walk on wings, tread in air: Waktu we olls muda muda dulu <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Waktu we olls muda muda dulu
2015-01-08

Semalam tengok cerita Zahira TV3.
Teringat ada orang komen kat gambar Pak Aji - muka Pak Aji waktu muda macam Adi Putra.
Terus aku macam tak berapa nak tenung muka Adi Putra dah skarang. Asal nampak Adi Putra je dah terimagine muka bapak sendiri. Siot je. Potong betul aku nak layan Zahira.

Puncanya, aku letak gamba ni  kat FB :




Tapi aku tak suka muka Pak Aji time muda.
Cam orang sakit dowhh. Cengkung je. Muka masa dia bujang lagiiiiiiiiiiiiiii la aku stress tengok.
70s punya style. Rambut tutup telinga. Rambut cover dahi. Kulit pun melekit semacam je. Hahaha.
Cam aku zaman muda la. Meka berselipat. Contohnya, dalam gamba tu. Yang posing bajet cute tu aku la. Tak sedar diri kaki berkilat. Yang sebelah aku tu of cos bukan Ibal ya, jangan konfius.



Ok yang ni baru Ibal. 
Ni kat hotel somewhere in Dungun. Ikut Pak Aji gi outstation. Ibal macam Rayyan and Redza, kecik-kecik suka pakai singlet je. Cute kan singlet dia. Gamba beruang kat baju tu dengan dia takde beza. Sama je colornya. Wahahahahahahaha.



Ni masa aku darjah enam. Umur Pak Aji time ni 39 tahun. Sama dengan umur En Wan skarang.
Maknanya, aku dan Redza tak jauh beza.
Masa bapak aku umur 39, aku darjah 6.
Masa En Wan 39, anak dia darjah 5.
Kira ok la tu. Lebih kurang je.
Lagi satu, umur Pak Aji waktu ni, anak bongsu dia (Ibal) umur 5 tahun.
Sama dengan umur Rayyan skarang.

*lega*

Kalau tak, topik perbincangan aku ngan En Wan pasal anak-anak mesti "Kita dah nak masuk 40 dah bang, adik kecik lagi. Camne la esok dia ni"

Bila aku nampak gamba ni, buat calculation umur sikit, alhamdulillah. Takde la risau sangat.
Aku selalu risau nanti aku dah tua, anak aku blom abis blaja lagi.
Kalau boleh, dapat jadi macam Mak Aji ngan Pak Aji pun dah ok.
By the time dorang pencen, anak-anak semua dah keje.
Harap, kitorang pun camtu jugak la pasni.



Aku suka muka Pak Aji time ni. Muka seorang kaunselor and motivator.
Ni dah nak masuk 50 dah ni. Muka dia lebih relax, badan pun lebih segar dan dahi pun lebih luas. Tapi tak seluas sekarang. Agaknya waktu ni kewangan and kerjaya dah sama-sama stabil, anak-anak pun dah besar takyah nak terkejar-kejar sangat uruskan kitorang. Waktu umur-umur Pak Aji macam ni, aku selalu kena cabut uban dia. Asal dia baring je "Diana, cabutkan uban papa".

Aku memang pakar cabut uban. Takyah pakai twizer. Pakai jari je. Dari zaman arwah atuk lagi aku dah biasa cabut uban guna jari walaupun uban tu pendek, insyallah masih boleh dicabut dengan syarat kena ada bedak sejuk empat segi tu. Yang ada muka perempuan cina putih melepak kat kotak. Pakai tu memang best. Gosok-gosok jari kat bedak tu pastu sentap uban, konfem tercabut. Tu dulu la, zaman rambut itam lagi banyak dari rambut putih. Now ni, lagi banyak putih dari itam. Nak cabut pun tak sampai ati. Mau tertanggal kulit bapak aku.



Masa ni Pak Aji umur 38, sama dengan umur aku skarang.
Ni kitorang pi bercuti kat Langkawi. Ni kat Sandy Beach Motel. Katanya now dah jadi Hotel tempat ni. Dah maju kot. Actually bukan bercuti, tapi memonteng. Ikut Pak Aji outstation ke utara. Seminggu aku ponteng skolah. Nak berjalan punya pasal. Nak tunggu cuti skolah baru berjalan, jawabnya berjalan ke kampung Tampin je la. Mana ada duit nak melancong time ni. So bila Pak Aji kena bertugas ke utara, kitorang join sekali. Ponteng pun ponteng lah. Janji aku dapat jalan.

Tapi lepak Langkawi satu malam je.
Hari-hari lain tu Pak Aji ada meeting. So bila ada 1 day off, dia bawak kitorang pi Langkawi. Sebab dia perlukan ketenangan untuk mark paper karangan BM SPM. And everytime Pak Aji mark paper, dia akan panggil aku duduk sebelah. Paper yang dapat markah bagus, dia asingkan untuk aku baca. Dia akan suruh aku perhatikan tulisan and karangan budak-budak pandai ni.

"Tengok tulisan dia. Tulisan macam ni baru pemeriksa seronok nak tanda"
"Baca tu isi-isi dia. Ni namanya budak selalu baca suratkhabar, pengetahuan am luas"

Kesian bapak aku.
Sampai skarang anak dia tetap tak suka baca suratkhabar.



Takkan Pak Aji je kot .... up la sikit muka Mak Aji time muda pulak.
Aku tak sure ni tahun bila. Kalau ikut muka Ibal tu, rasanya ni 1989. Mak Aji umur 36. Ibal around 4-5 years. Sama macam umur Rayyan now.
Yang aku muskil, mana aku ngan Ima.
Aku rasa aku tak penah datang tempat ni. Mana dorang sumbat aku ngan Ima agaknya. Mesti kitorang kena hantar kampung ni.
Tapi yang jelas, umur Mak Aji 36, masih slim.
Time umur aku 36?
Ok, abaikan. Kita ke gambar seterusnya.



Boleh nampak muka aku tak?
Dah nak sama pulak kaler aku dengan kaler kepala katil tu.
Patut la Mak Aji suka belikan kitorang baju terang-terang. Nak kasik nampak rupanya.
Ni umur aku 10 tahun.
Ponteng sekolah seminggu sebab follow Pak Aji outstation kat pantai timur. Ni tahun dia, pertama kali aku and adik-beradik jejak hotel. Gila jakun bladihel punya jakun.

Aku ingat lagi waktu ni Pak Aji pergi dulu.
Kitorang follow kendian, naik bas sebab apa ntah. Sebab nak bagi aku and Ima seat final exam dulu.
Kitorang naik bas dari KL ke Kuantan.
Time ni bas asik kena tahan je. Sebab polis buat roadblock. Time ni kes Prebet Adam mengamuk tu, year 1987. Kitorang sampai Kuantan malam. Excited gila naik bas ekspress. Bas ada aircond la katakan.

Turun-turun bas, Pak Aji dah tunggu.
Benda pertama yang Ima tanya "Pa, kita tido hotel mana?"
Pak Aji tunjuk "Rumah Tumpangan Ching" ...apa ntah nama dia. Tapi nama cina.
Ima buat muka sentap. Ewah mengada kau ya. Kau ingat kau kaya nak hotel 5 star???
Pastu kitorang kitorang toleh tepi nampak ada satu hotel besar nama Hotel Samudra.
Terpekik-pekik aku ngan Ima jakun nak mampus dapat tido hotel best.
Itu lah first time kitorang masuk hotel.

Itu lah jugak first time jumpa sinki yang ada 2 kepala paip - satu ada tanda bulat merah, another one tanda bulat biru. Masa aku nak kencing, aku pelik jugak apesal ada 2 kepala paip ni? Konfius nak ambik mana satu. Tapi sebab kat rumah aku pun dah ada kepala paip tanda biru, apa kata kita try yang merah pulak. Kau just imagine, aku kencing okeh. Kencing. Pastu aku sua kan hose tu .... sekali, air panas! Hah, kauuu. Meloncat perginya. Pijar pepek aku semalaman.
Pastu aku taknak bagitau Ima dengan harapan biar Ima kena pulak.
Tapi Ima ni jenis berhati-hati, dia tak suka try-try. Dia selesa dengan apa yang dia dah biasa.
Aku pulak bangsa suka nau try and error.
Ima bijak, dia ambik biru. Pastu dia keluar bilik air gelakkan aku "Kau mesti pakai air panas kan tadi?"

Hahahah binawe.
Dia memang tau punya aku akan ambik yang merah. Musibat.






posted by aveo757 @ 2:48 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER