2014-11-29
Nama
Kasihan saya melihat luahan Cik Felicia dalam screenshoot ini. Satu realiti yang sampai sekarang masih belum dimurnikan.
Sebabnya mudah, tak faham dan pengamalan pelik serta norma masyarakat dalam isu nama individu selepas memilih Islam kembali sebagai cara hidup.
Saya pernah sebut, kita ni kadang-kadang lebih lebai daripada tempatnya, terbalik kita ni, yang mudah disusahkan, yang susah dimudahkan.
Bila seseorang individu kembali memilih Islam sebagai agamanya, isu pertukaran nama lebih-lebih lagi memBin atau memBinti kepada Abdullah seolah-olah merupakan kemestian.
Perbuatan ini merencatkan keindahan agama Islam dan "menggangu" kemurnian hati, hati tercalar dengan perbuatan ini terutamanya kepada ibu bapa individu tersebut. Anak yang dinamakan beliau, ada salaliah beliau ditukar terus dengan sesuatu yang lain.
Perbuatan ini seolah-olah membuang salasilah keluarga dan rasanya, Malaysia saja ada budaya seperti itu.
Ada beribu bangsa dan bahasa di dunia ni, dan Islam bukan untuk orang Melayu sahaja. Tahukah kita di Negara China bilangan orang Islam ialah 30 juta orang? Sama dengan jumlah penduduk di Malaysia!
Secara dasar, ada beberapa nama yang wajar ditukar jika seseorang itu memeluk Islam dikategorikan seperti berikut:
1) Nama ALLAH atau Maha Perkasa, Maha Pencipta, perlu ditukar. Kalau seseorang itu lahir dan diberi nama 'ALLAH', atau "MahaPerkasa', tukarlah kepada Abdullah atau Abdul Aziz (Abdul Aziz itu, Hamba kepada Maha Perkasa)
2) Nama asal orang itu adalah nama Tuhan atau dewa bagi agama asal seperti Murugan, Ramayana dsb.
3) Nama asal membawa maksud yang buruk dalam mana2 bahasa yang dia tahu seperti Bodoh, Sundal dsb.
4) Nama asal bermaksud kotor dan kejijikan dalam mana2 bahasa yang dia tahu seperti Najis, Longkang dsb.
45 Nama asal merupakan nama kejahatan, seperti Firaun, Syaitan, Iblis dan sebagainya.
Adapun nama2 lain, sama ada membawa makna atau tidak, selagi tidak tergolong dalam kategori di atas, teruskanlah memakainya.
Seperti Mariah Carey, pakailah terus nama tu selepas Islam, tak perlu tukar kepada Mariam Karim Binti Abdullah.
Seperti Selena Gomez, toksah tukar kepada Nursalena Gemas binti Abdullah, pakai terus nama asal.
Seperti Lin Dan, toksah tukar kepada Roslin Hamdan bin Abdullah, pakai je Lin Dan.
Seperti Maria Sharapova, Anna Kournikova, Jacky Chan, Tom Cruise, Elena De La Vega, Lee Chong Wei, Chen Long, Lee Lam Thye, Ong Ka Ting, Storm, Cyclops, Wolverine, Clark Kent, Peter Parker, Sylvester Stallone, Arnold Swarzenegger, Hulk Hogan, Undertaker, Ben Ten, Princess Alexa, Spongebob, Michael Owen, The Rock, Van Persie, Van Nestelrooy, Didier Drogba, semua jenis tu boleh pakai belaka.
Tak perlu tukar.
Dan bukan menjadi amalan sebenar meletakkan bin atau binti Abdullah kepada Saudara Baru. Ia amalan yang tidak murni.
Zaman Nabi dulu, semua Sahabat belum memeluk Islam, kenapa Nabi tak tukar semua nama sahabat berbin atau berbintikan Abdullah selepas masuk Islam?
Kan? Kita yang lebih-lebih.
Nabi cuma akan tukar jika ada kes "tidak sesuai" seperti yang disebutkan dalam sejarah.
Kepada Cik Felicia, maafkan saya, semoga Allah merahmati anda. Maafkan juga semua orang Melayu ni.
Sekian, wallahu'alam.
Wassalam.
Sang Nila Utama
Raja Muda Pura Cendana