2014-12-09

Sedekah


Sedekah tidak dinafikan amat dituntut. Dipanggil infaq. Dalam Al Quran awalan surah Al Baqoroh ada Allah berfirman :

"Alif laam miim, inilah Al Kitab (Al Quran) tidak ada ragu-ragu padanya (menjadi) petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Iaitu mereka yang meyakini benda-benda ghaib dan mendirikan solat dan PADA REZEKI YANG KAMI KURNIAKAN MEREKA INFAQ. ‎
Mereka yang beriman atas apa yang kami turunkan ke atas mereka dan apa yang kami turunkan keatas umat sebelum mereka dan dengan Akhirat itu mereka yakin.
Merekalah di atas mereka itu petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang meraih kejayaan".

Bersedekah atau berinfaq bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.
Ia amat luas kepada sebarang kerja baik atau makruf yang dikerjakan atas meringankan orang lain juga boleh dianggap sedekah.

Memberi satu kelengkapan untuk orang lain guna bagi memudahkan kerja juga sedekah.
Menyediakan satu perkakas untuk digunakan ke jalan kebaikan juga sedekah.
Jika tidak dapat dilakukan dengan wang ringgit, membantu mereka yang memerlukan tenaga kita juga sedekah, sedekah tenaga. Ia tetap makruf.

Ia luas, bukan duit yang diserahkan saja dipanggil sedekah.

Duit yang diserahkan, boleh dipanggil sedekah, boleh dipanggil hadiah, boleh dipanggil sumbangan, boleh dipanggil rasuah.
Ia bergantung kepada niat dan keikhlasan kita.

Dalam bersedekah, ia ‎tidak untuk orang yang banyak duit saja, Al Quran menyebut "dalam keadaan banyak dan dalam keadaan sikit".
Jika kita gaji 10 ribu, sedekah RM 1 dalam tabung masjid, berbanding mereka gaji RM 1 ribu juga sedekah RM1, takkanlah sama pahalanya?

‎Tapi orang yang bergaji 1 ribu perlu berazam dan berusaha untuk mendapat gaji 10 ribu pula, supaya mereka dapat bersedekah lebih di kemudian hari.

Memang benar sedekah menyuburkan harta dan membersihkan jiwa. Ia ada semacam kekuatan yang tidak boleh dijelaskan jika kita benar-benar yakin dan amalkan.

Cuma perlu berhati-hati, bersihkan niat dan beri dalam kadar kemampuan kita, Allah juga tidak suruh kita sedekah semua harta kita dan biarkan kita tak ada apa pun sehingga meminta-minta pulak, ini akan menyusahkan orang lain.

Keluarkanlah dengan kadar yang munasabah, sebarang kehendak kita untuk dipergunakan atas duit itu yang berbentuk kehendak bukan keperluan, kawallah supaya kita ada banyak ruang untuk bersedekah.

Tunaikan zakat terlebih dahulu yang menjadi kewajipan, sedekah disulam-sulam dengan semua kebaikan mudah-mudahan dosa-dosa kita dipadamkan.

Janganlah pula bulan ni tukar spot rim, bulan depan tukar skirting, bulan lagi satu tukar tinted, bulan pastu tukar tayar, bulan pastu lagi tukar ‎nombor plet, pastu pulak tukar HID lamp, pastu tukar seat cover, pastu kata "saya tak ada duit lebih nak disedekahkan, cukup-cukup je gaji".
Tak bolehlah macam tu.

Samalah juga mereka yang belum ke Mekah sama ada Umroh atau Haji, sedangkan kereta dah beberapa kali tukar, Korea dah pegi, Jepun dan pegi, Bandung dah pegi, Vietnam dan pegi, Ostralia dah pegi, Dubai pun dah pegi, tapi Mekah tak singgah lagi.
‎Takkanlah macam tu kot? Kan?

Kita ni kadang-kadang banyak berkira, kita takut miskin jika kita serahkan harta kita kepada mereka yang memerlukan, kita takut mengantuk jika kita bangun solat tahajud tengah malam, kita takut lapar kalau kita tak makan kerana puasa, macam-macamlah.
Sedangkan kaya, tak mengantuk dan kenyang tu Allah yang bagi.‎ Malah diri kita ni pun Allah yang punya.
Hati kita belum terpaut penuh dengan Pencipta kita, kita masih menyangka kitalah sumber kekuatan kita sendiri.
Kita lalai, kembalilah kepada Pencipta kita dengan rendah hati. Ingatan untuk diri sendiri juga.

Salah satu cara untuk mengikhlaskan hati dalam bersedekah ialah menyembunyikan ia daripada pengetahuan sesiapapun.
Jangan pula kita selepas bersedekah mengupdate status di facebook, "Alhamdulillah, sempat bersedekah kat masjid tadi, semoga Allah terima, amiin...."
Jahanam.

Wallahu'alam, wassalam.

Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana.



EPHYRA PROMO