2014-09-24

Ephyra : Testimoni & Promo : Happy Happy Happy Hour starts early



NEW UPDATE 
Ok, Happy Hour dah habis. Sila kembali ke tempat keje masing-masing. Thank you.


Ok ni aku nak bagi jawapan kepada persoalan-persoalan biasa yang aku dapat.

1. Period.
Aku sendiri alami period yang fluctuate lepas minum Ephyra. Mungkin kesan ni tak berlaku pada semua orang tapi aku tau ada jugak yang tanya apesal period keluar sikit and lama sampai 9-10 hari.
Itu biasa. Sebab masa aku mula-mula try Ephyra dulu pun, period aku lari sikit waktunya. Pastu sebulan datang 2 kali. Lama pulak tu sampai 10-11 hari. Kalau dulu, hari 1-3 melambak-lambak. Tapi bila ambik Ephyra, hari 3-5 baru keluar banyak. Hari 1-2 masih boleh pakai pantyliner. Pastu datang 2 kali, cuma kali kedua tu dia keluar sikit-sikit. Memang agak mengganggu jugak la kalau tetiba period macam ni datang time bulan puasa. Masak kau nak mengganti. Tapi benda ni tak lama. Macam aku, dalam 3 bulan jugak aku faced situasi ni. Lepas tu ok. Tapi bila aku stop ambik Ephyra lama (kes stok tak cukup terpaksa dulukan customer), bila start minum Ephyra balik, period macam ni datang balik. Cuma takde la sampai 3-4 bulan. Bulan tu je. Pastu ok dah. Maybe, dia cuma detox sikit je tak macam awal-awal dulu.

2. Mengandung.
Ephyra ni makanan, bukan ubatan.
Boleh je kalau nak ambik time mengandung, kita suggest usia kandungan 5 bulan ke atas dah boleh ambik Ephyra. Tapi ada je customer yang ambik dari awal-awal pregnancy. Yang kita recommend kalau nak ambik dari awal, tanya gynae dulu. Bukan apa, badan orang mengandung ni sensitif. Nak-nak pulak awal kandungan. Banyak sangat alahan. Hormon kucar-kacir. Jadi kita taknak Ephyra menyebabkan lagi gangguan pada badan ibu mengandung (if any). Paham je la kan orang mengandung ni camne penyakit dia. Aiskrim yang tajk bahaya tu pun boleh jadi gangguan kalau tiem mengandung. Ikut atas badan orang jugak. Reason kita mintak tanya gynae dulu sebab gynae lebih tau keupayaan badan kita masa awal-awal pregnancy. Kalau dia kata ok, proceed. Yang pasti, time berpantang and menyusu anak (susu badan) boleh ambik Ephyra.

3. Kering
Badan perlukan air yang secukupnya untuk sesuatu tindakbalas berlaku.
Alangkan kalau kita tak ambik collagen pun, kulit tetap akan kering kalau tak minum air yang cukup.
Inikan pulak bila ambik Ephyra. Untuk Ephyra bertindakbalas dengan baik, kita kena minum banyak air. Kalau kau tak minum banyak air, memang kulit akan jadi kering. Ditambah lagi dengan cuaca kita pun tak menentu, lagi akan tinggikan rate kekeringan pada kulit. Jadi, mesti minum banyak air.