2014-12-04
Masalah
FB status semalam buatkan pagi ni check email bersusun email masuk untuk segmen Sri Siantan.
Aku rasa macam aku dah close segmen ni dulu. Korang tak perasan kot hint hint aku dah malas nak mengulas masalah orang.
Bukan mengelak dari bagi pandangan, tapi aku pun bukannya pandai sangat. Jadi aku taknak pandangan aku disalah tafsir.
Aku naikkan status ni pun sebab nak menjawab soalan secara pukal untuk a few email yang masih lagi ber-pending tak berjawab. Email-email tu semua pasal stress keje, stress ngan husband, stress dengan mak mertua, stress takde duit...etc. Jadi aku buat kesimpulan terus. Pandai-pandai la digest and pikir.
Eh tau-tau pagi ni banyak pulak email pasal stress yang aku terima.
Ye, aku tau korang yang hantar email ni sebenarnya bukan berharap pada respon aku pun, tapi lebih kepada nak luahkan apa yang terpendam. Terima kasih. Aku dah baca semua, cuma aku tak janji boleh reply semua sebab aku tengah dalam situasi busy sikit, maklum adik nak kawen. Selalunya macam ni lah, yang nak kawen tak apa-apa, yang tak kawen ni je yang busy.
Dalam hidup ni memang selalu terjadi perkara-perkara yang kita tak duga.
Kita sangka kawan kita baik, rupanya dia talam dua muka.
Kita sangka suami kita baik, rupanya suami kita main kayu tiga.
Kita sangka tahun ni dapat 5 bulan bonus, rupanya dapat setengah bulan je.
Kita sangka hujung bulan ni kita dapat sales komisyen, tapi company akan bayar lagi 2 bulan.
Kita sangka kita sakit kepala, rupanya kita didiagnose dengan kanser otak.
Tetapi, bagi orang yang selalu bersangka baik dengan Allah, apa juga yang Allah dah tetapkan, dia terima dengan berlapang dada kerana dia percaya itu adalah yang terbaik untuk dia, walaupun apa yang Allah beri tu berlawanan dengan apa yang dia harapkan.
Kerana, Allah tak beri yang buruk. Semua yang baik.
Yang buruk cuma apabila kita berburuk sangka dengan Allah.
Hat ni buruk.
Mungkin ada yang akan cakap "Cakap senang la, kau tak merasa. Cuba kau yang kena. Baru kau tau!"
True.
Aku tak sangkal benda tu.
Tapi perlu diingat, Allah menduga manusia sesuai dengan kemampuannya.
Mungkin aku tak pernah lalui masalah yang korang hadapi, tapi korang juga belum tentu pernah berdepan masalah yang aku hadapi, kan?
Orang yang diuji dengan kematian anak mungkin akan berkata "Anak kau eksiden cuma lumpuh setengah badan. Masih bernyawa. Anak aku mati!"
Tapi orang yang diuji dengan anak yang sakit lumpuh akan berkata "Setidaknya kau tak perlu risau memikir siapa yang akan menjaga anak yang lumpuh ni bila kau dah takde nanti".
Anak yang diuji dengan sakit lumpuh tu mungkin kata "Kenapa la aku tak mati je. Hidup pun menyusahkan orang"
Semua orang ada masalah.
Jadi, jangan sombong dan perlekehkan masalah dan nasib orang lain seolah-olah masalah kita ni yang paling berat.
Aku pun ambik masa yang lama untuk blaja terima situasi macam ni.
Dulu, ada perkara dalam hidup aku yang dulunya aku terlampau fikirkan. Sampai naik stress pikir. Bila stress, aku cerita masalah dengan En Wan. Ia menjadi semakin stress bila En Wan sendiri pun tak mampu nak tolong apa-apa. Bila En Wan tak dapat nak tolong macam yang aku harapkan, aku jadi marah. Sentap. Mengamuk.
Masalah selesai?
Masalah tetap tak selesai.
Aku tukar plan, bercerita pulak dengan member. Nak mintak pandangan.
Ujung-ujung, member bertindak sebagai tukang atur. Lebih dia pulak dari kita. Rupanya aku mengadu pada tempat yang salah.
Masalah selesai?
Masalah tetap tak selesai.
Tambah serabut lagi ada.
Antara ayat sorang ustaz yang aku ingat sampai sekarang - "Masalah menjadi rumit apabila kita sibuk nak selesaikan masalah dengan sendiri"
Dalam ertikata lainnya - sombong.
Hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda : Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya”
Kunci kata dia kat situ.
Allah dah kata Dia akan perkenankan.
Allah tak pernah mungkir janji.
Alangkan Rasulullah saw pun pernah berdoa (yang ni aku takde rujukan, cuma dengar kat ceramah je) :
"Ya Allah, dengan rahmatMu, tolonglah saya. Perbaikilah urusan saya seluruhnya. Jangan serahkan kepada saya walau sekejap".
Rasulullah saw sendiri, apa pun yang Baginda hadapi, akan minta bantuan Allah.
Kita ni siapa pulak yang nak settlekan masalah sendiri-sendiri?
Kita tak ada kekuatan untuk buat apa-apa melainkan kekuatan itu datang dari Dia.
Dia datangkan ujian bukan nak suruh kita berhempas-pulas selesikan masalah sorang-sorang.
Dia datangkan ujian sebab nak tengok kita cari sape untuk selesaikan masalah.
Nak tengok kita mengadu kat sape bila ada masalah.
Kerana Dia tau kita takkan kuat tanpa kekuatan yang dia bagi.
Jadi, kenapa tak serahkan kembali masalah itu padaNya?
Tapi honestly, aku pun baru je realized formula ni.
Rupanya semua masalah yang aku hadapi tak seberat mana.
Yang menjadikan berat adalah bila aku salah cara menangani masalah.
Sebab tu aku tulis kat FB, masalah ni seumpama kertas peperiksaan.
Tak ada cikgu yang akan bagi soalan yang tak sesuai dengan tahap ilmu kita.
Semua soalan yang cikgu bagi bersesuaian dengan ilmu kita pada waktu tu.
Itulah sebenarnya konsep yang sama dengan masalah-masalah kehidupan kita yang lain.
Tuhan uji kita dengan masalah sesuai dengan kemampuan kita. Dia lebih tahu kita mampu atau tak.
Cuma kita ni manusia, memang fitrahnya lemah serba-serbi.
Jangan kata orang lain, aku kalau berdepan dengan masalah pun mula-mula terkesima jugak.
Tak salah kalau kita nak bersedih. Kerana rasa sedih itu juga anugerah Allah.
Salahnya kita kalau sedih berterusan.
Kalau down sebab masalah pun tak salah.
Yang salahnya bila down berterusan sampai give up semua benda.
Aku pernah tanya kat kawan (Sang Nila Utama), kenapa adakalanya kita dah merayu berdoa tapi kita tak jumpa jugak jawapan kepada masalah kita.
Dia tanya, setiap kali berdoa u sudahi dengan apa?
Aku jawab "Robbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar".
Doa tu bermaksud "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".
Dia cakap "See? You sendiri mintak 'berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat'.
Jadi, kalau you mintak mintak mintak tapi you rasa macam belum dapat, mungkin inilah sebenarnya yang terbaik untuk you. Tuhan lebih tahu'.
Wallahualam.