walk on wings, tread in air: Mana cerita-cerita macam ni? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Mana cerita-cerita macam ni?
2014-12-03

Macam-macam hal berlaku kat Malaysia sekarang ni.
Dah makin pelik pulak. Lepas satu, satu benda pelik jadi.
Dugaan akhir zaman agaknya.
Tak tau la di mana silapnya kan?
Nak kata disebabkan TV, dulu pun dah ada TV.
Nak kata disebabkan cerita-cerita dari barat, dulu pun citer omputih ni dah ada kat TV.
Nak kata didikan dan perhatian ibubapa kurang, masih ada je anak-anak yang jadi manusia walaupun mak bapaknya sibuk 24 jam.

Pengaruh internet ke?
Mungkin jugak. Tapi, kalau nak kata pengaruh internet, wajib semua yang melayan internet terjerumus ke kelakuan yang pelik-pelik. Masalahnya, bukan semua. Tapi some.

Ntah la. Silakan la sesape yang buat PhD buat kajian pasal ni.
Manusia akhir zaman nampaknya lebih berani.
Semakin ramai yang bergasak.
Semakin meningkat kes penipuan.
Semakin berani bunuh-berbunuhan.
Semakin galak yang buang bayi.
Semakin banyak kes rogol.
Ni baru-baru ni kes toreh muka pulak.
Tak faham apesal ramai sangat manusia yang terlebih berani lately.
Atau mungkin inilah yang dikatakan terlebih bangang.

Nak kata TV skarang banyak tayang cerita gengster bergasak siang malam, mungkin.
Tapi tak boleh nak kata itu penyumbang utama. Sebab masih ada yang melayan cerita yang sama tapi takde kecenderungan pun nak bergasak sama. Aku pun suka tengok cerita bergasak-bergasak ni. Dari kecik aku melayan Bruce Lee, Jackie Chan, tu ha si Rajinikanth lagi la. Tak pernah cerita dia yang tak bergasak. Manjang bergasak siap melambung terbang semua cukup. Tak pulak aku teringin nak buat benda yang sama.
Jadi, kalau nak kata salah TV 100%, tak boleh jugak.
Kalau nak kata salah pengarah filem mengarah cerita gengster-gengster pun tak boleh jugak.
Cuma mungkin tak ada keseimbangan.
Skarang, lebih banyak cerita kat TV pasal gasak-bergasak.
Tapi kurang cerita-cerita yang boleh bagi balance.

Zaman kita kecik-kecik dulu, boleh dikatakan hampir semua budak-budak lelaki yang bila diajukan soklan esok besar nak jadi apa, jawapan standard - kalau tak polis, askar. Tu je la.
Walaupun jawapan budak-budak ni klise, tapi ada lojiknya.
Sebab dulu banyak cerita pasal polis and askar kat TV.
Contohnya - Police Cadet :) Hehehe.
Walaupun punca aku tengok Police Cadet ni adelah sebab Tony Leung, tapi sememangnya cerita tu best. Cerita pasal polis. Nampak gagah. Nampak stylo. Rasa macam orang yang dapat sarung uniform polis ni bukan calang-calang orang.
Maka berbondong-bondong la budak-budak daftar nak masuk Kelab Kadet Polis.
Termasuklah aku.
Masa aku kat TKC dulu, aku masuk Kadet Polis. Tapi belum dapat uniform aku dah blah. Hahahaha.
Zaman-zaman Kadet Polis ni, kesian Pandu Puteri, tak laku. PBSM lagi la. 

Now, bukan takde cerita polis. Ada.
Gerak gerak gerak khassssss.
Tak pun cerita apa tu TV2 yang ada polis trafik tu. Cerita Yusof Haslam gak rasanya.
Ok jugak cerita ni tapi banyak sangat menceceh la.
Tak banyak aksi. Aksi pun kalau ada yang sendu-sendu. No wonder ramai yang lagi suka tengok cerita gengster. Sebab aksi dia lebih. Rasa lagi best jadi gengster dari jadi polis. Lagipun gengster kat TV skarang semua hensem-hensem. Aaron Aziz yang diambiknya jadi gengster. Macho gila. Camana la tak ramai musibat kat luar yang feeling-feeling Abang Long. Semua nak nampak stylo dan macho cam Aaron. Cuba ko tengok penyangak filem zaman dulu camne rupa - Geng Gagak Hitam. Dia tak buat apa-apa pun aku dah menyampah okeh. Mana ada penyangak zaman dulu hensem. Faizal Hussein pun dah tua-tua ni je baru dapat watak gengster. Dulu hero sokmo. Kalau zaman muda dulu dia dah jadi penyangak, konfem dia la satu-satunya penyangak yang dicintai kat Malaysia ni.

Cubalah buat cerita polis tu biar meninggalkan rasa kagum dalam hati penonton, baru la best.

Selain dari cerita polis, TV dulu-dulu banyak keluarkan cerita yang menaikkan semangat kesukanan.
Moero Attack.
Disebabkan cerita ni la maka bersepah budak-budak pompuan main bola tampar. Semua nak tiru Moero Attack. Padahal tampa bola pun tak lepas tapi sikit-sikit nak melompat. Bajet sommersault berputar katanya. Gedik. Aku tampa sekor-sekor berputar baru datang akai.


 
Apesal cerita macam ni dah kurang? Last aku tengok Leftenan Adnan kot. 
Padahal cerita askar-askar macam ni bukannya 100% cerita serius, masih ada unsur-unsur kekeluargaan, cinta, jenaka, tapi 70% difokuskan kepada profesion tentera tu sendiri. Secara tak lansung menjadikan kita lebih patriotik. Budak-budak skarang mana ada hadap cerita-cerita macam ni dah, sebab cerita macam ni dah hampir takde. Kemon la....please buat cerita macam ni banyak-banyak. Barulah ada balance dengan cerita gengster. Bagi budak-budak nampak sikit role tentera ni camana. Kalau betul-betul hayati lagu ni, boleh bergenang airmata okeh.
 

 
Dengar lagu je pun dah semangat, padahal yang menyanyi tu semua maharajalawak.
Barulah datang semangat cintakan negara.
Cuma satu je yang aku bengkek bila tengok cerita ni, bab Ed Osmera nak pi bertugas pesan kat bini dia "Jangan main panas tau, nanti hitam"
Fine.



Cerita ni lagi power.
Hero officer. Hensem lak tu. 
Camni la baru best.
 
 
 

EPHYRA PROMO
 
posted by aveo757 @ 4:43 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER