2014-12-19

Ibal & Siti : Reception @Pasir Mas


Malam lepas nikah tu kitorang bertebaran cari maggi ketam.
Semua keluar asing-asing, tapi rupanya semua tuju ke tempat yang sama - Restoran Orange Maggi Ketam. Betul-betul depan Bazaar Wakaf Che Yeh.
Masa aku sampai tu, group cousin-cousin lain dah lama sampai.
Jadi dorang dah pekena maggi ketam.
Berdasarkan review dorang, maggi ketam tu takde la sedap nau. Biasa-biasa je. Tak tau la pulak if kitorang pegi ke restoran yang salah.
Aku pun tak jadi makan maggi ketam, aku makan nasik je.
Tapi En Wan nak rasa gak. Dia pilih maggi udang.


Maggi udang En Wan.
En Wan kata biasa je rasa dia. Maybe sebab Mee Udang Penang lagi sedap kot, jadi payah nak story pasal maggi Udang. Or mungkin sebab En Wan tu hari-hari pun mentekedarah maggi, jadi dah immune.


Tomyam campoq jugak yang mahbelles.


Sotong goreng tepung. 
Not bad, tapi belum boleh celen sotong goreng tepung Linda kat Jeti Kuala Perlis.


Telur bistik yang sedap.


Walaupun rasa dia biasa-biasa je tapi aku yakin sangat mengenyangkan sebab mangkuk dia dah macam periuk besarnya.



Malam tu keluar bertiga je sebab Redza tido lepas Maghrib. 
Si Rayyan ni ikut bukan apa ni, sebab nak mainan. Dia ni pantang aku keluar je now asik la ikut. Sebab nak mencukai. Asal pagi je kena bawak pi Select, tapau Kinder Joy seketul. Jadiklaaaa, sebab dalam tu ada mainan.

Kitorang makan gilir-gilir malam tu sebab Si Rayyan ni asik la nak pegang sendiri gelas. Jadi aku suruh En Wan makan dulu, biar aku handle Rayyan. By the time makanan aku sampai, maggi En Wan pun dah habis. Aku mintak En Wan pi bazaar depan tu bawak Rayyan. Kang tercekik aku nak makan. Tak sampai 20 minit, En Wan patah balik, sentap-sentap "Dah dah! Jom balik!" 
Aku terpinga-pinga. Apehal?
Rupanya Rayyan pancut kencing terkena dia. Tu pun nak sentap.

Rayyan ni dah tak pakai pampers.
Tapi kadang-kadang kalau nak berjalan kat tempat-tempat yang aku rasa perlu pakaikan pampers, aku pakaikan siap-siap. Tapi, menjak dia dah biasa kencing kat toilet, even dah pakai pampers pun dia dah taknak kencing dalam pampers dah. Nak pulak bila aku pakaikan pampers pants tu. Dia rasa macam tu pun bukan pampers tapi spender. Kalau nak kencing, dia akan cari toilet jugak.

Kat bazaar, mana nak jumpa toilet. En Wan suruh dia kencing je dalam pampers, dia taknak. 
Bila En Wan dah jumpa toilet untuk dia kencing, bukak-je pampers, dia terus pancut. Gamaknya tak tahan sangat. Pi pancut kat bapak dia. Mau tak hangin orang tua tu. Hahaha. Sian aku tau, telur bistik tak sempat abiskan. 

Dah sampai kat kereta, aku bukak semua baju Rayyan.
Seb baik dalam henbeg aku memang ada wet wipes, aku lapkan satu badan Rayyan semua dah settle, aku mintak En Wan pegi belikan baju baru. Kesian anak aku terbogel bulat je dalam kereta. Seb baik kulit putih. Kalau hijau mesti orang ingat aku bawak toyol jalan-jalan.


Dan bapak dia sempat rembat pistol ni masa belikan baju baru malam tu.
Seharian dia dok menembak orang. Pegi breakfast pun nak bawak pistol.



Pagi esok tu kitorang breakfast area Pasir Mas jugak.
En Wan nak carik breakfast cara KayEl gak - roti canai. Sebab Jumaat pagi semalamnya Mak Aji dah tempah nasik dagang untuk satu rumah makan. Pastu masa lepas nikah, keluarga Siti jamu nasik kerabu. Dah cukup dah syarat pi Kelantan tu, dua-dua nasik dah makan. So pagi Sabtu kena cari roti canai balik.

Masa akak tu ambik order aku, aku mintak roti canai.
Dia tanya "2?"
Takkan lah 2 kot. Melampau nau.
Sekali sampai, laaa patut la dia suggest 2 keping, memang comey sangat size roti canai dia. Roti canai melayu kan cute-cute je size dia tak macam roti mamak. Wajib la aku order lagi sekeping.
Lembut je roti camai dia cuma kuah kurang kick. Sebab manis. Aku belum biasa makan kuah dhal manis. Tapi dalam pada kurang kick tu 2 keping gak la aku bedal. Ce kalau kick. Mesti aku pulak kena kick ngan En Wan asik mentekedarah je tak abis-abis dia kata.

Disebabkan aura Kelantan pagi tu sangat fresh, lepas makan roti canai 2 keping, aku sambar nasik lemak sebungkus. Pehhhhh!!
Geleng kepala laki aku.



Lepas makan, balik homestay semula. Kitorang duduk kat sebelah kedai ni je.
Kedai ni pun tuan rumah yang punya. En Wan ngan mak mertua aku pi pasar Pasir Mas betul-betul depan kedai ni, aku stay sebab nak beli kaftan. Murah wehh kaftan dia. Yang kualiti biasa pun baru RM10. Yang jenis cooton viscose macam aku selalu beli kat Pasar Payang RM48/helai. Kat kedai ni baru RM28/helai. Rembat 5 helai.

Makcik-makcik aku pagi-pagi bangun dah pi pasar kat depan tu dulu cari breakfast. Sebeban kuih dorang bawak balik. Perasan tak, orang Kolumpo kalau pegi pasar mesti pakai baju untuk pegi pasar - T shirt, blouse simple-simple, seluar track, selipar....
Sekali masuk pasar Pasir Mas, hah kauuu.
Yang meniaga kat pasar tu pun lagi senonoh dari kitorang yang konon orang KayEl ni.
Makcik-makcik kat situ berniaga pakai baju kurung batik ada batu-batu siap tudung Paridah lagi.
Kalau rantai ni 3 lapis okeh.
Mesti dorang tengok kitorang masuk pasar dengan seluar track, blouse serbah-serbih, dia kata selekehnya orang Kolumpo pi pasar. Mbahahahah.


Ni la homestay kitorang bersama kereta-kereta sewa.
Sebelah hujung kanan tu butik. Belah hujung kiri (tak nampak) adelah 7-11.




Pukul 1230 tghri, kitorang bergerak ke rumah Siti untuk resepsi.
Tapi stop jap kat masjid nikah semalam, untuk solat.
Aku takleh solat time ni, so duduk dalam kereta. Masa ni la aku ternampak objek yang mengerikan.
Agaknya ada orang separuh suku kat kampung tu pi masjid. Dari jauh nampak dia jalan ok je. Pastu aku nampak dia start angkat kain dia sikit sikit sikit. Aku ingat dia nak prepare ambik wuduk. Sekali dia selak sampai ke atas. Tak sompek aku nak kalih mata. Nampak lah jugak kerandut walaupun tak berapa clear. Menggigil kejap. Terus kunci pintu kereta. Bajet macamkan orang tu nampak aku kat dalam. Pastu masa hala nak pi rumah Siti, amik kau satu kereta nampak dia angkat kain. Kali ni dia depan kereta, so nampak la bumper dia pulak. Lengkap sepakej aku nampak hari tu. Tu kira rezeki ke apa tu? Kah Kah Kah. Redza melopong 5 saat. Konfius kot. Seb baik dia nampak yang belakang je. Kalau depan, mau kemurungan 5 hari.

Kitorang siapkan Ibal kat rumah pakcik Siti.
Mak Andam tunggu Ibal kat sini. Sementara nak tunggu Mak Andam tu aku tengok apehal berkerak nau muka adik aku ni. Meh aku touch up sikit.


Boleh la pulak time ni si Ibal dapat sakit mata.
Terpaksa pakai spek. Dah macam Rajinikanth masa kurus dari jauh.


Pengapit ni adik Siti rasanya.




Rombongan kitorang disambut dengan group alat muzik tradisional Kelantan like serunai, geduk, gong. Best jugak. Sebab ni first time aku attend kenduri yang ada serunai geduk semua. Pastu ada silat pengantin oleh orang-orang lama.



Tapi yang paling rare sekali ni la - Muay Thai!
Orang lain selalu ada silat pengantin.
Ibal kawen ada Tomoi pengantin. Kau ada?



Dua orang ni betul-betul bergasak sampai terpekik-pekik aku. Rilek-rilek dah la bang...




Mak Aji dengan sepupu-sepupu dia dari Kelantan



Redza dah nak bergamba now. Yang replace penyakit Redza now adelah anak Ima - Mirza.
Takde dalam gamba so far, kan? Hahahah.



Alhamdulillah dah selamat majlis Ibal & Siti di Kelantan. Now tengah siap-siap untuk majlis di Bangi pulak Ahad ni. Mudah-mudah semuanya ok jugak.
Tak sangka rupanya lepas majlis Ibal, malam tu hujan turun selebat-lebatnya sampai banjir Pasir Mas. Padahal masa hari bersanding tu sampai berlendir muka aku sebab panas sangat. Even masa pi Rantau Panjang pun aku duduk dalam kereta je sebab takut migrain dek panas nau. Semalam tengok gamba Rantau Panjang banjir.

Aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada reader yang banyak bantu suggest tempat nak tempah kek, yang bagi diskaun, yang sponsor...thank you. Rezeki Ibal agaknya.
Tapi aku akan buat entry khas iklan wedding Ibal ni bila dah settle majlis di Bangi ya sebab yang kat Bangi pun banyak juga aku nak iklankan.

Terima kasih again.


EPHYRA PROMO