2014-11-15

Biar beradab



Dari semalam berderet newsfeed aku pasal iklan e-shop.
Ntah nama-nama sesape la yang naik. Aku tak kenal.
Aku try klik [age e-shop ni pastu nampak status admin dia yang aku kotakkan merah.

Ohhh, baru aku tau.
Rupanya sesape yang nak iklankan barang/service dalam group-group macam ni kena invite kawan-kawan dulu baru boleh iklankan barang, kalau tak invite kawan kau tak dapat iklan. Baru la aku tau kenapa kejap-kejap aku nampak ada masukkan aku dalam group-group macam ni.

*note : aku tak sure sape yang add aku. Mungkin bukan admin.*

Aku tak nampak pulak sape yang add aku masuk dalam group ni.
Menyampah okeh orang suka-suki add member-member masuk group macam-macam. Semata-mata kau nak berbisnes so kau main add je kawan-kawan dalam FB list kau. Janji kau dapat buat iklan dalam ni kan. Pastu bersepah-sepah kat newsfeed aku ntah sesape punya iklan macamkan aku yang follow page tu. Come on la. Nak bisnes tu bisnes je la, takyah la nak babitkan orang lain sama. Kot ye pun kau terdesak nak masuk group ni, tanya dulu kawan-kawan kau boleh tak add nama dia dalam group macam ni. Ni main add je. Series aku tak paham la mentaliti macam ni. Semua benda nak mudah, ambik kesempatan namanya ni.

Series lepas ni aku kena alert sikit dengan notification.
Aku nampak sesape add aku kat group yang aku tak berminat, aku memang block terus la. Senang cerita. Kalau kau tak respek orang, jangan expect benda yang sama in return. Fair.



Dah satu hal pulak aku nak kena select satu-satu and leave group.
Senang la cakap "Kalau tak suka leave je la".
Memang. Dengan kau-kau sekali aku leave.
Pastu sila la canang aku belagak, aku sombong, aku bajet diva, bla bla bla.
Tang salah kita, dia point merata-rata. Tapi penyebab kepada tindakan kita tu dia taknak highlite pulak.
Please la respect orang lain sama.
Jangan nak lepaskan diri sendiri je.
"Ah takpela, add je la sesape pun, janji aku boleh iklankan produk aku".
Gitu kan?

Aku penah nampak kat IG sape ntah, ada orang iklan-iklankan product kat ruangan komen.
Ayat koman "Tumpang lalu....nak iklankan produk.."
Sopanlah sangattttttttttttttttttt.
Tumpang sepak boleh?

Pastu ada budak sound "...remove je budak ni. Tak paham-paham orang kata jangan iklan kat sini"
Something macam tu kot.
Pastu ada sorang lagi menyahut "Bajet artis. Yang lagi glemer pun tak kisah orang nak iklan kat IG dia. @kupukupu (Nabila Huda) pun tak kisah""

La haii.
Apa kaitannya GLEMER dengan ALLOW UNTUK IKLAN? Tetiba nak sangkut-paut pehal.
Dah itu IG dia, sukati dia la nak allow atau disallow iklan.
Aku tak paham spesis yang manjang nak orang lain mudahkan keje dia.
Semua nak senang, semua nak free.
Yang nak kaya kau sorang je. Orang lain semua kena buat kebajikan kat kau.

Tolong la blaja hormat space orang.
Blaja mintak permission.
Kalau kau tak kisah, tak semestinya orang lain pun sama tak kisah.
Jangan kerana orang tu zahirnya nampak macam tak kisah, maka semua perkara kau bantai tak kisah.
Biar beradab sikit.