walk on wings, tread in air: Pancaindera yang Tuhan bagi ni kadang-kadang kita belum gunakan sepenuhnya. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Pancaindera yang Tuhan bagi ni kadang-kadang kita belum gunakan sepenuhnya.
2016-06-22


Rumus dia simple.

Jangan hidup untuk sentiasa penuhi expectation orang lain.

Ada waktunya kita kena penuhi expectation orang.
Contohnya, nak carik kerja. Kita perlu ada kriteria yang sesuai dengan job description tu.
Nak ambik loan kereta. Kita perlu ada financial yang strong baru loan lulus.
Kita nak jadi model. Perlu ada ketinggian dan size badan yang sekian-sekian.

Itu antara situasi yang memerlukan kita follow expectation orang.

Tapi, kalau expectation yang merepek yang tak bagi manfaat dan tak membantu pun kita hidup dengan lebih tenang dan berjaya, dah kenapa nak kisahkan?

Manusia, Tuhan bekalkan dengan mulut. Jadi kita tak boleh stop dia dari bercakap apa pun.
Tapi, Tuhan kan adil. Dia pun bekalkan kita dengan telinga. Dengar, analisa, dan decide.
Rasa boleh pakai, pakai. Rasa sampah, buang.

Kadang-kadang apa yang orang cakap tu bukannya nak bagi diri kita jadi bertambah baik, tapi lebih kepada nak bagi diri dia sendiri rasa lega bila dapat influence kita.
Contohnya, budak-budak bergaduh. Style budak-budak kalau bergaduh, benda pertama yang dia buat adalah cari geng yang boleh support dia. Lagi ramai geng lagi best sebab pada pandangan mata kasar, dia dikira dah menang sebab ramai geng. Bila geng ramai, maka explanation tak lagi perlu.
Itu budak.

Kita yang dah jadi mak budak ni, takkan masih nak kumpul geng lagi kot untuk buktikan apa yang kita buat tu betul?
Tapi tak dinafikan masih ada lagi mak-mak budak yang cari supporters dengan canang hal orang lain.
'Beli' kawan dengan canang kisah buruk orang. Tu pun ntah betul ntah tidak yang dia cerita.

Kadang-kadang betul juga peribahasa 'satu jari tunjuk kat orang, lagi 4 jari hala ke kita".

Contoh, ingat lagi tak kes video budak-budak K-Pop yang berpeluk ngan penyanyi atas pentas dulu?

Kan kemain ramai yang kecam.
Alasannya mudah - budak-budak pompuan tu bertudung, tak sepatutnya berperangai macam tu. Jatuh maruah perempuan bertudung yang lain.

Wah, dan-dan masyarakat jadi perihatin tau hal-hal aurat ni semua.

Tapi kan, berapa ramai yang mengecam tu tutup aurat dengan sempurna?
Kebanykkan kita masih lagi perlu cari telekung walaupun hampir kesemuanya bertudung, kan?
Berapa ramai dari kita yang solat, puasa, bayar zakat semua buat tapi gagal tutup aurat dengan betul?
Tengok diri sendiri kat cermin, aku ni dah tutup aurat dengan betul ke belum.

Manusia memang macam tu.
Kutuk, kecam, benci. Habis kat situ. Takde tindakan susulan.
Hakikatnya, yang tak betul tu perlu ditegur dengan hikmah agar kesedaran tu sampai ke lubuk hati. Bukan sekadar di pinggiran je.

Tapi, come to think of it, 'kecelaruan' sebegini sebenarnya nikmat Allah.
Supaya bila kita diuji dengan perkara-perkara macam ni, membuatkan kita mengadu pada DIA, mintak tolong DIA untuk tunjukkan jalan keluar dengan baik dari masalah kita ni.

Kalau kita nak settlekan beban, kita takkan mampu buat sorang-sorang. Sumpah tak mampu.
Tapi Allah dah pesan mintaklah pertolongan Dia dengan jalan sabar dan solat.
Lepas solat mesti kita tenang. Orang yang hatinya tenang, akan jadi lebih sabar.
Ada masalah dari kecamers dan haters, mengadu pada Dia.
Dia akan bagi kita kekuatan untuk kita jalan terusssss takpayah pikir apa orang lain kata.

Tiap-tiap pagi kita ayat baca ni, betul tak :

Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. 
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Kalau Dia tolong kita, takkan ada sesiapa boleh huru-harakan hidup kita.



posted by aveo757 @ 1:55 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER