2014-12-03

Bontrot


Semalam teruk gila aku punya selsema. Betul-betul down.
Gi mana-mana angkut laptop konon nak buat keje, last-last membuta.
Singgah rumah Mak Aji pagi untuk hantar baju-baju melayu and jubah yang aku beli weekend lepas.
Sambil-sambil tu pekena nasi lemak paru tapau dari stall akak nasik lemak yang aku selalu beli kat Putra Heights ni.

Sembang-sembang ngan Mak Aji and Pak Aji pasal wedding Ibal, check apa lagi yang tertinggal. Pastu Mak Aji bukak cerita pasal wedding cousin aku (belah pak Aji) kat Kota Tinggi Sabtu lepas. Plan asalnya aku pegi sekali tapi anak sedara En Wan datang bercuti, jadi kensel. Biar Mak Aji and Ima je wakil.

Mak Aji tunjuk berkat-berkat yang dia dapat dari orang Kota Tinggi.
Jawa kalau bagi berkat memang lain dari orang lain. Kalau boleh dia nak bagi sebakul sorang. Tak main la beg-beg door gift ni.
Nasik, lauk beriyani, bahulu gulung, telur, kerepek...bla bla bla. Penuh.
Alangkan yang buat kat hotel macam kita-kita di bandar ni pun bagi tetamu bawak balik bekas telur je. Orang kampung nun bekas telur pun dapat, berkat pun dapat.

Akan tetapi, dorang tak panggil BERKAT.
Ni pun sebenarnya aku baru tau semalam bila Pak Aji tersebut perkataan ni.
Pak Aji ni kalau tengah bersungguh bersembang, ujung-ujung ada satu dua butir perkataan jawa yang terkeluar dari mulut. Semalam tengah syok bersembang pasal berkat-berkat ni, dia kata "Kau dah tengok Pak Ngah punya bontot?"

Aku macam, huh??? Bontot Pak Ngah?
Apesal dengan bontot Pak Ngah?

Rupanya bukan bontot.
Tapi BONTROT.

Bontrot ni adelah berkat (bekal untuk tetamu-tetamu khas bawak balik dari kenduri kawen).
Selalunya bontrot ni kaum keluarga yang dapat.

Bontrot orang Jawa jangan main-main ya.
Kadang-kadang gula melaka ngan santan pun ada.
Ni salah satu kenapa aku suka pegi majlis kawen orang Jawa. Excited nak tengok apa dalam bekal. 

Yang klaka tu bila Mak Long (kakak ipar Pak Aji) cakap "Terkilannya Kak Long tak dapat datang kawen anak Uda (Pak Aji). Buat kat dewan, ntah apa la bontrotnya nanti"

Hah kau. Menggelabah. Aku leh imagine muka mak bapak aku time ni. In 0.2 saat darah tak naik ke muka.
Terdiam kejap Mak Aji.
Mau tak terdiam. Dalam plan kitorang memang takde pun berkat-berkat ni. Plan cuma nak bagi door gift yang dalam tin tu je.
Awal-awal lagi aku dah tanya, esok kawen Ibal berkat-berkat bagi apa?
Mak Aji cakap, tak tau nak bagi berkat ke tak sebab tak tau lagi sape yang nak ditugaskan kat bahagian jaga berkat. Yang nak handle department berkat ni harusnya orang yang kenal sedara-mara. Masalahnya paham-paham je la kalau dah sedara mara sesekali berjumpa time majlis kawen camni, bontrot kemana, semua ke mana, masing-masing dok melabuhkan bontot kat kerusi layan bersembang jadiknya.
Bila dah dengar Mak Long cakap macam tu baru la menggelabah carik orang nak masak untuk berkat pulak.
Tapi alhamdulillah, dah settle. 100 bontrot kesemuanya.
Agak-agak nak bontrot ni, silakan mengaku sedara.

Seb baik la Mak Aji kawen ngan orang Jawa, dia tau wujudnya perkataan ni.
Kalau dibuatnya dia tetiba dengar aku sebut Bontrot Bontrot Bontrot, tau-tau je PANGGGGG sampai kat muka aku.

Last week ada reader tanya pasal biological clock.
Dia tanya if aku ada guna pil perancang atau protection.
Jawabnya tak.
Aku pernah blog about this sometime ago tapi aku takleh nak retrieve entry.



Cuba download application ni - Period Calendar.
Aku pakai ni sejak tukar henfon tahun lepas. Lebih mudah.
Dulu, aku kira-kira sendiri je. Nak kata tepat sangat tu tak jugak tapi alhamdulillah belum terbabas lagi, kecuali ada pihak yang mensabotaj tanpa aku sedari. Tau-tau eh, mengandung?

Apps ni bukan saje bagi alert tarik next period tapi juga provide waktu subur.
Kalau sesape plan nak dapatkan anak, calendar ni amat membantu.
Dulu, masa belum ada Samsung, aku tak donwload apa-apa pun kat BB. BB takde kot apps ni.
Aku kira sendiri je. Kiraan aku dulu bukan nak cari waktu subur tapi lebih kepada nak check bila tarikh period sebab aku selalu lupa. Nak pulak menjak minum Ephyra, period aku tak bagi hint bila nak datang. Takde rasa cramp perut, atau bengkak tetek atau loya-loya, tau tau je period. Selama yang aku kira sendiri, takde masalah. Mungkin jugak cycle period aku normal. Kalau ada pun beza 2-3 hari. Takde sampai gap 2-3 bulan tak datang-datang.


Yang bertanda merah tu adelah waktu subur.
Dia akan letak remark how high chances kau untuk dapatkan anak.
Aku printscreen ni on 30th Nov, dia tulis kat situ pregnancy chance is low.
Jadi, pandai-pandai korang la nak gunakan kesempatan waktu-waktu chances are low macam ni. Time-time kurang subur ni boleh la bagi laluan kat suami. Sian dia kena pakai protection manjang. Kah Kah Kah. Insyallah, setakat ni, belum terbabas lagi.



Apps ni ada sertakan sekali period log.
Log ni sangat membantu kalau kau nak discuss dengan dokter.
From here dokter boleh tengok camana period cycle kau and dia boleh identify rawatan apa yang patut kau ambik (kalau ada masalah nak dapatkan zuriat).
Macam aku punya cycle, so far tak lari banyak. Cuma bulan 7 tu memang lari sikit sebab tu bulan puasa. Kalau bulan puasa je period aku memang lari sikit. Ada kaitan dengan metabolisme badan agaknya. So, silakan download apps ni ya.

Ni kat bawah ni nak mintak jasa baik semua reader untuk bantu anak ni perlukan sumbangan untuk operation jantung. Conversation di bawah tu adelah between ayah kepada anak ni, dengan sepupu dia. Sepupu ni adelah reader blog dan dia yang mintak aku panjangkan ke blog.








EPHYRA PROMO