walk on wings, tread in air: Warna tema yang tinggal kenangan <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


BELI GREENAARD
TESTIMONI GREENAARD
CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING

 reading

Warna tema yang tinggal kenangan
2014-12-01

Weekend lepas pagi-pagi lagi aku ngan En Wan dah keluar rumah.
Misi pertama adelah mencari baju melayu and jubah untuk kitorang satu family pakai masa reception Ibal kat Bangi.
Punyalah payah nak cari yang sedondon with same size.
Mula-mula cari baju perempuan dulu apa-apa hal. Of coz yang ni kena settlekan dulu sebab yang nak pakai jubah tu pun aku jugak jadi harus settlekan hat aku dulu apa-apa hal.
Nak cari baju tak susah. Yang susahnya adelah bila Ibal dah set warna tema untuk reception dia, sekali baju warna tema takde size pulak.
Yang nak pakai ni pulak body cutting bukan calang-calang selim. Bontot masing-masing je dah 5 kilo. Baju kurung moden memang payah sikit la nak masuk body taraf-taraf Miss World cam kitorang ni. Lagipun Mak Aji alergik baju berpinggang. Paling senang baju kurung biasa. Tapi disebabkan aku yang jadi tukang pilih baju, jadi aku decide semua kena pakai jubah.

Nak cari jubah ikut warna tema Ibal tu yang tak jumpa-jumpa.
Last-last aku belasah je warna apa yang cantik asalkan size yang aku nak tu ada.
Lepas settle baju perempuan, baru carik hat lelaki pulak.
Baju melayu lelaki senang sikit sebab plain and banyak warna available.
Jubah yang aku beli ni kebetulan ada tempias warna tema Ibal, so masa pilih baju melayu kitorang aim untuk dapatkan balik warna tema tu.
Sekali size pulak tak cukup.
Kesian salesman tu keluar masuk keluar masuk stor nak punggah stok padahal nak beli cuma 4 pasang je. Tapi kecoh lebih macam nak beli 4 kontena.

Ujung-ujung kitorang terpaksa tukar baju melayu kaler lain sikit janji ada warna yang masuk dengan jubah.
Dah dapat size sekali sampin pulakkkkkkk takde yang yang berkenan.
Yang si En Wan ni pulak macamkan dia yang nak menikah tetiba je dia yang lead the mission mencari warna baju melayu. Konfius gila guwe.
Tapi memang agak kecoh nak uruskan wedding si itam ni. Agaknya gap antara wedding Ima ngan Ibal ni lama nau, jadi masing-masing lupa dah cara nak handle preparation kawen.
Lagipun dulu tanggungjawab belum banyak, masing-masing ada masa nak tolong gentel bunga telur semua.
Now, siang-siang aku cakap aku taknak buat hantaran, aku taknak buat bunga telur. Aku orderkan boleh. Nak suruh aku bersila menggentel bunga telur macam dulu, nehiiiii.

Dia kan awal-awal hari tu semua orang macam cool je. Macam rilek la...December. Lambat lagi.
Ni lagi 2 minggu nak kawen ni semua dah start menggelabah.
Lagu apa nak main kat hall pun aku tak tulis lagi.
Susunatur majlis pun tak pikir lagi.
Tudung untuk dulang girls ngan bridesmaid pun tak carik lagi ni.
Badges pun tak order lagi ni weiii.

Tetiba kad kawen pulak tak cukup!
Pak Aji punya orang kampung je dah lebih 100 orang. Belum kawan-kawan opis. Belum bekas-bekas guru. Belum masuk kawan Mak Aji lagi. Mak Aji lagi best, satu UKM dia nak jemput kalau boleh.
Bapak aku ni biasa la kan orang Jawa. Walau jumpa 5 tahun sekali pun, tetap sekampung tu sedara dia. Jadi, wajib jemput semua.
Gila panjang senarai jemputan Pak Aji. Ibal yang nak kawen tu pun dapat belen-belen kad je. Ujung-ujung hantar whatsapp.
Ye ye je Mak Aji offer aku ngan En Wan "Nanti kau nak kad berapa nak jemput kawan-kawan kau?".
Ye sangat. Sekali sekeping pun tak dapat. 



Ni la yang buatkan Ibal malas nak beria memikir pasal wedding sendiri sebab dia pun boleh bajet kekecohan yang bakal timbul. Tu pun nasib baik shopping kat Jakel je. Kalau shopping kat Jovian Mandagie mampus aku kena halau. Memekak je pompuan ni, belinya tak, dia kata.
Tima kasihlah pada staff Jakel yang melayan karenah aku.
Siap kena melayan Rayyan sama.
Rayyan ni sama naik pulak dia nak test semua kaler baju kat situ.
Lagi kepoh dia dari aku.
Apa aku pegang dia pegang. Apa aku angkat dia angkat. Aku mintak kat sales tu kaler biru, dia pun sebut biru gak. Siap dia pulak pi tunjuk-tunjuk kat patung si Aaron "Bilu..Bilu..Bilu". Aku jentik jendul kau kang.

Nampaknya, warna asal tema wedding Ibal hanya ada pada hantaran je.
Yang lain semua bertukar. Dah tu payah nau nak mencarik warna and size yang sama. Jenuh aku nak keluar masuk kedai dok mengetest baju je. Lama-lama orang menyampah. Balik-balik dia ni masuk kedai. Tapi tak beli-beli gak.
Tapi Ibal okeh je. Janji dia kawen dia kata.

Dah settle semua, masuk Ariani pulak.
Dah alang-alang nak balik ke keta kena lalu depan Ariani. Beria adik tu "Masuk tengok tudung kak..."
Alahaiiiii, dah dijemput tak masuk kang kecik ati pulak.
Masuk la jugakkk.

Tapi, tak shopping shawl pun kat Ariani. Aku tolong usha tudung untuk Kak Long En Wan.
Rumah Kak Long aku kat Tganu tahun ni kena banjir. Habis baju-baju dia. Shawl yang aku belikan 12 helai masa sale Ariani hari tu pun burn semua berlumpur. Dia ada mintak aku belikan kalau-kalau ada. Tapi sale kali ni untuk member je. Tak murah mana. Yang penting aku berjaya tak beli pun Ariani untuk diri sendiri. Pandang pun tak. *hembus kuku*


Sebenarnya, hari tu aku dah start membungkus shawl-shawl Ariani aku. Rasa macam dah takde mood nak pakai shawl Ariani. Menjak shawl sendiri dah ada hampir semua kaler yang aku nak, shawl Ariani pun dah jadi berkepam tak bersentuh. Tengok la keadaan kalau semangat nak membersihkan lemari benar-benar sampai, aku shout kat blog ya.



Tu dia.
Akhirnya muka aku sendiri naik kat Lazada. Gila hamlau. Aku rasa ni la model paling tua pernah wujud dalam sejarah Lazada.
Aku pun tak sure la kenapa gamba yang awal tu kena rejek. Nak pedajal aku gamaknya Lazada ni.

Ok, now memandangkan kat Lazada dah ada shawl Hawa, sesiapa yang hari tu tanya bila bila bila bila shawl Hawa nak masuk Lazada sebab nak beli guna voucher, maka silakan buat pembelian. Harga kat Lazada sama macam harga asal, RM44/pc. Tapi kalau kau beli certain amount, Lazada bagi free postage. Tetapi sebelum buat pembelian, boleh la consider untuk tengok dulu promo aku kat bawah ni dulu....



Ha gituuuuuu.
Aku memang suka terkejut-terkejut buat sale.
Ni la bestnya bila ada produk sendiri. Sukati aku nak buat promo pada bila-bila masa aku suka.

Shawl untuk sale kali ni aku letak harga RM32/pc, without postage.
Tapi still murah kalau nak banding dengan Lazada, tak caya ce test order.
Sale ni 2 hari je aku buat, 1 & 2 December. Pilih nak nombor berapa.



Name:
Email Address:
Number No. 1 : Long shawl Arana - Baby Blue, RM32.00
No. 2 : Long shawl Arana - Grey, RM32.00
No. 3 : Long shawl Arana - Lilac, RM32.00
No. 4 : Halfmoon Hawa - Walnut, RM32.00
No. 5 : Halfmoon Hawa - Green, RM32.00
No. 6 : Halfmoon Hawa - MIdnight Blue, RM32.00
Quantity
Delivery Address
Contact Number
Remarks




EPHYRA PROMO
 
posted by aveo757 @ 12:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER