walk on wings, tread in air: Petanda <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Petanda
2014-12-10

 Gambar cilok kat gugel

Sape pernah ada kuku macam ni, tetiba ada garis putih atas kuku?
Ni namanya penyakit ya, kurang zink kalau tak salah aku.
Tapi aku taknak cerita pasal kekurangan nutrisi kat sini.
Aku nak cakap pasal lain.

Time sekolah rendah tak terjadi sangat.
Benda ni jadi bila dah masuk sekolah menengah.
Ke semua budak pompuan time sekolah menengah memang perangai camni?
Or maybe ni penyakit budak sekolah menengah campuran. Budak STF, TKC, SSP maybe tak dapat penyakit ni.

Like, semua benda mesti nak disangkut-pautkan dengan secret admirer.
Sikit-sikit ada orang minat. Sikit-sikit ada orang rindu kau. Pantang ada bulu mata jatuh sehelai je excited gila - ada orang rindu katanya.
Tapi kalau yang gugur tu bulu mata belah kanan.
Kalau yang gugur bulu mata belah kiri, maknanya ada orang benci.

Pastu, dah gugur bulu, pi ukur pulakkk.
Kalau yang gugur tu panjang, tandanya orang jauh yang rindu.
Padahal time tu budak skolah je. Orang jauh mana pulak yang rindu aku kalau semuanya memang duduk kat Bangi? Gila tak boleh pakai.

Pernah dulu kuku aku timbul garis putih macam ni.
Kawan aku cakap itu tandanya ada orang minat kat aku. Pastu dia tunjuk pulak jari dia. Ada empat garis putih kau!!! Gila hawttttttt sampai ada empat orang admire!

Dengar je member cakap macam tu, terus tak tentu arah aku nak kontrol diri. Terasa diri ini bagai ada yang memerhati.Nak-nak lagi kalau kena lalu depan kelas-kelas blok sebelah. Terasa jalan tak pijak tanah. Punyalah mengkontrol.
Time ni nak pegi kantin time rehat pun malu. Motif tetiba nak malu pun aku tak paham.
Oh ye la...orang ada secret admirer katakan. Mestilah time rehat ni je peluang secret admirer tu nak tengok aku kan? Mesti dia tertunggu-tunggu kelibat aku kat kantin. Of cos la aku malu. Kah Kah Kah. Lempang pelis.

Tu la dia, perangai budak-budak tetek baru nak naik. Gelenyar tak berkesudahan.
Standard la kan, orang takde pakwe. Memang senang nak percaya benda-benda macam ni.
Barulah ada semangat sikit nak pi skolah.
Konfiden level pun up sikit.
Mungkin peminat tu malu nak cakap dia minat kat aku.
Mungkin dia takut kalau dia berterus-terang nanti aku rejek.
Wahhhhh gitu. Jauh angan-angan aku.

Garis putih kat kuku.
Bulu mata jatuh.
Kelopak mata bergerak-gerak.
Tersedak.
Kalau tetek kau gatal sekalipun, semuanya nak disabitkan dengan "ada orang rindu", "ada orang minat", "ada orang sebut-sebut nama". Hakikatnya semua ni adelah mitos dari set-set yang tak berapa nak laku.
Series.
Disebabkan tak berapa nak laku tu la maka masing-masing cipta situasi biar nampak macam laku.

Masa tu, asal bangun pagi je tengok kuku dulu ada lagi tak garis putih ni.
Kalau ada, oh legaaaaa. Petunjuk yang orang tu still minat kat aku.
Bila kuku makin panjang, takut nak potong.
Sebab takut nanti garis putih tu hilang.
Padahal takut terima hakikat yang sememangnya takde orang pun minat kat kau.

Tapi kan, akulah salah sorang yang kuat berpegang pada mitos ni dulu. Lama gak aku percaya gak benda-benda merepek ni. Seingat aku, sekali tu je la timbul garis putih kat kuku, rasanya masa Form 4. Pastu takde dah. Padahal kat kat UNIMAS aku sikit punya hot, takde pulak keluar tanda-tanda ni. Mbahahahahahahhaha. *PANGGG*

Dulu aku pernah risau bila tanda-tanda ni semua tetiba takde.
Macam hilang je semangat.
Kesian kan aku? Sampai macam tu sekali punya la hadapnya nak berpakwe. Hahahaha.
Tapi bila tanda tu ada, aku pulak jadi tak tentu arah hidup memikirkan sape la yang rindu aku ni, sape la yang syok kat aku ni. Tak ke dah satu keje. Orang lain angau kat orang yang ada, aku angau kat orang yang tak ada. Padahal masa bercinta ngan En Wan baik bulu mata, baik kelopak mata, baik apa sekali pun hampeh takde mengeluarkan tanda-tanda pun. Tau-tau je aku dah kawen. Ha, camne tu.

Now sukati kau la nak bergerak ke nak berdenyut ke nak memulas ke.
Yang aku tau now kalau ada bahagian badan aku berdenyut, tanda mati dah nak dekat.



EPHYRA PROMO
 
posted by aveo757 @ 7:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER