Aku dapat satu email semalam ada reader luahkan perasaan dia.
Dia nak pakai cantik macam orang lain tapi katanya banyak baju tak sesuai dengan size badan besar.
Pastu online shop yang offer baju cantik-cantik cuma size takat L je, tu pun L kecik. Yang offer baju size sampai XXXL pulak takde yang secantik baju size kecik-kecik ni. Sorry, email tu tak dapat disiarkan atas permintaan reader tu sendiri sebab dia kata ofismate dia pun baca blog aku. Ok takpelah. Takyah cerita pasal dia. Kita cakap pasal gemuk je la sudah.
Gemuk bukan tak cantik. Takde sape kata gemuk tak cantik.
Yang buat jadi kurang cantik adelah kerana fashion untuk orang yang berbadan besar ni tak banyak pilihan. Kalau ada pilihan pun, kebanyakkannya lebih cenderung kepada nak pakai yang sendat-sendat berbanding yang jenis longgar. Dah dah tentunya pilihan baju ketat-ketat untuk plus size tak sebanyak size S and M.
Yang tu satu.
Satu lagi, kita akan nampak lebih gemuk dari biasa sebab kita sendiri pilih baju yang salah.
Cubalah elakkan pakai baju sesendat-sendat ada.
Kita rasa bila kita pakai baju ketat, kita dapat buktikan walaupun badan berisi tapi kita masih ada lekuk di pinggang.
Tapi sebenarnya bukan lekuk pinggang je nampak, babat-babat yang berketak kat perut ngan peha pun nampak sekali.
Be more judgemental when you shop.
Disebabkan kita rasa baju tu muat kat badan (muat-muat sebenarnya), doesn’t mean it flatters you. Kena fahamkan bentuk badan kita, kena ambil kira keselesaan kita bila pakai, and yang paling penting kena tahu keperluan baju tu sendiri. Kalau betul kita ada defined waist, then define it.
Tapi kalau pinggang kita penuh babat, then forget it. Try cari baju yang sesuai dengan bentuk badan.
Aku pernah tengok cerita apa ntah kat channel Astro pasal make over.
Kebanyakkan yang dimake-over tu jenis debab berketak-ketak tapi masing-masing sibuk nak pakai baju sendat. Sudahnya tersentil-sentil lemak kat perut. Tetek macam nak terkeluar dek kerana sendat sangat. Kalau seluar tu pulak aku rasa dah hilang memeri punya lah teriknya dek bontot yang besor, bila berjalan pun bontot terbuai-buai. Alahaiii azab seluar tu.
Dalam proses nak makeover tu, stylist selalu ajar contestant supaya pilih baju yang sesuai.
Ada satu episod tu dia tunjuk gamba 5 orang perempuan yang berbadan besar tapi setiap sorang pakai baju yang berbeza-beza. Ada yang pakai muat-muat badan, ada yang pakai nicely fit kat badan, ada yang pakai too big. Tapi muka lima-lima orang ni dicover. Stylist suruh contestant tu nyatakan antara lima orang tu siapa yang paling kecik size badannya and saper yang paling besar, ikut urutan.
Bila contestant tu dah buat pilihan, stylist tu bukak muka lima-lima orang tu.
Ternyata lima-lima tu adalah orang yang sama. Tapi disebabkan pemilihan baju, bentuk badan nampak berbeza.
Kat sini apa yang aku blaja, make sure the style work for you.
Adelah lebih baik ko ada fewer pieces that make you feel good, than lots of clothing that you don’t really wear, sebab ia takkan nampak 'masuk' bila kau pakai. And lebih teruk lagi, kau tak selesa bila pakai tapi disebabkan fesyen baju tu tengah trend maka kau pakai jugak for the sake of trend.
Macam aku memang jenis selebet so aku tak kisah sangat pasal trend semasa ni semua.
Memang aku sengaja pilih nak pakai baju besar. Senang nak bergerak.
Tapi kalau ko jenis yang badan besar dan suka bergaya tapi selalu disspointed tak banyak option untuk pluis size, boleh consider apa yang aku tulis tadi. Aku tak pandai sangat. Itu berdasarkan pemerhatian and pengalaman aku je sebab badan aku pun pernah kecik besor kecik besor juga.
Sebab rasanya bukan pilihan tu tak banyak, tapi yang kita nak tu kadang-kadang tak sesuai dengan bentuk badan kita. Contoh peplum. Orang kata badan berisi tak sesuai pakai peplum. Sebenarnya tak. Kena tengok bentuk badan jugak. Macam aku tak sesuai pakai peplum (walaupun aku penah produce peplum kurung sendiri), sebab badan aku jenis lurus kejung. Takde lekuk pinggang. Ada yang badan kategori gempal tapi masih cantik bila pakai peplum.
Cantik je aku tengok dorang ni pakai baju.
Tak perlu pun nak sumbat badan dalam pakaian yang ketat.
Some people terlampau nak bergaya sampai sanggup sumbat badan dalam pakaian yang ketat dari kepala sampai hujung kaki. Ujung-ujung dah macam nangka bungkus. Berselipat je lemak-lemak.
Some people terlampau nak bergaya sampai sanggup sumbat badan dalam pakaian yang ketat dari kepala sampai hujung kaki. Ujung-ujung dah macam nangka bungkus. Berselipat je lemak-lemak.
Ni pun cantik.
Longgar, tak ketat sangat walau baju berpinggang sikit.
Sape kata baju longgar tak cantik?
Tapi ada yang pandang sebelah mata je dengan baju besar. Tak nampak kurus katanya. Maka masing-masing konfiden pakai baju seketat-ketat ada semata-mata nak bagi ilusi kurus. But failed miserably.

Tinggal lagi, baju yang cantik SELALUNYA harga dia pun cantik.
Ni toksah kata baju plus size la, apa jenis baju pun selalunya yang lebih cantik tu lebih mahal sikit. Tu biasa. Tapi bergantung juga dengan cara kita pakai. Kalau kita pandai menggayakan baju, baju longgok pun nampak cantik. Nak lagi kalau orang tu glemer, selalunya artis la. Pakai baju kedai RM5 pun berebut orang tanya baju beli kat mana. Pakai Zulian pun orang kata Habib Jewel.
Bab-bab bergaya ni jangan tanya aku sebenarnya.
Sebab aku ni memang sejak azali tak pandai bergaya.
Aku cuma akan beli baju yang aku selesa pakai je.
Setakat ni tak nampak aku pakai skirt, baju tuck in dalam seluar, pakai baju besar ikat belt kat luar, kan? Sebab aku tak pandai bergaya.
Orang kata kalau kita kurus senang nak bergaya. Semua baju pun masuk. Sebenarnya tak jugak.
Contohnya aku, dari zaman berat 40kg, sampai ke berat 54kg, pastu turun naik turun naik berat pun tak semua baju boleh masuk kat badan.
Sebab tu aku cakap kena ambik kira bentuk badan.
Kalau kau petite sekalipun tapi badan kau jenis lurus kejung takde pinggang, pastu katik, pastu peha lebar, pun masalah jugak. Tak semestinya kecik tu pakai apa pun cantik. No. Ada yang badan besau tapi pandai pilih baju yang sesuai dengan badan, tetap nampak jelita. Cuma macam aku cakap tadi la, tak semua trend fesyen ni kita kena follow. Kalau rasa tak sesuai, jangan paksa diri untuk pakai/beli.
Aku dah blaja dari pengalaman dah ni.
Bukan baju, tapi beg.
Beli beg sabit nak rasa apa perasaannya bila berjalan bawak beg Chanel, apa rasanya pakai Dior, apa rasanya pakai Prada...last-last beg yang tinggal kat aku now cuma Longchamp seketul.
Yang lain semua aku bagi orang. Aku realized, keperluan tu tak ada sebenarnya. Ditambah lagi dengan cara aku yang nak ringkas semua benda. Kalau boleh nak bawak bag pack.
Sampai sekarang yang palinggggggggggggg aku menyesal sekali ialah beli Lady Dior.
Spent around 12K, tapi penyudahnya tak pakai. Sebab beg tu kecik. Yang aku ni pulak bangsa peruk segala tok nenek barang dalam beg, dengan cheque book, dengan wet wipes, dengan telekung, dengan planner semua nak diangkut sekali, last-last beg tu dapat kat tunang Ibal. Pandai-pandai kau lah nak guna. Bila aku dah let go semua beg and tinggalkan beg yang betul-betul menepati kehendak, aku rasa lega sangat. Rasa macam jumpa balik diri aku.
So to this reader, jangan ikut-ikut orang. Kadang-kadang yang cantik di badan orang belum tentu cantik kat badan kita. Orang kata kalau kita kurus senang nak bergaya. Semua baju pun masuk. Sebenarnya tak jugak.
Contohnya aku, dari zaman berat 40kg, sampai ke berat 54kg, pastu turun naik turun naik berat pun tak semua baju boleh masuk kat badan.
Sebab tu aku cakap kena ambik kira bentuk badan.
Kalau kau petite sekalipun tapi badan kau jenis lurus kejung takde pinggang, pastu katik, pastu peha lebar, pun masalah jugak. Tak semestinya kecik tu pakai apa pun cantik. No. Ada yang badan besau tapi pandai pilih baju yang sesuai dengan badan, tetap nampak jelita. Cuma macam aku cakap tadi la, tak semua trend fesyen ni kita kena follow. Kalau rasa tak sesuai, jangan paksa diri untuk pakai/beli.
Aku dah blaja dari pengalaman dah ni.
Bukan baju, tapi beg.
Beli beg sabit nak rasa apa perasaannya bila berjalan bawak beg Chanel, apa rasanya pakai Dior, apa rasanya pakai Prada...last-last beg yang tinggal kat aku now cuma Longchamp seketul.
Yang lain semua aku bagi orang. Aku realized, keperluan tu tak ada sebenarnya. Ditambah lagi dengan cara aku yang nak ringkas semua benda. Kalau boleh nak bawak bag pack.
Sampai sekarang yang palinggggggggggggg aku menyesal sekali ialah beli Lady Dior.
Spent around 12K, tapi penyudahnya tak pakai. Sebab beg tu kecik. Yang aku ni pulak bangsa peruk segala tok nenek barang dalam beg, dengan cheque book, dengan wet wipes, dengan telekung, dengan planner semua nak diangkut sekali, last-last beg tu dapat kat tunang Ibal. Pandai-pandai kau lah nak guna. Bila aku dah let go semua beg and tinggalkan beg yang betul-betul menepati kehendak, aku rasa lega sangat. Rasa macam jumpa balik diri aku.
Zaman-zaman muka terlebih isi.
Tapi aku tak penah rasa aku gemuk. Aku tetap rasa aku slim. Penimbang tu je yang salah. Kah Kah Kah.
Kiri : Tahun 2011.
Tengah : December 2013.
Kanan : Bulan ni.
Bila tengok balik gamba lama pastu compare ngan skarang, mak aiiiii. Orang lain cucuk kolagen kat pipi, aku cucuk yis kot. Kemain bulat naiknya. Sangat mesra dan sebati yis dengan daging pipi.
Seb baik skarang berat turun sikit. Sikit je. Belum boleh celen zaman free hair 7 tahun lepas. Zaman di waktu badan masih muat size S. Now aku dah tak kenal apa itu size S. Aku rasa aku kena produce baju yang mana size S-nya adelah size badan aku sendiri. Baru la feeling-feeling kurus. Mbahahahah.