2014-12-17

Ibal & Siti : Nikah


Ibal and Siti dah selamat nikah on 12th Disember 2014, Jumaat, 3.28pm kat Pasir Mas Kelantan.
Ibal and Siti balik Kelantan sama-sama Rabu lepas.
Esoknya, kitorang sefamili (famili aku, famili Ima, Pak Aji & Mak Aji) pulak gerak ke KB from KLIA. Aku macam biasa la, 'excited' nak naik flight katakan. Malam tu terus takleh tido. Ada la kot 2 jam aku tido tu pun tido-tido ayam. Tau-tau je alarm bunyik dah nak siap-siap ke airport. Kitorang gerak dari Putra Heights, Ima and Mak Aji gerak dari Bangi.


Mentang-mentang terbang dalam negara je, anak-anak aku sarung selipar macam nak gi pasar malam je gayanya.


Anak Ima tu ada la gak gaya semenggahnya. Anak-anak aku, itulah baju gi Giant, itulah baju gi jalan, itulah baju tido. Balun sekaligus.

Cakap pasal baju kan, aku ada masalah dengan baju-baju aku.
90% blouse aku semua jenis see-thru. Kena pakai inner. Sangatlah rimas pulak rasanya nak pakai berlapis-lapis. Korang boleh suggest tak kat mana nak beli blouse yang kainnya tak jarang dan tak panas? Aku suka VOIR and Dressing Paula. Tapi dua-dua ni asikla guna kain jarang. Kena pakai inner. Please suggest.

Alhamdulillah, cuaca baik sepanjang perjalanan.
Langir clear takde awan, jadi flight tak bergegar sebab tak langgar awan. (betul ke teori aku ni?)
Tapi macam biasa la, ngantuk ataupun tidak, asal masuk je kapal terbang aku akan terus tutup mata. Apa nak jadik ngan anak-anak aku nasiblah. Biar bapak dia jaga. Seb baik En Wan pun dah paham penyakit aku ni, jadi dia handle budak-budak. Lagipun dorang satu row. Aku ngan Mak row lain. Mujur la naik MAS, budak-budak ni ralit layan movie. Jadi takde la buat perangai sangat Rayyan kat atas tu. Ujung-ujung aku betul-betul terlelap. Tau-tau je dah sampai. Tu pun sebab pilot landing tak smooth. Gila punya hentak tayar kapal terbang tu dia buat sampai terperanjat penumpang. Aku yang tengah tido pun boleh terpekik. Ingatkan terhempas dah. Seharian la kitorang dok bercakap pasal flight landing tak smooth macam terhempas. Sebab pelik je cara dia landing. Tak penah aku rasa flight landing macam tu. Seolah-olah dia tak perasan landasan. Tapi takpela, dah selamat pun.

Kitorang ke sana sebenarnya ramai jugak.
Tapi datang dengan 3 trip.
Busu Noi aku (adik bongsu Mak Aji) datang 6 orang dengan first flight.
Pastu second trip kitorang sefamili, 11 orang.
Third trip Andak aku (adik Mak Aji), 7 orang.
Singaporean Mak Aji tak kasik datang. Dia suruh Singaporean datang reception belah kitorang nanti.
Lagipun, sepupu Mak Aji ramai kat Kelantan. Jadi relatives Kelantan yang tolong meramaikan rombongan kitorang.

Sampai airport KB, Ibal and Siti dah tunggu dengan 3 Alza.
Mula-mula gi sapedek dulu sebab masing-masing kebuloq.
Dorang at least atas flight makan kacang minum air bagai. Aku membuta. Lagi la terasa lapar.
Ibal bawak kitorang pi Old Town.

Aku cakap "Hek elehhh, Old Town ki Bangi pun ada okeh. Bawaklah kitorang pi mana-mana warung ke pekena nasik dagang ke apa ke'

Ibal : Kau ingat Kelantan ni macam Bangi ke, kak. Sini pukul 9 pagi dah tutup kedai dah. Orang dah start masak untuk tengahari. Sini berniaga awal pagi kak.

Ooooo....gitu eh.
Mana aku tau.
Nasik lemak paru akak Putra Heights ni pukul 1030am pun ada lagi. Tu orang Kelantan gak yang jual tu.

Dah lah si Old Town ni beniaga macam nak taknak je.
Menu kemain lagi berlapis-lapis. Bila aku nak order "Roti semua habis, teh semua habis, mee kari habis..".


Eskrim pulut Baba

Kitorang duduk homestay.
Mak mertua Ibal carikkan homestay kat Pasir Mas untuk kitorang, jadi takyah la kitorang duduk hotel. Aku bajet kalau homestay dia macam homestay aku duduk kat JB last time, memang aku blah carik hotel. Hotel kat KB pun kat KB lah. Yang penting jamban kena ada hose.

Homestay ni letaknya betul-betul opposite Pasar Pasir Mas.
Rumah banglo besar, yang diubahsuai jadi Budget Hotel. Sebab kat dalam tu setiap bilik ada nombor. Tapi disebabkan kitorang ramai, jadi satu 'hotel' kitorang book.
Homestay ni ada 6 bilik, ada living hall untuk melepak.
Setiap bilik air-conditioned, ada bathroom, shower ada heater and ada TV. Kira memang macam hotel jugak la konsep dia. 1 malam cuma RM450 je. 
Kalau nak extra tilam/toto with bantal and selimut (ni kira satu set), sewa RM15/malam.
Ok jugak harga dia.
Yang best tu, owner dia bukak butik kat sebelah rumah ni. Dia berniaga kat situ. Ada jual batik and kaftan. Senang kitorang bershopping. Sebelah rumah je. Pastu belah kiri rumah 7-11. Kenyang anak-anak aku siang malam pagi petang mentekedarah Slurpee.

Lepas Zohor takde program apa-apa. En Wan ajak pi Rantau Panjang.
Kesian pulak kang mak mertua aku terperap je kat rumah tak kemana-mana. Meh kita ke Rantau Panjang, walaupun aku tak tau apa nak carik kat sana. En Wan kata last dia datang was 30 years ago masa menyeberang sungai nak ke Siam for majlis kawen abang dia. Abang En Wan kawen ngan orang Siam.

Eskrim pulut Baba tu salah satu benda yang dirembat kat Rantau Panjang. Ni pun reader yang suggest masa update FB. Ingatkan nak try gak tapi tak jadi sebab salah satu 'accessory' eskrim ni adelah roti. Aku tak boleh makan roti campur eskrim. Nanti roti tu benyek-benyek, aku muntah. Tapi En Wan and Redza kata memang eskrim pulut ni sedap. 
Takde apa sangat kitorang beli kat Rantau Panjang. Aku pun banyak duduk dalam kereta dari berjalan sebab panas nau. Migrain aku. En Wan je bejalan bawak mak and budak-budak. Aku lepak dalam kereta baca buku sambil balun gajus bakor.

Malam tu masing-masing menggelepar carik restoran nak layan bola.
Kitorang melayan bola kat Restoran Udang Galah area Lemal.
Restoran ni katanya terkenal dengan udeang galah. Memang semua yang datang makan situ order berpinggan-pinggan udang galah. Aku pun order gak tapi macam biasa je aku rasa udang dia. Maybe aku order udang galah goreng kot. Mungkin ada masakan udang yang lain yang buatkan restoran ni jadi special.


Ni beg kedua Ibal beli untuk buat hantaran. Beg last minit namanya.
Sebenarnya beg asal dia lain.
Tapi tau je lah kan Mak Aji camne.
Mati-mati dia tak berkenan beg yang Ibal beli. Dia kata beg orang-orang muda.
Aku cakap biar la dia nak belikan untuk bini dia beg apa pun. Tapi Mak Aji tak berkenan jugak. Dia kata dah kawen ni biar la ada satu beg 'macam orang dah kawen'. Aku pun baru tau rupanya ada beg untuk orang dah kawen dengan orang belum kawen. Nanti aku check henbeg yang aku pakai skarang kategori mana satu. 
*pftttttt*


Mas kawen


Cokelat ni pun satu hal gak.
Aku tempah hantaran ni semua kat KB. Masa Ibal balik Kelantan, dia bawak siap-siap barang-barang yang dia nak bagi as hantaran tapi dia lupa beli cokelat kat airport. Jadi esoknya Mak Aji main sauk je apa je coklat yang ada depan mata - dan inilah hasilnya. Dah la sikit coklatnya. Tak colorful lak tu.


Quran sponsored by Sang Nila Utama Raja Muda Pura Cendana.
Telekung sponsored by another reader. 
Terima kasih banyak-banyak. 
Tapi aku hanya akan cerita detail pasal sponsor kat entry khas later.


Bunga pahar berpulut.
Yang ni bukan hantaran, tapi Mak Aji saja nak bagi kepada keluarga pengantin perempuan.
Sebab kitorang tak bawak sirih junjung. Jadi ni penggantinya.


Aku tak pasti Ibal beli perfume ni sebab Siti suka atau sebab nak match warna tema baby blue + purple.

Hantaran 7 dulang je.Tu pun asalnya Ibal bagi 5 je. Bila aku tengok balik list hantaran dia aku cakap "Wah wah wah, yang kau bagi semua kat bini kau. Abis mak dia melopong je tengok kau laki bini bukak hadiah ya?".

Aku terus orderkan kek and cokelat. Mak Aji orderkan pulut.
Tapi aku tak ambik gamba kek and gamba cincin.
Kena tunggu gamba dari photografer nampaknya.
Siapa yang buat hantaran ni pun aku akan cerita kat entry khas. Senang, kumpulkan setempat untuk refer kendian-kendian hari.


Kitorang gerak dari homestay lepas solat Jumaat.


 Selalunya yang kalau pihak pengantin lelaki, yang bawak dulang pun lelaki kan.
Tapi sebab majlis ni aku yang conquer, jadi sukati aku la nak pakai dulang girls ke boys ke.
Tapi yang paling frust sekali adelah baju dulang ladies.
Baju yang aku tempah untuk budak-budak ni pakai tak sempat sampai pulakkkkkkkkkkk!!!!
Patutnya kitorang pakai jubah satin. Sekali takde rezeki nak pakai kat Kelantan. Terus rombak balik plan, masing-masing bawak jubah hitam. Shawl je biar sama. Of cos la shawl Fleur by Mrs Him khennn. Seb baik dorang semua ada jubah hitam. Walaupun ada corak-corak sikit tak kisah la. Janji hitam. Sebab plan dah berkecai jubah tak sampai.


Tapi tetap gojes kan?
Mbhahahahahahaha.


3.28pm, sekali lafaz.

Baju nikah dorang ni pun ada cerita gak.
Patutnya dorang pakai silver grey.
Sekali tailor telah menjahanamkan kain Siti. Nangis-nangis hamba Allah tu tengok baju nikah dia macam mama kotai. Terus tempah lain. Peach pulak.

Sebak je aku bila Ibal dah nikah.
Lama sangat nak tunggu dia ni kawen. Rasa macam baru je kelmarin aku basuh bontot dia.
Putih bini kau Bal. *tetiba*




Siti dapat cincin and rantai.
Masa sarung cincin tu ketat sikit. Selamba je Ibal pandang kitorang cakap "Dah gemuk".
Kuang asam. Depan-depan mak mertua kau cakap anak dia dah gemuk.
Pastu pakaikan rantai pulak. Tapi sarung rantai tu kejap je. Lepas bergamba bukak balik sebab Siti kata macam nak tercekik. Agaknya sebab pakai tudung and veil berlapis-lapis kan so rantai tu tersengkang kat leher.





Ni Siti dengan adik beradik and mak dia (baju kuning)


Comel tak budak tembam tangan ketak-ketak ni?
Aku tak tau la mak bapak dia bagi makan apa. Bagi makan yis ke hape. 
Kemain naik gebu macam pau.
Ni cousin aku punya anak, nama dia Sofea.


Ni Aiman with Dill.


Team video Ibal ambik dari @autkazfilm (boleh check IG dorang)
Team ni yang buat video engagement Sharifah Sakinah yang lepas.