walk on wings, tread in air: Sihir Pemisah <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Sihir Pemisah
2014-11-30


Aku taknak elaborate pasal rumahtangga dorang. Benda dah lepas and dah berbaik dah pun, alhamdulillah. Yang aku bengkek ni bila rupanya kes ni ada membabitkan kes sihir-menyihir. Nak ambik laki orang tu satu hal. Siap pakai sihir bagai, ni dah gila terdesak punya kes ni.
Ni la dia manusia. Blaja la tinggi mana pun, keje la gaji besar mana pun, cantik la macamana pun, kalau dah terdesak sangat, ujung-ujung pakai bomoh jugak. Betul la kemuliaan itu terletak pada keimanan dan takwanya. Bukan pada kecantikan, kebijaksaan dan kekayaan. Takleh terima dek akal lansung! Zaman Facebook. Zaman Instagram. Zaman Clash of Clan. Masih lagi ada yang pakai sihir?? Oh my...

Sihir pemisah.

Sedangkan kita tau iblis dengan syaitan memang sentiasa berusaha nak memisahkan suami isteri.
Jadi aku anggap orang yang hantar sihir pemisah ni takde beza dengan setan.
Cuma setan tak semestinya dia. Tapi dia konfem setan.

Sihir pemisah ni tak semestinya dihantar untuk pisahkan suami dan isteri.
Sihir ni nama je sihir pemisah, tapi dalam ertikata yang lain ni adelah sihir pembenci.
Jadi, boleh jugak dihantar untuk datangkan kebencian kepada rakan kongsi dalam perniagaan, pisahkan bapak dengan anak, pisahkan kawan baik, etc. Tteiba je tak tau ujung pangkal kau rasa menyampah dengan member kau. Tiba-tiba je. Bila dah datang benci secara tiba-tiba ni, perkara yang takde pun diada-adakan. Silapnya sikit je. Tapi dah jadi gaduh besar macam tak munasabah.
Tapi selalunya sihir pemisah ni nak bagi pisah suami isteri la

Aku tak sure ini adelah orang yang sama email pada aku, dimana dalam email tu dia cakap suami dia takde marah-marah dia pun, cuma suami dia macam taknak bercakap. Pandang pun taknak. Tapi kalau dia nak mintak salam, suami dia hulur tangan. Cuma relation tu macam beku semacam.
Aku penah sembang ngan mak mertua aku pasal sihir pemisah ni.
Mak aku cakap, sihir pemisah ni bukan semestinya nak bagi laki bini bertekak siang malam.
Ada yang just nak bagi relation tu beku. Kalau bergesel kulit dengan pasangan pun takde rasa apa. Senang kata, relation ni jadi kejung, takde feeling lansung.
Aku syak reader aku tu terkena sihir jenis ni. Bukan la nak bagi dia takut, tapi kalau dia baca entry ni, maybe boleh cuba-cuba tanya kat ustaz/ustazah. Check la mana tau kan kot memang ada.

Dan ada juga guna sihir tak bagi zuriat.
Ni pun salah satu sihir pemisah gak. Aku lupa macamana aku tau pasal sihir taknak bagi zuriat ni. Samada mak mertua aku cerita ataupun email dari reader. Tapi memang aku penah dengar salah satu sihir pemisah ni adelah dengan hantar sihir supaya pasangan tu tak berzuriat. Eh tapi jangan lah pulak sesiapa yang belum berzuriat syak ini perbuatan sihir. Mungkin ada masalah kesihatan juga. Mungkin juga belum masanya lagi. Allah Maha Mengetahui. Tapi kalau nak bertanya-tanya pada ustaz/ustazah, silakan.

Dulu aku penah cerita pasal Pak Aji tetiba muntah ada darah, kejap-kejap rebah sampai sehari suntuh tak boleh bangun jalan berpapah. Salah satu masa yang Pak Aji kena attack dengan 'penyakit' ni time aku buat open house tahun 2012. Masa tu tengah ramai orang datang. Ramai jugak la jadi saksi camana Pak Aji kena attack. Mula-mula ingatkan vertigo. Pegi jumpa dokter, dokter kata ok. Pastu aku suspek mata. Mana la tau kan power dia berkurang yang menyebabkan dia pening. Check mata pulak kat dokter mata, dokter kata ok. Check jantung check glukos, semua benda kitorang gi check sampai satu masa rasa macam tak lojik pulak nak buat segala tok nenek test ni tapi takpelah, check je dulu. But dokter tak dapat trace apa-apa yang abnormal. Sikit pun tak terlintas dalam kepala kitorang kemungkinan kena sihir. Bukan kata tak percaya, tapi agaknya memang keturunan kita tak diajar untuk percaya benda-benda khurafat macam ni, jadi sorang pun tak ter-register kat kepala pasal sihir.

Bila dah jumpa ustaz, dia kata memang ada benda. Tak salah aku Mak Aji cakap 18 ekor.
Jangan tanya aku la menatang apa. Aku taknak ambik tau. Mungkin jin.
Tapi dah namanya ustaz kan, dia tak bagitau siapa yang hantar. Dia cakap dah buang tu kira tutup je la kes. Pak Aji pun jenis yang malas nak korek-korek. Janji dah sihat. Biasa la kan, orang tua-tua. Mood nak marah pun dah berkurang. Tak macam kita. Agaknya kalau kena kat kebanyakkan kita ni, mau sampai ke lubang cacing kita carik sape musibat yang hantar.

Tapi yang bestnya, ustaz tu ada tanya Pak Aji "Anak Haji yang sulong tu sakit ya? Bawak sini saya ubatkan"

Uihhh.
Tanjat ai. Berderau darah tetiba bila Mak Aji bagitau ustaz tu tanyakan aku.
Aku cakap mana aku ada sakit. Tapi ada la kejap-kejap rebah, kejap-kejap pitam.
Aku suspek low blood je. Tapi cara ustaz tu cakap seolah-olah macam ada benda melekat jugak kat aku ni. Tapi ntah la, aku malas sikit sebenarnya nak ambik tau benda-benda macam ni. Sebab kalau aku dah start ambik tau, aku akan ambik taun sampai habis. Aku malas nak syak wasangka and serabutkan fikiran. Insyallah, takde apa-apa. Aku pun so far ok je alhamdulillah. Cuma kalau ustaz tu nak pulihkan aku mungkin boleh pulihkan 'sakit otak' aku ni. Biar datang keinsafan sikit.



EPHYRA PROMO
 
posted by aveo757 @ 12:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER