2014-12-08

Your Love, Their Joy


Sabtu and Ahad minggu ni, weekend terakhir untuk carik belen-belen barang untuk wedding Ibal.
Misi paling utama nak cari suit Redza and Rayyan sebab dua-dua ni pengapit Acu dia berarak masuk dewan nanti. Sebenarnya Redza ngan Jane je yang iring pengantin. Rayyan ni saje belikan bagi cukup syarat penuhkan pelamin. Kang merempan pulak dia nampak Abang dia pakai suit, dia takde. Jadi sebelum dia kena sampuk time majlis, baik aku belikan siap-siap. Pastu aku tak tau la nak pakaikan time bila lagi suit ni. Bakal di jual semula agaknya.

Tak pegi jauh. Just IOI Puchong. Memang dah spotted satu kedai ni jual banyak sangat baju kids untuk function. Kalau dress for flower girl punya lah banyakkkkkkk. Rambang mata. Paling murah harga dress RM118. Ok la. Dulu kat Bandung aku belikan Jane dress harga RM80. Takde la jauh beza dengan harga dress kat IOI Mall ni. Banyak pilihan. Kalau baju ala-ala frozen ni macam-macam jenis. Seb baik Rayyan tak buat pasal nak beli dress Frozen.

Suit untuk budak laki pun banyak pilihan. Tuxedo lagi la comel-comel.
Range harga dalam RM200-280 sepasang. Lengkap dengan vest, sekali kemeja and seluar.
Saje nak seronok-seronok time wedding Ibal ni je sebenarnya. Kalau tak pakai suit pun takpe. Biarlah, sekali-sekala. Kedai ni next to Homes Harmony. Level 1.

Lepas settle beli baju dorang, beralih beli baju and kasut sekolah Redza pulak.
Best gila sebab hampir takde orang beli time ni. Maybe orang dah start beli last week ataupun tunggu gaji hujung bulan ni. Ni sebab aku suka beli awal, sebab masih banyak pilihan, yang penting size semua ada lagi. Ok, hal sekolah settle.

Tapi sebelum masuk AEON tu, kitorang lalu depan satu booth ni.
Setup siap dengan pokok Krismas and gifts.
Yang manned the counter pun mostly Chinese and omputih 2-3 orang.
Ada sorang Mat Saleh ni approched aku. Dia cakap dorang nak kumpul fund untuk bantu kids sempena Krismas ni. So bila sebut Krismas je, dalam kepala mesti cakap 'Oh, okkk...non-muslim project'. Kebetulan memang aku nak ke AEON sebab nak beli barang Redza jadi aku cakap aku akan datang balik. Klise.

Lepas habis shopping, aku cakap kat En Wan aku nak patah balik kat booth tu.
Niat aku cuma satu - aku nak kotakan janji supaya dia tak anggap orang Islam ni kuat auta apetah lagi bab nak menderma kepada non-Muslim project. Tu je yang aku nak buat.



Nampak tak laki yang sebelah aku tu?
Laki Mat Saleh tu la. Masa aku sampai dia takde kat situ. Aku pun tak carik dia, terus aku pi counter.
Masa kat kaunter minah saleh yang kat meja tu teragak-agak nak tanya aku. Gamaknya dia pelik apesal aku terpacul kat situ. Bila aku cakap "Can I contribute?", seriesly berubah muka dia. Dan-dan 3 orang datang terus assist aku. Maybe dorang pun surprised kot ada orang Melayu Islam yang nak sumbang. Pastu laki Mat Saleh tu datang "Hey! You came!"
Agaknya dia bajet aku takkan muncul dah.

Aku rasa lega bila aku dapat buat macam ni. Menyumbang tu perkara lain. Yang paling utama bila dapat kotakan janji. Bukan apa, taknak dorang sangka bukan-bukan kat kita, especially Melayu Muslim. At least kita buktikan sesuatu pada kelompok kecik dulu, apa yang termampu. Dah banyak sangat dah sangkaan buruk-buruk pada agama. Series, sengkak kepala kalau baca kutuk-mengutuk antara agama masing-masing especially kat FB. Letih! Daripada bertekak tak tau hujung-pangkal baik kita buat apa yang boleh, seadanya. Kan?



Cara nak bagi sumbangan ni, kau pilih nama-nama budak yang dorang gantung kat pokok krismas tu.
Kau pilih sendiri kepada siapa sumbangan tu kau nak beri. Dorang akan wrap and tulis nama kau pada hadiah tu nanti. Mula-mula masa dorang mintak nama, aku refuse untuk bagi nama. Tak penting kot. Tapi dorang insist sebab prosedurnya begitu. Ok lah, layankan. Aku mintak Redza and Rayyan pilih kat sape dorang nak bagi. Allah, sedih pulak aku tengok nama-nama kat situ. Antara kad-kad tu ada yang dah ber-sticker. Kat sticker tu ada letak nilai sumbangan. Ada yang sticker RM10, sticker RM20. Kebetulan Redza baru beli beg skolah baru yang harganya hmmmmm.....aku cakap kat Redza "See Redza, Redza nak beg main tunjuk je. Mama tak tengok harga terus bayar. Redza tengok budak-budak ni...see..baru ada orang derma dia RM10..kesian tak?"

Diam Redza.
Sebak pulak tengok kad-kad kat pokok Krismas tu.



But to my surprise, bukan semua nama kat kad ni non-Muslim. Ramai jugak yang Melayu!
Tapi bila fund raising project ni dijalankan oleh non-Muslim dan takde sukarelawan Melayu kat booth tu, mesti kita tak sangka project ni nama je sempena Krismas, padahal sumbangan ni adelah untuk semua tak kira agama. Kalau sesape nampak booth ni kat IOI Mall, please stop kejap, at least untuk dengar dulu apa dorang nak cerita.


Si Rayyan ikut je aku bukan apa, dia sebenarnya aim bola-bola kat pokok tu. Dia ingat lepas mak dia hulur duit dia dapat bola tu kot. Yoyo dia kata.



Majlis penyerahan hadiah ni akan dibuat on 27th kat Puchong Kinrara. Dia ada bagi venue, tapi aku lupa mana aku letak resit. Dia kata kalau kita nak datang on that day, call them, and kita akan dapat serahkan sendiri hadiah (sumbangan) kita tu pada kanak-kanak yang kita pilih. Sweet kan?
Tapi aku takkan datang la. Aku tak boleh la benda-benda macam ni, aku mudah menangis sikit. Sebab tu aku tak berapa nak join aktiviti gi rumah anak yatim atau rumah orang tua. Kang aku yang emo lebih-lebih.


Kalau nak sumbang RM120/month boleh ke website dorang kat gambar tu ada.

Ok, aku nak masak.
Bye.



EPHYRA PROMO