2015-07-27

Pamah Kulat


Terima kasih yang menjemput aku gi open house hujung minggu ni.
Sampai aku lupa dah siapa yang menjemput.
Tapi minta maaf tak dapat datang sebab Jumaat ni aku gerak balik Tganu semula, abang En Wan kawenkan anak. Haruslah cheer leader balik kan, kang tak meriah majlis orang okeh.
Jimat kalau jemput aku datang majlis kawen, sebab takyah sewa pembesar suara. Insyallah suara aku desibelnya tinggi, nak nak lagi kalau anak aku berpencak kat majlis orang, memang lagi tinggi pitching boleh pergi.

Ada juga yang jemput datang ke wedding, tapi aku lupa minggu ni ke, minggu depan.
Pun minta maaf tak dapat attend, nak buat camne, bertembung ngan majlis keluarga sendiri.
Tapi tima kasih la menjemput.

Ada yang tanya aku tak buat open house ke.
Tahun ni memang belum plan lagi nak buat ke tak.
Sebab minggu ni dah kena balik Tganu.
Minggu depan aku naik Bandung semula.
Jadi, aku blom plan apa-apa lagi.



Nampak ni apa??

Aku boleh la pulak lupa nak order sambal itam dak Ernie ni bulan puasa hari tu.
Padahal dalam kepala ni dok la teringat nak order tapi sampai abis puasa tak order-order gak.
Last-last raya ni la baru dapat makan.

Ni sambal itam salah sorang reader blog.
Tak salah aku dah 3 kali paket gak aku merasa sambal itam dia.
Dulu-dulu masa dia start bisnes ni, sambal itam dia masuk dalam clear plastic je, very simple.
Tapi tu la kan, don't judge a book by it's cover kata Brad Pitt.
Bukak dulu, kasik tengok dalam apa rasa.

MEMANG SEDAP!

Tapi masa aku beli first time, gila bapak pedas oiiiii!
Aku dah la tak leh makan pedas sangat, jenuh nak mengahabiskan sesudu sambal itam.

Bila pakej baru sampai kelmarin, wahhhhhh, dah maju bisnes budak ni. Alhamdulillah.
Seronok tengok bisnes orang maju.
Now dah dalam bekas tupperware (by request). Masih dalam plastic clear tapi kalau nak, plastic tu nanti dimasukkan dalam bekas tupperware. Jadi kiranya beli sambal dapat free container la konsepnya. Hahaha.
Kalau nak jimat, takyah request container, nanti dia pack dalam paket plastic je. Bukan apa, kalau pakai container nanti pakej jadi berat and besar, yang kena bayau mahal kang korang gak. So, untuk jimat space, lebih ekonomi kalau takyah mintak container, pakai plastic je sudeyy. Bukan ko nak makan container tu pun, Melainkan nak buat hadiah ke, cantik la sikit kan kalau ada container sekali.

Eh tapi bagus jugak idea ni.
Sebab takyah susah-susah aku nak pakai bekas aku.
Koyakkan plastik, masukkan dalam bekas yang dia bekalkan ni, pastu boleh teruskan panaskan dalam microwave.
Tak abis kalu, tutup, simpan dalam fridge.
Settle.

Dulu takde sticker, now dah ada.
Seronok pulak aku tengok bisnes dah ada peningkatan. Bagus la macam ni kan.
Now tak salah aku, dia buat sambal itam ni pakai mesin pengacau. Sebab order terlampau banyak, dah tak larat nak kacau sambal sendiri, terpaksa guna mesin.
Pernah sekali tu dia mintak aku naikkan status kat FB mintak kot followers aku ada pokok belimbing buluh kat rumah. Aku rasa dia nak pajak pokok tu kot. Sebab sambal itam dia ni guna belimbing buluh. Korang kalau ada pokok belimbing buluh area Bangi/Kajang, boleh la hantar proposal kat dia. Dia buat bisnes sambal.
Kau buat bisnes pajak pokok belimbing buluh.
Ok pe.



Sedap dimana begitu aje tagline sambal itam ni sebenornya.

Now sambal itam dak Ernie ni dah macam sos Nandos.
Kau boleh request nak regular pedas, pedas or extra pedas.
Yang aku rasa now ni rasanya pedas, bukan extra pedas. Sebab dia pernah bagi aku yang extra pedas mak aiiiiii, boleh tertanggal kulit jubo kau. Gila bapak punya pedas. Dia punya kepedasan tu bukan takat kat tekak je tapi sampai ke bontot okeh. Sape yang betul-betul tahan pedas je dialu-alukan order yang Extra Pedas.

Tu kat gamba tu kemain jelas nombor phone Ernie, korang go whatsapp sendiri.

Nak self collect pun boleh, tak salah aku dia ni tinggal kat Bukit Mahkota.
Kalau sekitar sana, or Bangi boleh kot nak COD.
Tapi tak tau la kot kot now dia dah tak buat COD sebab bisnes dah semakin busy. Mana sempat wei.
Tapi mana tau dia dah ada runner kan. Silakan order sendiri.



Biasa kan korang tengok orang makan ubi rebus dengan sambal ikan bilis?

Ok, ni aku buat ubi goreng makan ngan sambal itam.
Memang SEDAP!
Boleh try kalau tak caya. Tapi kalau nak makan style gini, aku suggest order sambal itam 2 bekas terus la. Konfem tak cukup punya.

Kalau ada sesape yang bangsa pemalas macam aku, aku recommend buat nasik goreng guna sambal itam.
Penah sekali dulu aku lapar pagi-pagi tak tau nak makan apa, tengok dalam periuk ada nasik sejuk.
Nak makan tapi malas nak tumbuk cili ngan bawang.
Aku masukkan nasik, masukkan sambal itam, pecahkan telur sebijik, masukkan garam sikit, terus goreng.
Sedap pulak tu!
Cuma nasik aku tak jadi merah la, jadi hitam-hitam sikit. Hahahahha.
Tapi takpela, janji sedap. Dan tak menyusahkan aku nak menumbuk cili bawang segala.

Kekdah ni sesuai kalau ko nak guna time puasa hari tu.
Pagi-pagi nak tumbuk sambal kang mengganggu keheningan pagi lak.
Jadi tuang je sambal itam, goreng. Abis cerita.


Takde serunding daging nak lawankan dengan ketupat palas?
Sambal itam pun bolehhhhh.
Makcik-makcik kalau buat kuah lontong takde sambal, takyah gelabah makcik. Hidang je sambal itam ni. Konfem pastu makcik gelabah tengok lontong makcik habis sekelip mata.
KONFEM!


Agak-agak malas nau nak masak atau dah tak tau nak masak apa hari ni, goreng je telur mata, pastu lawankan dengan sambal itam.
Pun laju aku cakap kau.
Camne aku tau?
Sebab aku selalu buat la, aku kan malas masak, tak tau ke? 


Ok ni rare.
Spageti with sambal itam.
Sape kata tak boleh? Boleh aje.


See??
Kan aku kata, makan ubi rebus takyah tunggu sambal tumis.
Makan je ngan sambal itam.
Sama je, cuma kaler je lain. Tetap sambal.
Jauh lebih sedap.
Kena pulak ngan teh O panas. Pehhh!


Mamak lupa tapaukan kuah kari?
Ape adehalllll.
Tenyeh roti canai ngan sambal itam je sudeyyy.


Pek adelah pelbagai.
Kalau 180g kau dapat dalam bekas tupperware.
Kalau 360g, dapat dalam botol Prego ni.




Ni antara testimoni pembeli-pembeli yang pernah beli dengan dia.
Ala,..sambal dak Ernie ni sebenarnya dah takyah guna testimoni dah.
Memang dah ketahuan sedap. Takyah risau.
Dia guna ikan bilis kecik-kecik je, tak keras.
Yang sedap tu dia punya ramuan. Memang kena ngan tekak aku.

Boleh la try.

Khas untuk pembaca blog ni, dia kata ada promosi :

Beli 5 paket free 1 bermula hari ni 27-31 Julai.

Harga untuk setiap paket mengikut level kepedasan adelah seperti berikut. Sepaket 180g :

1. Regular RM12
2. Extra Pedas RM14
3. Extra Masam RM16

Pos laju charge 1-4 paket RM6
Pos laju charge 5-15 paket RM9

Whatsapp terus ke Ernie 012-3306743