2016-06-21

Sweet like candy lelaki itu



Hari ni meriah newsfeed aku dengan orang dok share pasal video 'sweet like candy' tu.
Aku pun baru tau lepas ada orang tag, kalau tak, haram aku tak tau.
Aku tak tengok full pun, skip-skip je sebab rasanya dah banyak dah orang dok viral video sweet-sweet macam ni kan? Sebab dah boleh tau dah apa ending-nya.

Tapi macam yang aku dah jangka, video-video macam ni konfem kena kecam kaw-kaw punya.
Berjujuk pastu orang troll macam-macam.
Mana ada orang suka tengok orang lain bahagia? Sendiri bahagia boleh lah. Kalau orang lain boleh pegi jahanam.
Tapi inilah bukti bahawa tak semua benda dalam hidup ni yang sweet-sweet aje.
Hari ni sweet, esok stress.
Hari ni gumbira, esok kena kecam. Hahahaha.
Macam tu lah lebih kurang.

Jadi, pada yang berangan nak dapat balak sweet macam ni, silakan berangan, tapi bior berpada-pada kalau taknak kena kecam. Kalau hati belum cukup kering, jangan berani-berani tayang ke-sweet-an laki bini.
Tapi kalau nak buat jugak, pastikan kau memang kaya, bukan bajet-bajet kaya.
Bukan apa, takut nanti itulah surprise pertama dan terakhir.. Lepas kawen jangankan kata nak makan kat hotel, kau ajak makan cendol mamak tepi jalan pun kena tengking.

Kalau kaya buat, kalau sengkek, jangan buat.
Budak dalam video ni kaya, takpelah dia nak celebrate kat langit ke tujuh sekalipun, dia mampu.
Yang aku risau ni yang stok-stok tak mampu tapi nak jugak di-treat macam ni. Yang tu yang letih melayan.

Takde salahnya pun video ni.
Ini video untuk dorang jadikan kenangan, sama lah macam video kawen korang tu. Cuma video kawen korang tak berapa sweet sebab tu takde sape nak viralkan. Kahhhhhh.

Kemewahan tu memang seronok bila dapat dipegang.
Apetah lagi bila dapat ditayang.
Aku tak cakap pasal video ni semata-mata, tapi general view.

Kebanyakkan kita pun, kalau pergi mana-mana pun, mesti tunjuk kat media sosial.
Pegi Paris, upload gambar.
Naik bisnes class, upload gambar.
Beli henbeg mahal, upload gambar.
Beli henfon mahal, upload gambar.
Sometimes, duit kat akaun bank pun ada yang ter-upload.

Benda ni normal.
Nak-nak lagi trend zaman sekarang memang macam tu.
Manusia zaman sekarang memang dah taknak hidup kat bumi. Mana best pijak tanah.
Hidup kat alam cyber lagi best, pijak angin.
Tu pasal ramai yang bajet-bajet. Purak-purak je lebih.
Jadi, sesungguhnya di zaman sekarang, upload-mengupload harta benda dah tak jadi sesuatu yang pelik. Memang takde yang pelik kat situ.

Tapi, ia menjadi sangat-sangat pelik, bila kau sedap menayang henbeg, kau tayang henfon, kau tayang kau melancong ke mana-mana, tapi nak hulur kat mak bapak sorang RM300 tetiap bulan pun kemut.
Nak bagi duit raya kat anak sedara RM100 sorang yang hanya setahun sekali pun berkira-kira.
Duit raya untuk budak-budak yang datang ke rumah maintain RM2 dari 5 tahun lepas tak naik-naik.

Kalau tak mampu lain cerita. Ni aku cerita hat yang nampak macam mampu, padahal nan ado.
Potray hidup mewah di media sosial, but in realiti sebenarnya hanya mampu mengkayakan diri sendiri je, apalah maknanya?
Apalah maknanya ke sana-sini bergaya, tiap-tiap kali raya bertukar barang kemas, bertukar kasut, tapi duit raya nak bagi kat mak bapak pun berkira?
Seronok ke balik raya dapat tayang baju lagi cantik dari orang lain kalau hakikatnya duit gaji sebahagian besar habis kat kita sorang je?
Seronok ke canang kat orang bisnes kita bulan-bulan hit puluh ribu tapi nak belikan mak tudung Ariani harga RM500 sehelai tu pun kemut? Eh, kata income puluh ribu.

Ini namanya tragedi okeh, tragedi.
Bilamana kita seronok dapat tunjuk kita lah paling bahagia, kita lah paling serba ada semua, kita boleh beli itu ini, tapi disebalik tabir media sosial, hidup kita sebenarnya lebih kurang macam 'make end meets' je.

Again, kalau duit memang berlebih, kebajikan mak bapak dan adik-beradik terjaga tak apa, tapi kalau masih suam-suam, renung-renungkan lah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Combo Deal dah start pagi tadi.
Tapi baru ni aku nak letak kat blog. 

Ada yang tanya apa fungsi Nutrijuice and kenapa kena makan 2 kali?
Tak boleh ke makan sekaligus 2 sudu terus?



Ini sebabnya ya.
Sebab tu lah kena makan dua kali. 
Dalam Nutrijuice tu ada madu and safron (zafaran), yang aku ambik ilmu dari pesanan Saidina Ali r.a. ni. So, sila ikut arahan.


Kebaikan Utama.
Yang utama memang untuk rendahkan kolesterol.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sudah faham anak-anak semua?
Ok kalau dah faham boleh KLIK SINI UNTUK BELI.