2015-01-07

Beg mengaji + Fishball + YES = 3 hari takyah update blog pasni




Tu namanya sentimental value.

Beg aku time kat UNIMAS.
Dan aku melenjan beg ni sampai tahun 2006.
Ni la henbeg pi keje, ni la beg jalan-jalan, ni la jugak aku lenjan bawak pi kenduri kawen.
Aku pakai beg ni sampai aku cukup duit beli henbeg baru yang lebih kewanitaan.
Sampai naik berkepam beg ni aku pakai basuh pakai basuh, ujung-ujung rabak kat tepi zip.
Tapi walaupun rabak, nama nak stop pakai memang tak. Sebab ni je la beg paling selesa yang aku ada. Henbeg hantaran kawen very the makcik-makcik one, bangsa nak bawak pi opis tu. Mana muat nak masuk barang-barang aku. Aku kalau keluar dalam tu nak sumbat payung, buku cerita, botol air, pastu nak ada space sikit buat sumbat barang-barang baru beli. Mana tak rabak kan. Tapi takpe, aku cover lubang rabak tu dengan pin baju.

Dari menjak zaman dating, sampai dah kawen pun beg ni jugak la aku angkut.
Masa tu tak perasan lansung yang beg ni dah berkepam. Rasa konfiden gila bawak beg ni. Perasan macam 'in' bawak beg jeans. Merah lak tu. Outstanding la konon.

Padahal time tu aku takde henfon, aku takde purse yang tebal-tebal and berjalan pun tak bawak segenggam kosmetik. Yang aku bawak cuma payung lipat, beg duit, bedak and lipstik beli kat Guardian, tisu and buku cerita. Jadi beg ni memang leper all the time. Agak klaka jugak la bila bawak sebab beg jenis kain, pastu barang kat dalam tak banyak. Melepet-lepet je. Kadang-kadang aku sumbat 2-3 bijik buku. Sebab dulu pi mana-mana naik komuter jadi best sikit mengadap buku dalam train dari mengadap muka orang yang duduk depan aku. Sebab aku tak suka bersembang dengan strangers. Jadi nak mengelakkan orang depan or orang sebelah ajak bersembang, maka aku hadap buku. Tu pasal aku selalu terbabas stesen.

Beria aku cerita kenangan beg ni kat Redza.
"Ni beg zaman mama takde duit. Beg ni je mama bawak. Sampai koyak pun still bawak lagi. Esok mama basuh, pastu dah kering nanti Redza bawak pi kelas mengaji eh? Isi Quran"

Redza pandang je muka aku.
Muka sumpah macam nak menangis.
Agaknya nak melawan tak berani, buat la muka toye mintak dikasihani.
Ni la dia budak-budak zaman skarang.
Aku dah masuk Uni baru dapat merasa pakai beg camni.
Kau sekolah rendah pun blom habis tapi mak ko dah offer beg ni.
Mak aku dulu dia tak tanya pun aku ada beg ke tak. Yang dia tau kalau aku tak pegi mengaji, siap.
Aku dulu pi mengaji sumbat rihal ngan mukaddam dalam beg plastik UKM je. Kalau hujan, beg plastik tu aku buat serkup kepala. Rihal ngan mukaddam sumbat dalam baju.

Esok aku nak bawak beg ni pi keje. Pi UPM.
Mana la tau boleh nampak macam student. Mbahahahahaha.



Ok ni nak memenuhi permintaan reader yang tanya kat IG camana nak buat fishball soup.
Senang sangat buat ni. Aku memang suka masak yang senang-senang. Orang pemalas memang macam ni. Nak keje senang je.
Fishball soup ni boleh dikatakan menu mingguan semenjak aku sekolah sampai la dah ada anak dua.
Mak Aji cukup suka buat fisball soup. Sebab lauk ni tak perlukan kau masak macam-macam lauk lain. Selalunya Mak Aji akan pairkan fishball soup dengan ikan masin and sambal belacan. Memang terangkat. Nak pulak kalau sambal belacan jenis yang menyentap kerongkong. Pehhh. Memang meletup jubo kau malam tu. Silap-silap melecet asik kuar masuk jamba je keje.

Sebab tu aku pesan dengan En Wan dari dulu lagi, kalau pegi pasar, ikan lain beli sikit-sikit je. Kalau cencaru tu beli 2 ekor pun ok. Kembung beli 4 ekor pun ok dah. Takyah beli banyak. Tapi ikan tenggiri bunga beli sekor pun takpe. Sebab ikan tenggiri ni boleh masak macam-macam. Boleh buat fishball, boleh buat bergedil, boleh buat pindang serani, boleh buat asam pedas nenas, kalau dah malas sangat goreng garam kunyit pun sedap. Sebab isi dia lembut.
Selalunya kalau buat fishball soup ni, selain dari fishball tu sendiri, aku akan campakkan sekali cauliflower, karot, tauhu and cili hidup. Tauhu and cili hidup ni pulak akan dibelah dan disumbatkan dengan isi ikan. Kadang-kadang kalau nak meriah, aku masukkan kentang sekali. Complete.


Mula-mula kikis isi ikan tenggiri. Aku pakai dua keping je today.
Kulit pun buang. Cuma isi je ambik.
Lepas tu, tumbuk isi ni dengan bawang putih. Sampai lumat isi dia.
Sementara kau sibuk menumbuk ni, tumis bawang merah + bawang putih + halia sikit.
Pastu masukkan air then terus masukkan karot and kentang (kalau nak letak kentang).


Dah lumat, kau gentel-gentelkan and bentukkan jadi bulat/bola. 
Ikut suka la nak kecik ke besar ke. Tapi jangan la besar sangat.
Takde tambah tepung. Memang ikan semata-mata.


By the time kau abis menggentel, periuk kau tadi dah mendidih.
Terus masukkan fishball yang ko buat tadi. 
HANYA MASUKKAN WAKTU AIR TENGAH MENDIDIH. 
Kalau belum mendidih jangan masukkan.
Lepas tu masukkan sekali tauhu and cili hidup yang dah disumbat ikan tadi. 
Cauliflower pun masukkan sekali.
Masukkan garam.No ajinomoto-ajinomoto, no kiub ayam ke kiub ikan bilis ke, takyah.
Jangan lupa letakkan cuka sikit, untuk hilangkan sikit bau ikan.

Aku pernah buat entry yang lebih detail pasal fishball ni dulu. Bolek KLIK SINI untuk baca.


Ni lagi satu nak tunjuk kat reader yang tanya apesal togeh aku kaler ijau.
Ni namanya Green Bean Sprouts. Aku suka makan togeh ni sebab takyah buang ekor.
Aku malas nak banyakkan keje. Ada yang dah siap cantik macam ni, aku ambik je.
Lagi satu last week aku jumpa Bayam Jepun - dah siap petik daun. Takyah susah-susah nak cuci bayam beria-ia dah. Bayam kan leceh sikit nak membasuh. Pasni, aku beli bayam Jepun je.


Setelah digoreng dia jadi macam ni.
Nak lagi sedap, masukkan Pat Mat Tempe.


Selalunya kalau makan fishball soup kena ada sambal belacan baru kick.
Tapi sambal belacan dah habis, maka kita pakai ni je.
Ni namanya stok sambal kering ikan bilis.
Bukan aku buat, aku buat tak sedap. Ni Mak Aji punya air tangan. 
Dulu everytime balik bercuti, asal nak balik semula ke UNIMAS, mesti Mak Aji bekalkan satu tupperware besar ni - 1 kilo ikan bilis. Kadang-kadang dia pos je.
Lepas aku dah bertunang ngan En Wan, sampai ke Jepun Mak Aji pos sambal ni untuk bakal menantu hantu.



Ok, aku nak buat sale untuk 2 shawl Fleur by Mrs Him iaitu Hawa and Sofina.
Orang lain buat YES hujung tahun, aku buat awal tahun.
Kalut sikit la last month dengan jubah aku, pastu dengan Ibal kawen lagi.
Oh yes, jubah memang tinggal sehelai je lagi kaler pink size L. Yang lain sold out. Sorry.
Tapi aku dah start produce new color, design jubah yang sama with some modification. Tunggu lagi 3 minggu eh?

Harga untuk dua-dua shawl Hawa & Sofina for YES cuma RM22/helai.
Pembelian di website sahaja ya. Sebab kat sana auto deduct inventory. Aku takut tak terlayan. Macam jubah Aqeela hari tu. Kesian, ada yang terpaksa aku refund duit sebab bila buat manually, aku tersalah kira stock. So this time, boleh ke website ya. Klik pada SHAWL and pilih Hawa atau Sofina.



Lagi satu promo.
Ada yang email tanya nak order Ephyra tapi dah tak jumpa link kat blog.
Ok, pasni, order Ephyra di sini ya, also kat website.
Klik HEALTH & BEAUTY.
Promo RM500 dah berakhir 4 Jan lepas. Yang tu takleh buat lama-lama, nanti hilang thrill dia.
Tapi promo RM540 with DI-scount number masih ada.
Nak tau apa itu Promo Di-scount Ephyra, sila KLIK SINI

And untuk yang beli satu kotak pulak, ada new promo iaitu Extra Deal.
Beli satu kotak, tapi dapat 35 sachets in total. Bukan 30 sachets.
Extra 5 sachet untuk harga yang sama, RM197.
And Ephya Skin Bar masih lagi ada untuk semua pakej pembelian sekotak atau pakej deal.