walk on wings, tread in air: Lepakking at Waroeng Penyet, Citta Mall <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Lepakking at Waroeng Penyet, Citta Mall
2015-01-22



Ahad lepas first time aku jejak Citta Mall.
Padahal dekat je ngan rumah aku.
Punyalah selama ni aku dok ulang-alik ke airport hantar visitor, tak pernah terperasan pun Citta Mall ni kat tepi jalan.
Bila Ahad lepas gi sana dengan En Wan, En Wan cakap "Kan dulu kita pernah pegi showroom kondo kat depan ni, tak ingat?"
Tu cerita tahun seblom beranakkan Redza, jadi takyah ingat-ingatkan aku la. Konfem aku takkan ingat punya.
En Wan selalu lepak sini dengan member-member dia. So dia tau sangat apa ada kat Citta Mall ni.
Rupanya Citta Mall ni best gak, ada banyak tempat makan.
Ada Chilis, ada Chawan, ada Wondermilk, ada Subway, ada banyak lagi, tapi yang the latest is Waroeng Penyet.



Ni boss dia, En Ridhuan Daim, cilok gamba dari Sinar Harian.
Boss ni orang Likas, Sabah.
Asalnya dia bekerja makan gaji dengan Waroeng Penyet cawangan Singapore, dari pelayan, tukang masak, sampai ke penghantar makanan. Kiranya dia memang 'anak jati' Waroeng Penyet, sampailah one day dia berjumpa balik dengan pemilik rantaian Waroeng Penyet yang hensem muka chinese look (En Arif Ang), dan akhirnya dia dapat buka cawangan Waroeng Penyet miliknya sendiri kat Citta Mall. Muda lagi ni, baru 31.

Aku tak pernah makan Waroeng Penyet, selalunya kalau nak makan ayam penyet aku akan pegi Wong Solo kat Bangi tu. Pernah 2 kali try Ayam Penyet Restaurant kat IOI Mall.
Kalau gi makan ayam penyet, if cos aku akan mintak ayam penyet set plus udang goreng.
Ni kira set wajib. Tapi aku tak pernah tau yang menu Wong Solo and AP ni berbeza, until aku try Waroeng Penyet last Sunday.

Rupanya menu restoran-restoran yang offer ayam penyet ni tak sama.
Aku mana la nak perasan sebab asal masuk je terus mintak makanan yang sama. Tak terfikir nak tengok menu-menu lain.
Kat Waroeng Penyet Citta Mall ni ada 24 jenis hidangan and En Ridhuan ni kategorikan hidangan dia kepada 4 : Penyet, Grillicious, Soupilicious dan Yummies&Greenies.

Style aku kalau makan ayam penyet, aku akan buang sambal penyet tu.
Sebab aku tak tahan pedas. Gila bapak pedas sambal ayam penyet. Berdesing telinga okeh.
Tapi sebenarnya itu la pun yang menyebabkan orang suka makan ayam penyet, sebab kepedasannya.
Barulah aku tau kalau kat Indonesia, dorang lumur pinggan dengan sambal pedas tapi kat sini tak buat macam tu sebab nak jaga kebersihan and kepuasan pelanggan.




Setakat aku penah pegi Wong Solo and AP, cuma Waroeng Penyet je yang ada sediakan sambal layan diri camni. Takde extra charge ya, kau senduk la berapa banyak kali pun. Minum terus pun takpe. And one thing yang best dia buat ala-ala Nando's. Ada hot sambal, mild sambal, soup chili sauce (yang ni macam kuah lada nasik ayam) and sweet mild. Jadi, ayam penyet kau bersih dari sebarang sambal. Ni advantage untuk orang macam aku yang tak makan pedas. Aku boleh pilih untuk ambik sambal yang kurang pedas atau tak letak sambal lansung.


Sambal petai udang

Kat Waroeng Penyet (sebutan Warung ya, takyah nak ekzejeret sebut WA-RO-ENG bagai) ni ada menu yang diberi rasa keMalaysiaan, contohnya sambal udang with petai. Ha sape yang gila makan sambal petai, meh datang Waroeng Penyet. Aku tak makan petai tapi aku tau ramai orang suka makan sambal petai. Kat restoran ayam penyet lain takde sambal petai. Waroeng Penyet ada.


Ayam Penyet

Menu paling popular kat sini of cos la ayam penyet.
Lagi satu yang lain dari yang lainnya kat sini, ayam penyet dia ada kriuk-kriuk.
Nampak tak kerak-kerak atas ayam tu?
Itu best okeh!
Yang ni aku konfem Wong Solo and AP takde sebab aku selalu makan ayam penyet kat situ tak pernah sekalipun dapat ayam penyet witk kriuk kriuk. Try la gi Waroeng Penyet, mesti dapat rasa kriuk-kriuk.

Bukan ayam penyet je ada, kalau kau order Empal Penyet (Daging) pun ada.
Mak oii, meh aku cerita sikit experience aku makan Empal Penyet fisrt time hari tu.
Aku pun baru tau empal tu rupanya daging.
Aku ingatkan limpa.
En Ridhuan ni cakap proses masak empal ni 12 jam.
And hasilnya, empal tu kau tolak sikit je dengan sudu, dah lerai daging dia. Lembut gila!
Pakcik kalau nak makan empal penyet ni takyah bubuh polident setengah tiub, tak tercampak punya gigi pakcik. Memang empuk sangat. Empuk dan garing. Siap ada kriuk-kriuk, lagiiiii best!


Ayam Penyet Bakar


Empal Penyet

See? Ada kriuk kriuk.


Bakso Penyet

Pun ada kriuk-kriuk.
Ni pun first time aku dengar Bakso yang digoreng.


Bakso

Ni baru bakso yang biasa kita tengok. Sup.


Bakso Bakar

Ni boleh tahan sedap.
Aku tak reti nak explain camana rasa sos yang dibakar dengan Bakso ni, tapi sedap juga.


Ni PR bagi pihak Waroeng Penyet, also a blogger - Diyana Yang.
Oh yes, memang.
Memang nama Diana semua gojes-gojes. *adjust bulu mata*


Sayur asem


Kangkung goreng belacan


Sup Rawon

Ni first time aku rasa.
Nampak memang tak cantik, tapi ce try dulu.
Dalam tu daging.


Batagor

Ni fish cake yang distim, pastu dihidangkan dengan tauhu, tempe, telur rebus, sayur-sayur yang dituang sos kacang. Macam gado-gado tapi menu gado-gado masih ada kat situ. Batagor ni lebih kurang macam rojak jugak la.


Sate ayam ala Jawa.

Ok yang ni memang sedap.
Kalau daging sate tu aku prefer Haji Samuri, tapi kuah dia menang kat Waroeng Penyet.
Selalunya yang buat sedap sate ni kat kuah kan? Korang shud try Waroeng Penyet punya sate ayam.


Aku bukan makan sorang hari tu, sebab tu makanan banyak.
Aku makan ramai-ramai termasuk dengan boss-nya sekali.


Kitorang makan kat luar je.
Kalau nak makan kat dalam pun ada.
Ni view dalam restoran.




Now kat Waroeng Penyet Citta Mall ada promosi.
Untuk setiap resit RM77, korang akan dapat mug Waroeng Penyet jumbo size.
Aku dapat dah hari tu.


Memang besar!

Now Waroeng Penyet ada 4 cawangan, salah satunya Citta Mall.
Lagi 3 ada kat :

1. Nu Sentral Jalan Tun Sambathan
2. The Curve
3. Harbour Place Mall, Klang

Tak lama lagi Waroeng Penyet akan dibukak kat Langkawi.
Kalau kat luar Malaysia, ada kat Brunei and Singapore.

Oh yes, kenapa nama dia penyet?
Simple.
Sebab semua tu dipenyek-penyekkan atas pinggan or kayu yang digunakan.





posted by aveo757 @ 12:00 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER