali bercuti, spend kat food, visit places, hotel selesa, transport selesa, bawak balik barang sikit. 
Nak percutian bajet pun boleh, rasanya bawah dari RM1000 boleh dapat ni untuk 4 hari 3 malam ke HCM. Tapi itu lebih kepada mengembara, bukan melancong. Depends la atas masing-masing nak macamana.