walk on wings, tread in air: Pindang Serani <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Pindang Serani
2015-01-24


Thank you Bushra, sebab bagi hadiah kalendar ni.
Cantik kalendar dia, aku rasa dia buat sendiri art work calendar ni.
Calendar ni bagi 12 rules (setiap bulan 1 rule) untuk keharmonian rumahtangga.
Untuk January Rule #1 : Both should never be angry at the same time.
Sangat betul. Kalau nak bertekak, memang kena satu-satu. Jangan semua-semua nak bertekak, buat penat anak tekak kau je sebab nanti takde sape nak dengar.

Thank you again ya.

Hari ni Sabtu, tapi dari pagi sampai ke malam aku dok ingat hari ni Ahad.
Sebab esok En Wan outstation, jadi aku pun terasa macam esok hari keje.
Dan 2 minggui berturut-turut En Wan kena pi Tganu on Sunday. Tensi je aku hujung-hujung minggu laki takde kat rumah. Segala aktiviti yang selalu kitorang buat on Sunday terpaksa dikremkan ke hari Sabtu. Nasib baik esok petang dia dah sampai rumah. Kalau tak, mesti sampai rumah kul 10 malam.

Memandangkan esok dia takde, jadi hari ni aku masak lauk feveret dia.
Lauk ni sebenarnya lauk turun-temurun dari arwah nenek, ke Mak Aji, and now aku prektikkan.
Tapi aku jarang masak lauk ni sebab sayur asin susah nak jumpa kat Giant. Kalau ada pun, tak mengundang selera. Benyek semacam je. Pagi tadi gi beli sayur kat Jaya Grocer baru jumpa sayur asin yang senonoh sikit.



Lauk ni namanya Pindang Serani.
Bahan-bahan simple je.
Ni resepi untuk 2 keping ikan tenggiri.
Pindang Serani ni sedap makan ngan ikan tenggiri je, ikan lain tak best.
Untuk 2 keping ikan tenggiri, just guna sebatang cili merah, 4 ulas bawang putih, bawang merah dalam 5-6 ulas. Tapi disebabkan bawang merah aku memang dah blend siap-siap (rutin mingguan), jadi aku ambik dalam 2 sudu besar.
Titikkan serai sebatang.
Tumis semua ni dalam periuk.



Lepas naik bau bahan tumis, masukkan air asam.
Sukati la kau nak letak banyak mana, kalau nak kuah lebih, letak lebih.
Takyah la masam sangat, dalam 2 sudu kecik Asam Jawa Extra Adabi tu pun dah ok dah.
Macam aku hari ni kebetulan asam jawa extra Adabi ni cukup-cukup 2 sudu kecik, jadi aku tuang terus air dalam tu. Senang cerita.

Kalau kuah tak cukup, tambah lagi air. Agak-agak je la tahap kemasinan yang kau nak.


Pastu masukkan ikan.



Bila kuah DAH MENDIDIH, baru masukkan sayur asin (kobis jeruk) and tomato, sebiji cukup.
Pada yang tak tau camana bentuk sayur asin ni, aku pun tak tau camana nak explain. Tapi kalau pi kat Jaya Grocer atau AEON, memang ada. Sayur asin ni dipacked dalam plastik. Plastik tu ada tulis 'Sayur Asin'. Aku tak sure kalau kat pasar-pasar Tani ada jual ke tak. Tapi kalau kat Pasar Borong Selangor pernah nampak.

Sayur asin ni biasanya datang dalam setongkol macam tu.
Jangan pulak korang masukkan setongkol tu dalam periuk. 
Basuh-basuh and potong macam potong kobis biasa.



Selalunya aku takkan letak garam sebab sayur asin ni dah jadikan kuah tu masin.
Tapi korang test la jugak. Lepas masukkan sayur asin baru test perlu tambah garam ke tak. kalau tak perlu, takyah. 

Lauk Pindang Serani ni dah kira antara lauk wajib setiap kali kitorang balik Tampin.
Arwah nenek memang akan masak 2 lauk wajib everytime anak cucu balik - Asam Pedas Ikan Parang dengan Pindang Serani.
Aku hanya makan ikan parang kalau arwah nenek masak je, kalau mak Aji masak sekalipun aku takkan makan. Tak tau la kenapa. Pilih kasih kot aku ni. Hahahah.
Sejak aku kawen, aku tak penah beli ikan parang. Letih weh makan ikan parang ni. Bukan kenyang kat nasik tapi kenyang kat pilih tulang ikan je.



Yang mintak En Wan guide step by step cara nak pasang floorboard, jangan terpedaya la oii.
Bukan dia pasang. Dia ni cuma bertindak sebagai Eric Leong je.
Lagipun lantai ni bukan floorboard, tapi tiles.

Dulu pasang floorboard, pastu nak dijadikan cerita ada anai-anai. Yang best tu anai-anai tu tak kacau pun floorboard. Yang kena makan ngan anai-anai cuma kayu kat tepi dinding je. Kayu tepi dinding tu memang kayu asal masa beli rumah. Floorboard siap ada warranty takkan kena makan anai-anai pun. Tapi En Wan biasa la kan, tiap tahun memang ada je keje dia nak semakkan rumah ni. Jadi dia bukak semua floorboard. Terkebil-kebil aku tengok floorboard yang masih cantik elok tak kena sentuh dek anai-anai pun, dia tanggalkan. Nak sound dia tak berani. Takut aku kena sound balik.

Yang buat keje ni orang Indonesia.
Diperkenalkan oleh kawan seopis En Wan.
Nampak ok jugak cara kerja dia. Dia kata 3 hari siap, memang betul 3 siap.
Next projek aku tak tau apa tapi tadi nampak macam En Wan dah bawak dia naik ke bilik pulak. Ntah apa yang dia nak kopakkan aku tak tau la. Kalau ada sesape nak guna khidmat kontraktor ni boleh la email aku ya. Nanti aku kasik nombor.

Alhamdulillah, keje-keje menyemakkan rumah dah settle hari ni.
So En Wan cuma touchup sikit-sikit je. Masa dia touchup ni turn aku pulak jadi mandor.



Thank you kepada wartawan yang highlitekan blog ni dalam sisipan Utusan Malaysia.
Aku tak sure macamana boleh dihighlitekan dalam ni.
Kalau wartawan tu sendiri yang baca blog ni, thank you so much. Mohon abaikan tatabahasa and vokab-vokab special dalam blog ni.

Ok good nite all, aku nak join En Wan makan roti canai.




posted by aveo757 @ 10:32 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER