2014-11-02

Preparation


Sejak Jumaat desktop kat rumah ni buat hal.
Eh sebenarnya bukan desktop yang salah, tapi router. Cuma masa tu aku tak tau kat mana yang silapnya. Actually lama dah aku perasan dekstop kat rumah ni macam on and off je detect modem. Tapi kalau aku tethering henfon aku boleh pulak dia detect. Kalau nak kata modem rosak, gajet-gajet kat rumah ni selamba je connected ngan wifi rumah. Puas aku memikir. Last-last aku call HP Support. Dia suruh tarik LAN cable. Bila masuk LAN cable, baru dia boleh detect wifi. Aku pun happy la, masalah selesai. HP Support tu cakap "Modem aku penat sebab keje lebih masa". Aku malas nak argue sebab masalah aku pun dah settle. Walaupun secara lojiknya kalau modem aku penat, paesal pulak gajet-gajet lain boleh connect ngan modem kan. Tapi bila off desktop and on balik, takleh detect dah. But, modem rumah sebelah dia leh detect. Sakit kepala aku pikir kat mana la silapnya ni.



Sambil-sambil tu aku cerita pasal problem desktop aku ni kat sorang reader blog ni yang selalu jadi tempat aku tanya pasal komputer and gajet. Dia suggest aku pakai bendalah kat atas ni. External wireless adapter. Plug and play je. Kitorang suspek adapter wifi pada desktop ni yang dah tak betul. Jadi kena pakai extrenal wifi adapter. Sabtu lepas, dia datang rumah hantar benda ni. Tapi aku tak pakai tudung so aku menjerit dari dapur je. Mak mertua aku yang ambikkkan. Sorry bro.

Tapi bila plug, still takleh detect.
Agak berasap jugak la aku semalam dok menggodek desktop je.



Sampai aku pindahkan terus desktop aku kat living hall.
Dari destop, fax machine, printer, semua aku lambakkan kat living hall. Dah macam tongkang pecah rumah aku aku kejekan. Menonggeng-nonggeng aku depan desktop. Sampai sakit belakang aku. Tu baru sehari. Kalau seminggu, mau berlipat tulang tongkeng aku.

En Wan suggest pindahkan semua barang-barang aku ni dalam guest room sebab kalau nak pakai LAN, cable tu hanya boleh sampai ke guest room je. Pastu aku pikir balik, abis kalau pasni ada tetamu datang rumah, aku takleh la nak guna desktop aku, printer aku semua? Dah satu hal pulak kena bukak laptop. Pastu nak print, kena angkut balik printer dari guest room masuk bilik aku. Lagi satu, aku taknak tetamu gunakan desktop aku sesuka hati. Tu masalah paling utama pun.

Pastu En Wan angkut CPU pi kedai.
Orang kedai tu cakap router yang problem. Dia kata router Unifi memang macam ni. Dah ramai dah orang ada masalah yang sama. Cis, router rupanya. Beria angkut CPU bagai, sekali router. Sian En Wan, sebab yang mengangkut tu dia. Aku mengangkang kat rumah tunggu feedback. Kejam.
Alhamdulillah now dah ok.



Disebabkan sudah gembira, barulah datang mood nak buat preparation besday Rayyan esok (3 November). Pagi ni baru la nak plan beli party pack, beli kek, beli itu ini untuk dihantar ke sekolah. Rayyan sekolah sesi petang, teacher dia kata sessi petang ada 60, so marilah mencarik 60 party pack.
Rasa macam tak best pulak tak buat majlis kat rumah sebab selama ni besday Redza setiap tahun buat majlis kat rumah jemput atuk nenek and makcik pakcik datang. Tahun ni besday Rayyan En Wan suggest hantar kat sekolah je sebab dia ni ada penyakit tak sukakan perhatian. Macam last time bila orang dah start nyanyi happy birthday, dia lari. Time nak potong kek, lari. Sebab mak bapak ada sekali tu yang dia buat perangai. Esok aku letak kek kat skolah tengok kau nak lari kat mana.

Oh yes, shawl yang aku pakai tu shawl terbaru - SOFINA, akan dilaunch esok.
Shawl ni ada 2 jenis cutting : butterfly and oval. Yang aku pakai ni oval.
Nampak macam satin tapi bukan. Ni material glitter silk.



Tadi aku malas nak pakai kasut pengawas. Kesian kasut pengawas aku, asik kena lenjan je. Pi pasar pun dia, pi kenduri pun dia, pi keje dah tentu-tentu lah dia. Aku geledah lemari, jumpa kasut ni.
Kasut ni aku beli setahun yang lepas. Tak pakai sekali pun, cuma pakai untuk bergamba kat rumah je. Sebab En Wan kata kasut macam ni tak cantik pakai dengan stokin. Nampak pelik. Jadi aku peram je la kasut ni tak pakai-pakai sampai terlupa terus. Hari ni lantak. Nampak pelik ke nampak tak pelik ke, aku pakai je.

Memang nampak kelaka ke pakai ngan stokin?




Sebelum pi beli barang Rayyan, kena singgah IOI Mall dulu aku nak beli sayur.
Aku jarang pegi pasar sebab yang pegi pasar selalunya En Wan. Dia fedap bawak aku pi pasar sebab dia kata aku tak reti tawar harga. Orang tu cakap harga dia sekian sekian macam ni, aku main bayar je. Tapi bila En Wan yang pegi pasar, dia akan beli syaur yang ntah hapa-hapa. Sebab dia tak makan sayur, jadi dia bedal je beli apa jenis sayur pun sebab bukan aku yang makan kata dia. Terung la, petola la, daun ubi la, lobak putih la. Bukan takleh makan, tapi aku pun bukan reti makan sayur macam ni. Aku makan sayur yang common je like kacang buncis, sawi, bayam, kangkung, karot...

Jadi, kalau beli sayur, aku akan mintak dia bawak aku pi AEON.
Kat sini senang, tak boleh tawar-menawar. So dia takleh nak bising.
And aku suka sebab semua jenis sayur yang aku reti makan ada kat sini. Lagipun ada sayur organik.
Sayur organik ni tahan lama sikit. Kalau cili hidup tu, dah 2 minggu pun tak benyek lagi.



Pastu baru gi Buzz Balloon (ke Balloon Buzz), gitu lah nama dia. Ni kat Puchong kat shop lot sebelah Giant Bandar Puteri. Memang kat sini je la pun aku beli barang-barang budak-budak ni kalau nak buat besday party. Sini macam one stop solution untuk party preparation. Tadi aku pegi pun dia tengah siapkan ballon bouquet tema Elsa and frens. Cuak je aku jangan la si Rayyan ni nak belon Elsa jugak.

Tapi kalau nak pilihan yang lagi rambang mata, kau beli kat Guangzhou. Memang melopong kau dalam kedai tu tak tau nak pilih apa sebab semua cantik-cantik. Mula-mula nak beli party box gamba Mickey Mouse, RM2.90/pc. Tapi kang satu hal pulak aku nak memenuhkan box tu dengan makanan. Takkan box je besar tapi isi takde kan. Ujung-ujung beli yang plastik tu je la. Redza paling suka masuk sini. Asal masuk sini je beli gigi hantu. Ni dah setengah hari dia duduk dalam rumah ni ke hulu hilir pakai gigi hantu. Dah menjongang je aku tengok. Aku nak tengok sampai bila dia nak pakai gigi hantu tu. Aku suruh tanggalkan taknak tanggal. Tahha dia taknak makan nasik sebab taknak bukak gigi tu. Kau kang, dibuatnya melekat terus gigi hantu tu takleh tanggal, kau pegi jugak sekolah esok dengan gigi tu. Biar dia rasa.



Balik dari sini baru gi tempah kek.
Tempah kat kedai roti je, sebab takde orang nak terima tempahan kalau nak buat figurine cake pun.
Beli kek siap je. Tapi ambik esok.
Beli small kek 500g sebab kelas Rayyan tak ramai orang. So kek celebrate with classmates je, pastu baru distribute party pack to all. Tapi pikir balik half kilo kek cukup ke. Taknak classmate je makan, abis cikgu-cikgu melopong?? Rasa macam esok kena beli satu lagi kek. Samada beli satu lagi atau mintak tukar, ambik terus yang besar. Tak tau la dia boleh accept ke tak. 


Bermulalah keje-keje pembungkusan tengahari tadi.


Done


Besday boy, 4 tahun esok.