walk on wings, tread in air: Perampas boifren dan laki orang <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Perampas boifren dan laki orang
2015-01-05

Kalau perempuan cantik (especially) berkahwin dengan lelaki kaya, mesti 90% orang ramai kata perkahwinan sebab duit, sebab harta.
Kalau laki tu takde duit konfem pompuan tu taknak.
Apetah lagi kalau lelaki tu tak hensem. Dan tua. Dah la tua, itam melegam cam pantat kuali pulak. Pakej combo.
Senang cakap kalau dengan mata kasar, kita orang awam ni takkan paham celah mana la yang pompuan ni berkenan sangat kat laki seburuk tu.
Maka, bila tak dijumpa point-point menarik yang boleh dikaitkan dengan fizikal look lelaki tu, masing-masing buat conclusion - Laki tu kaya, tu pasalla pompuan tu hadap sangat.

Settle.

Untuk perkahwinan or per-couple-an korang direstui satu dunia, formula dia macam ni :

1. Lelaki hensem + pompuan cantik.
2. Lelaki buruk + pompuan buruk.
3. Lelaki bijak + pompuan bijak.
4. Lelaki bodoh + pompuan bodoh.
5. Lelaki biasa-biasa + pompuan biasa-biasa.
6. Lelaki alim + pompuan alim

Kau kena ikut formula tu.

Formula tu dicipta oleh loser-loser yang muka tak berapa nak ada, kaya pun idak.
Disebabkan dorang tak dapat, jadi kau pun tak boleh dapat. Lebih kurang macam tu la konsep dia. Kalau kau terbabas dari formula atas tu, bersiap sedia cekalkan hati. Memang tak banyak sikit kena tembak punya.
Kesian kau sebab terpaksa hidup di zaman IG and FB ni.
Kalau kau tak ikut formula ni dalam bercinta, sampai kiamat kau kena stalk. Series tak tipu.
Jangan cerita la kalau kau somebody. Lagi teruk kau kena.

Tapi ikut nasib jugak la.
Kalau kau cantik gila, pastu dapat bakal suami kebetulan hensem, kaya pulak tu, itu semua tak menjamin hidup kau disejahterakan oleh haters ya (eh silap. Bukan haters. Tapi fans yang denial. Pembetulan).
Sebab kalau dikalangan 'fans' tu takde yang lebih bertuah dari kau, kau tetap akan kena titik kaw-kaw punya regardless betapa sempurnanya diri kau.

Kalau kau sorok laki kau dari pengetahuan umum pulak, taknak publish gamba suami di social network, punnnnnn orang akan korek sampai jumpa.
Bila dah jumpa - "Ingatkan hensem sangat laki dia beria nau sorok gamba. Hensem lagi bangla yang mesin rumput rumah aku. Hoh!"
Ok yang ni penyakit dia lain pulak.
Aku tak pasti apa nama penyakit ni. Sawan puki agaknya.

Kiranya apa benda kau buat takkan jadi betul.
Sebab yang betul hanya dorang yang takde kena-mengena dengan hidup kau tu.
Yang ada sangkut-paut dengan kau semua tak tau cerita sebenar.
Yang lebih tau adalah dorang, yakni puak-puak yang takde kena-mengena dengan kau pun.
Dorang yang lebih tau tentang kau sebenarnya.
Itu memang konsep dia.

Lagi kesian kalau lelaki tu jenis alim-alim pemalu sikit.
Tup tup bercinta dengan pompuan cun gila babi, tak pakai tudung pulak tu.
Memang sakit la kau.
Habis semua ustaz, imam, tok bilal yang takde kena-mengena pun dia sabitkan sekali. Punyalah sakit ati dia kat set-set alim ni. Kononnya lelaki ni semua sama. Tasbih je panjang. Tapi tang pilih bini ambik yang seksi jugak.
Katanya.

Macam kes Mawi Ekin.
Mawi tu bukannya hensem nau, blaja pun tak tinggi.
Tapi sebab kaya, maka semuanya nampak cantik di mata.
Tetiba kena gosip bercinta ngan Ekin pulak, memang masak la kau Mawi.
Sampai ke isi perut orang kutuk.
Tapi alhamdulillah, kekal bahagia sampai skarang.

Mas Anizan dan Arwah suami dia (sape nama lupa aku).
Kaw-kaw dia kena dulu. Maunya tak, Mas Anizan lawa gila kot.
Aku penah jumpa dia masa dia baru-baru kawen ngan arwah. Aku jumpa kat Sungai Wang, Metrojaya. Dia tengah pilih beg. Laki dia tunggu kat sebelah. Cun nak mampos.
Kalau ikut mata kita, memang tak paham apesal dia nak kat arwah tu.
Maka kesimpulan paling mudah - sebab dia nak hidup senang.
Tapi siapa sangka, jodoh dia panjang sampai ke akhir hayat suami dia.

Ziela Jalil dan Megat Junid (arwah).
Sape aje la yang tak mengata.
Ziela perampas suami orang la.
Kawen sebab harta sebab berlakon dah tak laku.
Lebih terukkan keadaan lagi bilamana masa tu arwah adelah menteri.
Lagi la orang cakap bukan-bukan.
"Menteri...biasa la. Kalau tak kawen artis, bukan menteri namanya" Gitu.
Tapi kekal hingga akhir hayat kan? Alhamdulillah.

Siti dan Datuk K.
Ni pun dah bagus Datuk K kategori sedap mata memandang.
Cuba kalau dia tua dan tak hensem. Lagi bernanah la telinga dengar kutukan.
Tapi, dorang bertahan sampai skarang. Nampak macam loving.

Sape lagi?
Fasha Sandha.
Memey.
Zarina Zainuddin.

Dikalangan keluarga kitorang, ada jugak yang diuji dengan keadaan ni.
Contoh paling dekat adalah aku.

Masa kawan-kawan tau aku bercouple dengan En Wan, ada kelompok-kelompok yang gigih pi korek sape la gerangannya yang telah merampas aku dari exbf aku.
Konon.
Ntah celah mana dorang korek, tak sure, tapi jumpa. Gigih kan mereka-mereka itu?
Motif apa pun tak tau.
Lepas tu bertebaran cerita aku kejar En Wan sebab nak balak study overseas, balak ada sport car, balak anak orang kaya, bla bla bla...

Kebanyakkan yang gigih mengumpat aku break dengan ex semata-mata nak kejar En Wan, semua tu sebenarnya hanya melihat dari jauh.
Dorang hanya dengar-dengar cerita.
Tapi takde sorang pun berani berdepan dengan aku sendiri untuk tanya kesahihan cerita.
Yang peliknya, dorang ni la yang paling berdegar-degar mengutuk macamkan tau sangat.
Sebaliknya, member-member rapat yang tau cerita from A to Z semua tak kata apa.
Sebab member-member tau cerita sebenar.

Even Mak Aji sendiri antara orang yang tak suka aku couple dengan En Wan.
En Wan datang rumah pun dia cold semacam taknak layan sebab dia pun ingat En Wan punca aku break dengan exbf.
Padahal apa yang terjadi between aku and exbf, aku pendam. Aku kena belasah pun mak bapak aku tak tau.
Selalunya macam ni lah.
Yang tak tau cerita hujung pangkal memang akan emosi lebih-lebih.
Yang tau cerita, rilek je tak apa-apa.

Another contoh - mak mertua nombor 2.
Dia tu secretary arwah ayah En Wan.
Arwah ayah kawen dengan dia masa En Wan kecik lagi.
Memang awal-awal dulu ramai di kalangan ahli klorga yang tak suka mak nombor 2 ni.
Sampai aku dah bertunang dengan En Wan, En Wan masih taknak jejak rumah mak nombor dua.
Even masa arwah ayah nak kenalkan aku dengan mak nombor 2 (masa tu aku dah bertunang, En Wan ajak balik Tganu), hanya aku je yang masuk dalam rumah, En Wan duduk dalam kereta.
Mati-mati dia taknak masuk jumpa.

Lepas kawen, En Wan dah boleh terima mak nombor dua tu.
Abang En Wan pernah cakap "Ni berkat kawen dengan Diana ni. Tak pernah sangka Adik Ayie (En Wan) nak baik dengan Mok Ndong (mak nombor 2)".

Padahal aku tak buat apa-apa pun.
Tapi aku sangat percaya dengan influence.
Nak ubah orang memang susah.
Just jadikan diri sebagai contoh yang positif. Insyallah, orang akan ikut.
Agaknya En Wan 'jeles' kot tengok aku bersembang gelak-gelak ngan Mok Ndong, lama-lama dia lembut hati.

Kita tak boleh ubah apa yang dah terjadi.
Tapi kita boleh usaha perbaiki keadaan. Mudah-mudahan ada pengakhiran yang baik.

Alhamdulillah, arwah ayah kekal dengan dua-dua isteri dia ni hingga ke akhir hayat. And yang paling utama, arwah ayah dapat jugak tengok anak dia yang paling 'degil' terima Mok Ndong dalam famili walaupun ambik masa yang sangat panjang. Now ni, hari-hari mak aku dok bertelipon bersembang dengan Mok Ndong. Dah jadi close sangat.

Aku tak sure if aku boleh jadi sekuat tu kalau situasi yang sama berlaku kat diri sendiri.
Sebab tu seboleh mungkin aku nak elak dari bersangka buruk dengan couple-couple yang dikatakan perampas dan meruntuhkan rumahtangga orang.
Sebab kalau Allah nak uji, sekejap je Dia boleh bagi.
Bukan makna kata semua yang kawen suami orang tu perangainya baik.
Ada juga yang perangai tak elok.
Tapi kita yang kawen dengan lelaki bujang ni pun elok sangat ke perangai?
Cuma kita bernasib baik je jodoh kita dengan orang bujang.
So, jangan emosi sangat, boleh?
Sebab kita sebenarnya tak tau ujung pangkal cerita pun. Kita baca pun apa yang ditonjolkan je.

Tak kisah la if apa yang kita baca tentang set-set perampas ni memang benar, tapi perlu ke kita yang takde sangkut-paut ni nak meroyan macamkan laki kau pulak yang kena caras?
Tuhan uji hambaNya dengan bermacam cara.
Dan cara Tuhan mengajar hambaNya berbeza-beza.
Ada yang 'malang' sebab cara bertemu jodoh tu tak sebertuah kita yang dapat kawen dengan orang bujang.
Tapi kita yang bertuah ni pun, boleh jamin ke perkahwinan kita kekal bahagia hingga akhir hayat?

Bukan hipokrit.
Memang rasa marah tu akan hadir kalau suami kita kena rampas/kongsi.
Tu tandanya kita sayang suami.
Tapi peliknya, kau yang takde sangkut-paut tetiba nak extra emosi, dah kenapa?
Laki kau ke yang kena ambik tu?

Tu baru kawen.
Belum nanti esok lusa kes cerai pulak.
"Aku dah agak. Karma comes after you, bitch!".
Hah, gitu kauuuu.

Takyah nak karma karma sangat la.
Yang cerai tu sah-sah nampak tak bahagia.
Yang masih berkahwin ni bahagia sangat ke?
Sometimes, yang masih bersama suami/isteri bukan bahagia sangat pun. Ada yang cuma surviving the marriage.
Bertahan sebab faktor anak, faktor usia, faktor ekonomi, faktor keluarga, jaga airmuka sendiri, etc.
Bertekak jugak sekali-sekala.
So, jangan lantang sangat la ye?
Kau kawen pun belum sampai 10 tahun ada hati nak kondem marriage orang lain.

Banyak je kisah-kisah percintaan yang tak ikut formula atas tu.
Tapi nampaknya jodoh mereka panjang alhamdulillah, cuma perjalanan mereka agak perit asik kena hamun je. Selagi tak bercerai selagi tu la kau mendapat.
Tapi dah kalau Allah izinkan, ia tetap berlaku juga.
Jodoh tu kan rahsia Allah.
Dia bagi lelaki tu muka suam-suam, tapi dapat isteri taraf Miss World.
Dia bagi lelaki tu kaya, tapi isteri ala-ala bimbo pulak.
Dia bagi lelaki tu bijak, tapi isteri SRP pun tak lepas.
Mana mungkin Allah bagi semua yang kita suka. Tapi yang pasti dia bagi yang terbaik untuk kita.
Cam laki aku ni, dari kecik aim nak awek putih. Sekali dapat aku. Hah, baru dia tau.

Yang aku list kat atas tu semuanya dulu pernah dapat tittle PERAMPAS BOIFREN/SUAMI orang.
Tapi alhamdulillah kekal pulak sampai hari ni. Ada yang sehingga ke akhir hayat.
Yang tak merampas suami orang pulak yang kerap cerai-berai (di kalangan celebriti jugak).
Ajal maut jodoh semua kat tangan Allah katanya.
Jodoh tak panjang nak buat camana kan?
Tapi kalau pompuan yang kawen ngan suami orang payah kita nak kaitkan dengan kuasa Tuhan.
Kita tetap label dia PERAMPAS.
Mati-mati nak label perampas gak. Apesal eh?
Oh ye la, nak salahkan Tuhan tak boleh, maka kita salahkan manusia. Kan?

posted by aveo757 @ 7:06 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER