2015-01-23

Ephyra : Testimoni and FAQ : Jerawat, Keputihan, Diet and Pregnant Women



Lama dah tak menjawab soklan-soklan Ephyra ni.
Sian budak ni dari bulan Nov lagi dia hantar, aku cuma reply "Akak dah reply blom?"
Sebab email yang masuk boleh tahan banyak sampai aku takleh nak ingat aku dah baca ke belum.
Sorry sebab menunggu.

Soalan dia : Adakah marine kolagen yang menyebabkan jerawat?

Kalau baca email ni dari awal dia ada bagitau sememangnya kulit dia berjerawat, sebelum dia gunakan kolagen marine lagi. Jadi bila dia ambik marine kolagen (dari brand lain), jerawat dia tumbuh makin banyak. Memandangkan Ephyra ada extract deep sea fish collagen, dia was-was nak guna takut jerawat makin banyak tumbuh.

Selalunya bila sebut skin allergy, atau apa-apa allergy, kita akan kaitkan dengan seafood atau apa-apa sumber makanan dari laut, takut akan menyebabkan gatal-gatal. Which is betul juga.
Tapi kena ingat yang Ephyra bukanlah semata-mata fish collagen.
Menyedari effect gatal-gatal ni mungkin akan berlaku pada sesetangah orang, sebab tu kita (Ephyra) balance-kan dengan beberapa ingredient lain.

Meh sini aku bagi pahamkan dulu apa yang menyebabkan jerawat.

Jerawat tumbuh disebabkan ada gangguan pada kelenjar sebum dan folikel rambut (bulu roma).
Kelenjar sebum ni hasilkan minyak dan minyak ni akan bergerak ke permukaan kulit melalui bulu roma (folikel rambut) .
Dalam sesetengah keadaan, folikel ni boleh tersumbat oleh sel-sel badan.
Bila folikel tersumbat, minyak dari kelenjar sebum ni tak dapat dibebaskan ke permukaan kulit, dan lama-lama bakteria mula berkumpul dan membiak.
Sehinggalah sampai satu masa nanti folikel ni akan pecah dan membebaskan bacteria dan minyak ke permukaan kulit. Ini yang menyebabkan kulit jadi gatal, pastu jerawat pun tumbuh.

Itu kronologi pembentukan jerawat.
Bukan semata-mata makan seafood baru jerawat tumbuh. No.
Tapi, memang makanan jugak ada memberi kesan, cuma ia bukanlah penyebab utama.
Sebab tu ada iklan "bulatan separuh sekali, bulatan penuh sekali, membersihkan kotoran dan sel mati".
Yang kita ni tak tau main pakat gelak terbahak-bahak tengok iklan tu.
Padahal apa yang dia suruh tu memang betul sebab kita nak urut muka supaya sel bergerak jangan melekat kat folikel.

Treatment untuk jerawat/acne memang ada.
Tapi proses pemulihan dia tak sama untuk semua orang.
Bergantung pada severity jerawat/acne, umur, medical history, tahap kesihatan badan, and also penerimaan badan terhadap ubat. Sebab tu ada yang bagi feedback Ephyra hilangkan kesan jerawat dalam masa 5 hari, ada yang ambik masa 2 minggu, ada yang sampai 5 kotak baru nampak kesan.
 
Salah satu treatment adalah collagen injection.
Samada kau inject atau kau makan/minum.
Macam Ephyra, walaupun collagen dia dari deep sea fish, tapi aku makan ok je.
Padahal aku ni ada resdung.
Kawan-kawan aku tak percaya aku ada resdung sebab dorang kata kulit aku takde jerawat.
Selalunya orang memang akan kaitkan resdung dengan jerawat sebab resdung ni gatal. Jerawat pun gatal. Tapi sebenarnya jerawat ni boleh diprevent walaupun kau ada resdung.

Kalau Ephyra ni menyebabkan tumbuh jerawat pada semua orang, then fine.
Tapi dah banyak testimoni (you can check yourself kat sidebar belah kiri blog ni), ada yang jerawat and parut jerawat hilang dalam masa 2-3 weeks, those yang ada eczema ambik masa 3-4 months to recover. Aku sendiri yang ada resdung ni pun alhamdulillah, takde gatal-gatal bila ambik Ephyra.

Kenapa aku cakap Ephyra ada ingredient yang boleh balance-kan deep sea fish collagen?

Marigold Flower extract.

Ini salah satu ingredient dalam Ephyra.
Marigold Flower is a great antibiotic dan juga anti-inflammatory.
Sebab tu bagus untuk yang ada penyakit kulit like jerawat and eczema.
Sebenarnya, untuk matikan bacteria kulit penyebab jerawat ni, kena guna Benzoyl Peroxide.
Benzoyl Peroxide ni bleaching agent. Dulu pernah ada breakouts tepung guna Benzoyl Peroxide, tapi dah diharamkan. Benzoyl ni boleh guna kat lab je, kalau masuk kat badan tak boleh.
Jadi camana nak apply Benzoyl Peroxide kat dalam badan untuk bunuh bacteria ni tadi kalau Benzoyl Peroxide bahaya dimakan?

Alternatifnya adalah Marigold Flower Extract sebab dia adalah agen yang bertindak sebagai antibiotics yang dibenarkan untuk masuk dalam badan, dan boleh membunuh bakteria tu.

Ada yang bagitau muka dorang memang sedia ada jerawat.
Tapi lepas ambik Ephyra 1-2 weeks, jerawat tumbuh dengan banyak and it took another 3-4 weeks lagi baru jerawat slowly menyusut.
Aku percaya ini kesan dari tindakbalas memperbaharui kolagen dalam badan.
Ada kemungkinan tindakbalas ni 'mengganggu' folikel yang tersumbat tadi menyebabkan dia burst. Sebab tu tetiba jerawat banyak naik kat muka. Insyallah, bila ada aktiviti collagen replenishment, sel-sel berganti, sel-sel bergerak, folikel takkan tersumbat lagi.
Aku takde jerawat jadi tak dapat nak bagi testimoni sendiri, tapi berdasarkan testimoni-testimoni pengguna, jerawat slowly hilang.
Lama mana it takes untuk hilang, again ia berbalik pada severity kulit seseorang dan faktor-faktor yang aku cakap kat atas tadi.

Those yang cakap bila ambik Ephyra, slowly keputihan hilang, penyebabnya adalah Marigold Flower ni jugak.
Tak semua keputihan disebabkan kulat, banyak yang disebabkan bacteria.

Aku pun dulu ada keputihan.
Aku pernah buat entry 5 tahun lepas pasal satu pil keputihan yang beli kat kiosk depan Giant tapi pil tu menyebabkan pepek terlampau kering sampai kulit merekah and berdarah. Pegi la kebelet balik entry tu aku pun dah lupa.

Banyak benda yang aku guna untuk kurangkan keputihan ni, antaranya cuci dengan Lactacyd and air extract daun sirih. Tapi dua-dua ni bila kerap guna lama-lama pepek kau jadi tersangat kering la pulak sampai sakit. Bila aku start guna Ephyra, slowly keputihan tu hilang. Tak lama, dalam 3-4 minggu macam tu aku baru tersedar yang keputihan tu hilang terus, sampailah sekarang. Series tak tipu.

Dan disebabkan Marigold Flower ni jugaklah kita tak recommend orang yang sedang mengandung ambik Ephyra, not until kandungan berusia 5 bulan.
Sebab Marigold Flower ni kategori herbs.
Herbs memang kurang sesuai untuk wanita mengandung especially the fisrt trimester.
Kandungan 5 bulan tu dah boleh nak ambik Ephyra.



Soalan seterusnya : Boleh tak ambik Ephyra dengan supplement yang lain.

Boleh!

Tapi mesti ada gap. Jangan ambik serentak.
Ambik Ephyra, lepas 30 MINIT-SATU JAM, baru ambik supplement lain.
Takde masalah, walaupun kau nak ambik jamu Mak Dara sekalipun. Boleh.

Kenapa aku selalu suggest ambik Ephyra dulu?
Salah satu sebabnya, Ephyra ada Acacia Gum. (sebab-sebab lain aku tulis kat entry akan datang)
Acacia Gum ni adalah diet fiber yang larut dalam air.
Kalau dalam perubatan, Acacia Gum ni dorang buat ubat untuk turunkan kolestrol.
Acacia Gum ni boleh menyebabkan perut rasa full.
Aku taknak kata Ephyra boleh kuruskan badan.
Tapi kalau nak kata Ephyra boleh kurangkan berat secara indirectly, yes.
Sebab bila perut rasa full, secara otomatik kita lambat rasa lapar.
Bila lambat rasa lapar, takde la aktiviti mengunyah 24 jam.
Kurang la sikit rasa nak mengunyah tu.
That's why aku mintak pada pengguna Ephyra bila bangun tido, sebelum makan apa-apa, minum Ephyra dulu.
Boleh la tolong bagi rasa kenyang sikit kat perut.

Tapi, kenapa tiba-tiba je dalam produk Ephyra nak letak Acacia Gum?
Bukan ke Ephyra ni tujuan utamanya untuk skin?

Yes, memang tujuan utamanya untuk skin (sendiri tanya sendiri jawab. Mbahahahhaa).
Acacia Gum ni memang diet fiber tapi antara benefit dia, ia juga untuk improve skin supaya jadi licin.
Kiranya kat sini boleh nampak synergy Marigol Flower and Acacia Gum.
Yang role Marigold Flower extract untuk bunuh bacteria dan lepas tu Acacia Gum datang untuk improve skin bagi licin.

Kalau ada yang tak clear, boleh email aku kat health[at]xzizbiotech[dot]com.



Aku perasan ada 2-3 orang lelaki yang always beli Ephyra pastu mintak balut, mintak letak kad, untuk dipos kat wife masing-masing. Tapi this reader punya suami aku ingat sebab nama suami dia panjang. Hahahaha.

Jawapan soklan reader ni tentang perlu minum air banyak ke kalau ambik Ephyra, sila baca testimoni ni (KLIK).



Antara request husband dia.
Sweet kan?
Tetiba terbayang Adi Putra.



Tinggi sangat pujian reader ni, padahal kad tu aku print atas kertas A4 je.
Tapi aku memang suka buat keje-keje khidmat pelanggan macam ni. Sepatutnya aku ni keje kat AEON, kat area balut-balut hadiah.

Promo free 5 sachet masih lagi berjalan.
Masih dalam plan nak cari new gift tapi aku tengok macam ramai je suka dapat extra 5 sachet, so aku kekalkan dulu promo tu buat masa ni.

Ada yang konfius pakej mana satu nak ambik, nak ambik pakej yang dapat free 5 sachet ke or nak ambik pakej yang ada diskaun.

Sebenarnya semua pakej tu ada benefit pada pembeli.
Takde de aku nak create promo benefit kat aku sorang.

Pakej EXTRA
Harga RM197
Dapat sekotak Ephyra 30 sachet
Dapat free extra 5 sachet
Jadi untuk harga RM197, korang sebenarnya dapar 35 sachet.

Pakej DI-scount
Harga RM540
Dapat 3 kotak Ephyra 90 sachet kesemuanya.
Takde extra Ephyra sebab harga dah diskaun kaw-kaw.
Tapi dapat Di-scount Number for future purchase.


Kalau beli Pakej EXTRA sebanyak 3 kotak, korang bayar RM591 (RM197 x 3).
Walaupun lebih mahal dari Pakej DI-scount, tapi korang dapat 15 sachet extra.
Dan kalau dihitung-hitung, 15 sachet ni bernilai RM98.50. Bukan sikit amount ni ya. Kalau beli coli Scarlet Yang RM15 sehelai tu dah boleh dapat 6 helai!

Pakej DI-scount pulak, korang beli 3 kotak tanpa extra 15 sachet sebab aku dah bagi harga murah.
Tapi kalau kau hitung kira balik, beli Pakej DI-scount (RM540) dan ditambah lagi dengan nilai untuk 15 sachet, total korang kena bayar adalah RM540 + RM98.50 = RM638.50.
Lagi murah beli Pakej EXTRA.

Itulah keistimewaan Pakej EXTRA yang aku buat.
Tapi kekurangannya adelah kerana promo Pakej EXTRA ni tak lama. Bukan untuk sepanjang tahun.
Asal hati aku tergerak nak stopkan promo ni aku stop je la.
Sebab tu promo Pakej DI-scount tu aku kekalkan kerana pakej ni datang sekali dengan diskaun untuk beli Ephyra dengan harga RM160 (no time limit).
Dan promo ni valid untuk kau beli sehingga 2 kotak.

Katakanlah kau beli pakej DI-scount now, sekali minggu depan aku stopkan promo Pakej EXTRA.
Di sini lah advantage korang bermula.
Bulan seterusnya yang beli sekotak dah tak dapat free 5 sachet dah.
Tapi yang beli Pakej DI-scount ada 'talian hayat' untuk beli sekotak Ephyra for only RM160 sebanyak 2 kotak pulak tu.

So kat sini korang boleh tengok yang beli 3 kotak Pakej EXTRA pada harga RM591, Ephyranya akan bertahan selama 105 hari.

Yang beli Pakej DI-scount, Ephyra akan bertahan selama 90 hari.
Tapi lepas tu dia boleh beli 2 kotak Ephyra dengan harga RM320 je.

So, pandai-pandai la pilih pakej ya.
Mana-mana pun boleh.
Pakej EXTRA tu aku create sebab nak consider orang yang belum mampu nak beli selepuk 3 kotak. Jadi, aku bagi la 'hadiah' sikit kat dorang, extra 5 sachet.

Ok bye, nak meeting.